Musim Influenza ni, ramai anak-anak dapat demam tinggi. Paracetamol ada masanya kurang jalan.
Melalui perkongsian Puan Noraliza Alwi, petua ini yang diamalkannya setiap kali anak demam sejak dari dulu sehingga anak-anak dah besar.
Saya nak share petua yang sampai sekarang saya guna kalau anak demam. Anak kecil, besar, dewasa boleh guna pakai cara ni. Ikhtiar dengan lemon.
Caranya, hiris nipis 2 keping lemon, letak dalam stokin. Orang puteh kata wet-socks treatment. Satu kaedah nak turunkan suhu badan.
Ads
Wet socks treatment asalnya guna air biasa sahaja. Tapi kita tambah zat lemon sikit. Dalam lemon ada bioflavonoids dan quercetin semacam antihistamine dan antiviral atau fungsi macam antibiotic. Cara ni boleh bantu ‘tarik demam’.
Lagi satu lemon galakkan berpeluh. Lepas sarung stokin berlemon pada kaki anak, cuba tidurkan dia. Kalau masih panas, jelum kepalanya dengan tuala basah guna air lemon. Insyaallah biasanya dalam 10-15 minit akan nampak suhu badan menurun rambut dan bahagian leher mula dedar.
Ads
Alhamdulillah setakat ini cara ini menjadi😊 Tak perlu beratur di klinik. Tak perlu ubat berpanjangan.
Standby saja lemon dirumah k. Kita tak tau emergency boleh berlaku bila-bila. Saya selalu buat Alhamdulillah memang mujarab cara ni. Insyaallah:)
Ibu bapa yang diuji dengan anak istimewa ini anda sepatutnya rasa bertuah. Memang agak berat ujian ini kerana nak membesarkannya bukanlah mudah. Perlu ada pengorbanan masa dan tenaga.
Bagaimanapun, ingatlah pasangan yang mempunyai anak istimewa ini sebenarnya tiket untuk ibu ayah ke syurga. Pegang yang ni, insya-Allah hati akan tenang.
Berikut perkongsian Hamka Mekar yang mempunyai anak autisme tetapi sentiasa positif.
Biasanya orang di sekeliling tidak akan memahami perasaan ibu bapa yang dikurniakan anak istimewa ini dan ungkapan paling
“Ayah, kenapa adik Iman OKU?” Ujian Allah nak, dah takdir Ayah dapat ujian ini, sungguh semuanya adalah ujian, samada yang baik dan yang buruk ada hikmah dari Nya, kita kena terima sebab hidup kita hanya sementara, terpulang pada kita nak bersyukur dengan ujian atau nak mengeluh, ayah pilih bersyukur kerana ahli syurga ada dalam keluarga kita.
“Ayah, kenapa adik Iman ayah cakap anak syurga, kami ni bukan anak syurga ke?”
Oh Iman anak syurga sebab dia OKU, tiada dosa untuk dia, dan bila adik Iman meninggal dunia kelak, dia akan terus masuk syurga, jadi syukur Alhamdulillah ayah ada anak syurga, mudah mudahan adik Iman akan dapat tarik ayah yang banyak dosa ini ke syurga dengan lebih cepat.
“Jadi saya ini belum tentu ke syurga?”
Anakku, jika kamu besar nanti jadi orang baik, akan tetap jadi anak syurga ayah, tapi sebab kamu semua bukan OKU, maka dosa pahala akan di kira. Maka berbuat baiklah kerana Allah Maha Adil.
“Best lah ayah ada anak OKU”
Eh? Korangpun best sebab ada adik Syurga, jika korang tunaikan hak adik Iman, Insyaallah, Adik Iman akan turut sama tarik abang dan kakaknya ke Syurga.
“Wah, bestnya, tak sabar nak layan adik syurga dengan baik sekarang!”
Dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kami ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah ‘indah-nya’ penderitaan ini.
So jumpa di sana, tingkat lapan dekat telaga Firdaus. Korang yang baca ni pun jemput sama! Woha!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak makan ubat tapi masih tak elok, mesti bersebab. Haa ini memang cukup merisaukan. Sebelum nak risau, ibu bapa kena tahu mungkin ada kesilapan yang kita terlepas pandang sebelum ini. Berdasarkan perkongsian dari Facebook Tengku Wdec, sekurang-kurangnya memberi satu ilmu baru kepada ibu ayah di luar sana.
Antara perkongsiannya adalah:
Sumpah selama ni tengku tak tahu. Tengku dan suami bagi ubat dekat anak macam orang lain bagi jugak. Ambik picagari tu cucuk dalam botol ubat. Tarik. Suap kat anak. Lepas tu cucuk balik dalam botol lain. Rupanya salah.
Sampailah one day anak bongsu kami demam, batuk plus selsema. So bawak ke klinik swasta dekat bandar Dungun ni.
Masuk dalam bilik doktor. Tengku cakap anak kami no 2 ni senang sangat sakit. Selalu demam, batuk dan selsema. Tak macam si abang.
Bila doktor check katanya paru-paru Rifky ‘basah’. Memang masa tu dia bernafas bunyi macam kahak dalam. Macam asma pun ada. Then doktor terangkan kenapa jadi camtu. Dia cakap sebab susukan anak sambil tidur. Bila anak sendawa dalam posisi baring. Susu automatik akan masuk dalam paru-paru dia. Benda ni memang susah nak elak. Masalah ni akan jadi berulang-ulang sampailah anak dah besar dan pandai makan minum sendiri sambil main. Means dah bercerai susu.
Oohhhh…maka terhangguk-hangguklah kepala kami. Baru aku tahu. Rasa macam kurang ilmu masa tu.
Lepas tu tiba-tiba doktor tanya. “Biasa bagi ubat kat anak macam mana?” Suami tengku dah buat muncung panjang hala ke tengku. Sebab bab suap ubat kat anak memang keje tengku.
“Suap macam biasa la doktor. Pakai cucuk ubat tu. Celup tarik”. Doktor tu senyum. “Salah tu…..”
Macam ni caranya. Doktor terangkan kat kami satu-persatu. Lagi sekali ooooo…baru aku tahu.
Nak tahu caranya? Follow gambar ok. Senang je. Perasan tak selama ni ubat cair biasanya ade penutup transparent kat atas dia tu. Penutup tu ada gunanya. Bukan hiasan tau.
Ini cara yang doktor tu ajar ye. Setiap kali nak ambik ubat. Tuang ubat masuk dalam penutup tu dulu. Sikit-sikit atau boleh ikut nombor kat penutup tu. Lepas tu baru tarik pakai picagari.
Kalau ada yang lebih WAJIB BUANG. Jangan masukkan balik dalam botol. Dan jangan sesekali main CELUP-CELUP PICAGARI dalam botol ubat.
Contoh: celup dlm botol ubat pertama. Bagi anak. Lepas tu guna picagari yang sama tanpa basuh bersih, celup lagi botol ubat kedua.
Ni lebih kepada step untuk kebersihanlah. Kalau anak dah besar boleh bagi dalam penutup tu terus. Macam Rifky kecik lagi. Jadi tengku pakai picagari. Nanti dah pakai basuh bersih.
Doktor tu kata once u celup-celup macam tu. Ubat tu dah takde fungsi dalam badan anak. Zero. Manfaat ubat tu dah hilang. Ibarat macam bagi air gula jelah kat anak. Yang mana you dah celup tu balik nanti buang. Simpan ubat baru ni. Ubat klinik i ni kalau u buat macam i ajar tadi. Boleh tahan 9 bulan dalam peti. 9 bulan luar peti. Kecuali antibiotiklah. Sebab yang tu tempoh singkat.
Maknanya kalau nak pakai picagari pun boleh. Tapi kalau 3 ubat. Sediakan 3 picagari. 1 ubat 1 picagari. Baru tak bercampur. Kalau nak pakai 1 picagari pastikan basuh bersih sebelum celup.
Memang terkejut. Anak dah 2 baru tahu. Adoi. Tapi takpelah. Baik lewat dari tak tahu langsung kan. Alhamdulillah ilmu baru. Malam tu buat misi clearkan ubat cair anak dalam peti yang dah berzaman tu. Cehhh..takde manfaat rupanya. Buat semak je.
Tengku tak sure maybe orang lain akan bagi pendapat berbeza. Ini ilmu yg kami dapat beberapa minggu lepas.
So sekarang dah tahu kan? Tepuk dahi ke idok?? Sesamalah kite ye. Tunggu ape lagi. Yang mana ubat dah berpuluh kali celup dalam peti korang tu boleh ler buang. Kesian kat anak.
P/s : please..sebelum komen baca dulu sampai betul2 faham. Jangan sensitif sangat. Point kat sini ialah tengku share cara yang seorang doktor berpengalaman kongsi dengan tengku. Jadi kalau korang lebih suka cara lain silakan.
Nak celup pakai picagari je. Lepas tu basuh bersih then celup lagi. BOLEH.
Nak tuang dalam penutup tu lepas tu bagi macam tu je. Tak payah pakai picagari. BOLEH.
Nak pakai 1 ubat 1 picagari. BOLEH.
Terpulang…..asalkan ubat tak bercampur dengan benda asing.
Gambar ubat antibiotik tu contoh sahaja. Sebab gambar tu je yang sempat ambik. Diulangi CONTOH. Kalau tak letak gambar nanti ade yang tak faham. Take note ye. Ubat antibiotik kena habiskan. Jadi boleh ambik pakai picagari terus. Sebab nak elakkan dari membazir. Nanti tak berkesan kat anak.
Pasal jangka hayat ubat tu. Itu yang doktor tu bagitau. Ada yang cakap tak betul. Wallahhua’lam. Mungkin lain pengeluar dan jenis ubat lain tempoh hayatnya. Boleh refer mereka yang pakar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa tak sedar bahawa kata-kata mereka adalah suara hati pertama yang akan tinggal dalam diri anak. Setiap pujian, setiap senyuman, dan setiap penghargaan kecil yang kita beri akan menjadi asas kepada keyakinan diri dan jati diri anak bila mereka membesar nanti.
Kita sering tunggu anak buat sesuatu yang besar misalnya seperti dapat keputusan cemerlang, menang pertandingan, atau buat sesuatu yang luar biasa baru nak beri pujian. Tapi jarang kita perasan, usaha kecil yang mereka buat setiap hari pun sebenarnya layak dihargai.
Bila anak cuba ikat tali kasut sendiri walaupun tak kemas, bila dia tolong kutip mainan walaupun separuh jalan, atau bila dia cuba menulis huruf pertamanya, itu semua detik penting yang menunjukkan keberanian dan usaha. Di situlah sebenarnya magis pujian kecil memainkan peranan besar.
“Pandai mama tengok awak cuba sampai jadi!” “Wah, rajinnya tolong mama tadi.” “Tak apa kalau salah, yang penting awak dah cuba.”
Kata-kata sebegini nampak ringkas, tapi ia membentuk suara dalaman anak, suara yang akan mereka guna untuk bercakap dengan diri sendiri apabila mereka besar nanti. Bila kita sering memuji usaha, bukan hasil, anak akan belajar bahawa gagal bukan bermakna tak berguna, sebaliknya satu peluang untuk mencuba lagi.
Meningkatkan Keyakinan Diri Anak Anak yang sering dipuji atas usaha mereka akan lebih yakin untuk mencuba perkara baru. Mereka tahu bahawa ibu bapa menghargai kesungguhan, bukan hanya keputusan.
Membentuk Sikap Tidak Mudah Putus Asa Bila anak tahu usahanya dilihat dan dihargai, mereka akan belajar untuk bangkit setiap kali gagal. Ini membentuk daya tahan mental (resilience) sejak kecil.
Mengeratkan Hubungan Ibu Bapa dan Anak Pujian ikhlas menjadikan anak rasa disayangi dan diterima. Ia membina hubungan emosi yang rapat, menjadikan anak lebih terbuka untuk berkongsi perasaan dan masalah mereka.
Membantu Anak Mengawal Emosi Anak yang mendapat pengiktirafan positif akan lebih tenang, kurang memberontak dan lebih mudah mendengar nasihat. Pujian memberi mereka rasa aman dan dihargai.
Membentuk Mindset Positif Terhadap Kehidupan Bila anak dibiasakan menerima pujian atas usaha, mereka akan membesar dengan keyakinan bahawa setiap usaha ada nilainya. Ini membantu mereka melihat kehidupan dengan pandangan yang positif dan tidak mudah menyerah.
Kajian psikologi juga menunjukkan bahawa pujian berasaskan usaha (bukan hanya pencapaian) membantu anak membina “growth mindset” iaitu cara berfikir yang percaya bahawa mereka boleh belajar dan berubah melalui usaha.
Sebaliknya, bila anak hanya dipuji bila berjaya, mereka akan jadi takut untuk gagal. Mereka lebih cenderung memilih perkara yang selamat kerana takut mengecewakan ibu bapa.
Anak-anak kecil sebenarnya tak perlukan ibu bapa yang sempurna. Mereka cuma perlukan ibu bapa yang perasan yang nampak usaha kecil mereka dan mengiktirafnya. Bila kita belajar menghargai yang kecil, anak akan belajar bermimpi besar.
Jadi, mulai hari ini, jangan tunggu anak jadi hebat baru puji. Puji mereka bila mereka berusaha, walaupun hasilnya belum sempurna. Kerana dari situ, kita sedang membesarkan anak yang percaya pada dirinya dan itu lebih berharga daripada apa-apa pencapaian di dunia.
T. Vishakan mencipta rekod MBOR selepas berjaya menjawab 53 soalan sifir dalam masa satu minit. Ketahui kisah kanak-kanak berusia enam tahun yang memiliki bakat luar biasa dalam matematik.