Bila boleh buka buku pink pastinya antara yang sering bermain difikiran wanita yang pertama kali hamil. Buku pink atau nama rasminya adalah Rekod Kesihatan Ibu ini merupakan buku yang merekodkan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan.

Umumnya, seorang wanita yang sedang hamil memerlukan pengawasan, pemeriksaan rapi dan berterusan bagi memastikan mereka sentiasa berada pada tahap kesihatan yang baik. Ini kerana mereka akan banyak melalui perubahan pada badan serta fisiologi mereka. Bukan sekadar itu sahaja, dalam masa yang sama kesihatan bayi dalam kandungan juga akan diperiksa.

PANDUAN MEMBUKA BUKU PINK IBU MENGANDUNG

Ibu Hamil Segeralah Buka Buku Pink, Jangan Tangguh-tangguh, Berisiko Untuk Ibu & Bayi

Sebenarnya bukan ibu yang baru nak menimang anak pertama sahaja, ibu-ibu yang sudah ada anak 2-3 orang pun boleh blur sekejap terutamanya jika jarak kehamilan setiap anak itu agak jauh, macam 3-4 tahun.

Kebanyakan waktu yang disyorkan untuk membuka buku pink adalah setelah kehamilan mencecah 10-12 minggu kehamilan. Ada sesetengah klinik kerajaan memerlukan pengesahan kehamilan, contohnya scan yang kita buat awal-awal daripada klinik swasta, ada sesetengahnya pula tak kisah asalkan kita memang betul-betul confirm yang kita hamil. (UPT STRIP @ gambar scan kalau pernah scan sebelum buka buku)

Anda perlu mengenal pasti Klinik Kerajaan atau Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) yang berdekatan dengan alamat tempat tinggal semasa.

Nak bawa apa masa buka buku pink?

Bawa kad pengenalan saja, kalau kandungan ke-2 dan seterusnya boleh bawa buku pink sebelum-sebelum ini untuk rujukan. Jururawat dan doktor akan tengok sama ada kita pernah mengalami apa-apa komplikasi semasa kelahiran yang lalu atau tak ada apa-apa masalah. Ketika ini tag merah/putih/kuning/hijau akan ditampal juga.

Ada juga klinik yang minta bil elektrik kerana klinik kerajaan. Penting untuk mereka pastikan yang alamat rumah ibu hamil adalah betul sebab pembahagian pemeriksaan kesihatan semasa mengandung dibuat mengikut kawasan tempat tinggal, nanti mereka nak datang melawat rumah pun senang.

Kalau klinik swasta, tak kisahlah nak tinggal di mana-mana pun, tak perlu bawak bil-bil itu semua sebab jururawat swasta tidak datang datang melawat rumah.

Untuk mereka yang pertama kali ke KKIA bagi pemeriksaan pranatal dan membuka buku pink, pastikan anda membawa bersama dokumen-dokumen berikut:

*Kad pengenalan diri
*Kad pengenalan suami
*Sijil nikah
*Bil air/elektrik rumah untuk pengesahan alamat
*Surat rujukan doktor atau klinik lain – jika ada
*Pemeriksaan pertama

Sebelum buku pink dibuka dan dikeluarkan oleh KKIA, terdapat prosedur pemeriksaan yang perlu bakal ibu jalani. Perlu diingatkan bahawa ia adalah proses yang agak memakan masa, jadi bersabar ya?

Mengukur tinggi & berat

Jururawat akan mengukur tinggi dan berat serta merekod kesihatan anda berdasarkan maklumat yang diperlukan – seperti kitaran haid, masalah serta sejarah perubatan lampau.

Ujian air kencing

Ujian ini perlu dilakukan bagi memeriksa kandungan protein dan gula dalam air kencing. Jika ini adalah kehamilan pertama, anda akan diberikan suntikan kancing gigi.

Pemberian suplemen

Anda juga akan dibekalkan dengan vitamin pranatal seperti vitamin C, vitamin B kompleks, asid folik dan zat besi.

IKLAN

Ia merupakan makanan tambahan yang wajib diambil sekali sehari bagi menyokong tumbesaran janin.

Ibu Hamil Segeralah Buka Buku Pink, Jangan Tangguh-tangguh, Berisiko Untuk Ibu & Bayi

Tarikh janji temu

Selepas selesai semuanya, tarikh janji temu seterusnya akan diberikan dan direkod di dalam buku pink untuk rujukan.

Makna pelekat

Apabila mendapat buku pranatal ini, sudah tentu anda akan perasan pelekat berwarna yang ditampal pada bahagian atas bucu kanan buku.

Tetapi adakah anda tahu kenapa dan apakah maksud pelekat tersebut?

Untuk pengetahuan anda, setiap warna pelekat itu membawa maksud tahap kesihatan kehamilan, seperti:

Putih
Tidak berisiko dan boleh bersalin di mana-mana hospital termasuklah hospital daerah.

Pelekat Hijau
Ibu hamil perlu melakukan pemeriksaan dengan doktor di KKIA dan janji temu seterusnya bersama jururawat di bawah pengawasan doktor.

Pelekat ini biasanya diberikan untuk ibu hamil yang pertama kali mengandung (primid), mempunyai berat badan berlebihan, mengalami penyakit asma, sejarah kelahiran terdahulu melalui vakum dan lain-lain.

Kuning
Ibu hamil yang mendapat pelekat ini memerlukan pemantauan doktor pakar obstetrik dan ginekologi (O&G).

IKLAN

Antara mereka yang berisiko untuk mendapat pelekat ini adalah ibu hamil dengan penyakit diabetes, darah tinggi, remaja hamil tanpa nikah dan lain-lain.

Merah
Mereka yang mendapat pelekat ini adalah ibu hamil berisiko tinggi dan memerlukan rujukan segera kepada pakar di hospital besar.

Antara keadaan yang berisiko tinggi adalah ibu hamil dengan penyakit jantung dan berlaku kontraksi pramatang.

Ibu Hamil Segeralah Buka Buku Pink, Jangan Tangguh-tangguh, Berisiko Untuk Ibu & Bayi

Bagaimana jika ia hilang?
Mesti ada yang akan bertanya, jika kehilangan buku pranatal ini, adakah boleh mendapat ganti buku baharu, betul?

Seperkara yang perlu para ibu ketahui, anda perlu menjaga buku ini ibarat ia adalah kad pengenalan kita. Kenapa ya?

Ini kerana jika anda kehilangan buku pink ini, laporan polis perlu dibuat dan kertas laporan perlu dibawa ke klinik kesihatan.

Jika anda bernasib baik, buku baharu akan diberikan. Jika tidak, segala rekod kesihatan akan dicatatkan di dalam kertas dan perlu dikumpul serta diketipkan sekali.

Kenapa buku pink/pranatal ini penting?

Sudah tentulah kerana ia mengandungi setiap maklumat dan rekod penting ibu hamil dan perkembangan kesihatan bayi dalam kandungan seperti berat badan, bacaan hemoglobin (HB), kandungan gula, ukuran bayi dan juga ulasan doktor pada setiap sesi janji temu.

Anda amat digalakkan untuk membawa buku ini bersama sepanjang masa bagi rujukan pihak yang merawat jika terjadinya kes kecemasan.

Bagaimana Nak Kira Jangkaan Usia Kandungan?

IKLAN

Semasa ibu nak buka buku pink tu nanti, nurse yang bertugas mesti akan tanya tarikh hari pertama period terakhir kita. Sebab itulah ibu-ibu sekalian perlu aware tentang bila hari pertama period kita setiap bulan. Tujuannya supaya dapat dijangkakan usia kandungan ibu.

Jangan pula nanti bila nurse tanya, buat muka seposen pulak. Masa tu baru nak keluar kalender bagai, memang kena bebellah.

Contoh Cara Kira Usia Kandungan:

Hari pertama period terakhir ibu: 10 Mac 2021
Cek UPT 21hb April 2021

Ibu Hamil Segeralah Buka Buku Pink, Jangan Tangguh-tangguh, Berisiko Untuk Ibu & Bayi

Tarikh jangkaan bersalin

Anda akan mengetahui tarikh jangkaan bersalin (EDD) yang akan dikira berdasarkan tarikh hari pertama haid terakhir.

Jadi, dari hari pertama last period ibu itu, sehingga ke hari check UPT, usia kandungan lebih kurang 6 minggu sudah (boleh install macam-macam apps sekarang untuk kira berapa minggu kehamilan anda).

Selepas itu boleh tunggu seminggu dua lagi untuk pergi klinik untuk scan kantung (sac) & tengok heartbeat baby (jantung), lepas itu biasanya doc /misi akan bagi tarikh untuk datang lagi untuk booking buka buku pink ~ biasanya dalam lingkungan 10-12 minggu.

Ada apa dengan buku pink ini? Adakah penting?

Sangat penting untuk dibawa ke mana-mana sahaja buku ini terutamanya time check up. Jangan pula nak check up nanti, boleh tertinggal buku pink ini.

Dalam buku pink ini terdapat segala macam rekod kesihatan ibu dan bayi termasuklah berat ibu, ukuran bayi, bacaan hb, keputusan bacaan darah, keputusan bacaan air kencing, risiko ibu hamil, ulasan nurse, ulasan doktor, keadaan bayi dan macam-macam lagilah.

Kalau nak pergi bercuti atau travel jauh-jauh, balik kampung ke, silalah bawa bersama buku pink ni. Mana tahukan, kalau berlaku apa-apa ke, mudah untuk ibu-ibu refer ke klinik atau hospital yang berdekatan.

Kalau ikutkan, pada awal kehamilan, check mengandung adalah 1 kali sebulan sahaja tapi kalau ada masalah kesihatan seperti GDM (kencing manis semasa hamil), darah tinggi atau bacaan HB rendah (khasnya anemia kronik), check up selalunya perlu dilakukan 2 minggu sekali.

Untuk ibu-ibu hamil penting dari awal lagi perlu jaga kesihatan, jaga pemakanan, ambil vitamin dan buat senaman antenatal secara konsisten. Nanti bila nak buka buku pink, tak adalah masalah kesihatan lain pula.

Kredit: Noor Shafinah Mamat dan Hello Doktor

Artikel berkaitan: “Buku Pink Dah Lapuk” Netizen Cadangkan KKM Buat Rekod Kesihatan Ibu Hamil Secara Digital

“Buku Pink Pertama Setelah 17 Tahun. Sebelum Ni Semua Orang Cakap Saya Mandul.”

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI