Setiap kali keluar rumah ibu jangan lupa pakai sublock untuk elak risiko masalah kulit ya. Kulit ibu pun perlu dilindungi daripada pancaran sinar matahari. Jadi ibu jangan lupa pakai sunblock setiap kali anda keluar rumah bersama si manja. Kalau tak nak kulit muka berisiko kena masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan paling menakutkan kanser kulit, maka rajin-rajinlah sapu krim perlindungan iaitu sunblock pada kulit muka.
Tapi kan mesti ramai wanita yang keliru setiap kali nak pilih apa sunblock yang sesuai untuk mereka sebab di pasaran ada bermacam rangkaian produk sunblock dengan bermacam nilai SPF. Jadi yang mana satu sesuai untuk kulit kita?
Penjelasan lengkap dari Dr Erna Nadia mengenai cara memilih sunblock sesuai mengikut kulit muka mesti difahami dan dijadikan panduan berguna oleh semua wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit wajah.
TIPS MEMILIH SUNBLOCK
Apakah SPF? SPF adalah singkatan untuk sun protection factor.
Kita wajib pakai sunblock setiap hari disebabkan lapisan atmosfera kita yang semakin menipis.
Kenapa kita wajib lindungi kulit kita dari pancaran terik matahari? Kerana kulit akan semakin menipis dan ingin kurangkan risiko masalah kulit (jerawat, jeragat,kulit menipis) dan kanser kulit.
Kalau kita tengok di produk2 sunblock ada tulis spf15, spf30, spf50. So yang mana yang sesuai dengan kita?
Jom, belajar dahulu apa itu spf.
Spf ini adalah kiraan yang merujuk kepada seberapa lama ianya boleh melindungi kulit kita dan seberapa kuat sesuatu produk itu kepada kulit kita.
Ads
Contoh pengiraannya adalah : 1. Cara kira seberapa kuat ianya boleh melindungi kulit kita Kita ambil contoh spf 15. Kita perlu tolak satu dari nilai spf itu. Misalnya, spf 15 bermaksud (15-1)/15 iaitu 0.93. So, 93% sunblock itu dapat lindungi kulit kita dari sinaran uv. Jika spf30, 96%.
2. Setiap warna kulit adalah berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran uv. Untuk kulit putih, biasanya hanya boleh bertahan 10 minit Kulit kuning langsat, biasanya 15 minit Kulit sawo matang,20 minit Semakin gelap kulit kita, semakin kuat ianya mampu bertahan di bawah sinaran UV kerana kandungan pigmen melanin yang tinggi.
Contoh kiraan: Untuk orang berkulit putih, jika dia menggunakan spf 15, maka sunblock itu mempunyai masa lebih kurang 15×10=150 minit untuk bertahan.
Untuk kulit sawo matang, 15×20= 300 minit.
Ok, boleh faham ke setakat ni?
Selain dari nilai spf, kriteria lain untuk memilih sunblock adalah, ianya perlulah mempunyai perlindungan dari sinaran UV ( ultraviolet ) A & B.
Ads
UV A adalah sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit. Ianya menyebabkan kulit menjadi tua ( penuaan) , berkedut, kusam dan masalah dalaman kulit yang lain.
UV B pula adalah sinaran yang tidak menembusi lapisan kulit. Ianya menyerang lapisan luar kulit sahaja. Jadi, ianya akan menyebabkan kulit kita terbakar ( sunburn ).
Sebab itu, kita perlu cari sunblock yang mempunyai pertahanan kepada UVA & UVB juga.
Bagaimana pula jika ianya tertulis PA+++ sahaja? PA itu adalah kiraan untuk UVA. +++ itu bermaksud kadar kekuatan UVA di dalam sesuatu sunblock. Maksudnya, jika sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA++, ianya tidak mempunyai pertahanan UVB.
Jadi, sekarang anda sudah faham bagaimana mahu memilih sun block yang sesuai dengan anda?
Untuk yang tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja ( kurang dari 4 jam), spf 15 sudah mencukupi.
Jika anda memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, spf30 sudah memadai. Melainkan jika anda berkulit putih gila, anda memang memerlukam spf50.
Beza pada spf cuma jangkamasa sahaja. Kekuatan masing2 adalah lebih kurang sama.
Ads
Jadi,tak perlu spf yang tinggi. Jangan rosakkan kulit dengan spf yang tinggi jika tidak perlu.
Untuk yang melakukan aktiviti di dalam air, perlu lebih kerap sapu sunblock kerana ianya hilang selepas terkena air. Tidak ada kajian mengatakan ada sunblock yang mempunyai kriteria ‘water-proof’.
Ok, tips untuk memakai sunblock saya senaraikan di dalam gambar
Kesimpulan kata, yang terpenting untuk memilih sunlock adalah: 1. Spf yang sesuai dengan jenis kulit & aktiviti kita 2. Mempunyai UVA & UVB 3. Jenis sunblock yang sesuai dengan jenis kulit kita ( spray/ gel/ krim)
Dan, minumlah air kosong dengan cukupnya setiap hari untuk mengekalkan keanjalan kulit kita.
Sekuat mana pun seorang ibu, jika diuji dengan anak sakit atau pemergian anak, pasti akan jatuh juga air mata. Mulut mungkin boleh berkata sabar tapi dalam hati hanya Allah yang tahu kesedihan itu.
Seperti perkongsian seorang ibu di Facebook Nur Lydia Rose Hafieza, dia berkongsi momen sedih tetapi terpaksa reda apabila Allah jemput anak lelakinya kembali ke sisinya pada pada malam Arafah.
Difahamkan Abid menghidap kanser dan sel kanser tersebut sudah pun merebak sebelum meninggal dunia.
“Mama korbankan kasih sayang mama, pulangkan pada Allah”
Menurut ibu ini, anaknya dijemput pada hari yang penuh istimewa dan barakah iaitu pada malam Hari Arafah. Kongsinya, dia sudah pun reda dengan apa yang telah terjadi dan berasa ‘lega’ kerana sempat menguruskan sendiri jenazah arwah anaknya.
Alhamdulilah Abid pergi di malam Arafah & malam raya korban. Boyfriend mama, Selamat Hari Raya Sayang. Handsome Abid pakai baju raya raya korban. Mama korbankan kasih sayang mama untuk pulang balik Abid pada yang BerHak. Bermain di syurga yer sayang tunggu mama ayah. Tarik mama ayah ikut Abid yerr.
Mama reda, puas jaga adik sampai akhir hayat
Mama ikhlas mama reda adik balik pada kekasih abadi. Mama puas jaga adik sampai hujung nyawa adik. Mama puas sebab tangan mama sendiri yang uruskan adik dekat hospital dekat rumah. Mama kesian tengok adik sakit lama-lama. Sebab tu mama bagi adik balik ke tempat asal adik.
Tempat yang akan kita sekeluarga berkumpul kelak insyallah. Bila kita reda ikhlas dan puas dengan apa kita buat insyallah. Kita mampu senyum kadang-kadang menangis tu sebab rindu.
Tambah ibu ini lagi dia tidak sanggup lagi melihat anak tersayangnya menanggung kesakitan dan yakin ada hikmah atas apa yang telah berlaku.
Pada masa yang sama, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya ketika proses pengebumian dilakukan.
Mama bukan mama yang terbaik untuk adik. Tapi mama semampu mungkin korbankan hidup mama untuk uruskan adik. Tapi perancangan Allah S.W.T. sebaliknya Allah S.W.T. nak bagi tiket mudah untuk kita semua ke syurga melalui Abid.
Terima kasih sayang untuk ganjaran ni. Mama sayang Abid dunia & akhirat. Abid memang tiada ganti, semoga mama diberi kekuatan untuk jalani hari-hari selepas ini tanpa Abid di sisi mama. Terima kasih pada yang terlibat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang perkara biasa, lepas bersalin ibu mengalami masalah banyak angin. Untuk mengatasi masalah itu, boleh cuba petua guna kunyit. Lebih best, jus kunyit ni boleh menambahkan susu ibu!
Boleh cuba buat sendiri menggunakan resepi dikongsi oleh Puan Nur Airiz Faudzan ini.
Jus kunyit.
Resepi dari seorang makcik cleaner dari Indonesia. Makcik ni kerja bersih-bersih dari pagi smpi petang tapi takde pun bau peluh, kuat dan tak nampak letih.
Resepinya
Segenggam cekur (bahagian ubinya)
3 umbi temukunci (bahagian ubinya)
Halia bentong sebesar 2 ibu jari. boleh kurang kalau tak nak pedas. Halia biasa pun boleh tapi tak berapa power.
Ibu kunyit (kunyit yang mula-mula dekat batang pokoknya) sebesar 2 ibu jari. Kurangkan pun boleh kalau tak tahan kelat.
Daun inai sikit dalam setengah genggam budak.
Daun sireh 4,5 helai
3 sudu makan beras. Cuci dan rendam dulu semalaman.
Asam jawa dan gula melaka mengikut citarasa
Air 1 liter atau lebih
Cara membuat
1. Buat air asam jawa dulu guna air yang 1 liter tu. Tapis dan ambik air asamnya saja. Guna air asam tu untuk blend semua bahan-bahan kecuali gula melaka.
2. Lepas blend semua, tapis guna penapis teh kain. Perah, buang hampas, ambik airnya dan masak bersama gula melaka sampai mendidih dan pekat. Masa masak boleh cuba rasa, boleh tambah gula melaka dan asam jawa ikut citarasa.
3. Rupanya seperti jus kunyit, rasanya ala-ala macam minum air asam boi.
4. Simpan dalam peti ais, minum segelas setiap pagi atau sebelum tido malam.
5. Panaskan dulu sekejap kalau tengah pantang. Orang pregnant dan dalam period tak boleh minum.
Selamat mencuba, mudah-mudahan boleh jadi penawar dengan izin Allah.
Khasiatnya untuk mengembalikan tenaga, buang angin, hilangkan lenguh-lenguh badan, menambah susu badan, mengurangkan bau badan, menyegarkan wajah supaya lebih berseri, menghilangkan keputihan.
Jika diamalkan selalu boleh merampingkan badan. Untuk ibu-ibu dalam pantang pun boleh cuba amalkan seawal baby luruh tali pusat atau dah tak ada kuning.
Boleh mngecutkan rahim, sembuhkan luka dalaman, menghilangkan pucat muka akibat kehilangan banyak darah dan hilangkan sembab mata.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun kita hidup dalam era serba moden, tak dapat dinafikan petua-petua turun-temurun masih diamalkan oleh ramai. Terutama bila dah rasa sendiri keberkesanan petua tu, pasti kita tergerak hati nak kongsikan dengan orang lain.
Begitu juga kisahnya dengan seorang doktor pakar otak yang dikenali ramai, Dr. Rizal Abu Bakar. Dia sendiri mengamalkan beberapa petua tradisional untuk menjaga kesihatan tubuh badannya.
Dalam satu posting di Facebook, Dr. Rizal berkongsi cara-cara dia menjaga kesihatan, terutama dengan cuaca yang tak menentu sekarang ini, supaya terhindar dari jangkitan selesema dan batuk.
“Sekarang ni cuaca tak menentu kan? Sekejap hujan. Sekejap panas.
“Bila cuaca macam ni mudah nak sakit. Saya ni kalau boleh nak elak dari sakit sakit. Jadi petang semalam ambillah aloe vera. Buat detoks dan tingkatkan imun.
“Bila imun dah kuat, tenteta dalam dah power, sakit tak boleh nak himpit. Off course dengan izin Allah. Kita ni ikhtiar. Usaha saja.
“Apapun petua minuman ni lawan inflamasi tubuh. Bantu turunkan berat badan. Turunkan kolesterol. Jauhkan selsema dan batuk,” ujarnya.
Nak buat pun mudah. Cuma perlukan
Aloe Vera – satu potong
Lemon – sebiji
Halia – sebesar ibu jari sendiri
Air – menutupi semua bahan di atas
Madu – satu sudu atau secukup rasa.
Caranya pun mudah. Blend saja. Minum.
Lepas minum kita sendiri akan rasa badan ringan. Tak lemau. Ada energi lebih sikit.