Masih belum selesai kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dengan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, dan terbaharu melalui Instagram, wanita itu berkongsi tentang kehamilan cahaya mata ketiga.
Usia kandungannya kini sudah mencecah 10 minggu dan dia megakui tidak kuat dan memerlukan sokongan orang-orang sekelilingnya.
Sumber foto: Instagram shushukriii
“Buat zuriat ibu kandung, kuatlah sayang, kuat seperti kuatnya kamu berpaut di dinding rahim ibu, ibu sayang anak anak ibu, maafkan ibu semua, Humairah, Umar dan baby. Maafkan ibu sayang.”
Tambahnya lagi, dia cuba untuk menjadi kuat tetapi ada harinya kekuatan itu tidak berpihak pada dirinya.
Bercerita tentang pengalaman ketika di mahkamah untuk memperjuangkan haknya, Shuhada tidak dapat menahan air mata ketika berkongsi tentang kehamilan yang sudah pun mencecah usia 10 minggu.
“Ibu dah cuba kuat, Lillahitaala. Tapi ibu perlukan kekuatan dari keliling ibu. Ibu dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depress yang ibu hadap sekarang.”
Sumber foto: Instagram shushukriii
Tambahnya lagi, dia akan berusaha sepenuh hati untuk terus menjaga anak-anaknya namun mengakui halangan terbesar sekarang adalha kandungan di peringkat awal.
Hal ini tidak membenarkan Shuhada untuk mengambil ubat dari hospital kerana khuatir akan keadaan kandungannya. Katanya, hal ini tidak mudah (berjuang tanpa ubat), tetapi dia akan terus kuat demi anak-anaknya.
Tulisnya lagi, dia ada terbaca tentang kes ibu berpantang yang menikam leher sendiri kerana tekanan.
“Ibu betul-betul takut, iu tanya diri sendiri mampu ke hadap perjalanan ni. Mampu tak kuat sepanjang proses ini. Ibu nak terus sihat untuk Humairah, Umar dan adik.
Ibu kena kuat sebab ibu nak lihat anak-anak membesar depan mata ibu dan sama-sama kita susah senang.”
Turut berkongsi dirinya letih menangis sehingga jatuh pengsan. Doktor pula menasihatkan agar dia berbuka puasa untuk tidak membahayakan kandungan.
Ads
Sumber foto: Instagram shushukriii
Tambah Shuhada lagi, dia terima segala yang berlaku. Biarpun susah untuk ditelan kerana dirinya dikhianati, ditipu dan dikasari namun dia sedar perlu kuat untuk berdepan dengan dugaan ini.
Di akhir penulisannya, Shuhada melahirkan rasa syukur kerana dikelilingi orang-orang yang baik dan terus menyokong dirinya dalam apa jua keadaan.
“Terima kasih Allah. Terima kasih semua. Tak dapat ibu balas budi semua selain terus maju ke depan tanpa toleh belakang lagi.
Sempena malam akhir Ramadan ni, ibu berdoa semoga Allah kurniakan pelangi untuk setiap ujian yang ibu lalui, itulah tanda Allah kasihkan ibu.”
Sama-sama kita doakan segala urusan Shuhada dan anak-anak dipermudahkan. Semoga segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik dan Shuhada terus kuat untuk meneruskan kehidupannya.
Anak kecil ni sememangnya penyeri hidup kita. Ada saja perangai mereka yang buat kita terhibur . Kadang-kadang tak perlu buat apa, hanya dengan mimik muka dah boleh mencuit hati.
Seperti yang dikongsikan ibu ini menerusi akaun TikTok nanabteabah, menunjukkan gelagat anaknya yang sedang merajuk. Biarpun dipanggil berkali-kali, tetap tidak diendahkan. Yang lucunya, apabila anaknya keluar bilik air dengan mulut yang dimuncungkan.
Tambah merajuk bila disuruh keluar pula untuk tanggalkan seluar dan lampinnya terlebih dahulu. Mungkin tak puas hati, itu yang muncung panjang sedepa dia bagi pada si ibu.
Comel betul awak ya, semoga awak membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak. Jangan merajuk-rajuk selalu, nanti lekas tua!
Kebiasaanya pasangan selebriti jarang-jarang memiliki cahaya mata yang ramai. Namun bagi usahawan, Neelofa dan suaminya, PU Haris, keduanya mahu segera menambah zuriat malah mahukan anak yang ramai.
Semua itu dikongsikan oleh Haris menerusi satu video perkongsiannya. Bahkan kata Haris, hal itu diutarakan oleh Neelofa sendiri yang tidak kisah punya anak ramai.
PU Riz berkata isterinya mahukan anak ramai seperti dalam pasukan bola. Namun dia menyerahkan soal rezeki cahaya mata itu kepada Allah.
“Seingat saya, dia (isteri) mahu anak ramai, satu pasukan bola dia nak. Tapi, kita pun tidak ada terhadkan berapa orang anak, yang mana Allah bagi maka kita terima sahaja. Pada saya, anak ini satu perkara yang dekat dengan hati anda dan hati saya,” katanya.
Bahkan Neelofa turut memberikan respon mengenai pendedahan suaminya bahawa dia tidak kisah mempunyai cahaya mata ramai selagi berkemampuan.
“Boleh saya katakan sebenarnya Pak Ustaz kita ini bertuah sebab isteri dia memang tidak kisah kalau dia ada anak yang ramai.
“Ada sesetengah orang berkira-kira nak beranak dan nak mengandung ni. Saya kalau boleh tak mahu hadkan jumlah anak. Selagi Allah bagi kudrat dan kemampuan untuk beranak, kita beranak ramai-ramai,” katanya.
Akui Neelofa lagi, apa yang paling penting sebagai ibu bapa juga harus punya kemampuan untuk membesarkan anak-anak dengan baik selain saham akhirat untuk ibubapa.
“Paling penting sekali kita ada kemampuan untuk jaga dan besarkan anak-anak solehah. Itulah kita punya impian sebab anak-anak ini jadi investment kita di akhirat nanti,” katanya.
Dua beradik beri enam ekor ikan sempena hari guru. Dua orang adik-beradik telah mencuri perhatian ramai apabila mereka menyambut Hari Guru dengan cara unik — menghadiahkan enam ekor ikan segar kepada para guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tekek, Pulau Tioman, Pahang, pada Jumaat lalu.
Dua Beradik Bagi Enam Ekor Ikan Sempena Hari Guru
Peristiwa tersebut dirakam dan dikongsi menerusi satu video di akaun TikTok @scubanaut16, yang memaparkan dua pelajar sekolah membawa ikan-ikan tersebut untuk diserahkan kepada guru-guru mereka.
Menurut bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Jamaludin Musa, 41, hadiah berupa ikan gomblang dan kerapu itu adalah hasil pemberian dan belian daripada kenalan rapatnya.
“Ikan gomblang itu diperoleh daripada seorang rakan yang memancing dan menghadiahkannya kepada saya. Ikan itu dianggarkan seberat kira-kira lima kilogram,” katanya.
“Bagi ikan kerapu pula, saya membelinya daripada seorang kawan. Biasanya lima ekor ikan boleh mencecah harga sekitar RM90 hingga RM100 bagi setiap kilogram, bergantung pada lokasi,” jelas beliau lagi.
Jamaludin menyatakan bahawa idea menghadiahkan ikan ini sebenarnya sudah lama dirancang sejak tahun 2019, sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru yang telah membimbing anak-anaknya, Armin Jamaludin, 11, dan adiknya Aida Izabella Jamaludin, 8.
Beliau menambah, pemberian tersebut sangat sesuai memandangkan latar belakang keluarganya yang berkait rapat dengan laut dan hasil perikanan.
“Saya menetap di Kampung Salang, Pulau Tioman sejak 2002, manakala ayah saya pula merupakan seorang nelayan. Jadi sebagai anak jati pulau dan anak kepada seorang nelayan, saya rasa pemberian ikan adalah simbolik dan sangat bermakna,” katanya.
Jelasnya lagi, ikan-ikan itu kemudian dimasak oleh guru-guru dan dinikmati bersama dalam satu majlis makan malam sebagai satu bentuk sambutan Hari Guru yang istimewa.
Sebagai seorang juruselam, Jamaludin turut mengakui bahawa jarak dan keadaan ikan adalah cabaran utama untuk memastikan hadiah itu sampai dalam keadaan baik.
“Rumah saya di Kampung Salang agak jauh dari sekolah. Biasanya saya guna bot dan perjalanan ambil masa kira-kira 10 minit. Untuk sambutan kali ini, saya sudah buat perancangan rapi — ikan gomblang saya bekukan dahulu di rumah sebelum dihantar ke rumah rakan berhampiran sekolah untuk disimpan sementara,” jelasnya.
Tambahnya, lagi lima ekor ikan pula dibeli sebab risau tidak cukup untuk guru lain.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.