Kehamilan

Ibu Hamil Wajib Ambil Buah, Doktor Kongsikan Buah Yang Patut Diambil!

Share

Apa yang ibu makan ketika hamil, itulah yang akan diterima anak di dalam kandungan. Jadi makanlah makanan yang baik dan berkhasiat, demi untuk perkembangan bayi di dalam kandungan. Baik khasiatnya, baik juga perkembangannya pada anak.

Ibu hamil sebenarnya tidak boleh menolak buah dalam diet harian kerana buah cukup penting dan sangat membantu perkembangan bayi.

Mengambil makanan tinggi proses sewaktu mengandung hanya akan memberi kesan pada anak sedikit sebanyak jika ibu tak ambil kisah apa yang dimakan.

Semua jenis buah bagus untuk ibu mengandung selagi mana diambil dalam kuantiti yang sederhana dan tak berlebihan. Dr Mazliana Mazlan kongsikan buah yang patut diambil waktu hamil.


11 jenis buah ni, antara yang baik untuk ibu mengandung. Boleh cuba makan dalam tempoh 9 bulan mengandung:

1. Pisang
Ada pottasium, untuk elakkan kaki cramp dan lenguh waktu mengandung.

2. Kiwi
Tinggi kandungan folate, untuk pertumbuhan otak dan sistem saraf tunjang anak.

3. Jambu batu
Vitamin C dan antioksida, baik untuk kesihatan ibu secara umum.

4. Epal
Kandungan fiber, baik untuk usus dan kurangkan risiko sembelit.

5. Pear
Tinggi fiber jugak yang ini, bagus untuk usus dan mudahkan ibu membuang.

6. Delima
Ada folate dan iron, kurangkan risiko anemia pada ibu dan untuk pertumbuhan saraf tunjang anak.

7. Avokado
Choline bagus untuk pertumbuhan otak dan saraf anak dalam kandungan.

8. Berries
Tinggi vitamic C, bantu penyerapan iron yang lebih sempurna buat ibu, dan elakkan anemia.

9. Tembikai
Banyak kandungan air dan mineral, magnesium mampu untuk regangkan otot ibu, kekalkan hidrasi jugak.

 

10. Mangga
Tinggi vitamin C dan fiber, elakkan sembelit buat ibu mengandung.

11. Oren
Folate pun ada dalam oren, bagus untuk pertumbuhan sistem saraf anak.

Ibu mengandung boleh cuba ok. Banyakkan hidangan buah dalam sehari. Sekurangnya 2 atau 3 kali sehari.

Gantikan makanan kurang sihat, dengan buah yang pasti lebih sihat buat ibu dan anak dalam kandungan.

Nak ajar anak makan sihat, sebenarnya bermula dari kita sendiri ibu dan ayah. Anak tengok, sampai masa diorang follow je. Kita cuba sama-sama ya.

Menarik: Lara Pernah Menangis Tak Mahu Balik Rumah, Scha Al-Yahya Akui Tegas Bab Pelajaran Anak!

Berita baik untuk pasangan yang sedang merancang untuk hamil! Pelajari ilmu kesuburan, bawa pulang goodies istimewa serta peluang menang hadiah lumayan. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-romantika-hi-tea/

Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.

Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1

https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

IKLAN