Dalam sebuah kejadian yang meruntun hati, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menjadi mangsa dera oleh ibu dan bapa kandung sendiri. Akibat terlalu ‘nakal’, si anak dihukum dengan rotan hingga berbirat satu badan.
Sayu hati mendengar, pedih mata melihat. Di mana silapnya apabila tangan yang sepatutnya membelai, berubah menjadi alat menyeksa anak darah daging sendiri?
Hal ini tular selepas sepasang suami isteri direman selama enam hari sehingga 25 Jun depan kerana disyaki terlibat dalam kes penderaan anak perempuan berusia 11 tahun.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi memaklumkan pihaknya menerima laporan kes penderaan itu kira-kira jam 10.40 malam daripada seorang pegawai pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis yang sebelum itu hadir ke sebuah kediaman di Taman Desa Saujana, Arau.
Ads
KES PENDERAAN BUDAK 11 TAHUN, TERUK KENA PUKUL DENGAN IBU AYAH
Siasatan awal mendapati kanak-kanak yang bersekolah di sebuah sekolah di Kangar itu tinggal bersama ibu bapa di taman perumahan berkenaan.
Kes penderaan dipercayai telah berlaku sejak kira-kira dua tahun lalu, dengan insiden terbaru dilaporkan semalam sekitar jam 12.30 tengah hari. Dalam kejadian itu, mangsa dipukul di bahagian belakang badan menggunakan sebatang rotan oleh bapanya, kononnya kerana berkelakuan nakal.
Ads
“Siasatan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan pada kepala, badan, kaki dan tangan dan mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut,” katanya.
KES PENDERAAN
Hasil pemeriksaan pegawai perubatan di hospital itu mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala, bibir, dada, rusuk, belakang badan, lengan dan betis disyaki terkena objek tumpul dan air panas.
Ads
Kecederaan yang dialami juga disahkan adalah kecederaan baharu dan lama dan mangsa dibawa ke Unit Pediatrik hospital yang sama untuk rawatan lanjut.
Kanak-kanak itu diserahkan kepada JKM Perlis menggunakan kuasa pelindung berdasarkan Seksyen 18 Akta Kanak-Kanak 2001 dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
PS : Anak itu amanah. Bukan hak mutlak untuk kita pukul dan sakiti. Mendidik perlukan kesabaran, bukan kemarahan. Marilah kita jadi ibu ayah yang memeluk, bukan yang melukai.
Pelakon cantik, Elfira Loy memaklumkan dia teruja kerana akhirnya tempoh berpantang anak keduanya kini sudah selesai.
Di samping menzahirkan rasa syukur, Elfira turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa ada selama dalam tempoh berpantang
“Berjaya complete pantang secara traditional with @lavenderconfinementcare.”
“Pantang went well dengan adanya mama & my family. Takdelah rasa bosan and penat sangat Alhamdulillah.”
“Thanks everybody yang melayan saya ni instastory , terhibur waktu waktu lapang kecil saya”
“Now, mission to get my coffee, my doughnut with rice chocolate. I want sushi, i want durian, i want mango cheesecake, i want ilao ilao, i want dior prada”
Elfira mendirikan rumah tangga bersama Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhamad Rayyan Khalaf, 3, dan Nur Aira Mikayla yang dilahirkan 20 Mei lalu.
Dalam posting tersebut, Emelda juga meminta bantuan pengikut IGnya supaya mencari atau memberitahu jika ada sesiapa yang mahu menyerahkan kepadanya bayi perempuan untuk diambil sebagai anak angkat.
“Saya nak anak perempuan. Kalau tahu atau dengar ada pihak yang nak beri, beritahu saya ya. Mudah-mudahan ALLAH SWT membalas niat baik dan budi kalian semua,” tulisnya.
Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan mempunyai seorang anak angkat lelaki Edra Rafael yang kini sudah berusia tujuh tahun.
Rata-rata pengikutnya mendoakan agar urusan pengambilan anak angkatnya dipermudahkan.
Malah ada pengikutnya turut mencadangkan Emelda agar berhubung dengan pelakon Abby Abadi kerana dia sudah banyak membantu orang yang ingin menjaga anak angkat.
Sumber: ig emeldarosemila
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan, semua institusi pendidikan seperti tadika, taska, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga universiti diarahkan untuk tutup sehingga tamat PKP.
Namun sesi pembelajaran masih diteruskan melalui dalam talian (online). Bagi keluarga yang mungkin tidak mempunyai laptop atau telefon bimbit yang canggih mempunyai sedikit masalah untuk mengikuti pembelajaran online. Pihak kerajaan telah mengadakan sesi pembelajaran di TV setelah mendengar keluhan ibu bapa yang mempunyai masalah akses ini.
Terpanggil untuk membantu, pihak YTL Foundation (bukan badan kerajaan) menyediakan kemudahan seperti telefon percuma bagi yang memerlukan. Ibu bapa hanya perlu mengisi borang yang disediakan.
TELEFON PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK KELUARGA B40 YANG LAYAK
Ibu bapa dah isi untuk anak-anak ke? abang akak dah isi untuk adik yang bersekolah KERAJAAN ke?? ini dari ytl foundation kolaborasi dgn yes 4g ya, bukan dari government!
Syarat 👉 Ibu bapa mesti penerima bantuan BSAH 2020. 👉 Mempunyai anak sekolah kerajaan. 👉 1 keluarga layak terima 1 set telefon percuma sahaja di bawah program ini.
Apa yang anda bakal dapat? 👉 1 phone + simkad percuma 👉 10Gb sebulan selama 12 bulan.
YAYASAN YTL dengan kerjasama YTL Communications menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran di rumah.
Inisiatif belajar dari rumah itu sebagai tambahan kepada kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40 GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit.
Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB bagi tempoh setahun.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Yayasan YTL memohon kerjasama guru sekolah terbabit tampil membantu memberikan nama pelajar yang layak bagi memastikan telefon pintar itu dapat diserahkan kepada keluarga memerlukan.
“Guru adalah barisan terbaik bagi mengenal pasti keluarga ini.
“Guru memainkan peranan penting dalam usaha membantu pelajar dalam kelas selain kerap meluangkan masa, tenaga dan ilmu bagi membantu pelajar mereka.
“Selain itu, guru dan ibu bapa juga harus bekerjasama rapat bagi membolehkan pelajar dapat meneruskan sesi pembelajaran dari rumah dengan baik tanpa sebarang gangguan,” katanya.
Menurutnya, sejak dilancarkan dua minggu lalu, pekerja YTL Communications bekerja sepanjang masa bagi menguruskan permohonan mendapatkan kad SIM YES 4G percuma itu.
“Yayasan YTL amat memahami kesukaran dilalui kebanyakan keluarga di Malaysia terutama mereka dari golongan B40 ketika dunia dan negara kita sedang menghadapi ujian berat berikutan penularan wabak Covid-19.
“Ada yang terpaksa bertungkus-lumus demi mencari sesuap nasi, namun dalam apa jua cabaran yang dihadapi, YTL Foundation tetap nekad membantu pendidikan generasi muda terutama kepada mereka yang memerlukan.
“Ketika memproses permohonan berkenaan, YTL Communications tertarik dengan satu permohonan seorang ibu tunggal di sebuah perkampungan nelayan di Labuan, Sabah yang disertai dengan sekeping gambar tiga anak kecil sedang memegang sijil kematian ayah mereka.
“Gambar itu disertakan dalam borang permohonan ibu tunggal ini kerana dia tidak pasti jika anak-anaknya layak menerima kad SIM yang ditawarkan kerana suaminya meninggal dunia.
“Apa yang menyayat hati, dia kehilangan kerja baru-baru ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas dasar prihatin dan tanggungjawab sosial korporat, Yayasan YTL memberikan sebuah telefon pintar dengan kad SIM percuma seperti yang dipohon,” katanya.
Bekas guru dan isteri kepada Pemegang Amanah Yayasan YTL Tan Sri Aris Othman, Puan Sri Sherina Aris berkata, guru adalah yang terbaik untuk menilai keperluan pelajar di dalam kelas mereka.
“Saya membesar dalam keluarga yang sangat miskin dan guru sayalah yang membantu saya menamatkan pengajian.
“Saya mengalami anemia akibat kekurangan nutrisi dan guru sayalah yang menyedari perkara ini dan menghantar saya berjumpa doktor serta mencari penaja yuran persekolahan saya.
“Guru lain turut sama menyumbang bagi memastikan saya mendapat nutrisi harian yang mencukupi.
“Sebagai bekas guru dan seorang yang pernah mengalami sendiri kebaikan yang dicurahkan guru, saya yakin anda boleh percaya bahawa guru sentiasa mengutamakan kesejahteraan pelajar mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan YTL Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping berkata, ibunya juga adalah seorang guru.
“Kami membesar dengan melihat betapa dedikasinya ibu saya terhadap pelajarnya.
“Ibu akan mengadakan kelas tambahan untuk pelajar lemah mata pelajaran setiap hari selepas waktu persekolahan, namun kelas tambahan tidak akan bermula selagi pelajar tidak diberikan makanan terlebih dulu kerana dia tahu ramai antara mereka tidak mampu untuk mendapatkan bekalan makan tengah hari yang baik.
“Kami menghormati semua guru dan kami percaya mereka dapat membantu kami bagi mengenal pasti pelajar yang paling memerlukan untuk menerima tawaran percuma ini,” katanya.
Guru boleh mencalonkan nama pelajar yang layak menerima telefon pintar di www.ytlfoundation.org/learn manakala pelajar yang berjaya akan dimaklumkan dan perlu mengemukakan pendaftaran mereka bagi membolehkan menerima telefon pintar dilengkapi pelan data 12 bulan YES 4G percuma.