Ada ibu direzekikan untuk bersalin mudah namun ada juga yang terpaksa melalui proses induce bagi mempercepatkan kelahiran bayi.
Dalam episod podcast Borak Pa&Ma, pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Maiza Tusimin dari Prince Court Medical Centre berkongsi info mengenai proses induksi kelahiran atau induce yang membantu kelahiran lebih mudah.
“Bersalin ni macam marathon, ada tiga clue utama sebelum ibu bersalin. Peringkat bersalin ni bermula dengan kepala bayi turun ke bawah, kontraksi yang konsisten dan berterusan, turun tanda darah, pecah air ketuban dan darah kemudian diikuti dengan proses bersalin dalam masa 24 jam ke 48 jam.
“Jika ibu tak bersalin dalam tempoh itu, maka bantuan induce diperlukan untuk mengelakkan berlakunya jangkitan pada bayi dan ibu,” kongsinya.
Apa itu proses induce?
Induksi kelahiran adalah proses merangsang kontraksi rahim sebelum kelahiran semula jadi berlaku. Ia biasanya disarankan apabila kehamilan melebihi 41 minggu, atau terdapat faktor kesihatan yang memerlukan kelahiran dipercepatkan, seperti diabetes, tekanan darah tinggi, atau masalah pertumbuhan janin.
Ads
Antara jenis induce yang boleh digunakan dalam proses beranak secara induce adalah:
1. Amniotomi atau memecahkan air ketuban.
Doktor akan mencucuk lubang kecil pada kantung ketuban. Ia sekali gus menyebabkan kontraksi lebih kuat
2. Pitocin atau disebut oxytocin
Merupakan hormon untuk mempercepatkan proses bersalin. Kaedah ini menggunakan intravena (IV) pada lengan atau induce drip
3. Cervical ripening
Dilakukan dengan pengambilan ubat secara oral atau dimasukkan ke dalam faraj (analog prostaglandin) untuk meregang, melembutkan dan mengembangkan serviks
4. Kaedah bersalin induce menggunakan kateter (catheter) atau belon yang berfungsi untuk menjarakkan kantung dengan rahim. Ia akan merangsang hormon dan mencetuskan kontraksi
Ads
5. Menarik selaput (stripping membrane)
Untuk kaedah ini doktor akan menggunakan jari yang telah dipakaikan sarung tangan bagi memisahkan kantung nipis pada ketuban daripada dinding rahim
Secara amnya, proses bersalin induce berbeza mengikut individu. Sekiranya serviks lembut dan matang, ia hanya memerlukan dorongan lembut untuk berlakunya kontraksi lebih cepat.
Risiko bersalin induce?
Induce juga mempunyai risikonya, antara risiko proses beranak secara induce, adalah:
Ads
* Boleh mengalami kontraksi lebih kuat, menyakitkan dan kerap
* Berdepan peningkatan risiko kemurungan selepas bersalin
* Prosedur induce gagal dan perlu menjalani kaedah kelahiran caesarean
* Wujud risiko jangkitan pada ibu dan bayi
* Masalah rahim pecah. Ini terutamanya bagi wanita yang pernah menjalani pembedahan czer atau pembedahan rahim lain
* Kontraksi yang terlalu banyak boleh menyebabkan perubahan pada kadar degupan jantung bayi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi seorang ibu buat kali pertama adalah satu anugerah yang luar biasa, tetapi ia juga datang dengan pelbagai cabaran dan tanda tanya.
Tak pelik jika ramai ibu baru berasa cemas, risau dan terharu dalam masa yang sama. Untuk bantu redakan debaran, berikut 6 persediaan penting buat ibu kali pertama:
1. Buka Buku Pink Awal
Buku pink adalah rekod kesihatan ibu mengandung yang WAJIB ada. Disarankan buka buku pink sebelum kandungan masuk 12 minggu. Proses ni penting untuk pantau kesihatan ibu dan bayi dari awal, serta mudahkan urusan check-up nanti.
2. Persediaan Mental & Emosi
Ramai ibu baru rasa berdebar, takut, kadang-kadang hilang punca. Normal sangat! Pentingnya ibu ada ilmu dan buat sedikit pencarian untuk persediaan mental dan fizikal. Bertanya kepada ibu atau orang-orang terdekat antara salah satu cara yang boleh membantu mental dan emosi lebih bersedia.
3. Sediakan Keperluan Asas Bayi
Antara barang basic yang wajib ada:
* Lampin bayi (pilih yang hypoallergenic & serap tinggi)
* Baju bayi (cotton, mudah serap peluh)
* Selimut, bedung, tuala kecil
* Breast pump (jika nak simpan stok susu)
* Botol susu & sterilizer (kalau perlu)
* Baby wipes, minyak telon, cotton buds
* Termometer bayi
4. Jaga Pemakanan & Hidrasi
Ibu perlu makan makanan berkhasiat mengikut saranan KKM, suku pinggan karbohidrat, suku protein, separuh sayur dan buah. Minum air secukupnya (2-3 liter sehari) untuk elak sembelit dan bantu penghasilan susu ibu.
5. Penjagaan Diri Lepas Bersalin (Berpantang)
Berpantang penting untuk pemulihan badan. Jangan terlalu paksa diri buat kerja berat. Rehat secukupnya, kekal aktif secara sederhana (jalan-jalan ringan dalam rumah pun dah cukup).
Boleh bertungku secara sederhana, tapi elakkan pada kawasan luka pembedahan atau episiotomi. Gunakan pad, bukan tampon, dan jaga kebersihan kawasan intim.
6. Pantau Tanda Bahaya
Kalau ada tanda-tanda pelik (demam tinggi, pendarahan banyak, sakit luar biasa), terus ke hospital. Jangan tunggu atau cuba rawat sendiri.
7. Support System
Jangan segan minta bantuan pasangan, keluarga atau kawan. Ramai ibu baru betapa pentingnya support system ni. Komuniti online macam theAsianparent pun sangat membantu untuk dapatkan tips dan sokongan moral.
8. Sediakan Checklist Hospital Bag
Sediakan awal, jangan last minute. Antara yang perlu:
* Kad pengenalan, buku pink, surat doktor
* Baju ibu dan bayi, alatan mandian, tuala
* Pad maternity, nursing bra, stokin
* Pengecas telefon, snacks ringan
9. Belajar Ilmu Asas Penjagaan Bayi
Ilmu asas penjagaan bayi tersangatlah penting untuk bakal ibu pelajari misalnya cara mandikan bayi, tukar lampin, teknik penyusuan, dan cara tenangkan bayi menangis. Semua ini boleh dipelajari dari artikel, video atau bertanyakan orang sekeliling.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena hari kelahiran pertama anak perempuan bongsu Nourul Depp yang diberi nama Isabella, penyanyi bersuara lunak ini mendedahkan petua bagaimana cara dia merealisasikan hasrat suaminya, Eric Daniel Depp untuk memiliki seorang anak perempuan.
Rupanya Nourul mengambil masa yang agak lama juga sebelum bersetuju untuk melalui proses mengandung lagi selepas sudah dikurniakan tiga cahaya sebelum ini.
Bagaimanapun, kata Nourul, 43, dia kemudian terpaksa akur apabila suaminya, Eric Daniel Depp, memujuknya untuk memiliki anak perempuan dalam keluarga mereka.
Dalam satu postingnya di Instagram dia berkongsi bagaimana usahanya untuk mendapatkan anak perempuan. Antaranya adalah ikut kalendar Cina, makan blueberry dan semua makanan yang berasid.
“Plan dari tahun 2017. Suami kami punya lah dok pujuk. Mei 2018 baru kami setuju. Kesian kat dia nak anak pompuan jugak . .
“Plan lah bukan main dari mei 2018 tu. Ikut kalendar cina, makan blueberry sebab nak girl. Makan semau yang asid2. .
“Alhamdulillah awal september dapat lah berita positif kami mengandung anak dara kenit ni .
“Tu pun ingat dah tak jadi. Sekali Alhamdulillah Allah bagi rezeki. .
“Mengandung isabella; kami happy lagu mana tak tau. May be sebab umuq kot. 42 tahun lebih matang. Rasa lahu masa kali mengandung. Dah beranak pun, rasa laju jugak dia dah besaq. Sampj kami confused tahun bila kami pregnant.
“Jatuh tergolek dog dua kali dengan isabella ni. Satu kat salji. Satu kat tumah masa perut dah 33 minggu. Allah bagi nasib baik takdak apa berlaku. .
“Alhamdulillah kami ada 2 anak perempuan. 2 anak lelaki. Oi. 4 oi anak kami!!!,” tulisnya di Instagram
Sebelum ini, Nourul dikurniakan anak perempuan, Ayu Nazirah, 22, menerusi hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer Ajai pada 1996 sebelum mereka bercerai pada 2007.
Menerusi perkahwinan keduanya dengan usahawan Perancis, Eric, pada 2012, pelantun lagu Kerana Terluka itu mempunyai dua anak lelaki, Zachary Depp, 6, dan Raphael Depp, 4.
Sekiranya anda pilih untuk berpantang sendiri selepas melahirkan bayi, pastikan persiapan rapi telah dilakukan untuk elakkan daripada rasa tertekan.
Selepas bersalin, wanita akan menjalani tempoh berpantang bertujuan untuk memulihkan kembali kesihatan dan tenaga yang hilang semasa proses melahirkan bayi.
Kalau dulu, orang Melayu sahaja yang mengamalkan berpantang selepas bersalin.
Tetapi kini, kaum lain turut mengamalkannya kerana kesannya positifnya kepada tubuh badan wanita lepas bersalin.
Biasanya wanita akan memilih untuk balik ke kampung sendiri bagi menjalani tempoh berpantang dan dijaga oleh ibunya.
Tetapi kini ramai yang mengambil keputusan untuk berpantang sendiri tanpa bantuan ibu disebabkan faktor kesihatan ibu atau ibu sudah meninggal dunia.
Jika anda memilih untuk berpantang sendiri di rumah, pastikan penglibatan suami dalam memberikan bantuan.
Suami perlu menjadi orang kuat yang membantu isteri sepanjang tempoh berpantang.
Pastikan 7 senarai semak ini memang ada dalam to do list anda.
1. Persiapan makanan
Salah satu faktor penting dalam penjagaan ibu berpantang adalah pemakanan. Ibu lepas bersalin mesti makan makanan yang berkhasiat dan tidak boleh terlepas waktu makan.
Tetapi ibu tidak boleh makan sebarangan jenis makanan. Jadi, pastikan beberapa minggu sebelum bersalin, anda sudah buat persiapan menu makanan berpantang dan bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.
Ini bagi memudahkan suami membantu menyediakan masakan tersebut. Maklumlah pada minggu-minggu awal, ibu tidak boleh bergerak banyak.
Menu orang berpantang mudah disediakan dan ringkas sahaja. Barang basah yang sudah dibeli, simpan di dalam peti sejuk. Pastikan sudah siap dipotong dan dibersihkan untuk satu kali masak.
Pada minggu pertama, ibu digalakkan makan makanan kering bagi mempercepatkan pengecutan rahim.
Pastikan juga waktu makan tepat untuk mengelakkan perut masuk angin. Makan nasi ketika panas dalam kadar sederhana.Tetapi ibu perlu makan dengan kerap apatah lagi sedang menyusukan bayi, maka ibu cepat berasa lapar.
2. Peranan suami
Suami adalah orang yang paling rapat dengan anda. Sokongan dan bantuan suami sangat penting bagi membolehkan ibu menjalani tempoh berpantang dengan sempurna tanpa tekanan.
Berbincanglah dan terangkan kepada suami bagaimana dia boleh membantu anda semasa berpantang.
Suami mesti membantu menguruskan kerja-kerja rumah seperti membasuh, menjemur dan melipat pakaian, menjaga anak, memasak makanan berpantang isteri dan menguruskan keperluan isteri berpantang.
Oleh itu sebaiknya, suami mengambil cuti yang panjang lebih kurang seminggu atau dua minggu untuk menguruskan isteri dan anak yang baru lahir. Bantuan amat diperlukan terutama jika ibu bersalin secara pembedahan
3. Sediakan jadual berpantang
Rutin harian semasa berpantang amat penting supaya ibu dapat rehat yang cukup. Sediakan jadual rutin waktu mandi, bertungku, bertangas, berpilis, memakai bengkuk, berurut, mengepam susu (untuk stok jika anda bekerja) dan menguruskan bayi.
Dengan adanya jadual, anda akan berdisiplin mengikut rutin berpantang supaya cepat kembali cergas.
4. Hantar anak di taska
Sekiranya anda mempunyai anak, pastikan mereka juga mempunyai jadual aktiviti harian supaya mereka tidak membuat ‘perangai’ dan boleh mengganggu emosi ibu.
Jika mereka memang anda tinggalkan di taska atau pengasuh ketika bekerja, maka sepanjang berpantang anda perlu tetap menghantar mereka.
Sukar untuk anda menjalani tempoh berpantang sendirian tanpa bantuan orang lain dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak-anak lain terutama jika mereka berusia di bawah enam tahun.
5. Mencari bidan/tukang urut
Keperluan ini sangat penting untuk memastikan rutin berpantang dapat dilaksanakan dengan lancar.
Oleh itu pastikan anda sudah membuat tempahan awal bidan atau tukang urut untuk mengurut anda semasa berpantang.
Sekarang bukan sahaja ada khidmat tukang urut, kalau ada bajet lebih anda juga boleh mengupah confinement lady yang akan membantu menguruskan penjagaan ibu dalam berpantang.
Menariknya, anda boleh pilih pelbagai pakej yang ditawarkan mengikut bajet anda.
Pakej yang ditawarkan termasuk mengurut, memakaian bengkuk, memasak makanan berpantang dan memandikan bayi. Ia lebih mudah dan banyak membantu ibu berpantang.
6. Kelengkapan ibu bersalin dan bayi
Pastikan kesemua kelengkapan untuk anda dan bayi sudah tersedia. Antara kelengkapan ibu yang mesti ada adalah stoking, baju sejuk, kain batik, bengkung, tungku, herba berpantang, pam payu dara, keperluan menyimpan susu ibu perahan, tuala wanita dan coli penyusuan.
Sementara keperluan bayi pula termasuk pakaian, lampin pakai buang, tisu basah, sarung kaki dan tangan, set tilam, minyak telon, bedung dan lain-lain yang penting.
Bagaimanapun jika kehabisan stok barangan keperluan tersebut dan tiada sesiap boleh membantu membelikan, anda boleh beli sahaja secara online. Kini ada bermacam kedai barangan ibu dan bayi yang menawarkan khidmat jualan secara online.
7. Persediaan mental, fizikal dan emosi
Anda mungkin fikir anda kuat dan boleh menguruskannya sendirian tetapi selepas melalui tempoh berpantang sendiri, ternyata ia tidak semudah yang disangka.
Oleh itu pastikan anda sudah membuat persiapan mental, fizikal dan emosi. Banyakan mencari maklumat dan info daripada pengalaman ibu-ibu lain yang pernah melaluinya.
Berpantang seorang diri memang berisiko. Anda mungkin akan bersedih dan tertekan apabila semuanya perlu dilakukan sendiri kerana biasanya ibu berpantang dilayan seperti ‘permaisuri’ oleh orang yang menjaganya.
Oleh itu pastikan anda sudah menjangkakan cabaran yang akan dilalui sepanjang tempoh berpantang terutama dalam bab menjaga bayi baru lahir.
Elakkan daripada rasa tertekan kerana jika emosi tidak stabil,anda mungkin berasa sedih atau meroyan.
Tetapi kini dengan kecanggihan teknologi internet, anda tak perlu risau kerana boleh sahaja mendapatkan maklumat dan info yang diperlukan dengan sekali klik sahaja di telefon pintar. Yang penting ada khidmat internet!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!