Waktu makan bukan masa yang sesuai nak bagi anak tengok gajet. Tetapi ramai ibu ayah sekarang bagi anak kecil mereka tengok gajet waktu tersebut terutama ketika makan di luar.
Niatnya nak bagi anak duduk diam supaya senang makan namun ada kesan sampingan pada perkembangan anak.
Menurut Puan Liyana Raya, Occupational Therapist waktu makan bukan masa yang sesuai nak bagi anak tengok gajet!
Tolonglah…. WAKTU MAKAN BUKAN WAKTU YANG SESUAI UNTUK TENGOK GADGET!
Bab tengok gadget ni saya takde masalah sangat….
Tapi kalau dah salahguna gadget waktu anak sepatutnya menjalankan rutin harian UTAMA dan ASAS seperti makan…..
Maka HENTIKANLAH!
Rimas sungguh saya tengok di mana2 saja……. anak2 kecil tengok gadget masa makan. Ni bukan kat KL je tau,satu Malaysia benda ni dah berleluasa!!!!
Masa makan kot…. banyak adab nak ajar anak kecil tu! Banyak kemahiran nak ajar anak kecil!
Islam dah menggariskan adab masa makan yg sepatutnya buat apa: ✏️Sebelum makan basuh tangan. ✏️Baca doa makan. ✏️Makan pakai tangan kanan. ✏️Ambil makanan dekat dulu kemudian yg jauh. Utk anak kecil,time dia nak yg jauh,boleh ajar dia meminta naaaakkk….. ✏️Makan dengan mulut tidak berbunyi. ✏️Makan dengan tertib dan teratur. ✏️Makan dlm keadaan duduk.
Ads
Dah kalau asal masa makan je,anak hadap gadget,apa adab masa makan yg anak belajar?
Kemahiran motor halus yang dapat memberi manfaat kpd anak masa makan: ✏️Kekuatan jari jemari: Anak mencubit makanan,mengoyak,menggenggam——> benda asas utk kekuatan jari jemari mcm ni kalau anak dapat,bila sampai masa utk menulis nanti,dah mudah nak menulis tau!
✏️Koordinasi tangan dan mata: Masa makanlah masa yg sesuai utk anak tracking makanan yg jatuh tu kat mana,nak ambil makanan dengan cara mencapai,menggenggam,pusing tangan dan banyak lagi. Ni kemahiran ni penting time nak menulis esok—->nak track setiap perkataan dan huruf yg tertulis di papan hitam tu dah mudah.
Kalau tengok gadget,anak touch screen tu pakai satu jari je. Apa yg anak dapat dengan sentuh benda alah tu dengan satu jari????? Kemahiran apa yg anak dapat? Mai tolong habaq sat!
Kemahiran pengurusan tingkah laku ketika makan: ✏️Ini memang kena kerjasama mak dan ayah. Masa makan kena duduk. Utk anak kecil di bawah 2 tahun,masa makan biasanya mereka suka bergerak. Tak payah kejar sangat. Anda duduk banyak takpe. Sampai masa nak suap makan,anda gerak ke arah anak dan suap sambil panggil namanya.
✏️Kalau anak suka sangat nak bergerak dan mak ayah susah nak makan,berkorbanlah sekejap… sorang makan dulu sorang lagi layanlah anak sementara pasangan tengah makan. Tak rasa enjoy makan sama2? Tak payah la fikir sangat nak enjoy kalau dah ada anak. Sendiri yg nak anak kan… maka kena la berkorban apa saja. Kalau rasa tak sanggup nak berkorban tahap mcm ni,tak payah ada anak! Setel masalah. Lagipun nak susah sekejap time anak masih kecil je…nikmatilah saat kejar mengejar anak mcm ni …. bukan seumur hidup! Nak ajar anak berdikari mcm mana dah kalau tak sanggup nak berkorban sampai mcm ni sekali????
✏️Tingkah laku mendengar arahan dan fokus terhadap rutin dapat dibentuk pada ketika ini. Pada waktu inilah,anak belajar utk fokus. Fokus bukan bermaksud duduk diam. Fokus di sini adalah fokus kpd apa yg dimakan,bagaimana nak makan,mengeksplorasi tekstur dan kepelbagaian rasa makanan membantu kebolehan mendengar arahan dan fokus pada ketika ini.
Ads
Dah kalau time makan tengok gadget,pemikiran anak fokus kat gadget… dah tu bila masa nak fokus kpd perkara yg lebih besar dlm hidup kalau fokus kpd rutin harian pun dah terjejas mcm ni? Bila kat sekolah,cikgu complaint anak tak fokus,nak melenting pulak kat cikgu???? Ewah ewah… awak tu yg buat anak jadi tak fokus,cikgu pulak yg kena! Sendiri punya anak,sendiri la yg latih mcm mana! Setakat benda rutin harian mcm ni pun tak reti nak adjust dan latih anak,jangan salahkan org lain pulak! Segalanya bermula dari rumah ya. Dari kita ibu dan ayah si anak. Bukan dari org lain.
✏️Bila anak fokus kpd makanan,anak dapat menikmati makanan. Bila dia rasa nikmatnya makanan ni…. baru dia rasa tenang dlm hidup. Org yg tak tenang masa makan,tak enjoy rasa makanan…..tak nikmat hidup sebab kita hidup ni kena rasa banyak benda yg ada. Sia2 je hidup ni digunakan utk tengok gadget. Lebih baik menikmati makanan,baru ada feel nak hidup.
Waktu makan waktu yg sesuai utk latih oral motor anak: ✏️Saya tiada sekatan dlm memberikan anak makan dan explore kepelbagaian dan tekstur makanan sebab dengan cara inilah,saya tahu… otot mulut anak berfungsi dengan baik.
✏️Anak yang melalui proses makan tanpa gadget amat mudah nak bertutur dan berkomunikasi berbanding anak yg makan dengan gadget.
✏️Anak yg melalui proses makan tanpa gadget juga adalah anak yg jenis tidak memilih makan sangat. Bila anak makan dengan gadget,mereka tidak lihat sangat kpd apa yg disuap menyebabkan mereka akan mudah memilih utk sesetengah tekstur dan rasa makanan. Dah dia dok lihat gadget,tak lihat makanan…. memang tak nikmatlah nak rasa kepelbagaian rasa dan tekstur makanan.
Kuman masuk dlm mulut anak masa anak makan sepah2? Saya tiada masalah dlm bab ni. Sebab saya nak persiapkan anak utk kehidupan berdikarinya,jadi saya tak sekat kuman masuk badan sebab utk anak saya bertahan,dia kena develop ketahanan badan melawan kuman yg masuk.
Ads
Besides,kuman menang ada di mana2. Setakat kuman asas masuk dan create antibodi melalui reaksi batuk demam selsema,saya tiada masalah. Kalau kuman asas ni anak saya dah hadapinya dengan baik melalui demam,maka utk kuman2 besar yg masuk nanti,anak saya boleh bertahan.
Org yg tak pernah allow anaknya kena jangkitan kuman hanya akan menyebabkan anaknya tiada ketahanan badan. Nak anak develop ketahanan,kena dedahkan juga dgn kuman2 tertentu.
Anak yg tak didedahkan,tiada antibodi atau protection yg dpt diberikan kpd badannya utk lawan kuman2 tersebut maka sistem imunisasi anak mudah lemah. This is life. Suka atau tidak,terpulang. Saya nak prepare anak utk dlm setiap apa jua keadaan sekalipun,anak saya boleh survive. This is how i do it.
Eh,dah bagi baby makan fries? Saya respect ya setiap pemilihan ibu bapa utk bagi anak makan unhelathy or healthy food tu mcm mana. I have priority on what i do.
Anak2 saya,sentiasa saya sediakan utk menghadapi keadaan yg teruk sekalipun supaya anak saya boleh survive. Dlm keadaan yg tiada makanan sihat suatu hari nanti,saya kena pastikan anak saya boleh makan banyak rasa dan tekstur makanan yg ada.
Saya ada target dlm apa yg saya ingin capaikan. Jika anda target utk beri anak anda healthy food saja,saya respect but please jangan samakan saya dengan anda. Saya ada ilmu kenapa saya buat begini.
Saya tahu mcm mana otot mulut berfungsi,deria di setiap badan berfungsi,how do they develop into cognitive aspects sampai academic and mental health aspects. Saya tak pandang pada satu aspek sahaja…. again,point utama di sini adalah utk makan tanpa gadget.
Apa yg gadget boleh buat utk anak anda jika anda memilih utk bagi anak gadget ketika makan? Boleh fikirkan tak drpd apa yg saya dah tulis kat atas? Kalau makan kat kedai mcm disaster rasanya,mulakan dari rumah dahulu.
Tolong…. saya RIMAS tengok anak diberi gadget ketika makan. Begitu juga dengan ibu bapa on gadget ketika makan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengajar anak memegang pensel juga satu faedah. Dengan hanya sebatang pensel dan sehelai kertas, dia boleh menerokai pelbagai perkara baru sambil menajamkan skil. Anak seronok menconteng dan dalam masa yang sama otaknya di stimulasi.
Menurut Puan Mahfuzah Zainol, Penolong Pengarah (Occupational Therapist) Kementerian Pendidikan Malaysia berkongsikan tentang faedah mendedahkan pensel kepada si kecil dari seawal usia setahun. Jangan hadkan kepada pensel dan kertas sahaja, pelbagaikan medium dan peralatan agar aktiviti tidak membosankan. Krayon, pensel, kapur, batu, lidi adalah antara peralatan yang boleh digunakan untuk menconteng, melukis dan menulis.
5 FASA PERKEMBANGAN MENULIS KANAK-KANAK
Apabila anak berumur 1 setahun lebih ke 2 tahun lebih sudah boleh pegang pensel, dia akan buat apa?
Menconteng!!! Begitulah jawapan yang saya akan dapat. Hehe.
Namun realitinya dalam masyarakat kita, jika pegang pensel saja, mesti nak tulis huruf dan nombor. Mari kita ubah, menulis tidak semestinya berkaitan akademik.
3 FAEDAH PEGANG PENSEL KEPADA SI KECIL
Memegang pensel boleh
#1 Menjana kemahiran visual persepsi
#2 Koordinasi motor
#3 Merangsang kreativiti (as it stimulates left and right brain to function).
Memang sungguh, kemahiran memegang pensel sangat penting, sama penting seperti kemahiran bermain juga.
Jangan abaikan jika mereka masih tidak boleh memegang pensel dengan tahap umur mereka.
Bermain dengan pensel dan practice menconteng dari sekarang.
5 FASA KEMAHIRAN MENULIS
Terdapat 5 fasa kemahiran menulis yang boleh dipraktikkan mengikut peringkat umur.
Fasa 1 : Menconteng
Umur 1-2 tahun
Gunalah apa sahaja bahan yang boleh digunakan untuk menconteng. Krayon, pensel, kapur, batu, lidi dan sebagainya.
Fasa 2 : Menekap
Umur 2-3 tahun
Fasa ini boleh guna dot-to-dot atau garisan putus-putus.
Fasa 3 : Meniru
Umur 3-4 tahun
Ketika ini peranan ibu bapa untuk mengajar membuat gerakan bentuk untuk menulis dan melukis. Belajar melukis.
Fasa 4 : Menyalin
Umur 4-5 tahun
Boleh mula menyalin bentuk-bentuk yang dilihat, pada masa yang sama practising visual perceptual skills. Sangat baik.
Fasa 5 : Menulis melalui memori
Umur 6 tahun ke atas
Peringkat ini sudah boleh ajar menulis nama sendiri. Boleh ‘pick’ nama pendek dahulu ya. Nama penuh boleh belajar kemudian.
TEKNIK AJAR ANAK MENULIS
Ada teknik nak mengajar menulis melalui memori jika seseorang kanak-kanak tersebut ada low performance in memory.
Gunakan teknik forward and backward chaining.
Rasanya saya pernah share pasal teknik ini untuk menulis nama. ?
Kesemua fasa kemahiran menulis ini saya telah praktikkan bersama klien dan anak sendiri juga. Sangat berkesan.
Dan harus diingat, menulis tidak seharusnya ada kertas. Boleh buat atas permukaan selain kertas juga!!
Sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka.
Jadi, sekiranya kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, sungguhpun mencapai sehingga 5-6 kali setahun, ia masih dianggap normal.
Namun pasti ada tanda tanya, adakah anak selalu sakit disebabkan cara penjagaan yang salah atau masalah pada persekitaran yang tidak sihat?
Jika anak selalu sakit, cuba periksa 6 perkara ini terlebih dahulu.
1. Terdedah pada virus di pusat jagaan
Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.
Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.
2. Selalu makan makanan ringan
Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’. Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrien mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.
Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.
3. Anak tak cukup tidur
Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.
Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.
4. Anak kurang bergerak aktif
Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun.
Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.Menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.
5. Berkongsi barang
Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.
Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.
6. Mangsa asap rokok
Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi ‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.
Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanakyang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.
Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.
Sistem Imunisasi Anak Sedang Berkembang
Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan semakin berkurang apabila anak semakin membesar.
Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.
Sumber: zuriat.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kecil yang mudah marah atau merengek adakalanya boleh menguji tahap kesabaran ibu bapa. Bagaimana untuk mengendalikan amarahnya? Secara tidak sedar, ramai ibu bapa yang kerap melakukan kesalahan dengan sengaja membiarkan, memarahi, menghukum malah ada yang sanggup memukulnya semata-mata mahu si anak diam.
Kemarahan seorang anak kecil berbeza puncanya berbanding kemarahan orang dewasa. Sebagai ibu bapa jadilah penyejuk hati bagi anak-anak yang sedang marah sehingga mereka dapat memahami kesalahannya sendiri dan belajar cara yang betul untuk mengatasi emosi.
Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa untuk membantu meredakan emosi anak-anak yang sedang marah.anak seorang pemarah, anak suka marah, anak mudah marah, anak mudah meradang, anak naik angin, anak kerap marah.
PRIHATIN PERASAAN ANAK
Seorang anak memiliki keinginan yang kuat untuk melakukan sesuatu namun seringkali kemampuan tidak sekuat keinginannya. Kekecewaan diluahkan melalui kemarahan. Faham perasaan si anak, kenali kesukaannya, faham apa yang diinginkan dan tidak diinginkan, waktu tidur dan sebagainya. Jika anda cuba perkenalkan perkara baru kepadanya usah terlalu memaksa.
KOMUNIKASI
Kadangkala apa yang cuba disampaikan oleh anak kepada ibu bapanya ‘tidak sampai’ sehingga menimbulkan kekecewaan pada si anak. Tanda protes ditunjukkan dengan cara marah, merengek, merosakkan sesuatu dan sebagainya. Sentiasa luaskan komunikasi bersama anak. Anggap anak-anak sebagai sahabat dan begitulah sebaliknya.
PELUKAN
Kadangkala kemarahan seorang anak disebabkan kurangnya kasih sayang atau perhatian daripada ibu bapa. Kian membesarnya anak-anak atau kerana jadual semakin padat, interaksi antara anak dan ibu bapa semakin berkurang. Pelukan dan belaian kasih sayang ibu bapa amat diharapkan saat ini. Biasakan memeluk atau mencium anak-anak sebelum ke tempat kerja atau saat mereka sakit.
LARANGAN YANG LOGIK
Kata-kata seperti ‘Jangan’, Tidak boleh’ dan seumpamanya sering membuatkan anak merasa tidak dipercayai atau terbatas pergerakannya. Sebagai ibu bapa ‘wajib’ memberi alasan yang logik kepada anak mengapa kita melarangnya melakukan sesuatu. Contohnya melibatkan hal yang boleh membahayakan dirinya. Jelaskan risiko-risiko jika dia masih berdegil untuk melakukannya.
MENUNJUK TAULADAN
Ibu bapa harus menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak seperti cara yang betul untuk mengatasi emosi. Ibu bapa yang sering marah-marah atau tidak mampu mengawal emosi akan mudah mempengaruhi sikap anak-anak. Jika anda mula hendak merasa marah berusahalah untuk tidak menunjukkannya di hadapan anak-anak.
SENTIASA TENANG
Jika anak meragam atau marah-marah di tempat umum, sebagai ibu bapa kita haruslah sentiasa berada dalam keadaan tenang serta tidak mudah melatah. Elakkan daripada memarahinya semula atau memukulnya di khalayak ramai. Cara mudah yang boleh dilakukan ialah membawanya ke tempat yang lebih sunyi agar dapat meredakan kembali emosi.
Sumber: ragamanak.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidur yang cukup amat penting untuk perkembangan bayi. Namun, ramai ibu bapa mendapati bahawa corak tidur bayi boleh berubah-ubah, kadang-kadang tanpa sebarang sebab yang...