“Mama, ada orang sentuh adik”, “ish apa adik ni”.. si anak terus terdiam, mula takut nak mencerita pada si ibu. Penderaan seksual bukan sesuatu yang boleh dibiarkan. Ibu atau ayah yang mengetahui tentang masalah si anak ini harus melakukan sesuatu!
Anak-anak juga harus di ajar tentang sentuhan selamat dan juga sentuhan tidak selamat agar mereka dapat membezakan baik dan buruk. Banyak kes yang melibatkan penderaan seksual yang berlaku. Jadi ibu ayah WAJIB ambil peduli. Ikuti artikel ini.
Ads
PENDERAAN SEKSUAL KANAK KANAK 👫
Beberapa hari yang lepas adalah kali pertama saya mengendalikan kes Penderaan Seksual Kanak-Kanak sejak saya meninggalkan hospital kerajaan untuk ke sektor swasta. Sebagai seorang doktor, adalah tanggungjawab saya untuk melaporkan kes sebegini yang datang ke klinik saya, ke pihak yang berkuasa iaitu kepada pihak polis dan juga JKM.
Saya tahu, mesti ada sebab mengapa pesakit itu di’pilih’ untuk datang berjumpa saya dan saya hari ini mengambil keputusan untuk SHARE mengenai topik yang agak sensitif ini, tetapi penting untuk diketahui oleh kita semua- sebagai seorang ibu, bapa, kakak, pakcik, makcik, kawan ataupun jiran. Mungkin ada yang TIDAK TAHU apa yang perlu dilakukan ataupun TIDAK SEDAR kepentingan untuk melaporkan satu kes penderaan itu.
Inilah beberapa point penting saya mahu kongsikan berdasarkan kes baru-baru ini.
⚠️ Kita perlu mengambil SERIUS apa yang diberitahu oleh seseorang kanak-kanak.
Apabila seseorang kanak-kanak itu memberitahu sesuatu kepada anda yang menjerumus kepada satu penderaan, janganlah memperlekehkan atau buat-buat tidak tahu. Bukan senang untuk seseorang kanak-kanak itu untuk mempunyai keberanian dan kepercayaan untuk memberitahu insiden itu kepada anda.
Dia mungkin tidak akan memberitahu anda lagi sekiranya anda buat tidak tahu sahaja, dan perkara yang sama mungkin akan berlaku berulang-ulang lagi.
⚠️ Tolong LAKUKAN sesuatu apabila anda sudah mengetahui mengenai insiden itu.
Majoriti semestinya yang akan terkejut apabila mendengar sesuatu yang tidak menyenangkan. Benar, perkara yang paling mudah untuk dilakukan adalah untuk buat tidak tahu saja.
Tapi ingatlah, jangan berdiam diri dan tolonglah laporkan perkara itu kepada pihak yang berkenaan iaitu sama ada ke Pejabat Kebajikan Masyarakat, menelefon Talian Kasih: 15999, membuat laporan polis ataupun bawa saja kanak-kanak itu ke hospital.
Sekiranya perkara yang sama masih berulang lagi, adakah anda mampu untuk menanggung kesalahan itu? Adalah menjadi TANGGUNGJAWAB kita untuk membuat laporan sekiranya kita mengesyaki kanak-kanak itu didera, berdasarkan Akta Kanak-Kanak 2001.
⚠️ Pesalah selalunya adalah di kalangan AHLI KELUARGA atau kenalan RAPAT sendiri.
Contohnya seperti ibubapa, atuk, adik beradik, sepupu, bapa/ibu saudara, jiran dan juga guru. Golongan yang RAPAT dengan kanak-kanak itu boleh mengambil kesempatan dengan hubungan rapat dan kepercayaan yang mereka ada dengan kanak-kanak itu. Jadi janganlah terkejut sekiranya anda dengar mengenai kejadian sedemikian.
⚠️ Ajarlah anak, anak saudara atau anak murid anda mengenai SENTUHAN SELAMAT dan TIDAK SELAMAT ataupun ‘SAFE TOUCH/UNSAFE TOUCH’.
– Alhamdulillah topik ini telah dimasukkan dalam buku teks PJPK kanak-kanak sekolah rendah, tetapi topik ini boleh diajar kepada kanak-kanak seawal usia 4 tahun lagi. Saya sertakan link di sini sekiranya anda rasa tidak selesa untuk bercerita kepada anak anda. Boleh tunjuk sahaja video ini.
BM: https://youtu.be/IFn3mkD0tJs
English: https://youtu.be/zNTUMNKSNwk
⚠️ Ingatlah bahawa walaupun keputusan pemeriksaan adalah normal, ini tidak bermakna kanak-kanak itu tidak didera secara seksual.
– Selepas sesuatu insiden yang berlaku, lebih-lebih lagi sekiranya ianya berterusan, ia akan memberi impak yang lebih teruk kepada kanak-kanak itu dari segi EMOSI dan MENTAL. Ia juga akan memberi kesan jangka panjang seperti kemurungan dan rasa rendah diri. Kanak-kanak itu juga memerlukan kaunseling dan juga penilaian daripada pakar psikiatri kanak-kanak.
Semoga Allah melindungi anak-anak kita semua daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Pantaulah aktiviti anak-anak anda, lebih-lebih lagi dengan penggunaan gajet yang berlebihan di waktu PKP ini.😢
Kongsikanlah post ini kepada ahli keluarga atau kawan-kawan yang anda rasa boleh mendapat manfaat daripadanya.
Anda juga boleh comment atau PM saya sekiranya anda mahu meminta nasihat ataupun ingin mengetahui lebih lanjut mengenai topik ini. Identiti anda akan dirahsiakan.
#childprotection
#childabuse
#penderaankanakkanak
#penderaanseksual
#NAI
#aktakanakkanak
#fightchildabuse
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan permainan anak dengan harga murah boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Perhubungan antara ibu bapa dan anak adalah sangat penting bagi kerana ia membina asas kepada segala perhubungan yang bakal wujud dan menjadi sumber kepada pembentukan perasaan kasih sayang, keintiman sesebuah perhubungan, kepercayaan dan rasa selamat.
Keakraban ini adalah asas kepada pembentukan 90% daripada otak anak pada enam tahun pertamanya.
Apakah antara bahagian yang terkandung dalam 90% itu? Ia adalah perkembangan seperti berikut;
1. Perkembangan yang melibatkan sensori yang menjadi permulaan kepada pembentukan otak.
2. Perkembangan emosi.
3. Perkembangan perhubungan rapat dengan anak.
4. Pembentukan memori.
Ada 3 waktu yang kita boleh manfaatkan untuk perbaiki bonding kita dengan anak. Guna formula 3-3-3 ni.
3 Waktu
– anak bangun tidur
– balik dari sekolah atau pusat asuhan
– anak nak tidur
3 minit setiap waktu ni
– 3 minit pertama masa anak bangun tidur
– 3 minit pertama sejurus sampai je anak di rumah
– 3 minit sebelum anak tidur
3 benda boleh buat
– Peluk dan cium anak
– Senyum pada anak
– Bercerita pada anak
9 minit ni jika betul kita manfaatkan setiap hari insyaAllah, sampai umur 90 tahun pun anak masih lagi ingat pada mak ayah..
Bonding Dengan Anak Makin Kuat Jika Kita Tahu Bahasa Cinta Mereka
Ada 5 Bahasa Cinta ( Love Language )
😄Kata kata ( Word )
– anak suka bila kita selalu puji dan bagitahu kita sayang dia
🙌Sentuhan ( Touch )
– anak suka bila kita peluk dan usap kepala dia. Masa jalan dia mesti nak pimpin tangan.
⏰Masa ( Time )
– anak yang suka panggil dan tarik perhatian kita untuk tengok gelagat dia.
🎁Pemberian ( Gift )
– anak yang suka di beri reward atau hadiah bila dia berjaya buat sesuatu.
💁♀️Beri khidmat ( Service )
– anak yang suka meminta tolong dan gembira bila kita selalu tolong dia
Ada anak satu je bahasa cinta dia, ada juga anak yang sampai kelima lima ni bahasa cinta dia. Kenali bahasa cinta anak anak maka senang la kerja parenting anda nanti.
Barang kemas yang dipakai lama semakin hilang kilauannya dan nampak kusam. Tak perlu bawa ke kedai untuk mencuci, cuci sahaja menggunakan tiga bahan mudah di rumah.
Tip perkongsian pengguna Tik Tok, @eija.nazrin.4ever yang berkongsi tip mudah untuk mencuci barang kemas ini anda kena cuba. Memang mudah!
Bahan-bahan:
Air panas
Sunlight
Berus gigi
Letakkan air panas dalam bekas.
Kemudian masukkan pencuci pinggan sunlight.
Biarkan direndam seketika dan kemudian beruslah dengan berus gigi.
Gosok di celahan barang kemas sampai bersih.
Woww hasilnya!
Cara lain cuci emas guna soda bikarbonat
Selain menggunakan sabun cuci pinggan, anda juga boleh cuci emas menggunakan soda bikarbonat dan cuka.
Ini caranya:
Campurkan 3 bahagian soda bikarbonat dengan 1 bahagian air.
Kacau hingga menjadi pes.
Sapukan pes pada barang kemas.
Letakkan ke dalam bekas berisi cuka dan rendamkan selama 5 minit.
Mendidik anak biarlah dari kecil. Begitu juga pendirian selebriti cantik, Yana Samsudin. Dia yang berkahwin dengan Fadzil Zahari pada tahun 2015 telah dikurniakan seorang anak lelaki, Aisy Mateen. Melalui posting Instagramnya, Yana berkongsi foto Mateen yang sedang membasuh kerusi.
“Dah 3 bulan tak cuci kusyen kerusi. Hari ni baru teringat nak cuci. Ada 6 kerusi, cuci 3 dulu. Takut tak kering.Tengah cuci, mak (nenek @aisymateen ) jerit. “Mateen nanti basah baju!!”
Momy tolong jawab ” Tak pa lah mak, kita kena dedahkan aktiviti dengan anak kita. Lagi lagi kerja mencuci ni. Karang dah besar tak tahu macam mana cara nak cuci. Budak lelaki paling bagus ajar kerja cuci cuci ni. Dah besar nanti tak lah suruh perempuan je yang buat kerja cuci cuci ni… ” membebel mommy…
“Hahaha mak cakap sepatah , anak jawab banyak.
Manakala Mateen masih kusyuk sambung menyabun dan memberus kusyen kerusi.
Hakikatnya memang kita kena bagi anak kita tengok kita ketika menukang ke, menyapu ke, mencuci baju ke , mencuci kereta ke, cuci pinggan ke. Asas supaya dia nampak, dia rakam dalam kotak minda dia, dah besar tau lah dia nak buat macam mana. Sebab mommy rasa mommy tahu banyak benda kerja kerja rumah dan menukang ni sebab selalu tengok mak dan abah buat kerja semua tu.”
Tambah Yana lagi, kalau dia sedang bercucuk tanam pun akan dipanggilnya Mateen untuk melihat apa yang sedang dilakukannya. Yana juga mengucapkan tahniah kepada suri rumah yang mendukung anak ketika memasak atau membuat kerja rumah. Dia mengatakan para ibu yang buat begitu telah berjaya melahirkan anak yang rajin apabila sudah besar nanti.
Pendedahan awal yang Yana berikan kepada Mateen bukan sahaja dapat menjadikan anaknya itu seorang yang rajin bahkan ia mampu mewujudkan rasa tanggungjawab dan sikap berdikari kanak-kanak itu apabila menginjak dewasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.