Hati ibu mana tak sedih apabila anak yang dikandung 9 bulan pergi setelah 56 hari dilahirkan. Dhalia Nur Imanni yang disahkan mempunyai masalah kebocoran pada injap jantung ketika dalam kandungan lagi sudah pun bahagia di syurga.
Perkongsian ibunya, Hasni Hasan di facebook menyatakan selepas lahir anaknya menjalani hidup seperti biasa. Malah berat Dhalia pun naik dengan normal dan langsung tak menunjukkan kesakitan.
Malah seawal usia sebulan Dhalia dah pandai senyum bila diagah dan cukup mudah dijaga. Menyusu pun tiada masalah.
Cuma pada hari kejadian itu, Dhalia tiba-tiba lemah longai dan biru. Luahan ibu ini buat ramai yang sebak. Moga terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini.
Baru berusia lima bulan, namun bayi ketiga terbesar di Britain ini bukan hanya perlu memakai pakaian lebih besar berbanding usianya, malah dia sudah boleh mengunyah makanan pejal.
Perkembangan terlalu drastik
Ibunya Cherral Mitchell, 31, dari Oxfordshire berkata, Alpha Stone Mitchell yang dilahirkan dengan berat 6.35 kilogram, secara pembedahan Oktober lalu, membesar pantas berbanding usia rakan sebayanya.
Perkembangan drastik tidak selari pembesaran bayi biasa, sebaliknya anak lelakinya itu seakan ‘melangkau’ terus ke peringkat usia tiga hingga enam bulan.
Mula makan bubur dan biskut
Ibu yang memiliki anak lain berusia satu hingga lima tahun itu berkata, Alpha juga sudah mula makan bubur serta biskut bayi berbanding waktu yang ditetapkan enam bulan ke atas.
“Kami cuma mula perkenalkan bubur bayi kerana dia nampak macam kelaparan pada waktu pagi.
“Walaupun belum sampai enam bulan lagi, ia tidak menjejaskan sistem penghadaman,” katanya memetik laporan portal Metro UK.
Katanya, disebabkan Alpha tinggi, dia perlu duduk di kerusi kereta hingga ramai tersilap menyangka dia kembar kakaknya yang berumur setahun, Twyla-Bay.
“Saya tidak pernah ada anak seberat dia ketika dilahirkan.
“Doktor percaya ini adalah disebabkan oleh diabetes yang saya hidapi ketika hamil,” katanya.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Ibu datang…balik rumah bawa Ayash.” Itu antara cerita dari mulut anak ketiga Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang berusia enam tahun.
Menurut bapanya yang juga pelawak Shuib Sepahtu, hal itu dikongsikan saat dia sedang memandikan anaknya itu.
“Masa mandikan Matin, tiba-tiba dia cakap mimpi ibu.
“Saya cakap (dalam hati)..alamak seronoknya. Aku ni minta (mimpikan arwah) tak dapat-dapat.
“Matin cerita lagi..mimpi ibu datang balik rumah bawa Ayash. Bagi Matin pegang Ayash, tapi ibu diam je tak cakap apa-apa,” kata Shuib.
Shuib berkongsi tentang kejadian berkenaan pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk arwah Siti Sarah pada Khamis malam.
Akui ‘cemburu’ mendengar cerita Matin, Shuib atau nama sebenarnya Shahmura Muhamad, 37, berkata dia sempat berpesan kepada anaknya andai kejadian mimpi itu berulang.
“Saya beritahu dia, nanti kalau Matin mimpi lagi, beritahu ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy, rindu sangat nak jumpa dia.
“Sebenarnya sejak Isnin saya berdoa minta sangat-sangat untuk jumpa dia dalam mimpi.
“Tapi dia tak nak datang..rupa-rupanya Allah salurkan melalui orang lain,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib berkata dia juga menerima mesej daripada seorang wanita yang mengakui turut bermimpi melihat arwah isterinya.
“Ada seorang hamba Allah whatsapp saya, orang mesej tu cakap..saya mimpikan arwah pada Selasa malam, saya tak cerita pun dekat suami lagi. Tapi nak cerita dengan Shuib dulu.
“Dia cakap..Ya Allah saya terkejut sangat, saya mimpi Sarah menyanyi depan ramai orang.
“Saya tak pasti kebetulan ke apa, tapi ramai sangat tengok Sarah menyanyi..performance dia hebat betul,” demikian menurut Shuib seperti yang diceritakan wanita berkenaan kepadanya.
Arwah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi 9 Ogos lalu akibat Covid-19.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perancangan Allah mengatasi segalanya. Macam tak percaya tetapi itulah hakikat yang harus diterima apabila anak sulung meninggal dunia minggu lalu akibat lemas, namun keperitannya terubat selepas melahirkan anak perempuan kedua, pada awal pagi Hari Merdeka.
Suri rumah, Asmah Sarip, 36, hanya mampu reda dengan ketentuan Allah SWT apabila meminjamkan Aira Nur Solehah Anddy Edris selama 11 bulan sebelum meninggal dunia akibat lemas di dalam baldi berisi air di rumahnya di Kampung Sijangkang pada 22 Ogos lalu.
Menurut Asmah, semasa kejadian, dia tertidur akibat terlalu letih semasa sarat mengandung sebelum menemui anaknya lemas di dalam baldi kira-kira 5.30 petang.
“Saya sentiasa memantau pergerakan anak kerana dia baru pandai berjalan, namun aturan Allah SWT itu mengatasi segala-galanya apabila dia merangkak ke dalam bilik air dan lemas dalam di dalam baldi berisi air.
“Saya juga tidak pernah lupa menutup pintu bilik air, tetapi ajal tidak pernah lewat seminit pun menjemput sesiapapun yang dikendaki-Nya… saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahiman (HTAR), Klang.
Kelahiran anak kedua ubat rindu
Asmah berkata, kelahiran anak keduanya pada Hari Merdeka sedikit sebanyak mengubati hatinya yang merindui keletah arwah anaknya yang ceria dan rapat dengannya sejak dilahirkan.
“Saya tidak sangka akan melahirkan anak kedua pada Hari Merdeka kerana tarikh sepatutnya adalah pada 28 Ogos lalu.
“Pemberian Allah SWT ini adalah hadiah yang paling bermakna buat saya kerana bukan saja anak dilahirkan pada hari bersejarah tetapi juga kesedihan saya sedikit sebanyak terubat,” katanya.
Cahaya mata Asmah antara 10 bayi Merdeka yang dilahirkan di HTAR sejak awal pagi 31 Ogos lalu.