Kecacatan bayi tanpa sedar kerana kurangnya pengetahuan ibu semasa hamil! Itulah hakikatnya. Bagi ibu yang baru disahkan hamil, selain produk kesihatan, produk yang perlu dijaga adalah produk kecantikan terutama bahan terlarang yang satu ini.
Menurut perkongsian Dr. Muhammad Izzat, Doktor Kesihatan Wanita mendedahkan kes sebenar berkenaan masalah masalah ini. Ikuti perkongsian beliau.
“Percaya tak kalau saya cakap, ada bayi yang dilahirkan cacat disebabkan ibunya ketika hamil pakai produk kecantikan (skincare).
Hati-hati dengan produk kecantikan/skincare yang mengandungi Vitamin A derivatives – Retinoids/Retinol/Isotretinoin
Wanita tak sepatunya “ter” mengandung ketika dalam rawatan Retinol ni. Ada pregnancy prevention programme (contraception) khas untuk golongan yang memerlukan retinol ini untuk masalah kulit masing-masing.
1 bulan SEBELUM dan 1 bulan from last dose/exposure dari Retinol – perlukan contraception.
Ads
Ada pesakit saya, dinasihatkan untuk double protection. Dah masuk implan, saya suruh pakai kondom lagi sebab kita tahu kesan akibat retinol kepada bayi yang berkembang ni sangat serius.
Check skincare memasing. Ada tak bahan saya cakap tu,” kongsinya.
Dalam hantaran video tersebut, Dr. Izzat berkongsi pengalaman merawat seorang pesakit yang melahirkan bayi dengan pelbagai kecacatan serius.
Ads
Antaranya kepala lonjong seperti kon, telinga tidak terbentuk sempurna, bibir sumbing, masalah jantung dan kecacatan tulang belakang.
Apabila doktor menyiasat ibu bayi tersebut, mereka mendapati si ibu telah menggunakan produk kecantikan yang mengandungi Retinol atau Retinoids ketika hamil.
Di mana, ia adalah bahan yang tergolong dalam kumpulan derivatif Vitamin A seperti Isotretinoin, yang diketahui boleh membahayakan janin.
Ads
“Pendedahan Retinol ketika hamil boleh mengakibatkan craniofacial defects kepada bayi iaitu pembentukan kepala ada masalah, telinga mungkin tiada dan bibir sumbing, sistem saraf bermasalah dan terjadinya masalah jantung,” jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, bahan-bahan seperti Retinol biasanya digunakan dalam rawatan kulit seperti jerawat kronik dan hanya patut digunakan di bawah pengawasan doktor.
Malangnya, banyak produk kecantikan di pasaran mengandungi bahan ini tanpa label yang jelas dan dijual secara bebas tanpa preskripsi.
Elakkan menggunakan sebarang produk yang mengandungi Retinol, Retinoids atau Isotretinoin, dan dapatkan nasihat daripada doktor jika ragu-ragu.
Kredit: Dr Muhammad Izzat Abd Razak & IG @d_rizzat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat setiap ibu, detik menanti kelahiran adalah saat yang penuh dengan debaran. Begitu juga dengan pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad, yang kini sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata ketiganya. Namun, berbanding rasa teruja, Uyaina mengakui hatinya sarat dengan ketakutan kerana perutnya bakal dibedah untuk kali ketiga melalui proses pembedahan caesarean.
Dalam perkongsian di Threads, Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, mengimbas kembali pengalaman melahirkan anak sulung secara caesarean kecemasan, manakala anak kedua pula melalui pembedahan yang dirancang. Kali ini, sekali lagi dia perlu menempuh laluan yang sama.
“Bila duduk sorang-sorang, teringat ketakutan nak bersalin. Saya dah dua kali caesar. Pertama sebab kecemasan, kedua sebab dah rancang, sama seperti yang ketiga. Tiga kali perut akan dibedah.
“Bila ditolak atas katil, itu adalah momen tawakal paling tinggi untuk saya. Rasa macam nak pergi berperang,” kongsinya.
Menurut Uyaina, setiap kaedah melahirkan sama ada normal mahupun pembedahan tetap mempunyai risiko tersendiri. Justeru, sebagai seorang ibu, dia hanya mampu berdoa agar proses yang bakal dilalui nanti berjalan dengan lancar.
“Bersalin ini, tak kisah cara normal atau bedah, ianya 50/50. Dan ketakutan itu adalah benar. Hanya mampu berdoa dan berserah semoga segalanya berjalan lancar. Itu saja yang boleh dilakukan,” katanya lagi.
Hakikatnya, apa yang diluahkan Uyaina adalah realiti yang dialami ramai ibu di luar sana. Perasaan takut, cemas dan bimbang menjelang pembedahan adalah sangat normal, apatah lagi jika ia melibatkan pembedahan berulang.
Doktor biasanya akan memantau tahap kesihatan ibu, kedudukan rahim serta parut lama sebelum meluluskan pembedahan kali ketiga atau lebih. Namun, ibu tetap memerlukan kekuatan fizikal dan emosi yang besar untuk melalui proses ini.
Dalam situasi seperti ini, sokongan suami dan keluarga amat penting. Kata-kata semangat, doa serta kehadiran insan tersayang mampu memberi ketenangan kepada seorang ibu. Uyaina sendiri sebelum ini pernah berkongsi bagaimana doa dan sokongan daripada suaminya, Raja Syahiran, menjadi penguat semangat untuknya.
Setiap kelahiran adalah perjuangan besar seorang ibu. Sama ada melalui jalan normal atau caesarean, pengorbanan yang dilalui tidak pernah kecil nilainya. Semoga proses kelahiran Uyaina Arshad kali ini dipermudahkan Allah, dan menjadi inspirasi buat ibu-ibu lain bahawa ketakutan itu bukan kelemahan, sebaliknya tanda seorang ibu itu begitu tabah.
💖 Pa&Ma percaya, bila ibu kuat, anak-anak juga akan membesar dengan penuh kasih dan kekuatan.
Darah tinggi mencanak masa hamil, situasi yang tidak normal dalam kehamilan. Pengalaman ibu ini berkongsi pengalaman terpaksa bersalin pada 32 minggu akibat tekanan darah tinggi dalam Pa&Ma TV.
Kehamilan sulung Puan Ain Diyana menyaksikan dirinya mengalami tekanan darah tinggi atau praeklampsia sehingga bacaan yang dicatat 140/120 hingga 150/110 menyebabkan bayi perlu dilahirkan seawal 32 minggu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa bila tengok gambar pregnant test positif tetapi tidak mengandung pun, ya? Jom fahami punca mengapa keadaan itu terjadi dalam perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat!
Gambar pregnant test positif tapi tidak hamil, kenapa ya?
Apabila melakukan ujian kehamilan (UPT) dan mendapat keputusan positif palsu, ia boleh menjadi pengalaman yang menjengkelkan – khususnya buat mereka yang mengalami kesukaran untuk hamil atau sedang merancang kehamilan.
Harapan yang menggunung apabila melihat tanda positif boleh hancur berderai jika mengetahui ia adalah keputusan positif palsu. Pastinya ia boleh menyebabkan wujudnya kekecewaan yang mendalam.
Berita baiknya, pakar menjelaskan situasi untuk mengalami UPT positif palsu adalah jarang untuk terjadi.
Punca gambar pregnant test positif tetapi tidak hamil
Berikut antara perkara yang boleh menyebabkan anda mendapat UPT positif palsu:
1. Membiarkan kit ujian terlalu lama
Sekiranya anda mengambil ujian kehamilan standard dengan penunjuk garis, adalah penting untuk menyemak keputusan mengikut arahan khusus ujian.
Jika dibiarkan terlalu lama sebelum membaca keputusan, air kencing pada kit ujian boleh menyejat dan menjadikannya kelihatan seperti anda mempunyai 2 garis dan bukannya hanya 1 – menjadikan keputusan positif sedangkan hakikatnya negatif.
2. Tamat tempoh punca gambar pregnant test positif tapi tidak hamil
Sebab kedua paling biasa anda akan mendapat keputusan positif palsu adalah kerana kit ujian kehamilan telah tamat tempoh.
Apabila kit ujian melepasi tarikh tamat tempohnya, bahan kimia yang mengesan hCG – human chorionic gonadotropin – tidak dapat berfungsi dengan berkesan dan menyebabkan keputusan yang salah.
3. Sedang mengambil ubat kesuburan
Sekiranya UPT diambil terlalu awal selepas pengambilan ubat kesuburan yang mengandungi hCG – seperti sesetengah suntikan dalam prosedur persenyawaan in vitro (IVF) – anda boleh mendapat keputusan positif palsu.
4. Masih ada hormon hCG selepas bersalin atau keguguran
Keguguran kehamilan biasanya berlaku dalam 13 minggu pertama kandungan. Bahkan kebanyakannya berlaku sebelum seorang wanita mengetahui dirinya hamil.
Biasanya selepas melahirkan anak atau keguguran, hCG boleh kekal dalam tubuh – dianggarkan untuk tempoh masa 4-6 minggu untuk tahap hCG kembali normal.
5. Mengalami kehamilan ektopik
Kehamilan ektopik atau luar rahim berlaku apabila telur yang disenyawakan berkembang di luar rahim – biasanya dalam tiub fallopio – ia juga boleh terjadi dalam ovari atau serviks.
Kehamilan jenis ini biasanya tidak akan berkembang kerana embrio tidak berada di dalam rahim – tempat ia boleh membesar. Tetapi hormon hCG masih terhasil yang menyebabkan anda mendapat keputusan positif.
Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami mana-mana gejala berikut:
6. Kehamilan kimia, penyebab gambar pregnant test positif tapi tidak hamil
Kehamilan jenis ini adalah keguguran yang berlaku sebelum minggu ke-5 kehamilan apabila embrio dapat ditanam di dalam rahim tetapi tidak bertahan lama. Anda mungkin tidak menyedari bahawa diri sedang mengandung.
Dalam kehamilan kimia, embrio masih menghasilkan hCG sekali gus menyebabkan UPT positif palsu.
Kehamilan jenis ini bukan berpunca daripada tindakan atau ketidakupayaan oleh wanita tetapi boleh berlaku kerana:
7. Keadaan perubatan, antara contoh pregnant test positif tetapi tidak mengandung
Kadangkala keadaan perubatan boleh mencetuskan positif palsu dalam ujian air kencing, seperti:
Jika anda mendapat keputusan ujian positif palsu dan telah menolak sebab-sebab lain, berunding dengan profesional perubatan untuk menguji keadaan kesihatan di atas.
Doktor mungkin mengesyorkan ujian darah untuk mendapatkan keputusan ujian yang lebih tepat.
Cara mendapatkan keputusan ujian kehamilan tepat
Untuk elakkan gambar pregnant test positif tetapi tidak hamil, ada beberapa cara boleh anda lakukan bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
Masa yang betul
Jangan ambil ujian terlalu awal. Disarankan untuk UPT dilakukan selepas tidak mengalami pendarahan haid pada bulan tersebut atau kemungkinan besar anda akan mendapat negatif palsu – mahupun ujian itu akan mengesan kehamilan kimia yang tidak dapat berkembang.
Mengikut arahan label, contoh pregnant test positif
Pastikan kit ujian anda belum tamat tempoh. Baca arahan dengan teliti dan ikuti langkah-langkah dengan tepat untuk mengelakkan keputusan palsu yang akan mengecewakan anda.
Ulangi ujian kehamilan
Mendapat hasil ujian kehamilan di rumah yang positif, mungkin menyebabkan anda tidak sabar untuk melakukan ujian darah untuk mengesahkan keputusannya. Ujian darah lebih tepat, jadi itu sudah tentu satu pilihan.
Tetapi anda juga boleh mengulangi UPT selepas 3-5 hari untuk mengesahkan kehamilan dan jika hasilnya masih positif, tahniah!
Sekiranya terdapat sebarang ketidakpastian, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih. Penemuan mangsa membawa kelegaan kepada keluarga dan rakyat Malaysia yang mengikuti operasi pencarian sejak hari pertama.