Keibubapaan

Ibu Hamil Juga Boleh Ambil Vaksin Influenza. Betty Rahmad & Dr Salehuddin Kongsi Info Tentang Influenza Dalam Musim Covid-19

Share

Sempena hari ibu baru-baru ini, selebriti dan pelakon, Betty Rahmad berkongsi pengalaman dirinya yang dijangkiti virus Influenza A penghujung tahun lalu melalui sesi live di Instagram miliknya.

Menurut adik kepada Erma Fatima dan Umi Aida ini, virus tersebut turut menjangkiti anaknya Ardi Wira selepas beberapa hari dirinya dijangkiti.

Untuk membincangkan lebih lanjut dan juga lebih jelas tentang pentingnya pengambilan vaksin Influenza Betty turut menjemput Dr. Salehuddin Samsudin, Pakar Pediatrik dari Park City Medical Centre untuk live bersamanya pada hari tersebut.

artikel menarik: Tolong Ambil Vaksin Influenza Setiap Tahun, Jangan Tunggu Ada Penyakit Baru Ambil

Live yang berlangsung selama lebih kurang 45 minit itu sarat dengan pelbagai maklumat berguna untuk ibu-ibu dalam mendapatkan info yang jelas betapa pentingnya pengambilan vaksin Influenza.

Vaksin Influenza boleh diambil oleh ibu hamil dan bayi berumur 6 bulan ke atas

Menurut Dr Salehuddin, pengambilan suntikan Influenza amatlah penting untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah. tambahnya juga ia boleh diambil oleh bayi selepas umur mereka 6 bulan dan ke atas.

Jelasnya lagi, ibu hamil juga digalakkan untuk mengambil suntikan ini kerana ia dapat memberikan imuniti kepada bayi yang dilahirkan sebelum bayi tersebut divaksin dengan Vaksin Influenza selepas umur bayi 6 bulan.

Menjawab beberapa persoalan yang ditanyakan oleh peminat Betty ketika Live berlangsung, antara individu yang berisiko untuk dijangkiti adalah:

  • Kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah
  • Warga emas
  • Individu yang mempunyai penyakit seperti jantung, asma, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain

Walau bagaimanapun menurut Dr Salehuddin, individu lain yang berisiko rendah juga boleh dijangkiti oleh virus Influenza.

Oleh yang demikian, Dr Salehuddin menyarankan kepada semua betapa pentingnya untuk mengambil vaksin ini setiap tahun agar badan dapat melindungi daripada dijangkiti virus Influenza yang juga boleh membawa maut ini.

Turut menyentuh serba sedikit isu penularan virus Covid-19 yang sedang menular, Dr Salehuddin sempat berpesan supaya melakukan langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan oleh kerajaan.

Jadi mama-mama kat luar sana, sebaiknya dapatkan suntikan Influenza ini diri sendiri dan juga seisi keluarga. Ia penting untuk kesejahteraan dan kesihatan bersama.

Sumber: Betty Rahmad

Artikel menarik: Jangkitan Kuman Punca Anak Bawah 5 Tahun Masuk Hospital. Cegah Dengan Vaksin Influenza

 

 

 

IKLAN