Ibu bapa galakkan anak makan ikan. Ia sangat bagus untuk perkembangan sistem saraf dan sel otak. Ikan merupakan sumber makanan yang mengandungi banyak nutrien penting untuk tubuh seperti protein, asid amino, omega-3, methionine, tyrosine, lysine, tryptophan, dan sebagainya.
Ibu Bapa Galakkan Anak Makan Ikan
Protein yang terkandung dalam ikan sangat mudah untuk dicerna berbanding dengan yang ada dalam daging. Ikan mengandungi beberapa jenis bahan-bahan lemak seperti lipid yang merupakan asid lemak tak tepu. Asid lemak ini adalah baik untuk tubuh dan mengelakkan lemak dalam darah, yang menjurus kepada obesiti.
Sesetengah ikan mengandungi banyak vitamin, seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B12, dan vitamin D. Ikan juga mengandungi pelbagai mineral, terutamanya kalsium. Malahan, kandungan kalsium dalam ikan adalah lebih tinggi berbanding daging.
Salah satu bahan baik untuk tubuh ialah DHA dalam ikan. DHA memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan sistem saraf dan sel otak.
Bagus Untuk Perkembangan Sistem Saraf & Sel Otak
Phosphatide dalam ikan terlibat secara aktif dalam metabolisme kolesterol, mencegah pengumpulan kolesterol dalam darah, membantu membuang kolesterol yang tidak baik daripada tubuh, mencegah obesiti, dan melindungi sistem kardiovaskular. Kandungan ini juga boleh menghalang pelbagai jenis kanser.
Ads
Secara ringkasnya, ikan adalah amat penting.
Berikut adalah beberapa jenis ikan yang selamat dan baik untuk anak anda termasuklah:
Salmon ialah ikan yang kaya dengan asid lemak tak tepu yang boleh merangsang perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan vitamin A, B, D, E, dan kalsium, zat besi, zink, magnesium, fosforus dan mineral lain. Isi salmon adalah lembut dan licin, jadi kanak-kanak akan menggemarinya. Ikan ini juga baik untuk kecerdasan kanak-kanak.
Tuna mengandungi asid omega-3 yang baik untuk mencegah degenerasi makular, iaitu keadaan yang mengehadkan penglihatan mata, dan secara perlahan-lahan membawa kepada buta.
Ads
Informasi di atas tentang ikan boleh membantu anda mengetahui lebih lanjut khasiat dan sebab perlu makan ikan.
Bila anak berusia 6 bulan, mama mesti teruja nak bagi anak makan. Tapi kadang buntu tak tahu apa yang perlu diberi untuk permulaan. Yang penting ia berkhasiat dan dapat memperkenalkan anak-anak dengan pelbagai jenis makanan supaya si kecil membesar tidak cerewet memilih makanan.
Pa&Ma kongsikan beberapa pilihan puri buah untuk mama berikan kepada bayi yang sudah mula makan. Caranya sama sahaja iaitu sama ada kukuskan buah-buahan dan kemudian dikisar halus atau rebus dan kisar halus.
Mama juga boleh buat dalam kuantiti yang banyak dan kemudian simpan di dalam peti sejuk beku untuk stok selama seminggu. Mudah kan?
Ini pilihan puri buah yang boleh mama jadikan pilihan untuk si kecil tersayang.
Mesti ramai ibu-ibu yang mencari resepi puree untuk anak yang dah menghampiri usia 6 bulan kan? Kenapa perlu tunggu 6 bulan? Kenapa tak boleh beri makanan pada usia 3/4 bulan? Jawapannya?
Kerana sistem penghadaman bayi belum cukup matang untuk memproses makanan lain selain susu ibu. Sekiranya diberikan makanan sebelum usia 6 bulan, bayi anda mungkin akan mengalami beberapa risiko seperti usus tersumbat.
Kredit : Babyredhut
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lepat biasa mungkin sudah terbiasa, sesekali kita olah menjadi lepat cendol yang kini sedang trending. Nak cuba? Jom cuba resipi ringkas perkongsian Pn Mamata Aiza ini.
Paling senang, hanya campurkan kesemua bahan dalam kuali dan bungkus dalam daun pisang. Sejukkan!
Atas permintaan kakak sulung nak lepat cendol ni. First try menjadi. Makan sejuk-sejuk, sedap weh.
Bahan-bahan:
1 cwn tepung jagung
1 cwn gula
2 sudu besar tepung ang kwe (ada dalam gambar)
1 sudu kecik garam
2 kotak santan kara
1 liter air (agak-agak)
1 bungkus cendol (lupa berapa gram)
Daun pisang dilayur atas api
Bancuh semua bahan. Kacau dahulu bagi tepung semua sebati, baru buka api sederhana.
Kacau sampai pekat dan likat. Dah menggelegak sikit baru masukkan cendol dan kacau lagi bagi sebati.
Menggelegak sekali lagi baru tutup apinya. Dah suam-suam, bungkus dalam daun pisang dan simpan dalam peti ais.
Cuti hujung minggulah masa untuk mencuba kesemua resipi untuk keluarga. Tak kurang juga resipi untuk si comel kita. Buntu nak masak apa? Apa kata kita cuba miffin noodle pun yang ringkas tapi cukup berkhasiat pada bayi kita.
Mana tidaknya, gabungan pelbagai sayuran ditambah dengan gabungan susu serta protein buat muffin comel ini lengkap untuk hidangan anak kita. Nak tahu cara membuatnya? Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini. Mantap!
MUFFIN NOODLE VERSI BABY
Bahan Bahan :
Bahan A :
1 biji telur
3/4 cawan mee organik (dah dicelur )
1/4 cawan susu segar
1 sb tepung gandum tanpa bahan peluntur
Bahan B :
1 sb mentega tanpa garam
2 biji bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
1/4 cawan isi ayam / daging segar
3 sb lobak merah didadu
3 sb brokoli dipotong kecil
1 1/2 sk serbuk daging
Satukan mee yang sudah dicelur bersama dengan telur dan juga susu segar. Kacau sebati. Ketepikan seketika.
Panaskan mentega sehingga cair. Tumis bawang merah & bawang putih sehingga naik bau. Masukkan isi ayam / daging . Tumis seketika sehingga separuh masak.
Kemudian masukkan sayur sayuran bersama serbuk daging. Masak seketika.
Tuangkan Bahan B tadi ke dalam Bahan A dan masukkan juga tepung gandum. Kacau sebati.
Sapukan acuan muffin dengan sedikit minyak. Panaskan oven. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180C selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
Siap!
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.
Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.