“Ia Satu Anugerah Tak Ternilai,” Zahirah Macwilson Kongsi Gambar Anak & Throwback Di Dewan Bersalin, Tenangnya!

Share

Seringkali berkongsi gambar berdua bersama suaminya, Aiman Hakim Ridza, kini sempena hari lahirnya yang ke-26 pada 1 Februari lalu, Zahirah Macwilson tampil berkongsi gambar terbaru bersama anak lelakinya.

Dua keping gambar kandid yang dikongsikan Zahirah menerusi satu hantaran di instagram itu jelas menggambarkan sifat keibuan pelakon cantik ini.

Malah Zahirah turut menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan anugerah yang diberikan Allah untuk menjadi ibu kepada bayinya.

“01/02/2021

“Genap 26 tahun hari ini.

“Menjadi ibu kepada anak lelaki saya adalah hadiah dan anugerah terpaling indah. I wanna hold you forever.

“Terima kasih daddy ambilkan gambar ini @aimanhakimridza,” tulis Zahirah ringkas namun cukup istimewa.

Satu ungkapan ringkas sempena hari lahir namun cukup menggambarkan bahawa kehadiran si comel ini menjadi pelengkap bahagianya bersama Aiman.

Throwback Di Bilik Bersalin

Terbaru menerusi Instastory, Zahirah juga turut berkongsi beberapa keping gambar throwback ketika detik melahirkan bayi lelakinya sebagai kenang-kenangan.

” Throwback, sebulan yang lalu ketika dalam dewan bersalin. Sejam sebelum bayi kita dilahirkan,” kongsi Zahirah lagi.

Ibu cantik ini juga turut berkongsi gambarnya bersama Aiman ketika menanti detik kelahiran bayinya itu.

Zahirah melahirkan bayi lelakinya pada 5 Januari lalu dan kini masih berpantang bersama ibunya dan Aiman di Perth, Austalia.

Terdahulu, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada Februari 2020.

 

Pada Oktober tahun lalu, pasangan ini terbang ke bumi Australia untuk melahirkan bayi sulung mereka dan berpantang bersama keluarga Zahirah yang menetap di Perth, Australia.

Artikel berkaitan: Terima Kasih Jadi Ibu Terbaik Buat Anak Kita, Aiman Hakim Kongsi Gambar Comel & Titip Ucapan Istimewa Buat Zahirah, Sweetnya!

Comelnya, Lesung Pipit Tu Yang Mahal, Zahirah Macwilson Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN