Bagi ibu yang mempunyai anak lelaki dan anak perempuan, itu adalah bonus untuk anda. Paling penting, jagalah amanah yang Allah berikan sebaiknya. Mesti ingat satu perkara, semuanya kurniaan Allah.
Selalunya bagi pasangan yang baru berkahwin pasti tidak sabar mahu menimang anak. Anak sulung, tak kisah apa pun jantinanya yang penting sihat dan sempurna. Hamil anak kedua, rasanya setiap ibu mesti ingin anak berlainan jantina daripada yang sulung. Kalau anak sulung lelaki, harapnya kali ni dapat anak perempuan.
Ibu Bapa Yang Ada Anak Lelaki & Perempuan Itu Ibarat Dapat Bonus
Rasanya itulah yang bermain di fikiran setiap ibu. Jika sebelum ini anak sulung perempuan, tentu yang kedua anak lelaki pula. Tetapi bagaimana setiap kali lahir, jantinanya tetap sama. Kadang-kadang, 4 orang anak lelaki dan ada juga 3 orang semuanya anak perempuan.
Pokok pangkalnya semua itu adalah rezeki Allah. Ibu dan ayah jangan sedih bila ditakdirkan memperoleh semua anak lelaki atau semua anak perempuan. DIA yang Mahu Tahu dan Maha Atur segala-galanya. Setiap anak itu telah ditetapkan rezeki untuknya.
Anak lelaki atau anak perempuan, masing-masing mempunyai kerenah tersendiri. Antara sabar dan tak sabar sahaja dalam usaha membesarkan mereka. Pengalaman ibu-ibu berbeza-beza.
1. Anak perempuan lebih rapat dengan ayahnya.
2. Bila ada anak perempuan seorang dalam keluarga dan yang lainnya adik-beradik lelaki, segala tingkah laku anak perempuan sedikit sebanyak akan ikut cara abangnya. Lasak dan kasar.
3. Abang buli adik nombor dua. Anak nombor dua pun lebih kurang sama akan buli adik bawahnya. Masing-masing cuba nak menangkan diri mereka.
4. Bab sepahkan barang pun boleh tahan juga anak perempuan. Peliknya, kalau dia sepahkan barang, abang yang akan tolong kemaskan sambil mulut abang membebel sebab terpaksa kemaskan barang adik.
5. Kalau anak perempuan nak sesuatu barang, dia akan mengamuk di situ juga tak kira ada orang atau tidak. Janji dia dapat barang yang dia nak. Tapi anak lelaki, dia mengamuk sekejap sahaja. Pujuk dengan benda lain terus senyap.
Ads
6. Anak perempuan suka cakap sorang-sorang. Entah apa yang dia cakap pun kita tak tahu. Kadang-kadang dia boleh ajuk cakap cikgunya semasa di sekolah.
7. Pakaian yang sudah dipakai atau tuala yang digunakan berselerak di atas lantai. Bila disuruh baru buat. Tapi anak lelaki, dia tukar pakaian atau tuala terus kemas di tempat yang biasa simpan.
8. Anak perempuan, bila dapat telefon bimbit di tangan, dia akan main games perang-perang, jaranglah main games yang ke arah keperempuanan.
9. Kata orang anak lelaki lasak tapi sebenarnya lasak mereka lebih kurang sama sahaja. Ada anak perempuan yang lebih lasak daripada anak lelaki.
10. Lasak, manja, mengada-ngada, garang, buli adik semuanya menjadi hiburan buat ibu bapa. Sunyinya rumah bila mereka ke sekolah.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Mona Allen dan suaminya, Pekin Ibrahim yang bakal menimang cahaya mata kedua mereka tahun hadapan.
Jika dahulu pasangan ini menanti lama untuk menimang cahaya mata pertama, kini rezeki anak kedua dipermudahkan Allah.
Menerusi Instagramnya, Mona Allen berkongsi berita gembira itu kepada pengikut setianya yang sering bertanya perubahan dirinya nak kelihatan agak berisi.
“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah saya & suami @pekin7words bakal menerima seorang lagi cahayamata iaitu adik kepada Abg Petra,” katanya berkongsi.
Bahkan kata Mona lagi, dia kini sudah pun berada di trimester kedua kehamilan dan terbuka untuk berkongsi dengan semua.
Malah Mona juga turut memohon agar kehamilannya ini dipermudahkan sehingga detik melahirkan kelak.
“Insyallah pertengahan tahun hadapan, alhamdulillah sekarang saya dah masuk trimester kedua. Sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini di ruangan Instagram❤️ Masyallah tabarakallah.
“Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segalanya. Ameen❤️ & terima kasih juga atas doa semua sahabat-sahabat, keluarga & rakan-rakan Instagram yang tidak putus & sentiasa mendoakan saya & keluarga.
“Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua, ameen❤️. P/s:- Jangan tanya dah tau nape sis gemok,” tulisnya lagi.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Bayi mirip Tengku Hassanal, Muhammad Arshaka popular di media sosial, Tengku Ampuan Pahang pun komen setuju. Nurul Intan Fadzlyana Mahat, 28, tidak menyangka perkongsian video anaknya, Muhammad Arshaka Idraki di TikTok meraih perhatian ramai.
Bayi Mirip Tengku Hassanal, Muhammad Arshaka Popular Di Media Sosial
Warga maya menyamakan wajah anaknya itu dengan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Muhammad Arshaka Idraki Azizi yang baru berusia lapan bulan mula mengecap populariti di laman sosial dan mendapat perhatian warga maya selepas perkongsian video oleh ibunya.
Berkongsi kisah itu, Nurul Intan Fadzlyana berkata, dia dan suami, Azizi Tuah, 28, yang menetap di Merlimau, di sini, tidak pernah menyedari persamaan itu pada awalnya.
“Bagaimanapun, waktu umur lima ke enam bulan, saya ada kongsi satu videonya di TikTok dan ramai tinggalkan komen mengatakan wajah anak saya mirip Tengku Hassanal.
“Saya memang tak perasan persamaan itu kerana yang saya nampak, wajah anak mirip bapanya.
“Jadi perasaan itu biasa saja cuma adalah sedikit teruja orang samakan dengan Tengku Hassanal,” katanya.
Tengku Ampuan Pahang Pun Komen Setuju
Menurut Nurul Intan Fadzlyana, setakat ini, rata-rata komen diterima positif dengan ramai mengatakan wajah anaknya comel dan kacak.
Lebih membuatkannya terharu apabila mendapat komen daripada bonda Tengku Hassanal iaitu Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Tak jumpa pula yang negatif (komen) sebaliknya ramai puji malah Tengku Ampuan Pahang pun komen setuju wajah anak saya mirip Tengku Hassanal.
“Setakat itu saja dan jujurnya, saya dengan suami berharap dapat bertemu Tengku Hassanal, kalau boleh nak bergambar sama untuk kenangan cuma belum ada kesempatan,” katanya.
Nurul Intan Fadzlyana berkata, dia berterima kasih kepada yang mendoakan anaknya walaupun tidak mengenali dengan dekat dan hanya mengikuti perkembangan di media sosial.
“Saya doakan semoga yang baik juga berbalik kepada mereka (yang mendoakan).
“Sebagai ibu, saya harap yang terbaik buat anak, semoga dia berjaya dunia akhirat dan kalau boleh mahunya menjadi hafiz apabila dewasa nanti,” katanya.
Menjelang Ramadan yang bakal tiba tidak beberapa hari sahaja lagi, pasti ada di antara kita yang sudah pun mempersiapkan segala simpanan makanan di dalam peti sejuk. Cili misalnya pasti sudah dibeli dan disimpan lebih awal.
Pun begitu cili padi yang disimpan biasanya tidak kekal segar malah adakalanya lembik dan tidak tahan lama. Bagaimana hendak menyimpan cili ini lebih lama?
Perkongsian tip dari pengguna Tik Tok, @awangdapur ini anda boleh cuba. Jom ikuti perkongsiannya. Lebih mudah dan tahan lama.
1. Cabut tangkai/batang cili.
2. Setelah cabut tangkai, basuh semua cili sehingga bersih dan keringkan.
3. Kemudian, ambil bekas dan lapikkan dengan tisu kering.
4. Masukkan cili yang sudah dibuang tangkai dan beberapa ulas bawang putih yang sudah dibuang kulit.
5. Tutup bekas dan simpan di dalam peti ais.
Fungsi bawang putih boleh membuatkan cili tahan lebih lama di dalam peti ais. Berminggu-minggu simpan pun tetap masih elok.
Setiap anak berbeza ada yang cepat "pickup," ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengenali corak pemprosesan...