Hati mana yang tak luluh membaca kisah ini tentang ibu hamil 8 bulan yang meninggal dunia bersama anak dalam kandungannya.
Seorang jururawat berkongsi pengalaman yang cukup meruntun jiwa, saat menguruskan seorang ibu muda, Puan Nur Aisyah, 27 tahun, yang datang ke hospital dalam keadaan lemah, pucat dan bengkak kaki. Walaupun sarat mengandung 8 bulan, dia tetap tersenyum, sabar menunggu suami yang belum tiba.
Namun siapa sangka, itulah senyuman terakhirnya di dunia ini.
Senyuman Reda Walau Tubuh Lemah
Jururawat itu berkongsi, Puan Aisyah datang dengan wajah pucat, tangan sejuk dan kaki bengkak sampai tidak boleh pakai selipar. Bacaan tekanan darah pula sangat tinggi, 210/115, satu angka yang boleh membahayakan nyawa.
Tapi walau tubuh lemah, Puan Aisyah tetap kuat, tetap senyum.
Siapa sangka, senyuman itu rupanya senyuman terakhir sebelum nyawa diambil Ilahi.
Degupan Bayi Hilang, Bilik Bersalin Jadi Sunyi
Doktor segera melakukan pemeriksaan. Namun suasana bilik bersalin tiba-tiba jadi sunyi sepi.
Tak ada bunyi degupan jantung bayi.
Tak ada gerakan.
Tak ada denyutan kecil yang biasanya jadi penawar rindu seorang ibu.
Doktor menarik nafas panjang, memandang wajah Aisyah, lalu berkata perlahan:
“Aisyah… saya minta maaf… baby awak dah tak ada…”
Ads
Mata Aisyah berkaca. Tapi senyuman masih di bibirnya. Dengan tenang dia menjawab:
“Tak apa doktor… asalkan saya masih hidup, saya reda…”
Itu ayat terakhir arwah.
Rebah Tiba-Tiba, Pergi Dalam Senyuman
Beberapa minit selepas itu, Aisyah rebah. Pasukan perubatan berusaha sedaya upaya, buat CPR, larikan dia ke zon kecemasan, cucuk jarum, pasang oksigen… namun semuanya tidak berjaya.
Dalam masa kurang 10 minit, Aisyah disahkan meninggal dunia. Pergi dalam keadaan tersenyum… masih berbaju mengandung… belum sempat peluk suami yang dinanti.
Tangisan Suami, Luka Yang Tak Terubat
Saat suaminya sampai, hanya Allah yang tahu betapa luluh hatinya.
Dia menjerit, suara pecah satu hospital.
“Aisyahhhh!! Saya baru sampai sayang… saya bawa kurma… kita nak buka puasa sama-sama…”
Dia peluk tubuh isteri, cium dahi berkali-kali sambil air mata mengalir tanpa henti.
Ads
“Maafkan saya sayang… saya tak tahu awak sakit seteruk ni…” rintihnya berulang kali.
Jururawat yang menguruskan jenazah sendiri tak mampu menahan tangis, seolah-olah kehilangan ahli keluarga sendiri.
Ramai Ibu Pendam Rasa, Jangan Anggap Biasa
Kata jururawat itu lagi, ramai ibu hamil pendam rasa sakit. Mereka tahan pening kepala, sesak nafas, jantung berdebar, bengkak kaki… sebab fikir itu normal, sebab takut susahkan suami.
Tapi sebenarnya, semua itu tanda bahaya seperti:
✔️ Pre-eclampsia (tekanan darah tinggi semasa hamil) ✔️ Darah beku ✔️ Pulmonary embolism (saluran darah tersumbat)
Semua ini boleh berlaku senyap-senyap, tanpa amaran, boleh meragut nyawa dalam sekelip mata.
Pesanan Ikhlas Buat Suami & Keluarga
Para suami, tolong dengar rintihan isteri.
Ads
Kalau dia kata penat, jangan pandang ringan.
Kalau dia sesak nafas, jangan tunggu esok baru bawa ke klinik.
Kalau dia mengadu sakit kepala luar biasa, jangan jawab “biasa la tu…”
Nyawa isteri lebih penting daripada segala-galanya. Duit boleh dicari, tapi isteri yang sanggup bertaruh nyawa melahirkan zuriat kita… tiada ganti.
Hargailah isteri sebelum dia pergi dalam sejuk kain kafan… sambil memeluk anak yang tak sempat melihat dunia.
Salam Takziah, Al-Fatihah Buat Arwah
Jenazah ibu dan bayi dikebumikan dalam satu liang lahad. Bayi kecil itu masih dibalut kain putih, dengan kesan darah rahim ibunya.
Semoga Allah tempatkan arwah Puan Aisyah dan anak syurganya dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah buat mereka berdua…
Nota Pa&Ma:
Sayangi isteri, dengar luahan mereka. Jangan biar isteri pendam sakit sendiri. Kehamilan bukan sekadar menunggu hari, ia perjuangan nyawa yang tidak semua mampu hadapi.
Jika ada tanda bahaya seperti kaki bengkak melampau, pening kepala teruk, sesak nafas atau tekanan darah tinggi — segera dapatkan rawatan, jangan tunggu.
Benarlah kata orang, lain anak lain penangannya bila mengandung. Bagi Instafamous, Aisyah Hijanah, dia turut berdepan hal yang sama bila mana kandungan keduanya kali ini amat berbeza berbanding kehamilan sebelumnya.
Malah kata Aisyah lagi menerusi Instagramnya, jika mengandungkan anak sulung, dia mengalami alahan yang agak teruk. Lain pula ceritanya dengan kehamilan anak kedua.
Menerusi Instagramnya, Aisyah berkongsi cerita.
“Pregnancy kalini beza betul. Memang betullah orang cakap, setiap anak tu lain-lain. Waktu Khadeejah dulu memang muntah sampai 4 bulan. Baby kalini tak ada muntah, just mual angin.
“Cuma, selalu tekak kering. Bangun 2-3 pagi waktu Ramadhan dulu, habis 500 ml botol air mineral. Rasa dehydrated sangat,” kongsinya.
Malah kata Aisyah lagi, ketika mengandungkan anak pertamanya dulu, dia menjadi seorang yang gemar bercantik-cantik malah amat sukakan emas ketika itu.
Lain pula halnya dengan kehamilan kali ini yang lebih gemar tampil ringkas setiap masa.
“Waktu Khadeejah dulu memang setiap masa nak air bandung, nak beli emas, nak melawa. Kali ni, rasa nak air kosong, nak berjalan, nak pakai baju paling simple. Hmmm agak-agak girl ke boy eh?
“Alhamdulillah Aisyah dah 5 bulan. So far memang baby terlebih aktif, dengan Khadeejah pun dah suka lompat, panjat sini sana.
“Pinggang dah start sakit, nak kena dukung Khadeejah. Dia pula dah start nak cium perut, pegang adik dia.
“Dah macam-macam ragam. Doakan Semoga urusan Aisyah dimudahkan & 2nd baby ni mudah dijaga, mudah dibentuk, mudah segalanya & dijauhkan dari kezaliman & maksiat,” tulisnya berkongsi.
Apabila menghampiri tarikh jangkaan bersalin atau ‘due date’, bakal ibu akan mula berasa bimbang terhadap kontraksi yang bakal dilalui.
Bertambah rasa keliru adakah ia kontraksi sebenar dan tiba waktu melahirkan atau pun hanya kontraksi palsu atau Braxton Hicks.
Untuk panduan bakal ibu yang baru pertama kali hamil, kontraksi sebenar dan kontraksi palsu atau Braxton Hicks adalah dua jenis kontraksi yang berbeza.
Untuk mengenalpasti perbezaan antara kedua-duanya, fahami 5 perkara di bawah.
1. BILA IA MULA BERLAKU?
Kontraksi Palsu: Berbeza daripada tendangan, kontraksi ini dapat mula dirasai sejak trimester kedua, iaitu sekitar 4 bulan. Ia adalah salah satu cara untuk menyediakan tubuh anda bagi proses melahirkan yang sebenar.
Kontraksi Sebenar: Kontraksi sebenar hanya akan berlaku apabila menghampiri tempoh bersalin.
2. BAGAIMANA RASA SAKITNYA?
Kontraksi Palsu: Anda akan berasa seperti mengetat dan ‘mengeras’ di bahagian hadapan perut sahaja. Tetapi ia biasanya tidak menyakitkan. Ia juga akan menghilang dalam beberapa ketika.
Kontraksi Sebenar: Kontraksi sebenar akan disertai dengan rasa yang lebih sakit dan tekanan yang lebih hebat. Kesakitan ini tidak terhad kepada bahagian perut sahaja. Mungkin ada yang berasa sakit pada bahagian abdomen, pinggang, dan ada yang berasa seperti ‘cramp’ semasa didatangi haid. Kesakitan ini akan bertambah kerap dan semakin kuat.
3. TEMPOH KONTRAKSI?
Kontraksi Palsu: Berlaku dengan pantas, kurang daripada seminit. Tempohnya berlaku secara tidak tetap.
Kontraksi Sebenar: Berlaku lebih lama, sekitar 60 saat atau lebih. Ia akan berlaku secara tetap. Selalunya doktor anda akan menasihatkan agar anda mencatatkan kontraksi ini. Anda juga boleh menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mencatatkannya dengan mudah.
4. ADAKAH IA AKAN MENGHILANG?
Kontraksi Palsu: Kontraksi ini boleh menghilang apabila anda menukar posisi, berjalan, berehat, atau meminum air.
Kontraksi Sebenar: Tanda hampir bersalin ini akan menjadi semakin kuat dan tidak akan berhenti walaupun anda mengubah kedudukan dan pergerakan.
5. APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Kontraksi Palsu: Kontraksi ini tidak merbahayakan dan ia boleh berlaku sebanyak beberapa kali dalam sehari. Untuk mengurangkan rasa tidak selesa, anda boleh cuba minum air kosong, relaks, dan menukar posisi. Namun, anda juga perlu ‘alert’ jika bayi kurang membuat 6-10 kali pergerakan dalam tempoh 1 jam.
Kontraksi Sebenar: Kontraksi ini biasanya akan diikuti dengan tanda hampir bersalin yang lain seperti palitan darah, cecair mukus, atau pecah air ketuban. Segeralah ke hospital jika anda berasa kontraksi yang kuat setiap 5 minit dalam tempoh 1 jam.
Pengalaman melahirkan adalah berbeza bagi seseorang wanita, namun dengan mengambil tahu serba sedikit tentangnya, anda mampu bertindak dengan bijak.
Datin Sri Shahida telah berkongsi pengalaman menyusu dan berpantang di ruang ask me question di Instastory. Jawapan yang diberikan beliau sungguh menginpisrasikan ibu-ibu lain. Boleh dicontohi!
Berwajah ayu dan penuh sifat keibuan, Datin Sri Shahida Abdul Rashid menjadi figura idola para ibu muda. Karakter lembut dan sifat sederhana dalam dirinya menjadikan dirinya disenangi ramai. Jadi tidak hairanlah ramai follower mengambil peluang bertanyakan soalan kepadanya di ruangan ask me question di Instatory, Instagram.
Baru-baru ini, bekas model ini telah membuka peluang para follower mengajukan soalan pada ruangan tersebut. Antara yang sempat dirakamkan ialah tentang amalan semasa hamil, pengalaman penyusuan dan berpantang selepas bersalin.