Tidur sangat penting untuk kanak-kanak kerana tidur yang cukup memastikan otak dan tubuh kanak-kanak dapat membesar dan berkembang dengan baik. Kajian juga telah menunjukkan bahawa tidur adalah penting untuk kecergasan serta pelbagai fungsi utama anak-anak.
Menurut Hana Shahadan, yang juga pengasas Mommy Hana, dia berkongsi 7 ilmu tidur anak yang ramai ibu bapa tidak tahu sebagai panduan memastikan anak dapat tidur yang selesa dan cukup.
#1 Gunakan lampu tidur.
Lampu tidur yang malap cahayanya mampu menaikkan hormon melatonin anak. Hormon ini mampu membantu anak rasa mengantuk dengan lebih cepat.
#2 Jaga waktu tidur anak.
Sebolehnya pastikan anak tidur pada waktu yang sama setiap malam. Sebaiknya, tidurlah sebelum pukul 10 malam.
Berdasarkan kajian, anak yang mempunyai masa tidur yang sama lebih berkemahiran dalam membaca serta pandai matematik.
#3 Jauhkan gadget sebelum tidur.
Gadget mempunyai magnet yang sangat kuat terutamanya anak. Sekali anak dapat, sukar untuk dilepaskan, membuatkan mereka mengamuk dan menjadi liat untuk melelapkan mata.
Ads
#4 Hindari kafein.
Kafein ni bukan sekadar kopi. Iyea la, takkan la kita pun nak bagi kopi dekat anak kecil pula, kan?
Tapi jangan tak tahu, selain kopi, teh, coklat, aiskrim dan cereal juga mempunyai kafein. Jadi sebaiknya, cuba hindari makanan sebegini sebelum mahu tidurkan anak.
#5 Elakkan anak dari overtired
Aktiviti yang memenatkan ini memang sangat bagus untuk anak, tapi seeloknya jangan dibuat pada waktu malam, tetapi buatlah pada waktu petang.
Biasanya anak yang overtired akan susah untuk tidur.
#6 Sediakan tempat khas untuk anak tidur.
Jangan buat aktiviti lain di tempat tersebut kecuali untuk tidur. Lagi baik jika kita sudah didik anak untuk tidur di tempat yang sama sejak mereka masih kecil lagi.
Ads
Bila ada tempat khas untuk anak tidur, ianya mampu membuatkan anak cepat lelap kerana badan dan otak anak boleh berhubung dengan tempat itu sebagai tempat untuk tidur.
#7 Jadikan tidur siang sebagai rutin buat anak.
Tidur siang untuk anak ini tidak perlu terlalu lama. Cukuplah sekadar 15-30 minit setiap hari untuk topup kembali waktu tidur mereka yang terkurang.
Jangan pula terlebih tidur, takut-takut anak jadi susah tidur pada waktu malam. Lagipun kalau anak terlebih tidur waktu siang, badan mereka akan lebih cepat rasa penat dan malas.
Dan ya, waktu tidur siang ini berbeza mengikut usia anak. Semakin kecil anak, maka semakin baik untuk mereka dapatkan tidur siang dengan lebih lama.
#8 Ibu ayah pun tidur sekali.
Ads
Bila kita sudah minta anak tidur awal, kita pun kenalah tunjuk contoh tauladan yang baik dengan tidur juga. Boleh bayangkan, ibubapa minta anak tidur, tapi kita masih tengok tv atau main hp. Agak-agak anak mahu tidur?
Lagipun, sangat bagus kalau ibubapa dapat tidur awal. Jika ada perkara mahu dibuat, boleh dibuat dengan bangun pada awal pagi.
#9 Pasangkan audio.
Audio penenang ini sangat berguna lagi-lagi buat anak yang sukar untuk tidur. Antara audio yang boleh dipasang ialah bacaan Al-Quran, alunan zikir serta lullaby.
Sebaiknya pasangkan audio ini melalui peranti yang bebas radiasi seperti Islamic Audio Device.
Ianya selamat untuk minda dan perkembangan anak, selain mampu membuatkan anak mendapat deep sleep yang sangat bagus untuk kesihatan diri.
Air tangan sebenarnya adalah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang wanita yang memasak untuk suami dan anaknya. Hasil kajian yang dilakukan akar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Seorang ibu dan isteri yang memasak didorong untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anaknya. Namun ibu haruslah beringat tiga perkara ini setiap kali menyediakan masakkan untuk keluarga.
Menjaga hubungan dengan Allah
Solat adalah talian hayat antara Allah dengan hambaNya. Umum mengetahui meninggalkan solat dengan sengaja adalah dosa besar. Solat adalah kayu pengukur pertama kerana ia adalah amalan pertama yang akan dihisab apabila kita di padang Mahsyar kelak. Betapa beratnya amalan solat ini dapat dilihat di mana Allah mensyariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Israk Mikraj sedangkan kewajipan ibadah yang lain hanya diutus melalui malaikat Jibril. Ketika Rasulullah hampir dengan kewafatannya, baginda berpesan kepada Saiyidina Ali yang bermaksud “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggungan mu..” Wahai para ibu, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah agar doa kita dimakbulkan dengan mudah. Apatah lagi ketika memasak, banyak doa yang boleh dibaca untuk kesejahteraan ahli keluarga dan memperbaiki hubungan.
Halal
Anda perlu memastikan makanan yang hendak dimasak datang daripada sumber halal dan suci kerana ia kelak akan menjadi darah daging. Firman Allah yang bermaksud: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi mu” (Surah Al-Baqarah, ayat 168).
Sajian sihat
Kata orang, sebuah keluarga akan bahagia jika mempunyai seorang isteri atau ibu yang membahagiakan. Besarnya impak seorang wanita dalam pembentukan sebuah keluarga. Maka, penting bagi anda menyediakan sajian yang sihat dan tidak memudaratkan setiap ahli keluarga. Seperti mana firman Allah yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepada mu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada Nya kamu menyembah” (Surah al-Baqarah, ayat 172).
11 zikir dan doa semasa memasak
Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.
Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.
Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kos sara hidup semakin tinggi. Kebanyakan pasangan suami isteri perlu bekerja untuk menampung kos kehidupan, lebih-lebih lagi bila anak sudah bersekolah.
Kita kadang kala menjadi terlalu pentingkan diri sendiri dari keutamaan menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa.
Kita seakan-akan lupa masa depan yang lebih penting sehingga sanggup berhutang semata-mata untuk kepuasan diri.
Jadi untuk panduan bersama, Penasihat Kewangan Infinite Signature Group, Ariff Ismail memberikan tip bagaimana kita boleh hidup tanpa hutang setelah tidak lagi bekerja.
1. Rekod Duit Keluar Masuk
Untuk mengelakkan kita terperangkap dalam perbelanjaan tidak perlu, rekod setiap duit keluar dan masuk. Pastikan ada resit dan nota. Cara ini dapat mengawal perbelanjaan secara berhemah setiap bulan.
2. Elakkan Hutang Tidak Perlu
Ramai orang muda tanpa sedar mengaktifkan hutang tidak perlu. Sebagai contoh kad kredit dan pinjaman peribadi.
Kad kredit berguna ketika waktu kecemasan, tetapi jika tersalah cara penggunaan akan mengakibatkan komitmen bulanan yang tinggi.
Pinjaman peribadi juga salah satu punca utama masalah kewangan yang sering dialami oleh individu terutama golongan muda. Pinjaman peribadi yang dilakukan biasanya untuk majlis perkahwinan, deposit kereta dan pengubahsuaian rumah. Ini secara langsung akan mengakibatkan kita terjerat dengan hutang tidak perlu.
3. Perbelanjaan Berhemah
Perkara paling sukar untuk dilakukan ialah berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan. Sebagai contoh, ramai yang sanggup berlapar untuk memiliki kereta idaman. Sedangkan itu bukan keperluan.
Bagi ibu bapa muda pula, suka berbelanja mewah untuk anak yang baharu lahir. Tanpa mengira perkara yang lebih penting untuk anak kita. Sebagai contoh mengadakan majlis ulang tahun kelahiran anak secara besar-besaran, sedangkan pelan perlindungan dan pelan perubatan anak tidak diberi perhatian.
Selain daripada tiga tip yang diberikan ini, untuk jangka masa panjang apabila kita sudah tidak bekerja atau isteri seorang suri rumah, anda boleh memilih Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP).
Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan)membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
Faedah i-Saraan
1) Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap.
2) Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
3) Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
4) Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun 2021 yang semakin ke penghujungnya membuatkan kita terpaksa mencari altenatif baru untuk meneruskan perbelanjaan dengan sempurna.
Tabungan dengan konsep berjimat cermat dan disiplin dalam menabung antara yang perlu diamalkan oleh setiap dari kita agar dapat memastikan kita sentiasa punya wang untuk berbelanja untuk anak-anak dan keluarga.
Apa plan tabungan mak ayah untuk tahun hadapan? Tak perlu bersusah payah, tabungan simple dan ringkas tapi pasti menjadi ini memang satu cabaran yang memberi pulangan paling memuaskan hati.
Nak menyimpan macam mana? Trik mudah dengan enam konsep simpanan ini mak ayah perlu cuba. Menarik tapi agak mencabar.
Tabungan 1 RM1 – Setiap hari masuk tabung. Total setahun RM366.
Tabungan 2 RM5 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM520.
Tabungan 3 RM10 – Setiap minggu simpan 2 keping. Total setahun RM1040.
Tabungan 4 RM20 – Setiap bulan simpan 2 keping. Total setahun RM480.
Tabungan 5 RM50 – Simpan ikut bulan ganjil (Jan, Mac, Mei, Julai, September, November). Total setahun RM300.
Tabungan 6 RM100 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Total setahun RM600.
Ringkas dan mudah tapi perlukan disiplin yang tinggi. Selain mak ayah, boleh juga meminta anak-anak melakukan konsep tabungan yang sama. Pasti bertambah seronok dan semangat anak menyimpan.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.