Ibu hamil perlu bersiap sedia menghadapi pelbagai komplikasi dan risiko selepas bersalin. Kelahiran terutama sekali secara pembedahan mendedahkan ibu kepada risiko yang tinggi untuk terjadinya pendarahan selepas bersalin.

Tumpah darah atau postpartum hemorrhage boleh berlaku kepada 6 wanita bagi setiap 100 kelahiran. Menurut Dr Mastura Mohd Mokhtar, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, KPJ Selangor, tumpah darah adalah salah satu komplikasi yang boleh terjadi semasa proses kelahiran sama ada kelahiran normal atau caesarean.

Ibu Hamil Yang Termasuk Dalam 9 Kategori Ini Tolong Berhati-Hati! Risiko Tumpah Darah Selepas Bersalin Caesarean Amat Tinggi!

Namun bagi ibu yang bersalin secara caesarean telah dikenal pasti boleh menyebabkan pendarahan yang lebih banyak berbanding kepada ibu yang bersalin normal dengan anggaran maksimum darah yang keluar boleh mencecah 1liter manakala anggaran maksimum darah semasa bersalin normal adalah 500ml.

Oleh itu seseorang wanita itu akan dikatakan telah mengalami tumpah darah sekiranya anggaran darah selepas bersalin melebihi 500ml untuk bersalin normal atau melebihi 1liter untuk bersalin caesarean.

9 KATEGORI IBU HAMIL INI BERISIKO TINGGI ALAMI TUMPAH DARAH SELEPAS BERSALIN SECARA CAESAREAN

Bagi mempersiapkan diri menghadapi kelahiran, ibu-ibu perlu memahami faktor yang meningkatkan risiko terjadinya pendarahan berlebihan atau tumpah darah. Lebih-lebih lagi bagi kelahiran secara pembedahan caesarean. Terdapat beberapa keadaan yang boleh meningkatkan risiko terjadinya pendarahan selepas kelahiran.

#1 PLASENTA PREVIA

Uri bawah (placenta previa) yang dapat disahkan apabila kandungan tujuh bulan ke atas. Keadaan ini terbahagi kepada empat tahap. Tahap yang paling serius ialah tahap 3 dan 4.

Hal ini biasa berlaku kepada ibu-ibu yang mempunyai parut pada dinding rahim akibat caesarean pada kelahiran terdahulu atau pembedahan fibroid, pernah melakukan D&C, kehamilan hasil kaedah IUI atau IVF, ibu mempunyai sejarah uri bawah pada kehamilan sebelum ini atau mempunyai sejarah infeksi/radang pada rahim (endometritis).

IKLAN
#2 URI LEKANG

Uri lekang (placenta abruptio) yang berlaku apabila uri lekang/tercabut sebahagian atau sepenuhnya dari dinding rahim lebih awal iaitu sebelum bayi lahir. Ia sering terjadi pada ibu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi semasa hamil, pra-eklampsia, mengalami trauma pada perut, sejarah uri lekang, air ketuban terlalu kurang disebabkan uri tidak sihat atau air ketuban pecah awal.

Ibu Hamil Yang Termasuk Dalam 9 Kategori Ini Tolong Berhati-Hati! Risiko Tumpah Darah Selepas Bersalin Caesarean Amat Tinggi!

#3 URI MELEKAT

Uri melekat (placenta accreta/increta/percreta) berlaku apabila berlaku lekatan akar uri ke dalam otot rahim hingga ada kalanya sehingga ke dinding pundi kencing menyebabkan ia tidak boleh dikeluarkan secara normal.

#4 HB RENDAH

Ibu yang mempunyai tahap HB yang rendah mempunyai risiko pendarahan kerana rahim tidak kuat dan kurang upaya untuk mengecut dengan cepat.

IKLAN

Ibu Hamil Yang Termasuk Dalam 9 Kategori Ini Tolong Berhati-Hati! Risiko Tumpah Darah Selepas Bersalin Caesarean Amat Tinggi!

#5 BERSALIN ANAK KELIMA & KE ATAS

Ibu yang bersalin anak kelima dan ke atas kerana otot rahim sudah kurang kenyal dan kuat untuk mengecut secepat mungkin selepas bersalin.

#6 RAHIM MENGEMBANG LEBIH DARI NORMAL

Pengembangan rahim yang melebihi daripada tahap normal semasa mengandung sama ada disebabkan oleh kehamilan kembar, polihidramnion iaitu air ketuban terlalu banyak atau saiz bayi terlalu besar (4kg ke atas).

IKLAN

 

#7 HIDAP HEMOFILIA ATAU TROMBOFILIA

Ibu menghidapi hemofilia atau trombofilia yang menyebabkan kegagalan darah membeku atau berhenti.

#8 RAHIM PECAH (UTERINE RUPTURE)

Rahim pecah (uterine rupture) semasa proses bersalin bagi ibu yang melahirkan anak kelima ke atas , pernah melalui caesarean, jarak caesarean kurang daripada 18 bulan atau bayi tidak memasuki pelvis ibu semasa bersalin (obstructed labour).

Ibu Hamil Yang Termasuk Dalam 9 Kategori Ini Tolong Berhati-Hati! Risiko Tumpah Darah Selepas Bersalin Caesarean Amat Tinggi!

#9 PROLONGED LABOUR

Prolonged labour di mana proses kelahiran berlangsung terlalu lama contohnya lebih daripada 12 jam . Ia boleh disebabkan oleh kedudukan kepala bayi yang tidak normal seperti occipo-transverse/occipito-posterior dan induksi (induce). Keadaan ini juga boleh menyebabkan rahim tidak mengecut atau uterine atony selepas bersalin.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI