Dalam posting tersebut, Emelda juga meminta bantuan pengikut IGnya supaya mencari atau memberitahu jika ada sesiapa yang mahu menyerahkan kepadanya bayi perempuan untuk diambil sebagai anak angkat.
Ads
“Saya nak anak perempuan. Kalau tahu atau dengar ada pihak yang nak beri, beritahu saya ya. Mudah-mudahan ALLAH SWT membalas niat baik dan budi kalian semua,” tulisnya.
Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan mempunyai seorang anak angkat lelaki Edra Rafael yang kini sudah berusia tujuh tahun.
Ads
Rata-rata pengikutnya mendoakan agar urusan pengambilan anak angkatnya dipermudahkan.
Malah ada pengikutnya turut mencadangkan Emelda agar berhubung dengan pelakon Abby Abadi kerana dia sudah banyak membantu orang yang ingin menjaga anak angkat.
Sumber: ig emeldarosemila
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bahan asas memasak antara stok penting yang perlu ada di dapur. Jika terasa nak masak sesuatu, tak perlu fikir panjang dan keluar berulang kali semata-mata untuk membeli. Tambah pula bila ada anak kecil, pengurusan masa tu penting.
Sebenarnya banyak petua yang boleh memudahkan kerja-kerja memasak ibu tanpa perlu ambil masa lama di dapur. Antaranya cara nak membuat bahan kisar supaya tahan lama, penyimpanan stok barang dalam peti sejuk dan pelbagai lagi.
Kali ini perkongsian daripada Dae Sakura melalui MAHN sangat bermanfaat terutama untuk ibu-ibu yang ingin buat stok simpan bunga kantan. Kaedah ini juga boleh dibuat untuk membekukan petai, daun sup dan pelbagai jenis sayuran lain lagi.
Cara Dae simpan bunga kantan. Kalau bunga kantan tempat korang murah, tak buat gini pun tak pe.. hehehehe.. kat sini mahal sangat
Balik kampung baru ni sempat la mengutip kantan tepi rumah mak. Dapat la sikit. Bawa balik sini. Frozen kan macam aiskrim. Dulu pernah frozenkan bunga kantan ni semata mata. Tak comel dalamnya, sebab nampak lebam. Jadi kita buat macam aiskrim, alhamdulillah elok molek kantan dia.
Basuh dulu sesiap, kerat ikut saiz plastik kita. Masukkan dalam plastik ikut portion masakan kita. Letak air bersih (air tapis) ye. Masa nak frozenkan tu. Bila nak masak nanti, masuk je dengan air dia tu.
1 plastik ni Dae buat untuk sekali masak untuk family kecil kami. Kalau kebetulan masa tu masak lebih, kita masuklah lebih.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jujurnya ada yang malu-malu untuk berniaga sedangkan hakikatnya ilmu berniaga ini sudah tertulis di dalam al Quran sebagai resipi dan tip untuk berjaya. Ajar dan didiklah anak-anak kita untuk berniaga, jangan malu sebaliknya sokong mereka.
Perkongsian Dr Norzila Zakaria ini menarik juga untuk kita jadikan semangat untuk anak-anak berdikari dan punya pendapatan sendiri kelak. Latih anak-anak kita untuk berdikari dan punya pengalaman dalam bidang ini.
Sila baca dengan fikiran terbuka. Saya adalah produk pelajar yang tidak diajar berniaga sejak dari bangku sekolah. Oleh sebab itulah bila saya cuba berniaga, saya gagal.
Kali pertama dapat pegang duit sendiri ketika saya masih belajar. Ambil upah mengait ‘chair back’, zaman tu saya baru berusia 12 tahun. Upah mengait sama mahal dengan harga segulung benang bulu. Sakit tangan mengait tapi upahnya tidak berbaloi.
Kemudian saya ambil upah menjahit baju. Saya mula menjahit baju sendiri pada usia 11 tahun siap buat tulang belut di leher. Anak-anak zaman sekarang dah tak kenal apa itu tulang belut. Boleh tahan juga halusnya jahitan saya. Sebab tu bila saya mahu menempah baju saya perlu cari yang jahitannya lebih baik dari saya untuk rasa berbaloi.
Saya mula belajar menjahit seawal usia 9-10 tahun. Masih teringat sukarnya memahami memotong pesak baju kurung dan menjahitnya terbalik kanan dan kiri. Entah berapa kali buka jahitan sehingga lah sudah boleh memberi tip bagaimana memudahkan jahitan pesak.
Saya mengambil upah menjahit baju kurung lepas habis sekolah menengah. Ketika itu saya tidak pandai meletak harga upah.
“Ikutlah nak beri berapa pun” jawab saya bila orang tanya harga upah.
Ada yang bagi RM 10, RM15. Saya berkata demikian sebab saya bukan tukang jahit terlatih. Belajar menjahit dari emak tukang jahit kampung.
Mindset ketika itu nak buat baju sebab mahu tolong orang sahaja. Jahit tulang belut pun ambil masa dua jam baru siap (ketika itu) . Tidak berbaloi dengan upah RM10 ( 30 tahun yang lalu).
Kemudian semasa belajar di UKM Jalan Raja Muda Kuala Lumpur, saya meniaga kain, beli di Chow Kit. Dapat duit biasiswa MARA saya belikan kain yang telah siap dipotong 4 ela di pasar Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Jual kepada kawan-kawan emak dan emak sedara di kampung.
Zaman tu tidak banyak kedai kain seperti sekarang. Corak pun memang tidak jumpa di kedai kain biasa di Banting. Bila jual saya ambik untung sikit saja dalam RM 5-10, boleh hutang pula tu. Ada yang bayar dua kali. Mana nak pusing modal!
Kemudian saya berniaga tudung bawal pula (setelah berkahwin dan tinggal di Kelantan). Kedai Kak Yah Golok di Pasar Siti Khadijah tempat saya memborong tudung. Puluh ribu juga modal meniaga.
Masa ni sudah pandai kira margin keuntungan. Tapi sebab mahu tolong orang kampung masih lagi jual hutang. Ok juga lah keuntungan tu tapi yang tidak bayar pun ramai. Biasanya yang ambil banyak dan jual semula kepada kawan-kawan mereka.
Semuanya kerana tiada ilmu berniaga. Maka itulah hasilnya tiada mentor dan banyak membuang masa namun hasilnya sedikit atau rugi. Hanya untung pengalaman. Tapi kalau tiada mentor lambat lah mahu berjaya dalam perniagaan.
Anak-anak saya semasa bersekolah di Australia telah didedahkan untuk mencari dana untuk membeli sesuatu keperluan untuk aktiviti sekolah. Mereka ada mindset berniaga. Bila mereka keluar mereka pastinya ada idea mahu mencari pendapatan sampingan jika dilatih sebegini.
Boleh ke sekolah kita buat aktiviti begini? Ha pasti ada yang menjawab nanti orang kantin marah kalau pelajar menjual makanan. Nanti koperasi sekolah tak laku jual barang. Apa salahnya cutikan sehari aktiviti kantin. Beri peluang anak-anak bawa barang untuk dijual di sekolah.
Biar mereka belajar menjual dan tawar menawar. Belajar mengira kos dan keuntungan. Belajar mencari pasaran dan pelanggan. Belajar mencari pusingan modal dan pasaran tetap.
Inilah yang cuba saya beritahu Hafiz yang cuba-cuba berniaga “slime” dengan kawan-kawannya. Maka terpaksalah saya beritahu peraturan sekolah. Jangan berniaga dalam sekolah nanti jadi isu besar!
Hafiz perlu mencari pelanggan di luar sekolah dan saya akan bantu dengan idea untuk mencari pelanggan.
Saya kongsikan kesungguhan Hafiz untuk berniaga. Saya sokong 200%. Go go Hafiz!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan ibu bila beli stok barang basah akan beli untuk tempoh seminggu. Lagi-lagi dalam keadaan sekarang ni nak keluar kerap pun akan fikir banyak kali kan?
Tapi kadang tu akan terfikir juga jika beli barang-barang ni nak simpan lama risau cepat rosak. Perkongsian dari Puan Yatie Eimra mengenai tipnya simpan herba atau jenis dedaun ni boleh dicuba.
Bagi ibu yang ruang freezer tak besar, elok sangat buat macam ni. Tapi sebelum nak simpan tu, basuh dulu dan keringkan sekejap.
Kebetulan kali ni saya nak restock halia & daun kucai, alang-alang tu saya share la sekali cara saya simpan herba/jenis dedaun ni macam kucai, daun kesum, daun kari, daun bawang, daun sup, dan lain-lain.
Sebenarnya saya ikut cara mak saya – simpan lengkuas (yang dah dibersihkan & dipotong) dalam freezer supaya tak kering & tahan lama. Asalnya dulu saya simpan halia & lengkuas jer dalam freezer..
Tapi bila anak asyik kerap batuk & kena sentiasa standby daun sirih sepanjang masa (untuk saat² terdesak), saya mula simpan sirih & daun² herba yang lain dalam freezer gak. Lepas tu saya start simpan daun² macam daun kucai, daun bawang, daun sup, daun kari, daun kesum, cili, halia, serai, dll lak.
Yang bagusnya simpan bahagian freezer ni, herba/dedaun tahan lebih lama & tak perlu nak tukar air bagai (bagi yang rendam dalam air). Fridge saya kecik jer tak muat semua nak disimpan dalam botol/letak air.. Dekat 4 tahun gak la saya amalkan simpan dedaun macam ni. Kalau nak simpan dalam freezer ni, ada beberapa perkara yang korang kena tahu..
1) Walau simpan apa pun kat bahagian freezer, bila keluarkan nanti & defrost, semuanya akan jadi lembik. Contohnya cili merah, lepas keluarkan memang akan lembik sebab segala cecair dalam tu dah dibekukan. So, KELUARKAN SEBELUM NAK GUNA/masak jer.. Biasanya saya simpan cili sikit kat bahagian chiller gak untuk tujuan hiasan, etc.
2) Kena guna tisu jenis tahan bila basah (disposable cloth) atau boleh guna kain perca jer. Tujuannya nak serap wap² air yang terbentuk bila simpan lama dalam freezer. Kalau guna tisu dapur biasa mudah koyak & melekat² nanti. Disposable cloth yang saya guna ni, memang mahal sikit, tapi boleh dibasuh semula & keringkan. Lepas tu boleh guna balik.
3) Gunakan bekas kedap udara atau plastik ziplock terutamanya untuk simpan serai & dedaun supaya tak makin kering. Fridge saya kecik, kena guna plastik ziplock untuk jimat ruang. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan plastik ziplock yang besar & asingkan dedaun ikut jenis dalam plastik pembungkus makanan biasa tu jer.. Tapi cili tak simpan dalam plastik ziplock pun takpe sebab tetap akan lembik jugak.
P/s: Untuk sayur²an boleh gak guna plastik ziplock & tisu ni tapi simpan kat bahagian chiller jer. Asingkan ikut portion sekali masak. Untuk simpan carrot, potong bahagian atas (supaya tak tumbuh tunas) & potong kecil. Tukar tisu/kain bila dah basah ye. Dalam gambar ni ada balance 2 ketul carrot. Masih elok lagi walaupun beli 21/3 haritu lagi..
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.