Secara umumnya, yang dimaksudkan dengan keselamatan kanak-kanak di TASKA antaranya ialah dimana; Pengasuh bertanggungjawab memastikan setiap pergerakan kanak-kanak di awasi dan mereka berada dalam keadaan selamat dan jauh dari segala bentuk bahaya.

Sebelum Hantar Anak Ke Taska/Pengasuh, Pastikan Tempat Tersebut Patuhi Ciri Keselamatan

Setiap ruang yang disediakan hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sudah ditetapkan sama ada oleh pihak pengurusan TASKA atau agensi yang terlibat dengan pendaftaran sesebuah TASKA.

Setiap pengasuh perlu memberi perhatian yang serius terhadap aspek keselamatan TASKA terutamanya keselamatan kanak-kanak semasa berada di TASKA. Pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan kanak-kanak sentiasa berada dalam keaadaan selesa dan selamat.

Bangunan perlu mendapat kelulusan dari semua agensi yang terlibat dalam proses pendaftaran TASKA. Agensi terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan Majlis Perbandaran. Semua peraturan agensi berkenaan perlulah dipatuhi dan diperbaharui dari masa ke semasa mengikut keperluan pendaftaran.

Agensi terlibat juga akan menentukan keluasan sebuah TASKA dan jumlah kanak-kanak yang dibenarkan dijaga di TASKA.

Setiap ruang yang digunakan untuk keperluan dan kegunaan kanak-kanak hendaklah dilengkapi dengan peralatan dan perabot yang sesuai dan selamat digunakan. Pastikan peralatan dan bahan permainan sesuai mengikut tahap umur kanak-kanak.Ini boleh menggelakkan dari kemalangan seperti tercekik permainan yang bersaiz kecil atau sebagainya.

Pastikan semua peralatan dan perabot di dalam dan di luar TASKA adalah selamat untuk digunakan. Jangan menggunakan perabot yang rosak dan sudah tidak boleh digunakan lagi.

IKLAN

Keselamatan kanak-kanak bukan sekadar keselamatan dari segi fizikal sahaja bahkan keselamatan dari sudut emosi juga adalah penting. Ketika berada di TASKA, kanak-kanak biasanya mempunyai pelbagai emosi yang berlainan antara setiap kanak-kanak.

Mempunyai emosi yang sihat dan positif sepanjang berada di TASKA boleh menjamin kualiti perkembangan pembelajaran kanak-kanak yang positif juga. Oleh itu, peranan TASKA ialah untuk;

-Memastikan agar kanak-kanak sentiasa merasa selamat dan selasa sepanjang berada di TASKA bagi membina sahsiah dan emosi yang stabil

-Memastikan kanak-kanak tidak merasa curiga dan takut ketika di TASKA.

-Memastikan kanak-kanak memahami setiap sudut dan ruang di TASKA adalah direkabentuk untuk kegunaan mereka. Peranan pengasuh pula;

IKLAN

-Pengasuh perlu peka tentang setiap keperluan kanak-kanak


-Pengasuh perlu memastikan setiap keperluan kanak-kanak dipenuhi mengikut jadual aktiviti yang disediakan. Pastikan sebarang tindakan yang di ambil oleh pengasuh tidak akan menjejaskan emosi kanak-kanak. Setiap kesalahan kanak-kanak perlu ditanggani dengan baik dan penuh kasih sayang.

Lain-lain langkah keselamatan yang perlu diperhatikan oleh pihak TASKA :-

  • Mempunyai alat pemadam kebakaran yang sentiasa diperbaharui
  • Peti kecemasan yang sentiasa di pantau isi kandungannya.
  • Smoke detecter (pengesan asap) sebagai langkah apabila berlaku kebakaran
  • Mempunyai pagar keselamatan, mempunyai CCTV jika perlu
  • Pintu utama, pintu tandas, pintu dapur perlu sentiasa di tutup
  • Beli peralatan dan perkakas pada bekalan yang berdaftar

Keselamatan lokasi Taska:

IKLAN
  • Jauh dari jalan utama yang selalunya sibuk dengan kenderaan keluar masuk.
  • Sebaiknya berdekatan dengan kemudahan seperti klinik@hospital, balai bomba dan balai polis.
  • Lokasi yang dipilih perlu mendapat kebenaran dan kelulusan dari agensi berkenaan untuk beroperasi di sesuai

Kredit: perpustakaanjbpm, http://pnnorazuraismail.blogspot.my/2015/05/tip-keselamatan-di-taska.html

 

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Sebelum Hantar Anak Ke Taska/Pengasuh, Pastikan Tempat Tersebut Patuhi Ciri Keselamatan

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI