Sebenarnya ibu-ibu boleh buat biskut bayi sepantas 15 minit sahaja. Mudah dan berkhasiat lagi. Dahlah ‘confirm’ bersih dan halal, bahan-bahan yang digunakan pun terjamin berkhasiat untuk si manja.
Orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih. Bila ada anak kecil, stok snek untuk kudapan kena sentiasa ada di rumah. Mereka sedang membesar memang akan kerap mengunyah. Selain itu untuk si kecil yang baru belajar makan sendiri, biskut ini boleh jadi pilihan finger food yang baik untuk mereka.
Kalau yang beli di luar, kita tak pasti bahan-bahannya sesuai atau tidak untuk bayi dan kanak-kanak. Kebanyakan biskut komersil yang dijual walaupun dibuat khas untuk bayi dan kanak-kanak mesti mengandungi gula dan garam yang tinggi. Terlalu manis pun tak elok untuk tumbesaran si kecil.
Belum lagi dengan harganya yang boleh tahan mahal. Sebekas kecil biskut bayi dah mencecah RM20!
Jadi, untuk menjimatkan wang ringgit dan sudah tentu ibu-ibu mahu berikan makanan terbaik untuk anak-anak cubalah buat biskut sendiri. Resepi biskut untuk kudapan bayi dan kanak-kanak ini dikongsi oleh Emilia Salim dalam laman Instagramnya.
Ads
Bahan-bahan :
1 cawan unbleached flour
2 sudu besar unsalted butter
2 sudu besar olive oil
Ads
Air secukupnya
Cara membuat :
1. Gaul semua bahan kecuali air.
Ads
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
3. Canai nipis & terap menggunakan acuan pilihan
4. Bakar pada suhu 150°c selama 15 minit/sehingga keperangan/mengikut oven masing-masing.
Simpan dalam bekas kedap udara dan boleh dijadikan stok snek untk si manja.
Amalan pemakanan sihat perlu dimulakan sejak usia kecil lagi. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk mengamalkan pemakanan sihat supaya mereka tahu kepentingan penjagaan pemakanan untuk kesihatan tubuh badan dalam jangka masa panjang.
Memperkenalkan anak-anak makan makanan sihat memang memerlukan kesabaran kerana tidak semua jenis makanan tersebut akan digemari oleh si kecil.
Selain ikan, ayam, daging sebagai sumber protein, makanan laut seperti udang merupakan sumber protein yang sangat penting dalam diet.
Dr Rizal Abu Bakar yang terkenal di facebook gemar berkongsi tip-tip pemakanan sihat dan makanan yang bagus untuk dimasukkan dalam diet sekeluarga, kali ini berkongsi kebaikan udang dalam diet makanan.
Antara yang terkini dikongsi oleh Dr Rizal adalah udang yang bukan sahaja sebagai sumber protein tetapi juga rupanya mengandungi tinggi kandungan Selenium.
Selenoprotein sangat penting. Nama lain, selenium.
Selenium juga tinggi dalam seafood contohnya tiger prawns.
Selenium adalah anti oksida paling efektif untuk kekalkan sel sihat dan bantu hasilkan DNA.
Bekalkan hampir 100% keperluan selenium harian. Paling padu, selenium dalam udang ni senang diserap ke dalam tubuh. Hampir 80 ke 85%.
Cakap pasai udang, kena include sekali kandungan zink. Untuk sistem imun. Untuk kuatkan tulang.
Ini resepi mudah buat udang berlado: – 500g udang harimau – 5 biji limau kasturi
Bahan kisar:
– 1 senduk kecil cili kisar
– 4 ulas bawang putih
– 6 ulas bawang merah
– 5 biji tomato ceri
– 1 inci halia
Bahan iringan:
– 3 sudu besar puri cili
– 1/2 sudu besar serbuk kunyit
– Garam bukit secukup rasa
– Gula kelapa secukup rasa
– Daun ketumbar
Caranya pun mudah:
1. Siang udang. Perah jus limau kasturi. Perap selama 1 jam.
2. Untuk hilangkan rasa dan bau hanyir.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Goreng sekejap.
4. Kecilkan api dan masukkan udang.
5. Masukkan serbuk kunyit, puri cili, gula dan garam.
6. Kacau hingga sebati.
7. Masukkan daun ketumbar. Gaul rata selama 2 minit.
8. Tutup api, siap untuk dihidang.
Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal.
Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.
Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami kekurangan berat badan?
Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.
Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?
Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.
Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk:
Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan? Jika doktor menyarankan pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:
Apakah yang patut anak saya makan?
Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin.
Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa dia makan.
Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari.
Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti kismis), lobak merah dan kacang.
Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakkan walaupun terdapat sedikit perubahan. Anda perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan bersabar.
Bagaimana saya boleh bantu anak saya rasa positif tentang imej dirinya?
Perlu diingat bahawa setiap anak adalah unik dan begitu juga bentuk badannya. Kanak-kanak berbeza dari segi saiz, bentuk dan ketinggian. Mereka juga membesar pada kadar berbeza. Walau bagaimanapun, yang penting, anak anda sihat.
Jangan timbang anak anda terlalu kerap. Rumah sepatutnya tempat yang selesa dan tidak rasa terasing oleh kanak-kanak. Doktor mungkin mengesyorkan lawatan ke klinik yang kerap untuk memantau perkembangan anak anda. Gunakan kesempatan ini untuk memperoleh maklumat mengenai berat badan anak anda. Selain itu, tumpukan perbincangan mengenai berat badan.
Berat badan sihat adalah berat yang boleh dikekalkan secara sihat dengan memastikan kanak-kanak cukup zat, aktif dan mempunyai perasaan yang positif terhadap tubuh badan dan saiz mereka.
Di dalam periuk nasi elektrik, tanak beras bersama puri tomato, ¼ jus tomato dan air. Tambah 1 sudu makan marjerin.
Sementara itu, tumis bawang putih, halia dan bawang besar dalam kuali berasingan. Masukkan tomato yang dipotong dadu serta baki jus tomato. Tambah hirisan daging dan masak hingga empuk. Tambah lebih air, jika perlu. (Untuk kanak-kanak kecil, gunakan daging cincang atau ayam)
Tutup api dan letakkan berasingan.
Sendukkan nasi ke dalam acuan jeli berbentuk bulat. Buat satu lekuk di tengah-tengah nasi dan letakkan daging yang telah ditumis ke dalam lekuk tersebut.
Telungkupkan nasi tomato berserta daging ke atas pinggan dan hidangkan.
Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) : 173.0
Protein (g) : 10.0
Zat Besi (mg) : 3.5
Lemak (g) : 2.0
Kalsium (mg) : 25.01 – 3 Tahun
Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 1 – 3 Tahun
Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
1 keping roti bakar
2 sudu kecil marjerin
Minum Pagi
½ potong betik
2 keping biskut
1 gelas minuman bersusu
Makan Tengah hari
1 cawan nasi (tambah 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
1 ekor ikan kembung
1 cawan sayur bayam
1 gelas air kosong
1 biji pisang
Makan Malam
1 cawan mi goreng (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
½ cawan sayur
1 gelas air kosong
½ potong betik
Makan Lewat Malam
1 gelas susu (penuh krim)
Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 4 – 6 Tahun
Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
½ cawan nasi goreng (tambahkan
1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
½ cawan sayur 1 telur goreng
Makan Malam
1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
1 cawan sayur
1 gelas air kosong
1 biji epal
Kredit: MyHealth Portal
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila dah jadi ibu, semua perkara nak cepat. Sebolehnya nak jimat masa di dapur takut anak mula merengek. Kadang teringin juga nak cuba macam-macam resepi kan? Kali ini bagi anda yang nak cuba resepi puding roti yang sedap dan mudah boleh cuba resepi Noor Azizah.
Best kalau dapat makan waktu minum petang ni. Puding roti bertambah sedap jika kena dengan sos kastardnya. Bukan itu je, kelainan sikit puding roti ini, ada taburan buah-buahan.
Jadi masa makan tu, rasa lemak roti dengan sos kastard serta manis buah. Anak-anak pun mesti suka sebab nampak warna warni dan tak muak.
Puding Roti
Bahan-bahan:
4 keping roti
*1 cawan susu dutch lady
*2 sudu besar gula
*1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit butter yang dicairkan
*telur 1 biji
Cara-cara
1) Campurkan semua bahan yang bertanda *
2) Kacau sebati..lapik loyang dengan baking paper & masukkan ke dalam loyang size 12″(saya guna loyang 12″ dan gandakan resepi jadi 4 adunan).
3) Kemudian gunting roti dan masukkan ke dalam loyang tadi. Tekan-tekan supaya roti tenggelam..tabur choc chips dan letakkan sedikit butter yang telah dicairkan tadi ke atas permukaan atas roti tadi.
4) Bakar selama 35-45minit suhu 160-170c..
Resepi kuah kastard
1tin susu cair
1/2 sudu teh esen vanilla
4sudu gula
2sudu besar tepung custart
1/3 cawan air
Mix semua & kacau atas api perlahan sehingga adunan pekat.. Tutup api dan sejukkan 😊
Puding roti ni kalau dapat makan yang sejuk-sejuk lagi sedap. Jika anak tak mahu makan nasi pun, ini pun dah boleh mengenyangkan.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.