Hati ibu bapa mana yang tak risau dan sedih saat dapat tahu anak yang dibawa pulang ke rumah selepas dilahirkan adalah anak orang lain. Tambah lagi ia kelahiran pertama selepas mendirikan rumah tangga Julai tahun lalu.

Tahu bukan anak sendiri selepas hari kedua pulang ke rumah

Namun situasi ini benar-benar meninggalkan trauma kepada Muhammad Khairulazman Moh Pardon dan isterinya, yang hanya menyedari pertukaran itu selepas hari kedua mereka membawa pulang bayi ke rumah.

Lelaki berusia 27 tahun itu berkata, isterinya melahirkan anak lelaki menerusi pembedahan pukul 3 petang, 10 Jun lalu di sebuah hospital di Shah Alam.

“Dah Rasa Lain, Sebab Mata Anak Tak Sama. Hospital Call, Terus Cari Tag Dalam Sampah”

“Dah rasa lain, sebab mata anak tak sama” 

Khairul menjelaskan, semasa hari pertama kelahiran anak (10 Jun) memang ada ambil gambar, mata dia bulat dan jelas nampak. Ada juga ambil gambar esoknya (11 Jun), tapi kami tengok muka bayi macam lain.

“Perbezaan ketara adalah pada mata. Kami tidak syak apa-apa kerana mungkin selepas sehari bayi itu banyak tidur, jadi mata dia lebih mengecil,” katanya sambil menambah isterinya dibenarkan keluar dari hospital pada petang 11 Jun sebelum membawa pulang bayi ke rumah.

“Dah Rasa Lain, Sebab Mata Anak Tak Sama. Hospital Call, Terus Cari Tag Dalam Sampah”

Cari semula tag nama dalam bekas  sampah

Bagaimanapun, menurut Khairul lagi, mereka menerima panggilan mengejutkan daripada pihak hospital pada Sabtu malam (12 Jun) memaklumkan tentang bayi mereka yang tertukar.

“Pihak hospital call tanya sama ada kami periksa tag (tanda nama) di kaki bayi atau tak. Kami kata tak check sebab tag pada stroller bayi di hospital adalah nama isteri saya.

“Kebetulan sampah belum lagi dibuang, jadi kami cari tag tu. Mula-mula tak percaya (bayi tertukar) tapi bila tengok tag tu bukan nama isteri saya, kami terus beremosi lebih-lebih lagi isteri yang baru lepas bersalin,” jelasnya.

“Dah Rasa Lain, Sebab Mata Anak Tak Sama. Hospital Call, Terus Cari Tag Dalam Sampah”

Isteri menangis bila dapat tahu anak tertukar

IKLAN

Tambahnya lagi, dia dan isteri tidak mempunyai pengalaman menimang cahaya mata selepas berkahwin pada Julai 2020.

“Kedua-dia belah keluarga kami pula di Johor dan kami hanya tinggal berdua. Kami bawa balik bayi tu dah dua hari, sudah tentu kami dah sayang bayi tu.

“Isteri saya menangis, sampaikan kami tak percaya perkara ni boleh terjadi. Sepatutnya kami dapat servis yang terbaik sebab kami bayar,” ujarnya.

Kecuaian ni sepatutnya tak berlaku

Khairul menambah, dia kesal apabila mendakwa alasan yang diberikan pihak hospital berhubung insiden pertukaran bayi itu adalah kerana ‘terlepas pandang’.

“Kalau sekali mereka terlepas pandang di pihak anak saya, macam mana pula anak saya boleh keluar dari hospital dan dibawa balik ke rumah orang lain.

“Dah Rasa Lain, Sebab Mata Anak Tak Sama. Hospital Call, Terus Cari Tag Dalam Sampah”

“Bagi saya kecuaian ini tidak boleh diterima. Kami buat laporan polis berhubung kejadian dan masih belum memikirkan untuk melakukan tindakan selanjutnya, katanya.

“Kami dah sayang bayi tu. Tapi kami bersyukur terima bayi ini sebagai anak kandung kami. Cuma emosi kami terganggu.

IKLAN

“Kami dah sayang bayi tu, syukur anak kandung pun selamat”

Khairul tetap bersyukur kerana pasangan suami isteri yang membawa pulang anak kandung mereka tergerak hati untuk memeriksa tanda nama pada kaki bayi yang dibawa pulang sehingga terungkainya kes pertukaran bayi.

“Kalau tanya perasaan, kami dah sayang bayi tu (anak orang lain). Hari pertama dah bawa dia balik ke rumah. Semalam tengok anak kandung kami, teringat bayi yang satu lagi.

“Tapi kami bersyukur terima bayi ini sebagai anak kandung kami. Cuma emosi kami terganggu terutama isteri. Alhamdulillah anak kami sihat.

“Dah Rasa Lain, Sebab Mata Anak Tak Sama. Hospital Call, Terus Cari Tag Dalam Sampah”

“Alhamdulillah juga kami mempunyai silaturrahim dengan keluarga di sebelah sana apabila kedua-dua bayi telah disusukan oleh isteri saya dan puan tu. Mereka berdua dah jadi adik beradik,” katanya.

Sebelum ini tular kes tertukar bayi apabila ibu kepada salah seorang bayi menyedari anak yang dibawa pulang ke rumah bukan anak kandung selepas mendapati tanda nama pada bayi tersebut bukan tertera namanya.

“Dah Rasa Lain, Sebab Mata Anak Tak Sama. Hospital Call, Terus Cari Tag Dalam Sampah”

IKLAN

Wanita berkenaan, Siti Suriani Wahiddin berkata, dia dan suami menghubungi pihak hospital berhubung perkara itu sebelum bergegas ke hospital pada Sabtu malam (12 Jun) dan kemudian mendapat pengesahan berlaku pertukaran bayi.

Siti Suriani yang lebih dikenali sebagai Siti Jamumall turut membuat laporan polis dan mendapatkan khidmat nasihat guaman untuk tindakan lanjut berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Assisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, laporan berkenaan dibuat oleh suami Siti Suriani di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam jam 9 pagi (Ahad, 14 Jun).

Kredit: Mstar; IG dddyanaaa_ & FB Jamumall.com

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

“Dah Rasa Lain, Sebab Mata Anak Tak Sama. Hospital Call, Terus Cari Tag Dalam Sampah”

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/

FREE je tau Webinar ni!!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI