Ibu Hamil Simptom Tak Larat, Mual Tapi Simptom Covid-19 Pun Sama. Macam Mana Nak Bezakan? Ini Penjelasan Doktor

Share

Satu (1) dari sepuluh (10) wanita hamil mendapat Covid-19 dan 50% (peratus) tiada simptom. Dan lebih 2 kali ganda bayi terpaksa dikeluarkan lebih awal untuk menyelamatkan kedua-dua nyawa ibu dan bayi.

Hos Pa&Ma                                                                                                            Dr Maiza

Menurut perkongsian Dr. Miaza Tusimin, Pakar O&G dalam Webinar Pa&Ma bersama Dr Maiza Tusimin anjuran eksklusif bersama VIP members Pa&Ma Moms To Be Club, Vaksin sangat penting untuk melindungi ibu hamil kerana golongan ini antara golongan yang berisiko untuk dijngkiti virus tersebut.

Kesan Covid-19 kepada kehamilan

Kes-kes hamil dengan Covid-19 lebih cenderung untuk dimasukkan ke unit rawatan rapi dan memerlukan ventilasi.

  • Risiko kematian lebih tinggi
  • Radang paru-paru lebih tinggi
  • Kemasukkan ICU lebih tinggi & perlukan bantuan pernafasan

Kesan kepada bayi

  • Kelahiran bayi pra matang
  • Bayi boleh meninggal dalam perut
  • Bayi terbantut

Kesan keluarga

  • Suami tak boleh jumpa isteri
  • Keluarga perlu di kuarantin

Kesan Covid-19 pada ibu hamil

Kesan Covid-19 amat bahaya untuk ibu hamil, ada yang terpaksa tinggal di hospital sampailah waktu bersalin. Antara kesannya boleh terjadi masalah darah beku ketika hamil, pergi ke paru-paru dan menyekat saluran jadi nerlaku masalah pernafasan disini yang boleh menyebabkan risiko kematian.

Bagaimana pula dengan vaksin Covid-19 kepada ibu ketika waktu kehamilan? 

Vaksin C-19 & Kehamilan

  • Tidak mencacatkan janin
  • Tidak menyebabkan keguguran/pendarahan
  • Tidak menyebabkan kelahiran pra matang
  • Tidak menyebabkan peningkatan penyakiy pada ibu mengandung
  • Tidak menganggu ibu dalam proses pemulihan berpantang

Golongan yang perlu mengambil Vaksin C-19

  • Ibu mengandung yang berisiko tinggi
  • Semua Wanita yang merancang untuk hamil
  • Wanita yang melahirkan dan menyusukan

Kumpulan berisiko

  • Usia > 35 tahun
  • BMI > 30kg/m2
  • Penyakit jantung
  • Tuberculosis
  • Asthma/Lelah
  • Anemia teruk
  • Pesakit HIV
  • Penyakit hati-hepatitis B
  • Pemindahan organ
  • Menjalani rawatan barah

Bila masa terbaik untuk mengambil Vaksin C-19?

  • Masa terbaik; Semasa pra kehamilan
  • Semua Wanita dengan faktor risiko yang dapat dikenal pasti dinasihtakan untuk melengkapkan vaksinasi sebelum merancang kehamilan
  • CDC tidak disyorkan UPT sebelum vaksin
  • Pastikan tiada risiko alahan sebelum pengambilan vaksin

Tetapi jika sudah hamil dan baru tahu selepas mengambil dos pertama, tangguhkan dahulu dos kedua sehingga usia 14 minggu. Usia kehamilan yang sesuai untuk menerima vaksin pada minggu ke-14 hingga minggu ke-33 kehamilan.

Pengambilan vaksin lain ketika hamil

Vaksin & penyusuan

Penyusuan boleh diteruskan seperti biasa selepas mendapatkan vaksin C-19. Menyusu boleh memberikan imuniti kepada antibodi si kecil anda jadi tiada kesan yang bahaya.

Macam mana nak tahu ibu hamil mungkin terkena Covid-19? Tengok orang sekeliling, ada positif ke?

Biasanya simptom ibu hamil tak larat, mual dan simptom ni lebih kurang dengan simptom Covid-19. Keliru kan? Jadi, tengok ‘clue’ sekeliling, siapa yang kita jumpa, siapa kontak rapat kita. Yang paling penting duduk di rumah untuk elakkan terlalu banyak kontak dengn luar.

Kesimpulan

Lebih 150 wanita mendapat covid-19 yang dirawat di salah satu hospital di Malaysia. Itu baru satu hospital. Jadi Dalam era pandemik ini, ibu hamil dalam kateogeri risiko tinggi. Jadi ambil vaksin untuk lindungi diri dan kandungan.

Sesi bergambar bersama VIP members Pa&Ma Moms To Be Club

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

 

IKLAN