Ada ibu hamil yang menjadikan kopi sebagai minuman harian. Kopi mengandungi kafein yang merupakan sejenis bahan kimia perangsang. Pengambilan kafein dalam jumlah yang terkawal dapat memberikan beberapa manfaat seperti meningkatkan daya ingatan dan melegakan keletihan.

Ibu Hamil Yang Banyak Minum Kopi Berisiko Dapat Anak Pendek?

Ibu mengandung perlu mengawal jumlah pengambilan kopi sebagai minuman harian demi menjamin kesihatan berterusan ibu dan bayi dalam kandungan. Pengambilan kafein dalam jumlah yang berlebihan oleh ibu hamil berisiko memudaratkan kesihatan ibu dan bayi.

Ibu Hamil Yang Banyak Minum Kopi Berisiko Dapat Anak Pendek? Fakta Atau Mitos
Kredit foto: Pexels

 

Bagaimanapun terdapat satu kajian mendapati bahawa tabiat meminum kopi ketika hamil meningkatkan risiko anak menjadi pendek. Ia dilaporkan menerusi akhbar New York Post.

Kajian itu diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association (JAMA). Ia mencadangkan bahawa wanita yang minum setengah cawan kopi setiap hari semasa hamil boleh mengurangkan ketinggian anak hampir 2.5 sentimeter apabila masuk ke sekolah rendah.

Fakta Atau Mitos

Kajian itu dihasilkan dengan kerjasama lebih 10 pakar perubatan dan penyelidik. Mereka meninjau hampir 2,500 kanak-kanak berusia antara empat hingga lapan tahun di seluruh Amerika Syarikat.

IKLAN

Penyelidik menggunakan sampel darah untuk menentukan tahap kafein yang tepat dan metabolite paraxanthine.

Ibu Hamil Yang Banyak Minum Kopi Berisiko Dapat Anak Pendek? Fakta Atau Mitos

“Walaupun implikasi klinikal berkaitan pengurangan ketinggian itu tidak jelas, penemuan kami untuk ketinggian kanak-kanak adalah sama jika dibandingkan dengan ibu yang merokok semasa hamil.

IKLAN

“Kami secara konsisten melihat ketinggian yang lebih rendah yang dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai penyakit kardiometabolik dalam kedua-dua individu hamil dan tidak hamil,” jelas kajian itu.

Walaupun sebab sebenar mengapa kopi boleh membuat kanak-kanak menjadi lebih pendek masih tidak jelas, kajian itu menyatakan bahawa kafein adalah perangsang yang tidak dimetabolisme oleh janin yang sebaliknya terkumpul di dalam tisu.

Ibu Hamil Yang Banyak Minum Kopi Berisiko Dapat Anak Pendek? Fakta Atau Mitos

IKLAN

“Adalah penting untuk menentukan sama ada pendedahan kafein dalam rahim mempunyai implikasi pertumbuhan jangka panjang dalam anak-anak,” demikian menurut kesimpulan kajian tersebut.

Menurut American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), wanita hamil perlu mengehadkan pengambilan kafein kepada kurang daripada 200 miligram sehari, yang bersamaan dengan kira-kira satu cawan kopi.

Sumber: Harian Metro

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI