“Kalau dengan ibu bukan main manja dan mengada-ngada ya..” Kita selalu dengar ayat macam ni kan terutama bila ada anak-anak yang susah nak berenggang atau tinggal sekejap terus menangis.
Ingat anak-anak kita bukannya saja-saja berbuat demikian. Dia ada fasa tertentu untuk dilalui sebelum betul-betul memahami keadaan sebenar.
Menurut Ibu Rose yang selalu berkongsikan ilmu keibubapaan dan kekeluargaan, anak-anak kecil dalam fasa ini sebenarnya dia nak beritahu sesuatu. Berikut adalah perkongsiannya.
Anak kita bukan mengada-ngada
Dikatakan anak berperangai buruk bila dengan ibunya.
“Waa….” Leha, kenapa biar anak tu nangis lama-lama? Sian kak long tengok”.
“Ala kak…si kecik ni, asik nangis je. Pantang tak nampak saya. Manja sangat. Kena ajar sikit ni biar jadi berani.”
“Ish ko ni…belajar mana ni? Anak ko baru 1tahun sebulan. Tak boleh macam tu. Kena cepat tengok kenapa dia nangis. Lagi ko biar lama nangis macam ni, dah besar nanti pun cepat nangis, tantrum.”
“Yeke kak long?. Saya ingat jangan manjakan sangat supaya cepat belajar anak ni.”
Alahai…ramai yang salah sangka begini. Mari ibu terangkan lebih lanjut mengenai hal ini.
Keadaan ini normal untuk anak bawah setahun
Bagi anak berumur 1 tahun ke bawah, sebenarnya kita tidak boleh mengatakan dia berperangai buruk jika dia menangis nak ikut anda masuk tandas, atau tidak boleh jauh dari anda langsung.
Pada usia ini, bahagian otak bawah atau reptilian brain yang sedang develop. Bahagian otak ini, menjaga keselamatan dan perlu rasa selamat untuk perkembangan seterusnya.
Bila mama pergi dari dia ke toilet ke atau ke mana, anak itu tengok mamanya hilang dan rasa selamat tergugat. Itu yang dia menangis. Itu bukan manja…jangan salah faham dan bukan juga berperangai buruk. Itu tabii dan perkembangan kanak-kanak.
Anak kecil menangis bukan kerana dia berperangai buruk, dia menangis untuk communicate keperluannya. Maka selidiklah apa yang dia perlukan dan tunaikan.
Ads
Tak elok biarkan anak menangis
Ibu, risau bila ibu bapa muda tersilap faham begini, kerana kesannya buruk. Kerana takut anak menjadi manja,sedangkan pada usia ini, anak amat perlukan belaian ibu dan bapa. Dan kerana kononnya takut anak itu manja dibiarkan anak itu sorang-sorang dan menangis melalak beberapa jam. Akhirnya, tahap untuk rasa selamat itu tidak berakhir, sudah 6 tahun pun masih clingy dan esteem diri yang rendah kerana berasa dia tidak penting dan tidak dikasihi.
Anak yang dikatakan berperangai buruk jika sudah lebih 4 tahun, perangainya mungkin menyepak dan merontak-ronta bukan kerana dia berada dengan ibunya. Tetapi kerana dia tidak dididik dengan kasih sayang dan ketegasan, loving and firm. Kerana anak yang dididik dengan loving and firm, dia tahu had-had kelakuan yang dibenarkan. Yang menjadi berperangai buruk adalah yang dididik TANPA meletakkan had-hadnya atau pun boundaries.
Contoh, tengok TV sampai pukul 2 pagi pun dibenarkan…atau bila memukul kawan-kawan, ibu bapa tengok sahaja dan tidak mengambil tindakan memberitahu perbuatan itu salah.
Walaupun pada ketika itu anak itu masih 2 tahun, ibu bapa perlu membetulkan kelakuan anak itu dan mulakan perlahan-lahan. Dan berulang sehingga anak itu faham. Ianya mungkin mengambil masa BEBERAPA BULAN.
Kita hanya boleh mengatakan seorang anak itu berperangai buruk sekiranya anak itu TELAH berusia 4 tahun keatas kerana pada usia ini, barulah seorang anak itu sudah mula boleh berfikir dan memahami reason. Namun, tidak yang kompleks….tapi sudah boleh sedikit. Dan bila sedari kecil ibu bapa berusaha memberi penerangan atau reason, anak itu akan membesar menjadi seorang yang mudah memahami, reasonable.
Ads
” children raised with reasons become reasonable”
Cara didikan penting
Yang dikatakan berperangai buruk itu maksudnya anak itu melakukan perkara-perkara yang tidak boleh diterima dalam sosial, seperti memukul kawan, menyepak, merampas, menjerit-jerit marah, berguling-guling hendakkan barang di kedai….namun perlu difahami ini BUKAN kerana anak itu berada dengan ibunya…ia adalah kerana didikan yang diterima sebelum ini lebih kepada PERMISSIVE dimana semuanya tidak mengapa, diikut semua kehendak anak itu.
Apa yang kita katakan sebagai ‘permissive parenting’? Permissive parenting adalah anak tidak dikenalkan dengan peraturan dan contoh perangai baik sejak kecil.
Bagi pendapat dan pegangan Ibu, anak berperangai buruk diantara sebab utamanya BUKAN kerana anak itu dengan ibunya atau bapanya, …it is the parenting. Sebab ramai para ibu yang bijak mengendalikan dan mendidik anak-anaknya..dan anak tidak berperangai buruk bila dengan mereka.
Jadi, TIDAK BENAR bila dikatakan “Anak ni, kalau dengan maknya, dia buat perangai.”. Tapi adalah tentang GAYA PARENTING mak itu sendiri.
Dah jemu dengan wallpaper sama, terasa nak tukar yang baru? Namun bila memikirkan cat dinding akan rosak, terpaksa batalkan hasrat itu.
Bagi yang ingin menukar wallpaper di rumah, ada caranya yang boleh dilakukan tanpa mencacatkan dinding. Proses nak membuang pun lagi mudah dan cepat.
Dengan menggunakan dua bahan sahaja iaitu softlan dan air panas, masalah itu boleh selesai. Cuma perlu ada penyembur untuk memudahkan proses semburan ke dinding.
Kisah yang meruntun hati baru-baru ini mengenai seorang bayi berusia tiga bulan yang disahkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas di bawah lengan ayahnya yang terkena serangan jantung, benar-benar membuka mata kita semua sebagai ibu bapa.
Tragedi ini bukan sahaja menyayat hati, malah menjadi satu peringatan besar buat kita untuk lebih peka dengan aspek keselamatan bayi, khususnya ketika tidur bersama anak kecil.
‘Simple Tapi Selamat’: 7 Tip Penting Elak Tragedi Seumpama Ini
Mungkin ramai antara kita yang memilih untuk tidur bersama bayi kerana ingin lebih mudah menyusukan, atau sekadar ingin merasa dekat dengan anak. Tapi dalam masa yang sama, kita perlu tahu bahawa tidur bersama bayi (co-sleeping) boleh mengundang risiko, terutama jika tidak dilakukan dengan cara yang selamat.
Ibu ayah, berikut beberapa tip mudah tetapi sangat penting untuk diamalkan agar si kecil sentiasa dalam keadaan selamat, terutamanya ketika tidur bersama:
1. Elakkan Tidur Terlalu Letih Dengan Bayi
Jika anda terlalu letih atau mengambil ubat yang menyebabkan mengantuk, elakkan tidur bersama bayi. Risiko untuk tidak sedar pergerakan bayi sangat tinggi dan boleh menyebabkan insiden seperti ini.
2. Pastikan Bayi Tidak Tidur Di Tengah-Tengah Ibu Ayah
Tidurkan bayi di sebelah ibu, bukan di tengah-tengah. Jika boleh, sediakan ruang khas seperti baby cot yang diletakkan bersebelahan katil ibu. Ini memudahkan penyusuan tanpa risiko bayi tersepit.
3. Jauhkan Bantal, Selimut Tebal & Bantal Peluk
Pastikan kawasan tidur bayi bebas daripada sebarang objek lembut yang boleh menyebabkan bayi sukar bernafas. Bantal tebal dan selimut yang besar juga boleh menyumbat saluran pernafasan bayi tanpa disedari.
4. Letakkan Bayi Dalam Posisi Tidur Terlentang
Posisi ini disarankan oleh pakar pediatrik seluruh dunia kerana ia membantu bayi bernafas dengan lebih baik dan mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).
5. Gunakan Tilam Keras & Permukaan Rata
Tilam yang terlalu lembut boleh menyebabkan bayi ‘tenggelam’ dan sukar bergerak. Gunakan tilam yang padat dan rata untuk keselamatan maksimum.
6. Pakaikan Bayi Dengan Pakaian Yang Selesa
Tak perlu pakaikan bayi dengan selimut tebal atau pakaian berlapis-lapis. Cukup sekadar pakaian tidur yang selesa dan sesuai dengan suhu bilik.
7. Amalkan ‘Safe Sleep Environment’ Sejak Awal
Pendidikan tentang persekitaran tidur yang selamat perlu bermula dari awal kelahiran. Jadikan ia sebagai budaya dalam penjagaan bayi agar semua ahli keluarga tahu tentang keselamatan bayi.
Sayangi, Peluk & Lindungi Nyawa Si Kecil
Ibu ayah, tiada siapa mahu perkara buruk terjadi kepada anak sendiri. Namun, malang tidak berbau. Apa yang boleh kita lakukan adalah terus berusaha untuk belajar, memperbaiki cara dan sentiasa utamakan keselamatan si kecil dalam setiap keadaan.
Nyawa anak itu anugerah yang tak ternilai. Jadikan kisah sedih ini sebagai satu peringatan dan pengajaran bersama. Kerana kadangkala, tip yang nampak simple, itulah sebenarnya yang boleh menyelamatkan nyawa anak kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak semua orang ada masa atau bajet nak masak seperti chef profesional. Namun hakikatnya, masakan yang sedap tak semestinya memerlukan bahan mewah atau resipi yang rumit. Kadang-kadang, kunci sebenar terletak pada teknik asas dan petua turun-temurun yang sering diabaikan dalam kesibukan harian.
Kalau anda pernah terfikir, “Resepi sama, tapi kenapa rasa tak sama?”, mungkin sudah tiba masa untuk anda beri perhatian pada beberapa perkara kecil yang memberi kesan besar.
Berikut adalah 5 petua ringkas yang mampu mengubah masakan harian anda daripada biasa kepada luar biasa.
1. Gunakan Bahan-Bahan Segar
Bahan segar memainkan peranan besar dalam menentukan rasa akhir sesuatu masakan. Sayur yang baru dipetik, daging yang belum dibekukan, serta rempah yang baru dikisar bukan sahaja menyedapkan, malah menambahkan aroma semula jadi pada hidangan. Tip: Elakkan menggunakan bahan yang telah disimpan terlalu lama dalam peti ais, terutamanya bawang dan santan.
2. Tumis Hingga Naik Bau & Garing
Ini antara langkah paling penting yang ramai ambil mudah. Bawang, halia, bawang putih dan rempah perlu ditumis sehingga benar-benar naik bau dan bertukar warna keemasan. Proses ini bukan sekadar menumis, ia membangkitkan aroma dan ‘rasa dasar’ yang akan menentukan keseluruhan rasa masakan. Tip: Gunakan minyak yang mencukupi agar rempah ditumis dengan sekata.
3. Seimbangkan Rasa Masin, Manis dan Masam
Setiap masakan perlu ada keseimbangan. Rasa masin yang terlalu kuat tanpa elemen manis atau masam akan menjadikan hidangan terasa berat. Sedikit perahan limau, sepit gula atau secubit garam boleh membuatkan rasa lebih harmoni dan ‘hidup’. Tip: Sentiasa rasa masakan di setiap peringkat jangan tunggu sehingga hendak hidang!
4. Masak Dengan Api Perlahan
Masak dengan api perlahan bukan tanda lambat, tetapi tanda bijak. Teknik ini membolehkan rempah meresap ke dalam bahan, menjadikan daging lebih empuk dan kuah lebih pekat serta padu. Tip: Gunakan penutup periuk untuk perangkap wap dan simpan haba hasilnya, rasa lebih mantap tanpa perlu ditambah banyak perasa tiruan.
5. Rasa Sebelum Hidang
Ini mungkin kedengaran mudah, tapi sangat penting. Sering kali kita terlalu yakin dengan sukatan sehingga lupa untuk rasa. Sedangkan, sedikit tambahan atau pengurangan bahan boleh ubah sepenuhnya rasa akhir. Tip: Gunakan sudu kecil berasingan untuk rasa, dan sesuaikan ikut cita rasa keluarga.
Kesimpulan
Tak perlu berbelanja besar atau jadi pakar masakan untuk menghasilkan hidangan yang sedap dan disukai ramai. Dengan hanya mengamalkan lima petua mudah ini, anda akan lihat sendiri perubahan pada masakan bukan sahaja dari segi rasa, malah keyakinan anda sendiri di dapur.
Yang penting, masak dengan sabar, penuh kasih sayang dan sentiasa bersedia untuk belajar dari pengalaman.
Jadi, petua mana satu yang anda selalu amalkan? Dan yang mana belum cuba lagi?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.