Ya Tuhan! Kenapa anak masih tak faham jika belajar berulang kali. Lihat anak-anak rakan-rakan elok je belajar. Tentu ada sebabnya disebalik semua itu.
Perkongsian cikgu Aida Nyda sungguh menyentuh hati. Sesungguhnya mengajar anak ini perlu kesabaran dan bukannya membuatkan anak rasa rendah diri dan sering dimarahi. Moga ia menjadi panduan dan muhasabah buat diri kita semua. Ikuti perkongsian ini.
Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca. Bacalah perkongsian Ustazah Hafizah yang ‘ditegur’ Allah saat menghadapi kesusahan dalam mengajar anaknya mengaji.
Ustazah Hafizah menceritakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang lambat dapat mengaji. Kata Ustazah anaknya itu lahir lahir sahaja sudah lemas dan terpaksa duduk di nicu selama seminggu.
Anak itu istimewa sikit kerana lambat boleh bercakap dibandingkan dengan anak anak yang lain. Lambat boleh bercakap. Lambat boleh membaca. Lambat mengenal huruf. Lambat membaca quran.
Ustazah ajar setiap hari anaknya tapi dia lambat untuk faham, walau di ajar berkali kali.
Bila anaknya itu ke sekolah, ustazah di sekolah juga berasa sukar untuk mengajar anaknya. Sampai ustazah tanya
” Tak mengaji kat rumah ke?” Si anak menjawab jujur. ” Mengaji ustazah”
Lalu ustazah ini ‘soal siasat’ siapa emaknya. Terkejut ustazah bila tahu ibunya adalah Ustazah Hafizah.
Ads
Jadi, bila si anak memberi tahu siapa dirinya, ustazah berasa sedikit tertekan.
Ustazah kata dia malu dan segan. Yelah, anak ustazah tapi baca Quran kurang lancar.
Macam mana? Kemudian ustazah ‘push’ anaknya setiap hari untuk baca quran dan ustazah menjadi garang.
Sampaikan ustazah kata anaknya menjadi takut kepadanya.
Ustazah ajar berkali kali. Masih juga tak dapat. Sampai ustazah jadi frust dan dia berhenti menyuruh anaknya mengaji.
Lalu ketika itu dia membuka quran dan membaca surah yang dibuka secara random.
Surah Ar Rahman. Dialah yang mengajarkan Al-Quran- Ayat 2
Ads
Jika kita belek tafsir quran maksud adalah Allah sendiri yang mengajar Qur’an kepada kita, bukan orang lain.
Guru atau ustaz yang mengajar itu hanya menyampaikan sahaja. Tapi yang memberi pemahaman adalah Allah sendiri. Akhirnya, pemahaman itu dari Allah juga. Kalau Allah tak beri, kita pun tidak dapat. Kadang-kadang, pengajaran yang diberikan sama, tapi pemahaman anak tidak sama.
Dua orang murid duduk dalam kelas yang sama, ‘follow’ pembelajaran yang sama, tapi kadang kadang pemahaman mereka tidak sama. Ini menunjukkan pemahaman itu diberikan oleh Allah. Ini menunjukkan Allahlah sebenarnya guru yang mengajar.
Ada orang yang Allah mudahkan penerimaan ilmu, namun ada orang laluan menuju ilmu itu terasa gelap dan payah. Jadi ustazah kata, bila dia baca surah itu dia terasa tersentak.
Bagaikan ditegur direct dengan tuhan. Ustazah rasa bersalah kerana marah anak nya yang lambat faham bila diajar. Ustazah rasa kesal kerana tidak meminta pertolongan dari Allah untuk memahamkan anaknya.
Kata Ustazah, dalam mengajar anak. Jangan rasa anak akan faham dengan kehebatan kita mengajar. Tetapi semua itu atas bantuan tuhan-Dia yang memberi kefahaman kepada anak kita.
Sejak hari itu ustazah fokus kepada meminta kepada ALLAH supaya anak diberi kefahaman. Ustazah tidak fokus untuk mengajar anak tanpa henti.
Tetapi ustazah kata ajar sedikit sedikit dan banyakkan mengadu dan memohon kepada Allah untuk kefahaman si anak. Lama kelamaan anak ustazah mampu membaca quran perlahan lahan dan akhirnya sekarang dia menjadi hafiz.
Ads
Pengajaran daripada perkongsian ini:
Belajar sesuatu tak?
Kalau ada anak yang lambat begini jangan marah anak kerana lambat faham.
Tetapi sebaliknya mengadu lah pada Allah- Dia memberi faham.
Kita usaha untuk mengajar anak, tetapi dalam masa yang sama jangan hanya berharap kepada kekuatan diri kita sahaja untuk membuatkan anak faham.
Tetapi berharap lah pada Allah untuk membantu kita.
Admin sangat tersentuh hati. Perkongsian ini adalah ‘teguran’ kepada ibu bapa bahawa dalam mendidik anak ini perlu ada sikap sabar dan ‘keywordnya’ ialah meminta pertolongan dan doa kepada tuhan. Selebihnya kita ikhtiar dan berusaha untuk mendidik anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orang selalu ingat anak bongsu manja, sebenarnya tak mudah macam disangka. Menjadi anak bongsu dalam keluarga tidak selalu membawa kebahagiaan seperti yang sering digambarkan. Malah, ramai anak bongsu mengalami tekanan emosi dan perbandingan yang tidak adil.
Orang Selalu Ingat Anak Bongsu Manja
Masyarakat seringkali memberikan stereotaip bahawa anak bongsu adalah manja dan tidak berdikari, tetapi hakikatnya, perasaan tertekan kerana sering dibandingkan atau diremehkan juga menjadi faktor utama mengapa anak bongsu sering dianggap ‘salah.’
Berikut beberapa sebab mengapa anak bongsu sering dipersalahkan dalam keluarga dan bagaimana tekanan yang dialami mereka boleh mempengaruhi perkembangan emosi dan psikologi mereka.
Sebenarnya Tak Mudah Macam Disangka
1. Sering Dimanja
Salah satu sebab utama mengapa anak bongsu sering dipersalahkan adalah kerana mereka dibesarkan dalam suasana yang terlalu dimanjakan. Oleh kerana mereka merupakan anak yang paling kecil, ibu bapa cenderung memberikan perlindungan yang lebih, menyebabkan mereka sering bergantung kepada orang lain untuk menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Kesukaran untuk berdikari ini membuatkan anak bongsu cenderung melakukan kesalahan kerana kurangnya pengalaman dan keyakinan diri.
2. Selalu Dibandingkan dengan Saudara Lain
Walaupun ada anak bongsu yang dimanja, tidak semua beruntung mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa. Ada sebahagian anak bongsu yang sering dibandingkan dengan adik-beradik yang lebih tua.
Perbandingan ini mewujudkan tekanan yang besar, di mana anak bongsu merasa terpaksa menyaingi pencapaian saudara mereka. Perasaan ini membuat mereka cenderung takut untuk mencuba sesuatu kerana bimbang akan dianggap salah jika gagal mencapai standard yang ditetapkan oleh keluarga.
3. Menanggung Beban Ekspektasi
Selain dibandingkan, anak bongsu juga sering dipaksa menanggung beban ekspektasi yang tinggi daripada ibu bapa. Mereka bukan sahaja dijangka untuk mencapai kejayaan yang sama seperti abang atau kakak, tetapi ada kalanya ibu bapa mengharapkan lebih daripada mereka.
Beban harapan yang tinggi ini membuatkan anak bongsu sering merasa tertekan, dan apabila mereka tidak dapat memenuhi ekspektasi tersebut, mereka akan dianggap gagal atau salah oleh keluarga.
4. Kerap Diremehkan
Anak bongsu sering kali diremehkan, dianggap tidak cukup matang atau kurang berupaya dalam membuat keputusan yang baik. Anggapan ini menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan kepercayaan daripada ibu bapa atau ahli keluarga yang lain.
Pada hakikatnya, anak bongsu juga memerlukan sokongan dan dorongan daripada keluarga untuk membina keyakinan diri. Sikap meremehkan ini hanya menambah tekanan dan membuatkan mereka sering meragui kebolehan diri sendiri.
5. Kebebasan yang Terhad
Dalam kebanyakan kes, ibu bapa memperlakukan anak bongsu dengan lebih hati-hati kerana mereka merupakan anak terakhir. Ini menyebabkan anak bongsu mempunyai kebebasan yang terhad untuk mencuba sesuatu yang baru atau mengeksplorasi dunia di sekeliling mereka.
Kekurangan peluang untuk bereksperimen dan belajar daripada pengalaman sendiri menjadikan anak bongsu kurang berani dalam membuat keputusan. Hal ini menyebabkan mereka lebih cenderung melakukan kesilapan dalam perkara-perkara yang belum pernah dicuba sebelum ini.
Kesimpulan
Anak bongsu sering kali disalah anggap sebagai manja dan tidak berdikari, namun realitinya, ramai daripada mereka mengalami tekanan yang hebat akibat perbandingan, ekspektasi yang tinggi, dan kurangnya sokongan dari keluarga. Perkara ini boleh mempengaruhi perkembangan emosi mereka dan menyebabkan mereka kerap kali melakukan kesalahan atau dilihat tidak mampu memenuhi harapan keluarga.
Sebagai ahli keluarga, adalah penting untuk memahami bahawa setiap anak, tidak kira anak sulung atau bongsu, memerlukan kasih sayang dan sokongan yang seimbang. Dengan memberikan mereka peluang untuk berdikari, mencuba sesuatu yang baru, dan menghargai usaha mereka tanpa membuat perbandingan, anak bongsu boleh berkembang menjadi individu yang berjaya dan berkeyakinan tinggi.
Banyak kemahiran yang boleh dipelajari dengan bermain. Walaupun kadang-kadang kita rasa bersepah je bila nak main atau tak larat nak layan anak bermain. Tapi ingat semula yang mereka lakukan itu adalah untuk belajar.
Jika kita inginkan anak dapat banyak A dalam exam di sekolah, kita sanggup untuk hantar anak ke tuisyen atau dapatkan private teacher untuk mengajar anak tapi adakah kita cukup berusaha untuk meningkatkan kemahiran asas diawal hidup anak-anak dengan hanya bermain yang mana kemahiran asas ini boleh membuatkan anak excellent di sekolah nanti.
Jangan nafikan hak mereka untuk belajar semasa bermain. Jomlah luangkan main dengan anak walaupun sekejap kerana banyak kelebihannya nanti.
Wujud satu persepsi dalam kalangan masyarakat yang mengaitkan jantina sebagai alasan bagi kanak-kanak yang lambat bercakap.
Tidak hairanlah kita sering mendengar dialog seperti kalau dibandingkan dengan budak perempuan, budak lelaki memang lambat bercakap. Namun adakah tanggapan ini benar? Sebenarnya jika diikutkan tidak semua budak lelaki dalam kategori tersebut.
Kebolehan anak bercakap mengikut usia bergantung kepada rangsangan yang diterima anak-anak sama ada daripada ibu bapa atau keadaan sekelilingnya. Inilah faktor utama.
Kanak-kanak yang normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia lapan bulan ke setahun setengah. Kalau lewat daripada itu, ibu bapa boleh membawa kanak-kanak bertemu dengan terapi pertuturan bahasa untuk menentukan sama ada anak mereka mengalami masalah.
Berdasarkan perkongsian dari Terapis Pertuturan, Nor Azizah Nordin dia ada memberi contoh mudah untuk tahu perkembangan anak sama ada lambat cakap atau tak.
Mari kita tengok di mana anak-anak kita. Saya mudahkan untuk ibu bapa senang ingat
– ketika anak sambut birthday 1 tahun…. anak sepatutnya dah mula menyebut satu satu patah perkataan (nak, mama, ayah)
– sambut birthday 2 tahun – dua patah perkataan (nak kek)
– sambut birthday 3 tahun – tiga patah perkataan (nak makan kek)
Jadi kalau anak dah 2 tahun tapi masih tak ada perkataan atau baru sebut sepatah sepatah, kita sebagai ibu bapa kena lah alert…. ADAKAH ANAKKU LAMBAT BERCAKAP?
Jangan buat tak tahu dan kenalah mulakan “terapi” (pengajaran) untuk pastikan anak akan berkembang mengikut umurnya.
Macamana??? Ingat satu perkara “BELAJAR bagi kanak-kanak adalah BERMAIN”. Jadi, mainlah dengan anak-anak sambil bercakap.
Nak main apa???
Apa-apa permainan atau aktiviti yang disukai anak boleh dijadikan sesi pengajaran bahasa.
Apa yang saya nak “cakap” masa main tu?? 1. komen tentang mainan (Wah, adik ada kereta merah. Kereta adik cantik) 2. komen tentang aktiviti (Adik letak kereta atas trek. Mak nak jalankan kereta) 3. buat ayat yang pendek dan mudah 4. berdrama sikit (dengan sound effect, nada suara tinggi rendah) ** elakkan tanya soalan
Saya sibuk… tak sempat main dengan anak. Macamana?? Aktiviti harian juga sesuai untuk mengajar anak bercakap. Masa mandi, masa makan, masa bawa anak shopping. Contohnya masa mandikan anak, ibu boleh cakap “adik mandi, seronoknya adik mandi. adik nak sabun tangan, sabun badan”
Sebenarnya, tiada alasan jika kita ingin berjaya. Kalau betul-betul buat, masalah yang susah boleh jadi senang dan mudah mendapat penyelesaiannya.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.