Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak bijak, kan? Ada cara yang boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan otak bayi, confirm si kecil banyak akal selepas ini.
Paling penting penglibatan ibu ayah dalam merangsang perkembangan otak anak-anak, jika tiada penglibatan ibu ayah memang sesuatu yang mustahil! Jangan biarkan si manja main sorang-sorang ya! Ikuti bagaimana ibu ini melakukan aktiviti untuk merangsang minda anaknya.
Selamat mencuba!
Nak main apa ye dengan bayi untuk ransang perkembangan otak mereka ?
1️⃣ Sentiasa bercakap dengan bayi anda dan berikan eye contact.
Ceritakan saja apa yang berlaku di sekeliling, sebut nama anggota badan dia.
Bayi akan serap semua yang kita cerita.
2️⃣ Baca buku bersama.
Pilih buku yang sesuai untuk umur dan ceritakan. Umur 3 bulan ke atas bacakan buku yang high contrast ( hitam putih) kerana ketika ini, bayi boleh nampak warna macam ini.
Bila dah boleh pegang, boleh guna buku yang material kain dan kulit keras. Bacakan setiap hari dalam 15 minit sehari. Buku sama pun tak apa, lagi bagus sebenarnya!
3️⃣ Berikan bayi ruang untuk explore messy play atau main comot-comot ketika makan atau buat aktiviti .
Ads
Main air, air batu, yogurt yang diletakkan pewarna yang selamat. Yang sesuai dan selamat ikut usia anak , disarankan benda yang boleh dimakan.
4️⃣ Berikan bayi mainan yang ajar anak cause dan effect , asah kemahiran motor dan ransang imaginasi anak.
Perasan tak bayi suka baling barang, jatuhkan barang ?
Mereka suka tengok apa kesan perbuatan mereka! Mereka sedang belajar.
Kebiasaannya, berikan mainan yang bukan berbateri. Mainan yang anak perlu guna dan imaginasikan sendiri untuk main.
Permainan asah motor halus seringkas letak salotape pada sesuatu dan anak cuba ambil pun dah boleh ajar anak kemahiran tau.
5️⃣ Nyanyikan anak lagu kanak-kanak dan main muzik yang sesuai.
Biasakan anak dengan zikir dan bacaan Quran. Ransang auditori mereka, lagi baik ibu ayah nyanyi dan bacakan zikir atau Quran sebab anak sangat suka suara ibu ayah! Lagi mereka akan fokus.
Ads
6️⃣ Ajarkan cara regulasi emosi.
Labelkan setiap emosi yang mereka rasa dan iktiraf perasaan yang mereka lalui.
Mulakan dengan tunjukkan mimik muka emosi , ibu ayah boleh tunjukkan bagaimana muka marah, sedih ,gembira, takut.
Boleh gunakan gambar dan lukiskan pada kertas dan tampal untuk anak lihat hari-hari.
Mainan jenis disusun bertingkat seperti ini memberikan banyak manfaat kepada si manja. Tahukah anda ia boleh menggalakkan perkembangan pelbagai kemahiran si manja?
Mainan klasik ini elok diperkenalkan daripada peringkat awal lagi untuk untuk pembangunan pembelajaran awal si manja. Bagaimana permainan ini boleh meningkatkan kemahiran motor dan bahasa? Berikut adalah cara anda membantu bayi bermain untuk belajar dengan mainan klasik ini:
MENAJAMKAN MOTOR HALUS
Bagi kanak-kanak kecil, mengambil barang-barang dan meletakkannya membantu mereka mempelajari kemahiran penting seperti menggenggam dan melepaskan yang boleh membantu mereka mengawal otot tangan dan jari.
Ini kerana bayi masih tidak mempunyai kemahiran atau kawalan motor yang baik, mereka menggunakan seluruh tangan mereka untuk meneroka, memegang, melepaskan dan meletakkan objek. Ini akan membantu si manja menggenggam lebih baik dan terkawal.
PERSEPSI VISUAL DAN KHUSUS
Permainan ini juga berfungsi pada menggalakkan persepsi mendalam (depth perception), koordinasi mata-tangan, dan pemahaman kedudukan badan. Apabila bayi meletakkan objek di atas yang lain, mereka perlu mengukur secara visual dan perkaitan antara kedua-duanya. Bagi bayi, mainan jenis ‘nesting’ lebih mudah dimulakan. Kepingan yang terkunci antara satu dan yang lain akan memberikan bimbingan awal persepsi visual.
Permainan jenis nesting
KESEIMBANGAN, KAWALAN BADAN DAN & MOTOR KASAR
Bermula pada usia kira-kira 6 bulan ke atas, bayi mendapat kestabilan postur untuk dapat duduk sendiri. Mereka juga berusaha menyelaraskan pergerakan mereka. Duduk semasa menyusun setiap kepingan mainan membolehkan mereka belajar untuk menstabilkan badan mereka semasa bergerak dan penggunaan tangan.
Permainan blok terkunci seperti ini boleh diperkenalkan selepas permainan jenis nesting.
CROSSING MIDLINE
Lintasan pada bahagian tengah badan adalah keupayaan tangan kanan untuk melintasi pusat badan untuk berfungsi di hemisfera kiri dan sebaliknya. Ini adalah kemahiran penting untuk menulis tulisan tangan, memotong dengan gunting, membaca, makan, dan apa sahaja yang memerlukan tangan untuk bergerak dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri. Untuk menajamkan kemahiran ini, letakkan semua kepingan mainan di bahagian kiri badan (di sebelah pinggang kiri). Pastikan dia menggunakan hanya tangan kanannya tanpa menggunakan tangan kiri untuk membantu.
Sumber: www.arktherapeutic.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betullah orang cakap, kehadiran anak ini mampu mengubah kehidupan jadi lebih baik. Begitu juga yang dirasai oleh Muhammad Kareef Daniel Abdullah atau Mat Dan dan isterinya Nadifa Adnan.
Sejak kehadiran permata hati mereka, Muhammad Zayne Danial, 7 bulan semuanya berubah. Mat Dan yang ditemui bersama isterinya ketika sesi fotografi cover Majalah Pa&Ma isu Februari berkongsi keterujaan mereka melihat Zayne membesar.
Sama seperti ibu bapa lain yang pertama kali dikurniakan anak, begitulah apa yang kami rasa. Mat Dan akui paling ketara perubahan hidupnya dan isteri adalah waktu tidur yang tak seperti dulu lagi.
Sebelum ada anak, kami bebas nak tidur jam berapa dan boleh rehat yang cukup. Namun bila ada Zayne, dengar je dia menangis atau terjaga tengah malam, kami tak boleh buat tak tahu.
“Nak mudah saya akan bangun bantu isteri dan buat apa yang patut. Contoh tukar lampin atau bagi susu. Biar kami sama-sama dapat rasai momen ini,” katanya.Lagi satu bila ada anak, apa yang nak dilakukan kena fikirkan anak dulu. Contoh jika nak keluar rumah persiapan kelengkapan Zayne paling utama. Ada ketikanya bila dah plan nak keluar tiba-tiba Zayne tidur, niat itu terpaksa dibatalkan.
Mat Dan juga tak boleh berpisah lama dengan anak dan cepat rindu bila terpaksa berjauhan lama dengan anak.
Nak merancang jadual kerja juga saya dahulukan Zayne. Lebih-lebih lagi kalau terpaksa kerja luar kawasan dalam tempoh yang lama. Semuanya saya susun semula dan fikirkan keutamaan Zayne. Semua ini memberikan pengalaman berbeza buat saya dan isteri.
Zayne tak banyak karenah
Anak kacukan Mat Saleh dan Melayu ini juga nampaknya dah makin membesar dengan sihat. Kini beratnya dah hampir mencecah 9 kilogram.
Nadifa jelaskan Zayne mula meniarap pada usianya lima bulan dan kini semakin kerap ketawa bila diagah. Dia juga sudah pandai mencapai semua barang yang ada di hadapannya dan terus memasukkannya ke dalam mulut.
“Zayne sememangnya mudah dijaga malah dia tidak banyak kerenah. Cuma dia tidak boleh berenggang lama dengan saya. Sebolehnya dia mahu saya sentiasa ada disebelahnya,” katanya.
Bila dah semakin besar, nampaknya Zayne kecenderungan Zayne adalah dia suka buku. Mungkin juga semasa usianya dua bulan saya rangsang mindanya dengan flashcard yang saya buat sendiri untuk Zayne. Teruja nak siapkan flashcard sendiri dengan pelbagai karektor berwarna untuk Zayne. Kini setiap hari saya bacakan buku cerita untuk Zayne. Dia nampak berminat dan matanya fokus dengan apa yang saya tunjukkan walaupun masih belum memahaminya.
“Lagipun masa saya dirumah pun hanya dengan dia. Jadi banyaklah aktiviti boleh dibuat jika Mat Dan keluar bekerja. Seronok melihat setiap aksinya,” kongsinya yang banyak belajar tip keibubapaan dan mendidik anak melalui Dr Sheikh Muzaphar.
Walaupun berbeza adat, Mat Dan dan Nadifa bersepakat untuk memberikan yang terbaik buat anak tersayang.
Mat Dan jelaskan dia dan isteri nak Zayne belajar adat dan budaya keluarga mereka serta bahasa ibunda mereka selain bahasa Melayu. Rugilah kalau hadkan pada satu bahasa sahaja. Kelebihan ini saya akan biasakan pada Zayne dari awal tapi tidaklah terlalu memaksa.
“Biar dia belajar ikut perkembangannya dan kami akan sentiasa menyokong mana yang terbaik buatnya,”akhirinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Genap setahun anak dara Fizo Omar dan Mawar, Maryam sentiasa jadi perhatian peminat mama dan daddynya. Ibaratnya Maryam turut dapat tempias populariti tersebut.
Bak kata orang, semakin meningkat umur anak, makin panjang akalnya. Begitulah perkembangan terkini Maryam yang dah mula aktif dan pandai meneroka mengikut apa yang nampak di depan matanya.
Terbaru menerusi perkongsian video terbaru Mawar di instagramnya, menunjukkan gelagat Maryam yang mesra dipanggil Cik Yam yang dah pandai main alat make-up mamanya.
Dengan muka yang tak bersalah, Maryam berjaya buatkan hati mamanya sejuk walaupun dalam keadaan terkejut. Mungkin sebab selalu lihat Mawar bersolek, Maryam pun dah pandai nak tiru gaya mamanya.
Lagi satu gelagat comel Maryam yang berjaya curi perhatian netizen, nampaknya Cik Yam pun dah mula belajar makan nasi kandar.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.