Rengat sebenarnya rasa sakit dialami oleh ibu dalam tempoh berpantang. Ia macam senggugut atau rasa seperti sakit kontraksi bersalin. Sakit ini disebabkan pengecutan Peranakan ibu selepas melahirkan bayi.

Ia juga dikenali sebagai after birth contractions atau after pains. Masalah rengat boleh berlaku ke atas ibu lepas bersalin tak kira anak ke berapa dia melahirkan. Ia akan berlaku secara tiba-tiba.

Seorang ibu Sumaiyah Abdullah yang berpengalaman melalui sakit rengat telah berkongsi bagaimana kesakitan yang dialami serta tips untuk merawat masalah ini.

Alhamdulillah, semalam genap 2 tahun sudah budak ni. Dalam fasa² membesar ni banyak akai sungguh. Tak dinafikan masa melahirkan Muhammad Asim ni Alhamdulillah memang Allah permudahkan. 6 cm pun masih relax lagi. Sakit contraction pun kejap je, tak sampai sejam dah selamat deliver.

Tapi siapa tahu, Allah nak uji dalam tempoh berpantang. Sakit rengat 3 hari 3 malam. Tak tidur malam lah. Nasib baik baby faham ummi dia tengah sakit, so tak meragam sangat.

Siapa yang pernah kena rengat ni tau la macam mana tahap kesakitan dia. Tak boleh nak citer, rasa macam nak putus semua urat² saraf, akal pun kadang² rasa hilang sedikit pertimbangan sebab duk tahan sakit. Minum air je boleh. Itu pun rasa nak termuntah balik. Apatah lagi nak makan. Selera makan hilang terus.

Terlalu Sakit

IKLAN

Setiap kali rengat menyerang, air mata wajib mengalir. Allahu. Sakit dan perit sangat. Mengurut pun tak jadi. Dah tanya bidan, tanya misi, ada tak cara nak hilangkan rengat, last² cakap panadol je. Huhu. Tapi serius, bagi saya panadol pun tak cukup untuk hilangkan rengat. Yang mampu buat adalah pernafasan yang betul untuk mengurangkan rasa sakit.

Ibu Ini Kongsi Tips Atasi Masalah Rengat Yang Dialami Dalam Tempoh Berpantang

Rengat ni kalau nak tahu ada tempo tau. Ada yang setiap 5 minit, ada setiap 15 minit, ada yang 30 minit. Kalau ada yang setiap 1 jam tu, kira bersyukur lah. Huhu.

IKLAN

Rengat serang paling lama pun dalam 5 minit. Itu saya la. Orang lain tak tau. Tapi dalam 5 minit itu la gigi kacip dengan kuat, tangan kepal sekuat mungkin, tubuh menggigil tahan sakit, dahi berkerut, mata pejam tapi mengalir air mata, keluar suara sayup² mengerang kesakitan. Serius, sesiapa yang tegur pun tak kan dilayan. Anak yang tengah menyusu pun kena tolak tepi. Tak pasal² dapat penyakit nanti. Dalam hati ni tak putus² zikir dan istighfar.

Suami Kena Banyak Tolong

Jadi sesiapa yang ditakdirkan diuji dengan rengat ni, ahli keluarga perlu mainkan peranan, bukan main perasaan terutama sang suami. Bila anak tetiba ditolak tepi, cepat² ambil anak itu sebelum nangis kuat. Lagi stress ibu jika dengar anak menangis. Dah la tengah tahan sakit.

IKLAN

Dan satu lagi, ahli keluarga jangan tanya banyak or cakap banyak dengan ibu yang kena rengat ni. Sebab ibu masih belum stabil lagi akal dan emosi dalam tempoh ni. Kalau nak urut, urut je terus. Urut perlahan-lahan. Urutan tangan suami dan ayah sendiri paling mujarab. Tenang je rasa.

Kalau nak suruh makan, hidangkan terus depan mata. Nak makan atau tidak, jangan paksa². Bagi masa untuk ibu itu ambil mood nak makan.

Ada orang cakap rengat ni sebab ada darah ketul tak keluar. So, ini tips dia hari terakhir saya kena rengat.

  1. Rasa² rengat nak serang, cepat² bangun dan berjalan perlahan-lahan. Jangan stop berjalan sehingga rengat tu hilang. Paling kurang pun berdiri. Mintak tolong suami papahkan. Nanti akan rasa panas darah ketul itu keluar dan Inshaallah sakit rengat akan beransur hilang.
  2. Kurangkan baring. Banyakkan pergerakan ringan supaya pengaliran darah lancar.
  3. Sapu minyak panas pada bahagian pinggang dan ke bawah sehingga tapak kaki boleh membantu darah ketul keluar dengan cepat.

Sesiapa ada lagi petua yang boleh dikongsikan silakan. Mana tau boleh tolong ibu² lain melawan rengat ni. Walaupun diuji dengan rengat ni, bersangka baik lah dengan Allah dan tetap bersyukur masih lagi diberi nafas, dan baby pun sihat walafiat

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI