
Bulan puasa merupakan antara bulan yang paling mencabar untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Keletihan, kurang zat dan nutrisi antara isu yang dihadapi sekiranya diet yang diamalkan sepanjang bulan puasa ini tidak betul.
Jika perlu berbuka puasa kerana susu makin kurang, janganlah ibu merasa sedih kerana ia satu jihad dalam membesarkan anak.
Sepanjang berpuasa ibu disarankan untuk kekal sihat dan menjaga amalan pemakanan untuk sentiasa mampu membekalkan susu kepada anak ketika berpuasa.
Dietitian, Puan Fizah Sobri berkongsi amalan diet yang betul bagi ibu yang berpuasa agar sentiasa bertenaga sepanjang hari.

MENYUSU DAN PUASA
Pertama sekali saya nak tegaskan kalau larat berpuasalah, kalau tak larat jangan.
Ibu yang menyusu menggunakan 25% dari tenaga dan kalau waktu berpuasa, makan tak cukup lagi senang untuk menggigil, pengsan dan sebagainya.
Sebenarnya keperluan kalori dan protein bagi ibu menyusu lebih dari ibu mengandung:
Ibu mengandung (BMI normal)
Trimester pertama: +80kcal
Trimester kedua: +280 kcal
Trimester ketiga: +470kcal
Tapi waktu menyusu pertambahan
6 bulan pertama: 500kcal dan 19g protein
6 bulan kedua: tidak perlu tambahan kalori tapi protein +13g
Setahun ke atas: macam biasa tiada pertambahan

Nampak keperluan lebih tinggi dari mengandung kan, sebab badan memerlukan pembakaran kalori sebanyak 20kcal untuk setiap 30ml susu badan dihasilkan.
So macam mana nak pastikan pengambilan cukup waktu berpuasa? Ramai risau penghasilan susu akan drop waktu berpuasa.
Sebenarnya ramai mommies boleh capai keperluan kalori tapi ramai yang gagal capai keperluan protein seharian. Waktu puasa akan terdapat ‘shift’ menu kepada menu yang tinggi lemak, karbohidrat dan rendah serat serta protein.
Kajian menunjukkan kalau kalori kurang sikit ia tidak menjejas penghasilan susu, tapi kalau protein tak cukup iye..itu boleh effect.
Maka berapa banyak protein yang mommies perlukan seharian untuk memenuhi keperluan ibu menyusu? Disarankan ibu ibu mengambil 5-7 bahagian protein berkualiti sehari.

Apakah saiz 1 bahagian protein berkualitli?
– Segenggam kacang kekacang (contoh kacang tanah, almond, pistachio, walnut etc)
– Ayam sebesar tapak tangan (kalau bahagian drumstick kira sebagai 2 bahagian)
Pastikan ambil air yang cukup 8 gelas sehari seperti biasa.
– Sahur: 2 cawan
– Sebelum imsak: 1 cawan
– Berbuka: 2 cawan
– Selepas solat maghrib: 1 cawan
– Selepas terawih: 1 cawan
– Sebelum tidur: 1 cawan
Waktu menyusu ini jika larat puasa, jangan memaksa diri ye.
Happy fasting mommies!
Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/
Main Taman Jumpa Kawan Buat Anak Rasa Tak Menarik, Rangsangan Dopamin Gajet Lagi Kuat
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!






Betik yang manis dan berlemak ini juga dikatakan boleh menambahkan susu ibu. Ambil sebagai snek atau pencuci mulut. Antara amalan orang dulu-dulu memakan betik muda atau ditumis air untuk menambah susu ibu.
Mama boleh ambil pegaga sebagai ulam dan boleh juga dijadikan jus. Ia sedap dan rangup, boleh dijadikan kerabu juga, lazatnya!
Buah ini ada kemanisan semula jadi! Kandungan zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.


Bawang putih bukan sahaja baik untuk mencegah jangkitan kuman, tetapi boleh menambah susu ibu. Mudah sahaja caranya, hanya tambahkan kuantiti bawang putih dalam masakan!
Badam, sedap dan berkhasiat. Antara kekacang yang boleh menambah penghasilan susu ibu. Boleh dijadikan susu, ditambah ke dalam smoothies atau dijadikan kudapan.
Enaknya minuman barli musim panas ini. Selain menyejukkan badan, ia turut merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahu pun sejuk.
Habbatus sauda adalah makanan sunah yang berupaya menambahkan susu ibu. Kunyah mentah atau telan bersama air suam.
Malt atau minuman berasaskan malt (perisa original atau biasa) ialah antara bahan laktogenik yang berkesan untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Susu soya atau produk yang berasaskan kacang soya memang penggalak susu yang berkesan.
Bayam kaya dengan zat besi akan meningkatkan paras Hb ibu terutamanya ibu yang mengalami kehilangan darah yang banyak semasa proses kelahiran.




