Baru melahirkan anak, emosi pun masih belum stabil lagi, hati isteri mana yang tak sedih selepas suami lafazkan talak satu gara-gara menegur suami membiarkan buku temu janji klinik anaknya koyak. Lebih meruntun hati apabila ibu anak tiga ini diceraikan ketika baru 13 hari dalam tempoh berpantang.

Hampir nak terjun bangunan rumah flat

Menurut laporan Sinar Harian, wanita berusia 26 tahun ini mengaku tertekan dengan insiden itu sehingga membuatkan dia nekad mahu terjun dari bangunan rumah flatnya. Namun berjaya diselamatkan oleh jiran tetangga.

Kredit Gambar: Sinar Harian Online

Jelasnya lagi, lebih membuatkan dirinya tertekan apabila buntu memikirkan bagaimana dia mahu membesarkan tiga orang anaknya yang berusia empat dan dua tahun serta seorang bayi baru lahir sendirian tanpa suami di sisi.

Hilang tempat bergantung

Menurutnya lagi, dia juga tertekan dengan keadaan kewangan keluarganya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara termasuklah di kawasan rumahnya yang terletak di Flat Taman Semarak, Negeri Sembilan.

IKLAN

“Selama ini bil api, air, sewa rumah dan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh si suami dan kini dia tiada tempat bergantung.

“Saya tak tahu kenapa hanya disebabkan masalah kecil itu dia terus menceraikan saya dengan talak satu. Yang saya paling sedih kerana anak kami baru saja dilahirkan dan belum sempat merasa kasih sayang seorang bapa,” katanya.

Sebelum ini suami terima separuh gaji

Sejak dua bulan lalu, suaminya yang bekerja sebagai operator kilang hanya menerima separuh gaji sahaja. Difahamkan, mereka sekeluarga disahkan positif covid-19 dan diarahkan menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari di rumah.

IKLAN

Jelasnya lagi, selama empat tahun berkahwin, hubungannya bersama suami dalam keadaan baik-baik sahaja. Tetapi pada tahun 2018, dia dan suaminya pernah bercerai namun kembali rujuk semasa masih dalam tempod edah.

Kredit Gambar: Kosmo Online

Saya rasa mungkin dia tertekan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kerana tak dapat bekerja seperti biasa dan kemuncaknya bila dia terpaksa menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari kerana positif Covid-19.

Keluarga kecil ini telah menerima kunjungan daripada Muzaliza Musa iaitu pengurus Semarak Resourse Centre yang merupakan pusat komuniti flat berkenaan. Jelas Muzaliza, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan turun pandang membantu keluarga ini dan sekiranya ada mana-mana individu yang ingin memberi bantuan boleh salurkan ke akaun Maybank 1562-2636-2529 atas nama Nurmila.

Kredit: Sinar Harian, Kosmo Online

IKLAN

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)