Sebagai ibu bapa, pastinya kita inginkan masa depan yang cerah buat anak-anak supaya kehidupan mereka lebih terjamin. Tapi bagaimana caranya untuk kita merancang masa hadapan anak-anak?
Ibu bapa tidak perlu risau lagi kerana ibu bapa boleh merancang kewangan melalui penabungan agar anak-anak berjaya melanjutkan pengajian tanpa masalah kewangan dan pada tahun ini PTPTN telah membawa tema baharu iaitu Galaksi sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2021 yang merupakan program signature PTPTN yang diadakan pada 31 Oktober setiap tahun dengan mengekalkan tagline Jom Jadi Superhero anak anda.
Majlis Pelancaran BMS disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN dan turut dihadiri oleh Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN yang membuat penampilan istimewa bagi memeriahkan lagi majlis yang telah diadakan pada minggu lepas secara maya menerusi Facebook rasmi di PTPTNOfficial dan Youtube rasmi di PTPTNTV.
Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN bersama hos program semasa sesi Penampilan Istimewa Superhero BMS 2021
BMS 2021 diadakan sepanjang bulan Oktober iaitu bermula 1 hingga 31 Oktober 2021 dengan pelaksanaan secara maya serta mematuhi SOP norma baharu. BMS 2021 juga membawa kelainan dari tahun sebelum ini dengan adanya pelbagai program dan pertandingan baharu yang menarik untuk disertai oleh ibu bapa dan anak-anak.
Program yang diadakan secara langsung melalui media sosial rasmi PTPTN akan menampilkan artis istimewa, panel jemputan dan influencer yang dibawakan khas untuk memeriahkan lagi BMS 2021.
Antara program yang disediakan untuk disertai oleh ibu bapa dan anak-anak antaranya:
Bonding Chef Junior
Sembang Santai BMS 2021
Forum Cakna Kewangan
Siri P&T
Detik Indah Bersama Si Manja
My Parents, My Real Superheroes.
Manakala program berbentuk pertandingan pula ialah:
Ads
Fotografi Simpan SSPN
Chef Junior Simpan SSPN
Simpan SSPN Got Talent
Colouring Contest Simpan SSPN
Snap & Win Simpan SSPN
Happy Hour
Quizizz
Cabaran #SuperheroSiManja
Menurut Datuk Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN, “BMS 2021 merupakan salah satu program yang telah dirangka dan dilaksanakan oleh PTPTN bermula tahun 2018 lagi sebagai program promosi dalam usaha menjadikan produk Simpan SSPN sebagai pilihan utama masyarakat untuk membuat penabungan di samping menikmati keistimewaan yang disediakan. Selain itu, program seumpama ini dilihat mampu menyampaikan maklumat dan memberi pendedahan mengenai perancangan kewangan serta memupuk amalan menabung di kalangan ibu bapa dan anak-anak.”
Datuk Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN melancarkan BMS 2021 semasa sesi live di Facebook dan Youtube rasmi PTPTN
“Hari Tabungan Sedunia atau dikenali juga sebagai World Savings Day membawa objektif utama iaitu menyemai semangat penabungan masyarakat di seluruh dunia. Walaupun dunia dan negara kini masih lagi dilanda pandemik Covid-19, ia bukan suatu alasan untuk kita tidak menyemai semangat menabung. Malah, sewajarnya kita menggunakan perkhidmatan dan kemudahan melalui platform digital selaras dengan pelbagai inisiatif pendigitalan yang semakin mendapat perhatian semasa pandemik ini untuk merangka pelbagai inisiatif penabungan. PTPTN telah menyediakan kemudahan transaksi secara dalam talian termasuk pembukaan akaun Simpan SSPN dan penambahan deposit tanpa perlu hadir ke kaunter. Usaha ini juga bagi menggalakkan penabungan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pembukaan atau penambahan simpanan secara dalam talian adalah lebih cepat, mudah dan selamat dengan melayari www.lovesspn.com.”
“Keutamaan saya ialah agar masyarakat di luar sana berpeluang menikmati pelbagai manfaat untuk tabungan pendidikan sekali gus menjadikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan isi rumah. Inilah Peluang Kejayaan Anda.” ujarnya lagi.
Jadi bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak?
Ads
Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2021 sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Bersama Si Manja.
PTPTN turut memperkenalkan Tabung Impian dengan tujuh (7) karakter seperti Angkasawan, Bomba, Jurutera, Doktor, Tentera, Hakim dan Juruterbang sebagai salah satu daya tarikan kepada masyarakat terutama bakal pendeposit baharu untuk memulakan penabungan dan pendeposit sedia ada untuk terus mengekalkan komitmen simpanan. Bersesuaian dengan tema BMS 2021, Tabung Impian bagi karakter Angkasawan akan bermula Oktober ini dan selebihnya akan dipromosikan pada setiap bulan dengan jumlah simpanan yang ditetapkan.
Simpan SSPN yang terdiri daripada Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus menawarkan pelbagai keistimewaan kepada masyarakat Malaysia. Simpan SSPN Prime merupakan instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang memberikan keistimewaan seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.00, perlindungan takaful secara percuma, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 dan simpanan dijamin oleh Kerajaan.
Simpan SSPN Plus pula menawarkan enam (6) pakej yang menarik dan mampu dimiliki. Pelbagai keistimewaan dan manfaat yang lebih menarik akan dinikmati oleh pendeposit antaranya perlindungan manfaat takaful sehingga RM1.2 juta dan perlindungan sehingga umur pendeposit 69 tahun selain menawarkan pelbagai manfaat sedia ada. Selain itu, terdapat Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 yang menawarkan hadiah utama Gold Bar bernilai RM150,000 dan hadiah lain bernilai hampir RM320,000.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul itulah keadaan yang perlu ibu bapa kepada bayi Myo hadapi kini apabila cahaya mata sulungnya disahkan menghidap jangkitan kuman pada paru-paru sejurus selepas dilhirkan.
Bagi yang berkemampuan boleh menghulurkan sumbangan dan doa supaya baby Myo dapat diselamatkan segera. Ikuti perkongsian ini.
Saya dan suami dengan rendah hati ingin meminta bantuan semua yang membaca post ini untuk menghulurkan sedikit sumbangan bagi kami menampung kos perubatan anak pertama kami, Malique Myo bin Khairul Baqi Hakimi yang sekarang ini masih kritikal di KPJ Puteri, Johor Bahru. Jika tidak mampu bantu dari segi kewangan, cukuplah sekadar doa dari kalian, dan bantu share post ini.
Untuk yang bertanya kenapa dgn Myo, Myo tertelan najis semasa dalam perut dan menyebabkan jangkitan kuman yang teruk dalam paru paru nya sehingga mencapai tahap kritikal. Sekarang Myo ditidurkan dan bernafas menggunakan bantuan pernafasan. Minum susu melalui tiub, 20ml setiap 3jam. Bersamaan 5.4oz setiap 24jam.
Total bill sehingga hari ini (11/7/2023-25/7/2023) sudah mencecah RM80,000.000+- dan masih berjalan. Anggaran kos satu hari adalah RM7,000-RM10,000 bergantung kepada keadaan Myo. Doktor estimate Myo perlu warded sekurang kurangnya 2 bulan. RM7,000 x 60 hari = RM420,000.00.
Kami masih belum dapat memindahkan Myo ke hospital kerajaan atas sebab belum ada kekosongan dan keadaan Myo yang kritikal bergantung kepada banyak machines, berisiko tinggi untuk travel.
Jika anda sudi menghulurkan bantuan, boleh transfer ke kempen bantu Myo di
(2) Yayasan Salam atas bantuan Noh Hujan (nombor akaun di gambar terakhir)
(3) Sekiranya lebih prefer transfer direct ke kami, boleh pm saya.
Sebarang pertanyaan boleh pm saya atau daddy Hakimi Thr.
Ya Allah Kau kurniakanlah kesihatan buat mereka, para penyumbang, penderma, yang mewaqafkan sebahagian harta dunia mereka untuk agama-Mu dan manfaat orang ramai.
Dengan kesihatan yang baik, lebih banyak manfaat mereka boleh kongsikan buat orang lain lagi. Tabarakallah ♥️🤲🏻
Isteri kepada Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr Halina berkongsi pengalaman ‘wean off’ susu badan untuk anak keenamnya, si kembar Emelia dan Eusoff.
Menurutnya, perjalanan cerai susu bukanya mudah kerana melibatkan emosi si ibu dan juga anak namun dia bersyukur kerana urusanya dipermudahkan.
“Just nak update. Saya berjaya cerai susu untuk Emelia dan Eusoff dengan jayanya! Dah hampir sebulan cerai susu. Alhamdulillah mommy dan baby okay.”
“Macam mana saya buat? Saya bagitahu mereka ‘titi sakit’. Mommy dah tak ada susu sebab Emelia and Eusoff dah besar. Mereka boleh minum guna botol.. tapi saya janji akan tetap peluk mereka sebelum tidur.”
“Mereka tetap minta nak menyusu selepas 4 hari, tapi saya cakap tak boleh, saya tak boleh sebab titi sakit, agak sukar untuk saya. Emelia moved on, happy juga sebab tak perlu lagi say no sebab buatkan saya rasa sedih.”
“Eusoff pulak, manja sangat. Dia saja menduga..lebih dari 2 minggu dia tetap minta titi, dan buat muka manja. Pandai dia menguji mommy.”
Dr Halina turut berkongsi daun pudina sebenarnya boleh menghalang penghasilan susu ibu dan penggunaan pudina berjaya mengurangkan bengkak susu yang dialami olehnya ketika proses bercerai susu.
“Post weaning, another famous question that i received .. how do i deal with engorged boobs? After 24hrs not feeding, semua pun bengkak and painful. Initially i pun tak tahu nak buat apa. Then i teringat that peppermint is a milk-production killer. I read abt it before and i know it works for me because last yr during xmas, i drank peppermint mocha latte and on the same day itself, my milk production depleted. Itu baru satu cup.”
“So, i ambik peppermimt essential oil yang memang dah ada kat rumah, i sapu je on myself. And hand express my bengkak susu. Then next day my milk production reduced drastically. I put the peppermint eo just for 3 dats. And Im done. Alhamdullillah Allah made it easy for me and and E&E.”
Setiap kali dengar anak orang lain yang berada dalam jagaan pergi menghadap ilahi ketika dalam jagaan pengasuh, pasti hati kita sebagai ibu bapa turut risau. Terlintas di kepala nasib anak-anak sendiri. Ini kerana semasa hantar dalam keadaan sihat dan ceria tapi sampai masa dapat tahu anak dah meninggal dunia.
Walaupun hati ibu ayah anak syurga ini reda, tapi dek kerana sedikit kecuaian pasti ia agak ralat. Apatah lagi kejadian seperti ini boleh dielakkan jika pihak yang diamanahkan itu menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Melalui perkongsian seorang ibu, Nurul Fateha Sandollah, pemergian bayinya yang berusia 6 bulan dan juga anak ketiga sangat dirasai kerana ia pergi tanpa disangka sama sekali.
Setelah berjuang selama 3 hari, akhirnya Allah lebih menyayanginya. Berikut antara kronologi kisah anak syurga Haura Najia.
Terlalu rindu.. Mesti baby bahagia sangat di SANA kan. Al Fatihah untuk sayang ku HAURA NAJIA BINTI MOHD KAMARUDDIN HELSA 6 BULAN.
Terima Kasih Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Datuk Hajah Kalsom Noordin yang telah melawat kami sekeluarga dan memberikan sokongan serta akan membantu keluarga saya mendapatkan keadilan untuk baby saya yang meninggal dunia pada 29 Oktober 2022 di Taska.
Kronologi kes kematian baby yang amat kami sayangi
27 Oktober 2022 jam 4.29 petang menerima panggilan dari taska mengatakan baby Haura tidak sedarkan diri. Saya segera ke taska dan pihak taska memaklumkan telah bawa baby Haura ke klinik berdekatan dan dalam beberapa saat dimaklumkan baby saya dibawa ke Hospital Melaka.
Saya terus ke ETD Hospital Melaka dan baby sedang menerima rawatan.. DR memaklumkan baby Haura datang dengan tiada nadi dan dalam tempoh 24minit CPR diberikan nadi baby saya ada semula namun terlalu lemah.
Baby Haura di intubated dan menggunakan sepenuhnya mesin bantuan pernafasan.. DR juga mengatakan anak saya 50-50 untuk survive dan andai survive tidak akan menjadi baby Haura yang dahulu. Baby saya diletakkan di bawah PICU.
Suami berjumpa dan bertanya kepada penjaga baby apa yang berlaku di taska dan dia berkata jam 10 lebih Haura dia bedung penuh dan beri susu kemudian di mengiringkan. Kemudian dia keluar dari bilik baby. Dia masuk semula dan nampak Haura terlungkup tetapi tidak membetulkan kedudukan Haura kerana nampak Haura macam boleh bernafas. Dia masuk semula untuk memandikan baby pada jam 4petang dan tengok Haura sudah tidak sedar kan diri..
Ya Allah baby Haura saya di biarkan dari jam 10pagi dan hanya dilihat pada jam 4 petang sahaja.. Betapa struggle baby Haura saya untuk bernafas hingga baby saya pergi selamanya.. Allah… Allah..
Malam 27 Oktober pakar merawat memaklum bahawa baby saya poor progress. Saya dan suami dibenarkan untuk berada di PICU sentiasa.
28hb progress baby semakin menurun. Dalam jam 4 petang pakar memaklumkan progress baby Haura semakin tidak cantik dan memaklumkan buah pinggang baby sudah tidak well function. Organ-organ badan sudah mula tidak berfungsi. Kami sudah redha.
29 Oktober 2022 jam 854 pagi dalam usia 6 bulan 1 hari baby Haura kami telah menemui penciptanya.
Di sini saya dan suami dengan rendah diri mohon doa dari semua untuk kami dapatkan keadilan untuk baby kami dan juga untuk baby-baby yang lain.. Saya mengharapkan pengusaha taska dan penjaga baby diberikan hukuman setimpalnya dan memberi peringatan kepada taska-taska lain.
Kisah menyayat hati seorang ibu mempertahankan hak pendidikan anaknya, seorang kanak-kanak autisme yang dipinggirkan selepas insiden di sekolah. Ketahui kronologi, perjuangan dan tindakan pihak berkuasa.