Anak masuk Tahun 1, ibu ayah kena buat persediaan. 6 perkara yang dikongsikan oleh ibu ini amat membantu si anak untuk menyesuaikan diri dan sangat praktikal. Memang sesuai untuk ibu ayah tak kira yang baru anak sulung melangkah ke sekolah rendah mahu pun yang dah ada berderet yang sekolah.
Puan Mai Mgnesium telah berkongsi panduan ini. Menurutnya, tip ini memang digunakan kepada anak-anaknya. Anak yang pertama sudah pun melangkah ke universiti manakala yang bersekolah rendah pula sudah pun berada pada Tahun 3 dan 5.
Ibu ini telah berkongsi 6 perkara yang ibu ayah perlu peka dan buat sebagai persediaan sebelum anak-anak melangkah ke Tahun 1. Ia juga boleh mengelakkan berlaku kekalutan apabila persediaan dibuat di saat-saat akhir.
Berikut ialah perkongsian Puan Mai Mgnesium;
#1 Eloknya dari bulan depan (November) dah buat 3 perkara ini iaitu;
tempah chop nama (chop kat buku tulis)
beli printer, boleh beli sticker paper kat Popular and print nama anak
beli alat tulis
Ads
#2 Baju, kasut, beg sekolah, stationaries, pencil case semua kena label.
Slow slow buat dari November takde rasa kebosanan
#3 Dah slow slow ajar anak RM1 tu rupa macamana, dah tentukan nak bawa duit banyak mana.
Ads
#4 Dalam satu zip lock bag, dalam sampul isi juga wang emergency.
(I cant tell u berapa kali Mimi kena songlap duit dia haihhh).
#5 Beli seluar tights utk pakai dalam seluar PJ
Ada budak kat sekolah Mimi suka pull her pants down.
Sudah masuk bulan tiga, tapi anak masih belum pandai membaca dengan lancar. Tentu ibu ayah risau. Namun tentu ada puncanya yang ibu ayah kena tahu supaya dapat mencari penyelesaian supaya anak membaca.
Menurut perkongsian seorang ibu dan juga Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak katanya seorang anak perlu mempunyai asas sebelum bersedia untuk diajar membaca.
Ikuti perkongsian Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Maryam Thoraya Arifin yang menggunakan pendekatan ini untuk mendidik kanak-kanak dipusat pendidikan.
Memasuki penghujung March biasanya guru-guru tadika akan di tanya, cikgu anak saya belum pandai baca ni. Macam mana ya? Inilah soalan standard yang akan di hadapi oleh kebanyakan guru tadika
Tuan/Puan yang dihormati, mari saya tolong jelaskan . Anak-anak kita perlukan FOUNDATION sebelum mereka BERSEDIA di ajar membaca. Sekiranya kita tak sempat/atau belum tahu bagaimana berikan FOUNDATION ini di rumah, guru-guru akan gunakan 3 bulan pertama ini untuk bantu buat foundation ini dahulu pada anak. FOUNDATION ni sebenarnya makan masa tau tak cukup 3 bulan. Tapi para pendidik gigih membantu. . Laaa tak boleh ke skip foundation ni, terus je ajar baca? Jawapannya, anak anda, kena ada kemahiran mendengar dan biasa bertutur lama sebelum dia pandai bercakap dengan baik. Begitu juga dengan membaca. Ada benyak persediaan mereka perlukan sebelum mereka bersedia di ajarkan membaca. Apa kesannya kalau terus je? kesannya, anak tak fokus, anak tak berminat, anak tak enjoy, anak cepat bosan, akhirnya target nak kasi pandai membaca semakin tergendala. Habis, anak dah 5 tahun ni? Iya, mari kita bantu cepatkan proses ini dengan KUATKAN FOUNDATION membaca di rumah melalui rutin harian. Sangat banyak yang ibu bapa boleh lakukan kerana ibu bapa ada kuasa KASIH SAYANG yang LUAR BIASA.
5 Asas Penting Mesti Tahu
Lakukan Cara Ini Bermain/beraktiviti /Projek Macam mana nak buat perkara 1-4 di atas? anda boleh gabungkan 2,3 atau 4 target di atas dalam 1 aktiviti yang bersesuaian. Saya pasti ramai yang membeli toys untuk anak. Anda boleh jadi fasilitator pada anak dengan bermain dengan toys yang ada. Banyak libatkan pancaindera anak-anak. Tak semestinya buat yang gempak. Buat ikut keadaan masing-masing. Hebat tu bukan pada nampak sofisticated aktiviti kita, tapi pada kesannya pada anak. Apabila kita dedahkan anak-anak dengan aktiviti/projek, kita membantu mereka memahami context yang sebenar dalam hidup mereka. Cuba fahami ini Pernah anda lihat experimen di youtube dengan anak-anak dan cuba buat sendiri experimen tersebut? Bagaimana perasaannya? Bagaimana response kedua-duanya? Sangat tak sama kan? PROSES menjayakannya itulah proses kita polish skill mereka. Its all about connecting experience. Ramai kita tak suka raikan proses. Semua nak cepat. Semua nak paksa. Tapi proses itulah yang jauh lebih anak ingat. Bebanding hasil akhir. Kadang-kala, hasil akhir boleh hancur sejam lepas tu. Jadi yang kekal ialah kenangan proses itu, pelajaran dari proses itu. Kemahiran itu. Asas-asas ini amat penting buat anak. Ia ibarat akar untuk pokok.
Banyak perkara yang kita perlukan kerjasama anak untuk buat. Tapi anak susah nak buat, malah tidak mengendahkannya. Di mana silapnya?
Mungkin ada ibu bapa akan mengambil jalan mudah untuk menakut-nakutkan anak supaya apa yang disuruh dilaksanakan dengan cepat. Natijahnya, anak hanya akan buat bila ditakut-takutkan, dan sampai bila kita mampu untuk menakutkan mereka?
Menurut kaunselor, Puan Farhan menyatakan penting bagi kita untuk mewujudkan rasa suka dan seronok kepada perkara yang dilakukan oleh anak.
Menanam rasa suka, cinta dalam diri anak-Menggerakkan anak melakukan sesuatu tanpa menakutkan mereka. Pada suatu hari, Amira tidak mahu makan sayur dan ibunya berkata
“Kalau kamu tidak makan sayur, nanti hantu sayur akan datang gigit kamu”
Dengan perasaan takut anak ini makan juga sayur yang di masak oleh ibunya kerana takut pada hantu.
Si ibu berasa puas hati kerana berjaya membuatkan anaknya makan sayur.
Namun, kalau kita renungkan kembali. Adakah cara ini baik untuk anak anak?
Setiap kali mereka tidak mahu berbuat sesuatu kita takutkan mereka agar mereka menjadi lemah dan segera tunduk kepada kita.
Benar, cara ini memang berkesan. Namun, kesannya sangat tidak bagus untuk anak anak.
Mengapa kita perlu sentiasa menakutkan anak. Dalam menyuruh anak melakukan sesuatu perkara, jangan gerakkan anak dengan perasaan takut. Sebaliknya, usahakan untuk menanam rasa suka dan cinta kepada perkara itu. Itu lebih baik kerana anak itu akan digerakkan dengan motivasi yang terbit dalam dirinya sendiri.
Contoh:
Anak anda suka menyepahkan rumah. Anda mahu anak anak mengemas rumah. Bagaimana caranya?
Sebelum ini viral post yang ibu menakutkan anaknya dengan memakai kostum dan menyama menjadi satu makhluk agar anaknya takut dan tidak menyepahkan rumah lagi.
Tetapi, saya terfikir satu hal, adakah setiap kali kita mahu anak berbuat sesuatu kita harus takutkan mereka?
Tidak bolehkah kita tanamkan rasa suka mengemas rumah dalam diri anak anak?
Usaha untuk buat sesuatu yang akan menanam rasa seronok dan akhirnya membangkitkan rasa suka untuk mengemas rumah berbanding mengotorkannya.
Kemudian, terangkan kepada anak anak perkara sebenar, apa yang akan berlaku jika rumah nya kotor. Apa akibatnya?
Nanti kuman akan merebak
Rumah berbau busuk.
Itu lebih baik berbanding menakutkan anak dengan hantu jembalang.
Begitu juga jika anak susah makan sayur.
Jangan amalkan mengugut anak dengan hantu sayur dan sebagainya.
Sebaliknya buat anak jatuh cinta dengan sayur.
Ceritakan kelebihan bila anak makan sayur.
Nanti kulit jadi cantik
Nanti mata akan jadi cerah
Nanti badan jadi kuat
Apabila kita menakutkan anak, bukan sahaja jiwanya lemah, malah ia juga tidak memberi kesan yang lama. Mungkin ketika kecil dia akan takut, sebaliknya bila sudah besar tidak akan terkesan lagi. Tetapi, apabila kita bangkitkan rasa suka dan sayang kepada sesuatu aktiviti dan perkara yang mereka perlu lakukan, pastinya ia akan dibawa sehinggah anak itu besar.
Anak anak kecil, apabila kita mahu mengajar sesuatu kepada mereka, mulakan dengan menyebut cerita yang baik-baik.
Apabila kita mengajar tentang Alalah, kita bukan mulakan dengan hukuman dalam neraka sebaliknya kita ceritakan tentang seronoknya syurga.
Siapa buat baik Allah sayang
Siapa sayang adiknya Allah sayang
Siapa suka tolong ibunya Allah sayang.
Bila anak suka pukul adiknya, jangan kita kata
“Pukul adik, masuk neraka nanti”
sebaliknya cuba ubah ayat itu kepada ayat yang positif dan penuh cinta.
“Kalau abang buat baik dengan adik, selalu main baik baik nanti Allah sayang, masuk syurga nanti”
Biarkan jiwa anak dipenuhi dengan perkara yang baik-baik dan positif sahaja dahulu agar perbuatannya mengarah kepada yang baik baik sahaja dahulu.
Anak dah pandai cemburu dengan papa dan mama, ini sebabnya mengapa situasi ini terjadi. Cemburu yang dialami oleh anak-anak terhadap papa dan mama adalah sesuatu yang biasa dan merupakan bagian dari perkembangan emosional mereka.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa anak-anak mungkin mulai merasa cemburu dengan ibu bapa mereka.
Mengapa mereka sudah pandai merasa cemburu? Ini antara sebabnya:
1. Mama kepunyaan saya seorang!
Biasanya si kecil lebih rapat dengan mama. Jadi dia beranggapan mama hanya miliknya seorang. Bila perhatian bukan diberikan kepadanya, dia jadi marah dan cemburu.
2. Tak tahu bagaimana nak luahkan
Oleh kerana masih kecil, dia tak tahu bagaimana nak meluahkan perasaannya. Menangis, menolak atau memukul papa supaya menjauhi mama adalah cara yang akan dilakukan sebagai satu amaran jangan mengambil ‘hak miliknya’.
3. Tak nak berkongsi
SI KECIL HANYA MAHU MAMA MENJADI MILIKINYA DAN TAK BOLEH BERKONGSI DENGAN ORANG LAIN TERMASUK PAPA! DIA FIKIR HANYA DIA SAHAJA YANG MAMA PERLU PELUK DAN CIUM.
4. Si kecil rasa terancam
Merasakan tempatnya cuba diambil alih oleh orang lain. Oleh kerana dia rasa terancam maka hanya tangisan dan kemarahan sahaja menjadi senjatanya untuk menghalang perkara tersebut daripada berlaku.
5. Mahu perhatian
Sebenarnya anak anda mahukan perhatian sentiasa diberikan kepadanya. Rasa cemburunya tak dapat dibendung bila melihat papa dan mama saling berkasih sayang tanpa memberikan dia perhatian.
6. Rasa diri tak disayangi
Rasa bimbang dirinya sudah tidak disayangi oleh mama. Oleh kerana dia belum faham tentang erti hubungan kekeluargaan dan suami isteri maka dia merasakan bila mama memeluk atau mencium papa seperti mama lakukan ke atas dirinya bermakna dia sudah tidak disayangi lagi.
7. Dunianya masih kecil
Oleh kerana masa si kecil lebih banyak dihabiskan bersama papa, mama dan pengasuh maka dia masih tidak faham tentang luasnya erti kasih sayang. Apabila dia semakin besar dan punya ramai kawan dan melakukan banyak aktiviti, si kecil akan lebih faham tentang kasih sayang antara papa dan mama.
Apa patut dilakukan?
Sebenarnya ia adalah perkara normal bila anak anda cemburu pada papa atau mama. Dia mungkin tidak tahu bagaimana meluahkan rasa cemburunya selain daripada menangis.
Maka penting untuk anda berdua memujuk dan memberitahunya, tetapi jangan berhenti menunjukkan kasih sayang antara kalian suami isteri di depan anak kerana amat penting bagi mereka melihat ibu bapa yang saling sayang menyayangi.
* Cuba buat “group hugs” dan “group kisses” iaitu sentiasa ‘masukkan’ anak sekali semasa memeluk pasangan suami/isteri. Barulah dia tak rasa dipinggirkan.
* Sentiasa beritahu anak yang mama sangat sayangkan dia dan papa.
* Wujudkan suasana gembira dan menyeronokkan dengan mencium dan memeluk si kecil secara bergilir-gilir dengan suami/isteri. Dengan cara ini dia tahu mama tetap sayangkan dia walaupun dalam masa yang sama sayangkan papa juga.
* Sentiasa curahkan kasih sayang dan perhatian kepada si kecil yang baru mengenal kehidupan.
Oleh kerana si kecil adalah peniru yang hebat, maka menjadi tugas ibu bapa untuk sentiasa menunjukkan kasih sayang antara suami isteri tetapi dalam cara yang berhemah. Dalam masa yang sama jangan abaikan dirinya yang masih belum faham tentang perkongsian kasih sayang sekeluarga. Apa yang si kecil tahu, mama adalah hak miliknya seorang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.