Satu kemestian bagi mana-mana wanita yang melahirkan anak, berpantang perlu kerana tempoh ni penting bagi ibu baru bersalin kembali sihat bertenaga selepas melalui pengalaman mengandung dan bersalin.
Berurut, memakai bengkung, bertangas, menyapu pilis, berpantang makan, memastikan kaki tidak berasa sejuk sehingga ada yang meletakkan tempoh tertentu untuk ‘bersama’ dengan suami, antara amalan biasa sejak dari zaman mak-mak kita dulu.
Ada yang meletakkan tempoh antara 44 hingga 100 hari berpantang. Perkara ini kadangkala menjadi perdebatan dalam kalangan wanita dan tidak kurang juga menimbulkan keraguan kepada wanita yang baru ingin menjadi seorang ibu.
Cuma dalam situasi hari ini, tempoh berpantang ibu zaman sekarang dah tak boleh nak dibandingkan dengan pantang ibu-ibu sebelum ini. Tambah lagi dengan kekangan situasi Covid yang rata-ratanya perlu berpantang sendiri dan urus anak tanpa boleh harapkan bantuan ibu, ibu mertua atau saudara mara.
Seperti perkongsian Puan Adawiyah Abdul Rahman yang juga ibu kepada 8 orang anak dan tengah berpantang sekarang ni, setiap ibu punya strugle masing-masing selepas bersalin ditambah pula nak kena berulang alik ke klinik.
Ads
Pantang ala kadar, kesian orang moden. Lepas bersalin pantangnya ala kadar. Sehari lepas bersalin, esoknya dah kena bangun awal pagi bersiap ke klinik cek kuning.
Begitulah rutin sehingga baby bebas kuning. Luka belum sembuh, rahim belum elok. Jalannya terbongkok-bongkok.
Yang tiada pembantu hanya mampu berharap pada suami. Balik klinik tak sempat masak terpaksa singgah beli makanan kedai. Makanlah sambil bertawakal supaya tak ada kesan sampingan lain asalkan kenyang.
Habis cuti suami, terpaksalah si ibu ambil alih tugas, pantang sendiri lah nampak gayanya. Lagilah ala kadar dan caca merba. Nak urus baby, nak urus anak-anak lain. Buat lah ala kadar asalkan emosi sentiasa terjaga.
Ads
Maka, jangan diungkit andai nampak ada tak betul dalam berpantang. Jangan disamakan pantang orzng dulu dengan orang sekarang.
Kadang nasib orang tak sama. Ada yang seronok masa berpantang. Ada yang struggle masa berpantang. Apa yang berbeza, sama-sama kita raikan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum melihat semangat ibu kepada dua anak, Elyana, 34, yang sentiasa kuat walaupun kini sedang bertarung nyawa melawan penyakit kanser limfoma tahap empat. Namun raut wajahnya tidak sedikitpun mempamerkan penderitaan yang dihadapi.
Timbul kekaguman bagaimana Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal mengumpul kekuatan melawan penyakit berbahaya ditanggung sejak 10 tahun lalu.
Namun, selagi hayat dikandung badan, wanita kelahiran Shah Alam, Selangor itu tidak sesekali berhenti berharap untuk berjuang melawan penyakitnya.
Wajahnya sentiasa ceria melayani pengikut dalam Instagram (IG) Live, biarpun sedang menerima rawatan di hospital selama dua minggu. Tetap manis menguntum senyum, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Secara jujur, saya tidak tahu daripada mana datangnya kekuatan ini. Saya percaya berkat doa semua orang, ia bagaikan meniupkan semangat untuk saya terus bernafas.
“Saya hanya manusia biasa, ada masanya momen kecewa dan tertekan. Saya akui sukar menerima kenyataan pada awal disahkan menghidap kanser. Saya sering tertanya-tanya kenapa ia terjadi kepada saya?
“Saya juga mempersoalkan, kenapa orang lain menghidap penyakit sama boleh sembuh, tetapi saya tidak? Namun, lama kelamaan saya mula menyedari, semakin lama Allah menguji, semakin saya beroleh ketenangan,” katanya.
Demi menjalani rawatan dengan tenang, Elyana juga menjauhkan dirinya daripada insan negatif. Akuinya, rohani juga semakin terisi selepas hampir 10 tahun menjadi pesakit kanser.
Malah, pelakon drama Dunia Baru dan Misi Dania Cun itu berkata, dia juga tidak terlalu mengejar kebendaan. Andai sebelum ini pekerjaan menjadi fokus utama, tetapi kini sekadar membiarkan Allah mengatur rezeki buatnya sekeluarga.
“Saya percaya kepada rezeki Allah dan tidak mengejar kehidupan dan keduniaan seperti dahulu. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, saya beroleh ketenangan dan rezeki sentiasa ada,” katanya.
Berkongsi tahap kesihatannya, Elyana yang baru sahaja keluar hospital bagi menjalani rawatan berkata, dia optimis, meskipun sel kanser sudah merebak pada anggota badan yang lain.
“Saya menjalani 10 kali rawatan radioterapi dan dimasukkan dua beg darah. Untuk rawatan radioterapi kali ini, doktor memfokuskan kepada sel kanser yang tumbuh pada bahagian dada kerana ia agak besar berbanding lain.
“Sebenarnya, tujuan asal ke hospital tempoh hari hanyalah untuk menambah darah, tetapi apabila ujian imbasan PET dilakukan, doktor mendapati terdapat ketumbuhan pada bahagian tengah dada. Jadi, doktor terpaksa menjalankan rawatan radioterapi secepat mungkin.
“Kesan ketumbuhan ini, saya sukar bernafas, malah batuk tidak henti-henti hampir setahun. Apabila asyik batuk, saya mengalami kesukaran menelan hingga menjejaskan selera makan. Ia juga memberi kesan kepada berat badan.
“Selain dada, kanser turut merebak pada bahagian paru-paru, belakang rahim, sedikit pada usus dan beberapa bahagian badan lain. Dengan bantuan steroid, berat badan hanya 35 kilogram (kg) kini sudah naik kira-kira tujuh kg.
“Selera makan juga sudah semakin baik berbanding sebelum ini,” kata Elyana.
Biarpun sudah hampir sedekad berjuang melawan penyakit selepas melahirkan anak sulung, Elyana berkata, dia tidak pernah berputus asa mencari penawar penyakitnya. Bahkan, tidak pernah rasa takut, biarpun ramai membuat tanggapan penyakit kanser adalah ‘death penalty’ untuk penghidapnya.
“Bagi saya, tiada apa yang perlu ditakutkan, semua orang bakal berdepan kematian suatu hari nanti. Saya percaya pada qada dan qadar, ada orang tidak sakit pun tiba-tiba boleh meninggal dunia.
“Ada yang diuji tiada makanan, ada pula dengan kesakitan. Pendek kata, setiap manusia tidak terlepas melalui ujian masing-masing. Jadi, apa yang boleh dilakukan, hadapilah ujian dengan ikhlas.
“Paling penting, belajarlah untuk reda. Apabila kita reda, insya-Allah ketenangan akan datang,” katanya yang sedang berehat di rumah gembira selepas dua minggu terpisah dengan keluarga kecilnya.
Memulakan kerjaya nyanyian seawal usia 14 tahun, kongsi Elyana, dia dijangka akan dimasukkan semula ke wad untuk merawat sel kanser pada bahagian lain.
Bagaimanapun, katanya, dia masih berada dalam dilema sama ada memilih rawatan kemoterapi atau radioterapi.
Memandangkan anak-anak masih kecil, Elyana lebih selesa memilih radioterapi berbanding kemoterapi. Ini kerana kesannya tidak seteruk kemoterapi yang akan menyebabkan tubuhnya menjadi lembik.
“Saya akan lakukan apa sahaja sebagai ikhtiar untuk sembuh. Selain perubatan moden, saya mahu mencuba rawatan alternatif. Apa sahaja cadangan kenalan, saya akan cuba.
“Malah, saya pernah berulang alik selama hampir tiga tahun ke Jakarta, Indonesia untuk menjalani rawatan. Namun, saya tidak dapat terbang ke sana disebabkan COVID-19.
“Saya serasi dengan perubatan di Jakarta. Saya rasa lebih bertenaga seperti orang tidak sakit. Rawatannya menggunakan kaedah alami dan tidak mengenakan apa-apa bayaran.
“Rawatan juga lebih kepada kerohanian. Setiap malam Jumaat, ceramah agama diadakan membuatkan saya beroleh ketenangan. Biasanya, saya berulang alik antara sebulan atau dua bulan sekali. Kos mungkin agak tinggi kerana perlu terbang ke seberang.
“Namun, saya menjadi tidak berkira soal duit disebabkan beroleh ketenangan dan bertenaga,” katanya.
Mengulas penampilan terbaharu yang kini berhijab, Elyana mengakui, dia sedang berubah perlahan-lahan untuk berhijab dengan sempurna.
Akuinya, dia sudah lama berniat memakai tudung, memandangkan usia semakin meningkat dan anak-anak kian membesar.
“Jika dahulu, saya sibuk memikirkan konsep album, bimbang imej tidak bersesuaian. Lagipun, masih darah muda dan saya pula tidak pakai seksi, jadi belum masanya untuk berhijab.
“Tetapi, kini usia pun semakin meningkat, anak-anak sudah membesar. Dengan ujian COVID-19, saya rasa tiba masanya untuk saya berubah perlahan-lahan dan memakai hijab,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Antibodi bayi dan anak kecil masih lemah. Jadi sangat mudahlah kalau nak kena jangkitan kuman bila berada dekat dengan individu tak sihat.
Bagi sesetengah orang dewasa setakat batuk, demam dan selesema perkara biasa tapi bagi bayi ia adalah sesuatu yang serius jika tak diberi rawatan awal.
Perkongsian daripada Puan Norul Mohd ini boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa lain.
Bayinya mengalami jangkitan kuman dalam badan yang sudah merebak ke paru-paru hingga hampir sampai ke otak. Puncanya kerana kesilapan sendiri yang tak disedari hingga hampir meragut nyawa anak.
Saya kongsi pengalaman saya dahulu dan tak mahu terjadi seperti kes saya, 4 tahun lepas.
Masa ini saya dalam pantang ank kedua. Saya melahirkan Nik Muhammad Uwais secara normal dan teramat mudah tanpa kena gunting. Uwais sihat walafiat masa keluar, tak ada masalah.
Masa dalam pantang, susu badan banyak sangat sampai bengkak. Kadang tu bila anak kedua kurang hisap susu, aaya terpaksa suruh ank sulung tolong (hisap susu) kurangkan sakit bengkak susu kerana bile bengkak susu hanya ibu-ibu tahu azab dia, tak boleh sentuh terus sakit.
Di sebabkan bengkak susulah saya demam dan batuk tak berhenti. Kesilapan saya batuk tak tutup mulut(mask) Terkena dekat uwais. Mula-mula saya pelik kenapa Uwais tiba-tiba kurang menangis dan minta susu.
Satu hari hanya dua kali dia hisap susu badan tapi kena paksa dia bangun untuk hisap susu. Saya fikir dia kuning sampai sedap tidur tapi hinggalah malam, saya rasa tak sedap hati. Macam ada yang tak kena. Bila tengok uwais dah macam kejang (hati ibu, korang sendiri fahamlah)
Jam 12.30 tengah malam, ambil keputusan pergi klinik. Sampai je sana doktor buat pemeriksaan dekat Uwais. Doktor tepuk-tepuk belakang Uwais, Uwais tak bangun dan tak sedar sampaikan doktor sendiri pelik.
Doktor cakap anak awak ni lain dah ni, saya tepuk kuat dia masih tak sedar. Tapi masih bernyawalah masa tu.
Doktor di klinik terus tulis surat untuk saya bawa Uwais terus kecemasan hospital.
Sampai je di Hospital Besar Kuala Terengganu, doktor pakar terus buat pemeriksaan dekat Uwais. Dia terkejut sebab satu hari Uwais tak hisap susu, sampaikan kering kulit Uwais.
Dalam beberapa jam doktor pakar check, dapatlah keputusan yang kuman sudah merebak separuh ke paru-paru Uwais dan hampir nak masuk ke otak.
Kalau saya pergi hospital lambat mungkin Uwais dah tiada dekat dunia ni. Uwais koma dalam 3 hari macam tu. Seminggu juga berada dalam ICU.
Syukur yang amat Uwais sihat sampai sekarang, cuma demam-demam sikit tu biasalah. Kepada semua ibu bapa, kawan-kawan kalau nak tengok baby pastikan anda sihat.
Kadang tu baby memang sihat tetapi kerana kecuaian orang lain, baby kita yang kena tempias.
Jangan kecam saya sebab kecuaian, batuk tak tutup mulut. Saya masa tu tak tahu.
Tak sangka Uwais kena lebih teruk macam ni. Hingga kini peristiwa tersebut sentiasa diingati. Tapi saya bersyukur semuanya dipermudahkan dan ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Mengurut bayi memang banyak manfaatnya. Selain mengukuhkan ikatan antara bayi dengan ibu, ia juga memberi pelbagai kebaikan dari segi kesihatan dengan membantu melancarkan peredaran darah.
Ada juga pendapat menyatakan urutan boleh mengurangkan jumlah penyakit yang dihidapi bayi dan mengurangkan keperluan untuk berjumpa doktor.
Jika ada masa, ibu boleh jadikan sebagai rutin. Contohnya pagi-pagi lepas mandi urutkan bayi macam ni. Lepas urut bayi akan mudah tidur tau. Tak percaya boleh cuba.
Rutin ini juga akan buat bayi akan selesa, kurang merengek dan boleh elakkannya alami kembung perut.