Sebenarnya ibu-ibu boleh buat biskut bayi sepantas 15 minit sahaja. Mudah dan berkhasiat lagi. Dahlah ‘confirm’ bersih dan halal, bahan-bahan yang digunakan pun terjamin berkhasiat untuk si manja.
Orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih. Bila ada anak kecil, stok snek untuk kudapan kena sentiasa ada di rumah. Mereka sedang membesar memang akan kerap mengunyah. Selain itu untuk si kecil yang baru belajar makan sendiri, biskut ini boleh jadi pilihan finger food yang baik untuk mereka.
Kalau yang beli di luar, kita tak pasti bahan-bahannya sesuai atau tidak untuk bayi dan kanak-kanak. Kebanyakan biskut komersil yang dijual walaupun dibuat khas untuk bayi dan kanak-kanak mesti mengandungi gula dan garam yang tinggi. Terlalu manis pun tak elok untuk tumbesaran si kecil.
Belum lagi dengan harganya yang boleh tahan mahal. Sebekas kecil biskut bayi dah mencecah RM20!
Jadi, untuk menjimatkan wang ringgit dan sudah tentu ibu-ibu mahu berikan makanan terbaik untuk anak-anak cubalah buat biskut sendiri. Resepi biskut untuk kudapan bayi dan kanak-kanak ini dikongsi oleh Emilia Salim dalam laman Instagramnya.
Ads
Bahan-bahan :
1 cawan unbleached flour
2 sudu besar unsalted butter
2 sudu besar olive oil
Ads
Air secukupnya
Cara membuat :
1. Gaul semua bahan kecuali air.
Ads
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
3. Canai nipis & terap menggunakan acuan pilihan
4. Bakar pada suhu 150°c selama 15 minit/sehingga keperangan/mengikut oven masing-masing.
Simpan dalam bekas kedap udara dan boleh dijadikan stok snek untk si manja.
Sesekali makan lauk simple pun boleh bertambah makan nasi. Tak semestinya mesti ada kuah. Cuma untuk nak sedapkan lagi makanan tu letak sekali dengan kicap, sambal belacan atau ulam lagi berselera.
Bagi ibu bapa, pilihan ikan antara yang boleh membuka selera berbanding menu ayam. Mungkin anak-anak kalau ikan mereka akan memilih sikit kerana alasannya banyak tulang. Tapi mungkin resipi ikan ini anak akan suka kerana menggunakan ikan bersaiz besar dan tak banyak tulang.
Mungkin dah buat sekali, menu ikan rebus style Kelantan & Thailand ini akan jadi kesukaan satu keluarga. Tak percaya cubalah buat nanti.
Perkongsian resipi dari Dapur Kak Wan ini boleh anda cuba dan pastinya boleh makan bertambah nasi.
Ikan Rebus Style Kelantan & Thailand
Sedap juga ye ikan rebus style kelantan, Thailand ni. Pastu Kak Wan goreng, makan nasi cicah budu.. Tak jadi diet. Makan yang rebus ambik kuah dia pun sedap.
Resepi untuk seekor ikan aye hitam @ ikan tongkol siaz sedang.
Mula-mula letak bahan seperti:
1) 4 batang serai ketuk-ketuk
2) Nisan atau gula melaka sedikit patah-patahkan.
3) Daun limau purut 6 helai carik2kan.
4) Bawang Putih 6 ulas di ketuk.
5) Asam keping 8 keping
6) Garam kasar 1/2 sudu besar
7) Lepas tu susun ikan aye dalam periuk.
8) Letak cili api
9) Masukkan air paras2 ikan je.
10) Rebus dalam periuk tutup ye periuk. Agak-agak dah sebati ikan pun dah masak. Tadaaa siap.
Ikan boleh goreng @ di makan rebus begitu saja.
Selain ikan aye, ikan selayang atau sardin yang saiz besar pun boleh. Selamat Mencuba uolls.
Sumber: Dapur Kak Wan via MAHN
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Fiona, kau dah ada dua orang anak kan? Ajarlah aku resipi makanan bayi, nak cuba bagi dekat Adam nanti!”, tanya Nadia dalam keadaan teruja.
Kedatangan si comel dalam keluarga memang memberi banyak perasaan positif. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak kecil mereka, terutama sekali apabila bayi anda sudah mula makan makanan pepejal.
Namun, ibu bapa harus peka akan 5 makanan yang dilarang untuk diperkenalkan kepada si comel anda.
Usah perkenalkan makanan bayi ini dulu
Terdapat beberapa jenis makanan yang belum sesuai untuk bayi kerana faktor umur mereka. Proses pencernaan mereka belum berkembang sepenuhnya seperti orang dewasa.
Oleh itu, penting untuk anda mengambil kira resipi makanan bayi yang boleh memudaratkan kesihatan mereka.
Makanan tinggi kandungan garam
Banyak makanan, terutama sekali makanan yang diproses mengandungi kandungan garam yang tinggi.
Kandungan garam tinggi tidak baik untuk diet bayi anda kerana ia akan memberi efek terhadap buah pinggang mereka.
Tidak perlulah untuk letak garam, kiub stok atau kuah yang mengandungi garam ke dalam diet bayi anda.
Sebaliknya, anda boleh membuat broth sendiri daripada tulang atau kaki ayam tanpa garam. Ia lebih sihat dan membantu perkembangan antibodi bayi anda.
Contoh makanan tinggi kandungan garam ialah :
dendeng daging
sosej
kentang goreng bergaram
kerepek
makanan yang dibeli di luar
Makanan tinggi kandungan gula
Resipi makanan bayi anda tidak perlu kandungan gula yang banyak. Bukan makanan sahaja, namun ingatlah bahawa banyak minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti minuman berkarbonat.
Jus buah dikaitkan dengan gaya hidup sihat bagi yang dewasa, tetapi ia tidak baik sama sekali untuk si comel anda. Walaupun tidak bergula, proses membuat jus tersebut telah menyingkirkan khasiat yang diperlukan oleh bayi anda.
Kandungan gula tinggi juga menjejaskan tumbesaran gigi anak anda.
Beberapa makanan tinggi gula yang tidak digalakkan ialah:
Minuman berkarbonat
Jus
Biskut
Agar-agar
Makanan tinggi lemak tepu
Makanan bayi anda tidak seharusnya mengandungi lemak tepu yang tinggi.
Bacalah label nutrisi makanan sebelum membeli untuk si comel anda. Pilihlah makanan yang mempunyai kandungan lemak tepu dan lemak trans bawah 2 gram.
Lemak tepu berupaya untuk meningkatkan risiko masalah jantung kepada si kecil anda.
Ia senang dijumpai dalam kumpulan makanan ringan dan makanan segera.
Contohnya :
Biskut, kek, pai
Manisan
Burger diproses
Sosej
Nuget
Seperti nuget dan juga burger, ia senang sekali untuk dibuat sendiri. Anda boleh dapatkan resipi yang lebih berkhasiat untuk makanan bayi anda dan cuba sendiri di rumah.
Madu, masalah untuk makanan bayi juga?
Kadangkala, sesetengah madu mengandungi kuman yang boleh menghasilkan toksin dalam usus bayi, dikenali sebagai toksin botulinium. Ia mampu menjejaskan kesihatan bayi anda dan menyebabkan penyakit infant botulism.
Keadaan ini bahaya kerana toksin itu boleh menyerang sistem saraf bayi dan menyebabkan kelumpuhan.
Selain itu, ingatlah madu juga tinggi kandungan gulanya. Ia tidak bagus untuk diet bayi anda dan boleh merosakkan gigi si manja. Cuba elakkan beri madu kepada bayi anda sehingga mereka berumur setahun ke atas.
Kekacang – makanan bayi atau tidak?
Jawapannya, tidak. Tunggulah sehingga si manja anda berumur 5 tahun ke atas kerana bayi berisiko tercekik jika makan kacang.
Namun begitu, jika kacang tersebut dikisar, ditumbuk atau dalam bentuk mentega kacang, anda boleh cuba untuk memberi kepada bayi anda.
Haruslah ingat bahawa jika bayi, anda atau ahli keluarga terdekat mempunyai alergi untuk sesetengah makanan, lebih elok untuk anda berjumpa dengan doktor sebelum cuba memberinya kepada si manja.
Konklusi
Terdapat banyak lagi resepi makanan bayi yang tidak digalakkan untuk diberikan kepada bayi anda. Resepi makanan bayi yang elok seharusnya semula jadi, dimasak sepenuhnya dan tidak mengandungi banyak bahan perasa.
Sememangnya sukar sama sekali untuk menidakkan kemahuan si comel anda, namun ingatlah sesetengah makanan yang diberikan terlalu awal mampu memudaratkan kesihatan mereka.
Sebelum memperkenalkan makanan baru kepada anak anda, silalah rujuk kepada pegawai perubatan atau pegawai dietetik untuk mendapat informasi lanjut yang tepat dan bermanfaat untuk si manja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Daddy Khairul berkongsi cara mudah menyediakan sajian Kuey Teow Sup Chinese Style yang sangat sedap. Sesuai dinikmati seisi keluarga pada bila-bila masa.
Jom ikuti resepi yang dikongsi. Selamat mencuba!
Hujan-hujan gini sedap hirup sup weh.Kalau kau ada barang-barang ni maka kau boleh cuba buat.
Bahan-bahan:
1 bungkus kueteow, kau celur dan toskan.
1/2 ekor ayam potong besar.
1 paket fishball.
1 paket fishcake.
2 ketul kiub pati ayam.
½ batang lobak putih atau sengkuang potong kecil.
1 ikat sayur pokchoy atau sawi kalau nak.
1 ikat daun sup dan daun bawang.
1 labu bawang putih.
Yang lain barang tu dah ada kat rumah.
Cara nak masak dia senang ya ampun.
1. Rebus ayam sampai mendidih dan masukkan kiub pati ayam dan potongan lobak putih atau sengkuang jika ada. Tunggu 5 minit pastu masukkan potongan daun bawang dan juga fishball dan fishcake, kacau sekejap dan tutup api. Siap.
2. Hiris 1 labu bawang putih. Pastu goreng dengan minyak yang banyak dan api yang perlahan sampa kekuningan, masukkan 2 sudu kecil garam dan kacau sekejap lalu terus tutup api dan tuang dalam bekas. Minyak itu yang kita nak.
3. Potong cili padi ikut banyak mana korang suka, masukkan kicap dan perah limau nipis. Siap
4. Isi ayam bahagian dada kau keluarkan dan carik-carikkan seperti kau carik hatiku dulu. Pedih.
5. Sayur sawi atau pokchoy kau celur sekejap. Jangan lama, nanti layu sangat macam cinta kau padaku. Lemahh.
Pastu hidangkanlah ikut kreativiti kalau nak bergambar atau hidang ikut tekak kalau nak ngap terus.