Ibu Ini Kongsi Macam Mana Bahan Asas Masakan Boleh Jadi Suplemen Kuatkan Sistem Imun Badan

Share

Semua dapur akan ada bahan asas masakan seperti bawang putih, kunyit dan halia. Sebenarnya ia boleh jadi suplemen terbaik menguatkan system imun badan kita.

Ramai yang akan menggunakan bahan asas tersebut dalam masakan setiap hari. Namun berapa ramai yang sedar atau amil tahu tentang khasiat yang terdapat dalam bahan-bahan asas tersebut.

Seorang ibu yang banyak membuat penyelidikan tentang pelbagai khasiat bahan-bahan asas yang digunakan dalam masakan, Intan Nornie Sheika telah berkongsi tips ringkas dapur yang patut dimanfaatkan oleh semua ibu-ibu dalam menguatkan sistem imun badan terutama di kalangan anak kecil.

Tips ringkas dapur.

Bawang putih, kunyit dan halia. Semua ini ada di dapur kita ?

Bahan wajib.

01. Dalam bawang putih ada ‘alinase’.

Berfungsi untuk anti-bakteria untuk menguatkan sistem imun tubuh.

Buktinya ? Semasa perang di zaman dahulu, tentera negara terbabit yang cedera dirawat menggunakan bawang putih yang dilarutkan dalam minyak sapu. Dikenali sebagai ‘garlic oil’ juga.

02. Dalam kunyit hidup ada ‘curcumin’.

Berfungsi untuk anti-bakteria dan antiviral untuk membantu tubuh melawan penyakit.

Di setiap pemakanan buruh atau pekerja am zaman dahulu (yang membuat kerja berat), sentiasa di campurkan kunyit hidup. Tujuaannya supaya pekerja tadi ‘tahan lasak’ dan tidak mudah jatuh sakit akibat persekitaran dan beban kerja berat.

03. Dalam halia ada ‘zingibain’.

Berfungsi sebagai enzim yang membantu melancarkan penghadaman.

Buktinya ? Kembung perut atau sebu, minum secawan air halia suam. Lega bukan ?

Tips untuk mendapatkan enzim-enzim di atas

+ Bawang putih

Anda tidak akan dapat optimum ‘allinese’ dari bawang putih jika tidak dibiarkan bahagian yang telah dikupas kulit, diketuk atau dipotong. Biarkan seketika untuk ‘alinase’ dikeluarkan. Baru masukkan dalam masakan. Dan sebaiknya gunakan bawang putih di hujung masakan untuk memelihara zatnya.

+ Kunyit Hidup

Curcumin akan dirembeskan dengan optimum apabila direnehkan. Jadi masak kunyit hidup ya untuk dapatkan lebih khasiat ‘curcumin’.

+ Halia

Perlu dihiris halus dan dimasak/direndam lama dalam air panas. ‘Zangibain’ dalam halia akan merembes dalam medium larutan yang suam/panas.

Amalkan ya petua dan tips di atas. Untuk dapatkan lebih khasiat masakan.

 

IKLAN