Anak lelaki sedegil dan sekeras mana pun mereka, mak ayah tegurlah cara lembut, biar ‘tembus’ ke hati. Selalunya kalau anak buat hal, terus mak ayah tinggikan suara. Maklumlah kalau lembut-lembut ‘tak makan saman’, mesti akan buat lagi.
Itulah yang selalu dalam fikiran mak ayah. Kalau nak tegur lembut, mahunya anak buat tak endah. Lebih-lebih lagi, anak lelaki, lasak dan buasnya lain macam.
Hakikat yang sebenar, mak ayah tegurlah lembut anak-anak terutamanya anak lelaki. Sekeras, sedegil dan sebuas dia bila mak ayah tegur cara lembut, akan menusuk juga dalam hati dan jiwa anak.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Laga Gigi Masa Tidur Sebab Gangguan Pernafasan Bukannya Tanda ANAK DEGIL
Mak Ayah Jangan Rimas Layan Anak, SUKA ATAU TIDAK Suatu Hari Dia Tinggalkan Kita
Mak Ayah Tegurlah Lembut Anak, Jangan Didik Cara Kasar
Dalam perkongsian Mohd Fhais Salim initurut menegaskan agar mak ayah tegur anak cara lembut. Senakal dan sedegil mana pun anak lelaki tegur la dia dengan cara yang lembut
Ads
A) LEMBUT PADA SUARANYA B) LEMBUT PADA BAHASANYA C) LEMBUT PADA PEKERTINYA D) LEMBUT PADA NASIHATNYA E) LEMBUT PADA TEGASNYA
Banyak anak anak terutamanya anak lelaki jadi kasar, buas dan degil kerana hatinya di didik untuk jadi kasar, ganas dan keras.
Setiap kata-kata dari ibu dan ayah besar efeknya pada anak. Ibu ayah ada the most influential words dalam hidup anak anak. Semua kata-kata kita sentiasa di ambil serius oleh anak anak dan akan terus sampai ke hati.
Dia dengar atau tidak itu nombor dua. Nombor satu pasti sampai ke hati dulu. Sebab itu juga la perangai, tingkahlaku dan tabiat anak anak ini banyak mengikut kita.
Hati ini pusat keperibadian seorang manusia. Bila hati kasar, cara cakap pun akan kasar.
Bila hati kasar, tingkahlaku pun akan jadi kasar. Habit jadi kasar. Perangai jadi kasar.
Ads
Tegur Cara Sopan Dan Lembut
Nak ajar anak bertukang, berkebun, atau berperang sekalipun ajar la. Tapi bila menegur guna la cara yang sopan dan lembut.
Anak kena belajar bahawa kekuatan manusia bukan terletak pada lengan tapi kekuatan manusia terletak pada hati.
1. KUAT SABARNYA 2. YANG KUAT TAHAN MARAHNYA 3. KUAT LAWAN NAFSUNYA 4. YANG KUAT TUNDUK EGONYA 5. KUAT KEBAIKANNYA
Makin lembut hati anak, makin mudah la kita nak lentur dan bentuk dia kelak
Wallahu a’lam.
Ads
Kalau mak ayah cakap kasar, nanti anak akan balas kasar, lagi membuak-buak kita marah. Bila tegur lembut, pasti akan lembutkan hati anak-anak juga.
Memberikan bayi puting tiruan menimbulkan pelbagai pendapat di kalangan pihak. Masuk angin, gigi jongang dan sebagainya menjadi ketakutan bagi ibu bapa yang ingin memberikan anak puting. Pandangan yang diberikan oleh konsultan tangisan bayi ini boleh anda jadikan panduan.
Rupa-rupanya memberikan bayi pun ada langkah-langkahnya. Tidak sekadar memberikan tanpa ilmu, ibu bapa perlu tahu beberapa perkara seperti tanda-tanda bayi lapar atau sekadar mahukan comfort sucking yaang boleh dipenuhi dengan hisapan pada puting ini. Berikut ialah perkongsian daripada Puan Uswatun Hasanah, Konsultan Tangisan Bayi dari Baby Language;
Sejak sekian lama kita di hidangkan dengan kata-kata tak enak tentang puting tiruan hingga buat ramai dari kita ‘anti puting’ akibat prasangka TERMASUKLAH saya suatu ketika dahulu.
Prasangka saya berakhir bila ilmu menyapa kerana saya tiada HUJAH ILMIAH untuk membalas dan mati akal dengan fakta depan mata.
Lihat gambar bayi menghisap puting yang saya sertakan. Celah mana ye angin luar nak masuk? Jadi di mana asas hujah hisap angin kosong ini? Saiz puting yang di pilih mestilah sesuai dengan mulut bayi anda supaya pelekapan puting ke mulutnya kemas.
Hal yang sama di tekankan bila bayi menyusu badan dan bila bayi mengguna botol. PELEKAPAN MESTI KEMAS. Pelekapan yang kemas ada beberapa tujuan antaranya untuk kelancaran aliran susu (jika menyusu) , keselesaan dan meminimumkan kemasukan udara.
Ya, pelekapan tak kemas ketika menghisap puting boleh meningkatkan jumlah kemasukan udara ke dalam badan bayi seiring masa. Namun, jika itu berlaku, adakah ia salah puting atau salah ibubapa yang memilih puting?
Paling penting, udara bukan boleh masuk ketika menghisap puting saja. Sejumlah kecil udara akan sentiasa boleh masuk ke dalam badan bayi semasa menangis, tergelak, menyusu, menelan air liur dan bernafas menerusi mulut. Jadi, mengapa ‘salahkan’ puting saja?
Buat yang belum tahu, tujuan menghisap kepada bayi ada dua iaitu;
1: Untuk mengenyangkan(nutritive sucking)dan;
2: Untuk mententeramkan(non nutritive sucking/comfort sucking).
Jika IBU TAHU bayi jelas, nyata dan terang sedang lapar, SENGAJA menyumbat puting tiruan kepada mereka itu ‘jahat’ kerana ia ibarat menipu bayi.
Soalnya, berapa lama bayi kecil yang sedang kelaparan boleh tertipu? Adakah logik bayi yang sedang kelaparan boleh berpuas hati menghisap puting kosong cukup lama hingga terlelap misalnya? Ini super tak logik. Lagi pula, yang jahat dalam situasi ini itu siapa? Ibu atau puting?
Bayi kecil adalah makhluk paling jujur yang tak akan berhenti menuntut keinginannya selagi tak di penuhi.
Satu bukti mudah? Ramai bayi masih enggan berhenti menangis walau sudah letih di pujuk ibu hanya kerana teknik menenteramkan ibu itu salah. Ibu yang penyayang dan sabar tetapi teknik yang salah, bayi tetap menangis.
Kenapa ini berlaku? Kerana bayi jujur. Mereka TAK BERFIKIR untuk menangis dan TAK BELAJAR untuk menangis serta TAK MEMILIH ORANG untuk menenangkannya. They just do it. Straight and simple. Lapar, tak selesa, rasa tak selamat dan sakit = mereka menangis. Kenyang, selesa, rasa selamat dan sihat = mereka diam. Itulah bayi kecil.
Jadi, anda masih rasa boleh menipu bayi kecil yang kelaparan dengan jayanya bermodalkan puting tiruan?
Perlu tahu tanda bayi lapar
Ibu perlu terlebih dahulu tahu membezakan bayi lapar atau tidak. Ilmu itu harus di dapatkan bukan saja dari bidang penyusuan bayi tetapi juga dari bidang tangisan bayi.
Bayi yang hanya mahukan ‘comfort sucking’ contohnya bayi hanya mahu menghisap untuk rasa rilek (mamai) sebelum tidur, lalu di berikan puting, jadi apa masalahnya? Celah mana pula menipunya?
Baik, mungkin ada yang kata, kenapa tak di beri bayi ‘comfort sucking’ di dada ibu saja? Bukankah lebih baik dan lebih mudah? Ya, saya 100% setuju kerana saya juga adalah ibu yang menggunakan dada untuk ‘comfort sucking’ kepada anak sulung saya.
FAKTANYA, BUKAN SEMUA BAYI SUKA comfort sucking di dada ibu berlama-lama. Ada sebahagian bayi yang jadi marah-marah bila di sua dada ibu ketika dia hanya cuba mahu ‘chill’ dan rilek, termasuk anak kedua saya .
Kenapa? Kerana ‘masalah’ dengan payudara ibu ialah ia tetap akan mengeluarkan susu setiap kali di rangsang dengan hisapan tak kiralah jenis hisapan apa pun. Mekanisma menyusu (makan) di dunia ini dan ketika di dalam rahim tak sama.
Menyusu di dunia ini adalah satu pekerjaan buat bayi. Mereka perlu menangis/menyampaikan signal ➡ mengesan lokasi sasaran puting berdasarkan bau dan reflek rooting➡ menggerakkan rahang dan memulakan hisapan➡menggerakkan lidahuntuk membantu proses menelan susu➡ menyilih ganti aksi menyusu dan bernafas dengan cepat dan berkesan di sepanjang proses.
Maka ya, ada bayi yang jadi ‘bengang’ bila perlu melakukan ini ketika mereka hanya mahu rilek dan tidur. Sebahagian bayi pula mempunyai keinginan menghisap yang ‘over active’ dan sukar di penuhi ibu di celah-celah tuntutan hidup yang lain. Maka inilah 2 contoh bagaimana puting amat membantu.
Puting di saran cerai menjelang usia anak pandai hisap ibu jari iaitu sekitar usia 4-6 bulan. Sebab, hisap ibu jari itu aktiviti hisap juga. Maka, ia memberi kesan menenteramkan yang sama. Bezanya kini ,anak telah ada kekuatan otot untuk mendapatkan sumber ‘menghisap’ itu dengan sendiri iaitu jarinya.
Bila anak telah mahir hisap jari, boleh lah terus cerai puting. Lagi pula, macam mana pula anak nak hisap kedua-dua, jari dan puting serentak, bukan?
Bila ibu bapa cerai IKUT SARANAN usia 4-6 bulan ini, anak belum ada gigi atau baru hanya ada beberapa batang gigi susu sahaja. Jadi, tak timbul langsung isu rosak gigi atau jonggang.
Apatah lagi isu lambat atau masalah percakapan. Ini kerana puting di saran cerai SEBELUM usia proses aktif bercakap bermula.
Alahai..sudahlah. Kurang beberapa bulan kita bakal ke tahun 2020. Letih rasanya nak menjawab skeptikal remeh – temeh di atas. Semua tohmahan di atas teramat sangat lapuk dan telah banyak kali di jawab oleh terlalu ramai professional dalam banyak artikel. Google je lah ye?
Sumber: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
THB EDU USA
DBL SYDNEY
THE WONDER WEEKS ACADEMY
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umur berapa sesuai bawa anak keluar malam? Ada segelintir ibu bapa yang tidak ambil hirau tentang hal ini. Mereka bawa bayi keluar hingga larut malam seolah-olah sudah tidak ada siang lagi esoknya.
Ada juga ibu bapa yang tak kisah dan turut menjadikan anak kecil sebagai mangsa ibu bapa melepak dengan rakan sehingga anak menguap beberapa kali pun tak dihiraukannya.
Pelik ya ibu bapa sekarang? Kalau dulu jangan haraplah nak bawa anak keluar malam-malam. Mesti mak kita akan marah. Tak baik kata mereka. Kalau keluar pun mungkin atas sebab kecemasan seperti ke hospital atau urusan keluarga.
Namun, sekarang ini, sikap bawa anak keluar malam seolah-olah perkara biasa. Tidak ada yang pelik bagi mereka. Kalau tidak dibawa siapa nak jaga dia di rumah? Mungkin itu, jawapannya. Sebaiknya tanya pada diri sendiri, perlu ke bawa anak keluar malam?
Antibodi
Perlu diingatkan bahawa bayi dan kanak-kanak bawah 6 tahun masih lemah antibodi. Ertinya imun sistem mereka belum kuat. Apatah lagi bayi bawah usia 6 bulan. Mereka masih belum lagi menerima vaksin yang lengkap. Jadi, jika dia terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat atau terbuka seperti pesta/karnival, mungkin dia akan mudah diserang penyakit atau wabak yang sedang merebak.
Nyamuk
Anda tahu tentang denggi dan virus zika bukan? Dua-dua penyakit maut ini dibawa oleh nyamuk. Jadi, seboleh mungkin elakkan bawa anak keluar malam di tempat terbuka kerana anda mungkin tidak sedar yang dia digigit nyamuk.
Sejuk
Bayi anda mungkin tidak tahan sejuk dan dia mungkin akan mengalami masalah hidung tersumbat jika terdedah pada udara sejuk yang keterlaluan. Udara di dalam kompleks beli-belah mungkin lebih sejuk pada waktu malam. Jika hendak membawa bayi anda, pastikan anda menyediakan selimut atau pakaian tebal untuknya.
Letih
Jika anda sendiri berasa letih kerana berdiri atau duduk terlalu lama, bayi pun begitu. Dia pun akan keletihan jika berada pada satu-satu posisi dalam keadaan yang terlalu lama. Jika ingin keluar, selesaikan urusan anda secepat mungkin. Anda mungkin gemar bersantai tetapi bayi anda yang berasa tidak selesa atau tidak puas tidur akan mengamuk kerana waktu tidurnya dah ‘di curi’ oleh ibu bapa.
Bising
Ada mama papa yang bawa anak ke pesta atau pawagam yang menggunakan sistem bunyi yang sangat kuat. Ingat gegendang telinga bayi atau kanak-kanak belum mampu menerima bunyi yang terlalu kuat. Elakkan berada di kawasan yang dekat dengan ‘speaker’. Lebih baik jangan pergi langsung atau tinggalkan anak pada penjaga.
Takut
Bayi anda memang comel dan orang suka menegur atau mencubit atau mencium pipinya. Hati-hatilah dalam hal ini. Bayi anda masih belum kuat antibodinya. Sebaiknya jangan kerap mendedahkan anak anda kepada situasi yang orang lain teruja melihatnya. Dia mungkin terkejut dan trauma jika dipegang oleh orang ‘asing’.
Lapar
Bila badan penat, mengantuk anak mulalah mengamuk. Mood yang tak elok ini akan buatkan anak merajuk tak mahu makan atau minum. Bila keadaan ini berterusan beberapa jam, akhirnya dia akan berasa sangat dahaga atau lapar. Disebabkan perut kosong, berlaku masalah kolik atau kembung. Akhirnya anak akan menangis sepanjang malam biarpun telah pulang ke rumah.
Sumber: mamanet
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sensory play adalah sangat penting untuk membantu perkembangan anak-anak. Sensory play merupakan aktiviti yang boleh membantu merangsang perkembangan deria anak-anak seperti contoh deria sentuh, bau, rasa, lihat dan dengar.
Selain itu, aktiviti sensori sangat penting untuk perkembangan deria anak-anak terutamanya berusia bawah dua tahun.
Aktiviti tummy time pula dapat membantu anak kita develop kekuatan otot, vision, belajar tentang dunia di sekelilingnya, hand-eye coordination, integrasi otak kiri/kanan dan badan.
Dalam masa yang sama, sensory play dapat meningkatkan gross motor skills, dan bayi dapat explore their senses.
Antara aktiviti sensory play yang boleh ibu bapa lakukan pada anak adalah dengan menggunakan beberapa bahan ini.
Guna Ais kiub
Guna colourful ring
Guna bola
Guna hirisan buah oren
Colourful counters
Bubble Pop
Kebanyakan aktiviti sensori ini anda boleh buat sendiri dirumah. Boleh guna apa saja bahan asalkan ia sesuai untuk bayi. Yang penting mesti dengan pemantauan ibu bapa.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Coretan meruntun jiwa suami Cikgu Jamaliah yang meninggal dunia dalam kemalangan, serta janji untuk menjaga tiga anak lelaki mereka menyentuh hati ramai.