Kadang kala menangis boleh buatkan emosi seorang itu tenang. Begitu juga bagi seorang wanita bergelar ibu. Memang secara luarannya nampak kita kuat tapi dalam hati siapa tahu kan.
Melalui perkongsian Puan Nadia Bakar, ibu adalah individu hebat. Cuma jika sampai pada tahap tertentu, kita juga kena mengalah. Mengalah tak semestinya kita lemah cuma ia adalah cara kita luahkan apa yang terbuku di hati.
Dulu, saya ingatkan orang yang suka menangis, si cengeng, si cembeng ni lemah dalam ujian hidup. Rupa-rupanya saya silap!
Ibu,
Kalau perlu menangis kerana penat dan lelah, emosi yang berat tak tertanggung, menangislah. Menangislah.
Kita hanya manusia biasa yang dikurniakan Tuhan dengan pelbagai emosi.
KITA BUKAN SUPERWOMAN. NO SUCH THING AS SUPERWOMAN.
Ads
Nampak gagah di depan khalayak, nampak seperti “I’m always fine.”
Sedangkan hakikat yang sebenarnya, kita selalu menangis, memendam seorang diri. Kita takut dikatakan kita lemah, sedangkan Tuhan dah buat cukup cantik diri kita ni pakej sekali dengan emosi sedih tu.
Ambil masa untuk menangis, lepaskan segala yang terbuku di dada. Di depan anak-anak pun tak mengapa, langsung tak jadi dosa.
Supaya anak-anak kita belajar mengenal jenis-jenis emosi. Supaya mereka tahu ibu juga manusia yang sama seperti mereka.
Dari situ anak-anak juga belajar cara untuk meluahkan perasaan sebagai seorang yang namanya manusia dan mereka akan belajar jadi manusia yang lebih fleksibel. Mudah mengerti situasi orang lain.
Ads
Tidaklah bila anak dah besar nanti dia hilang simpati dan empati pada ibu sendiri. Melarat pula kepada orang lain kerana tersalah judgement.
Waktu tu juga jangan pula kita pelik kenapa anak-anak tak terfikir pun nak temankan kita yang sendirian di rumah menghabiskan sisa-sisa hidup.
Ads
Kerana yang dia tahu ibunya sentiasa okay, kuat, superwoman. Semuanya ibu boleh selesaikan sendiri tanpa bantuan orang lain.
Ini kisah benar yang saya nampak sendiri.
** Antara intipati yang saya dapat daripada talk Dr Siti Rohana hari tu.
Minta tolong sampaikan kepada wanita yang kita sayangi. Mungkin ramai yang belum tahu.
Apa yang dilakukan ibu ayah tidak semuanya betul. Periksa-Check & balance dalam mendidik anak, ibu ayah lakukan 4 perkara ini.
Tiada siapa yang dapat lari dari kesilapan. Dalam mendidik, ibu ayah juga perlu bercermin diri menilik kesalahan yang mungkin pernah berlaku, dengan harapan semoga ia boleh diperbaiki.
Anak-anak adalah amanah dan ibu bapa bukanlah sempurna. Sekiranya ada kesilapan, belum terlambat untuk periksa kembali diri dan melakukan perkara-perkara yang disarankan ini.
Kadang kadang saya selalu terfikir, apabila anak anak melakukan kesalahan kita cepat sahaja untuk menghukum mereka.
Hukuman itu pula banyak jenis.
Namun, apabila kita sebagai ibu bapa melakukan kesalahan, siapa yang layak untuk hukum kita?
Atau, adakah sebab kita memegang title ibu dan bapa jadi kita jadi immune dan tidak perlu untuk dihukum?
Kalau anak menjerit dan mengamuk kita hukum mereka, dan kalau kita sebagai ibu dan bapa melakukan perkara yang sama kita juga sebenarnya ‘layak’ dihukum.
Cumanya, siapa yang layak menghukum kita? Tiada orang lain yang lebih layak untuk menghukum anda selain diri anda sendiri. Cara hukum diri kita pula bagaimana agak agaknya?
Adakah kena pukul diri sendiri?
Atau kena kurung diri dalam bilik kemudian kunci? Tidak. Tak perlu sampai begitu.
Hukuman yang saya maksudkan ini fungsinya untuk anda muhasabah diri dan kembali berfungsi sebagai ibu bapa yang baik.
Cukuplah dengan melakukan beberapa perkara untuk menebus kembali kesalahan yang anda lakukan. Sama ada sengaja atau tidak itu jatuh kepada perkara kedua.
3 CARA IBU AYAH BOLEH LAKUKAN
Antara perkara yang anda boleh lakukan kepada diri anda adalah:
#1. MEMINTA MAAF
Mulakan dengan meminta maaf kepada anak anak jika anda ada melakukan kesalahan.
Katakanlah anda pulang dari rumah dalam keadaan penat. Anak anak pula datang berlari lari kepada anda.
Rimas dengan tindakan mereka anda tengking anak anak itu sehingga mereka terdiam.
Dalam situasi itu, tidak ada apa yang boleh dilakukan. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.
Jadi, tiada jalan pintas yang anda boleh lakukan selain memohon maaf.
Meminta maaf dan mengakui kesalahan sendiri adalah satu benda yang bukan senang untuk dilakukan. Jika ego and itu berlapis lapis sudah pasti anda akan merasakan tugas ini adalah satu perkara yang sangat sukar.
#2. KURANGKAN MASA DENGAN ALAT TEKNOLOGI, LEBIHKAN MASA DENGAN ANAK
Cara kedua adalah dengan ‘memotong’ atau mengurangkan masa anda bersama alat teknologi seperti handphone atau pun television.
Kemudian, masa yang lebih itu anda hadiahkanlah kembali kepada anak anak. Duduk bersama anak anak dan lakukan apa sahaja aktiviti bersama mereka. Anggap sahaja lah itu sebagai denda kepada kesalahan yang telah anda lakukan.
#3. PENUHKAN SEMULA TANGKI CINTA
Cara ketiga adalah memenuhkan semula TANGKI CINTA yang ada dalam diri anak anak.
Dalam setiap diri anak anak itu ada tangki cinta yang perlu diisi setiap hari.
Malangnya setiap kali kita tengking mereka, atau bertindak dengan penuh kekerasan tangki itu akan semakin surut.
Jadi, apa yang anda perlu lakukan untuk menebus kesalahan yang anda telah lakukan adalah berusaha untuk memenuhkan kembali tangki yang semakin surut.
Katakan kepada anak anak bahawa anda sayang mereka.
“Ibu sayang adik”
“Ibu sayang abang”
Peluk dan cium mereka dengan penuh keikhlaskan.
Rancanglah aktiviti yang istimewa untuk membuatkan anak anak kembali tersenyum dan merasa bahagia.
Paling paling tidak pun bawa anak ke taman dan berjalan jalan.
Apabila anda berusaha melakukan sesuatu yang istimewa dan meluangkan masa bersama anak anak, secara tidak langsung tangki cinta itu akan mula penuh kembali.
#4. TINGKATKAN KOMUNIKASI DENGAN ANAK
Cara yang terakhir yang anda boleh lakukan adalah dengan berbicara dengan anak anda.
Tanyalah kepada anak anak apa yang anda boleh lakukan untuk anda baiki kembali situasi itu. Walaupun kadang kadang kesalahan itu anda tidak dapat untuk undur kembali, tetapi pertanyaan itu perlu.
Jangan takut. Dengar apa yang anak anda bakal katakan. Mungkin sahaja jawapan anak anda itu begini
” Tak apa lah ibu, ibu tak perlu buat apa apa pun, adik ok je ni??”
Kadang kadang pertanyaan itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan anak anda rasa yang anda itu peka kepada perasaan mereka.
Mungkin ada yang merasakan bahawa kita tidak perlu menebus kembali kesalahan yang kita lakukan kepada anak anak. Maklumlah kita kan ibu bapa yang lebih berkuasa.
Namun ketahuilah, sebenarnya apabila kita berjaya menebus kesalahan yang kita lakukan itu pastinya akan membuatkan anak lebih hormat kepada kita.
Anak anak kita juga berhak dilayan sebagaimana kita layan orang sekeliling.
MENJADI IBU AYAH BUKAN LESEN UNTUK BERBUAT APA SAHAJA
Walaupun mereka kecil, tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja yang kita suka.
Bila buat silap, mohon maaf usahlah ego
Bila buat silap, akuilah kesalahan itu
Bila buat silap,betulkan apa yang termampu
Bila buat silap, bukalah ruang untuk kembali damai
Kerana kita ini manusia biasa, setiap hari pasti ada salah dan silapnya.
Hanya yang kuat sahaja yang biasa mengakui dan membetulkan keadaan itu.
Selepas anak berumur dua tahun, ibu-ibu masih keliru sama ada untuk beri susu formula, atau susu segar dalam kotak. Ada juga yang menganggap tak apalah anak tak menyusu sebab dah besar.
Disebabkan ibu bapa masih ragu-ragu lagi dalam hal ini, kebanyakannya lebih selesa meneruskan penyusuan susu formula dengan memberi anak botol susu sehinggalah usia 6 tahun.
Tapi dalam hal ini, sebenarnya anak yang dua tahun ke atas digalakkan minum susu segar. Selain lebih kenyang dan banyak khasiatnya ia juga tak merosakkan gigi anak. Nak tahu lebih lanjut, perkongsian Dr Syahr Musafir ini boleh dijadikan panduan.
“Banyaknya beli susu?” tanya staf Mydin yang bantu saya angkatkan kotak susu ke dalam troli.
“Anak-anak minum susu ni… Beli banyak lebih jimat,” jawab saya sebelum mengucapkan terima kasih kepadanya.
Selepas ‘lepas susu’ pada usia 2 tahun, anak-anak kami dibiasakan minum susu segar UHT. Daripada 4 orang anak, hanya 1 orang sahaja yang minum susu formula.
Jadi saya terbiasa mencari/survey harga susu. Jika di Australia dulu, 1L susu Devondale dijual dengan harga AUD$1 ada masanya 90sen saja, di Malaysia ini harga RM6 dikira murah. Di Shopee pun biasa dijual dengan harga begini juga. Kedai runcit tak jual pula jenama ni.
Kebanyakan masa saya kena beli susu Dutch Lady yang paling mudah dijumpai di kedai atau pasaraya, biasa dijual pada harga lebih kurang RM5.80 sekotak jika beli sedozen. Kalau beli di kedai runcit atau mart, biasa lebih RM6.30 harganya.
Ya, sangat elok. Tiada gula tambahan sepertimana susu formula tu. Dan disebabkan anak-anak minum menerusi gelas, bukan dengan botol susu/puting, gigi jadi elok. Alhamdulillah.
Khasiat? Ya, berkhasiat. Semulajadi. Kenyang pun kenyang. Syaratnya beli penuh krim (full cream) ye.
Saja share. Saya kalau buat kopi, teh atau minuman coklat, saya guna susu segar UHT ni. Tak guna susu pekat manis. Cubalah.
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bedtime routine atau istilah mudahnya rutin sebelum tidur penting untuk anak. Ianya akan membantu kita dan anak untuk mempunyai “expectation” dan “preparation” untuk berehat.
Bedtime routine akan menyediakan mindset anak untuk tidur. Jadi, lebih mudah anak tidur dengan tenang, dan rehat secukupnya bila BEDTIME ROUTINE CONSISTENT diberikan.
KONSISTEN adalah perkataan penting di situ.
Ada banyak bedtime routine yang boleh kita buat dengan anak.
Ada orang
✔ Berus gigi sebelum tidur
✔ Baca buku sebelum tidur
✔ Massage sebelum tidur
✔ Minum minuman panas sebelum tidur
Dan ada yang perlukan kombinasi beberapa rutin ini untuk dirinya dan anak-anak.
Cuba amalkan bedtime routine yang KONSISTEN. Pasti anda akan nampak mudahnya ajak anak tidur, dan segarnya anak di pagi hari.
Anak yang cukup tidur, akan kurang meragam tau.
Lagi satu yang boleh ibu bapa lakukan, bagus amalkan surah Al-Mulk sebelum tidur, sebab Al-Mulk adalah pelindung kita dari seksa kubur.
Jadi apa kata kalau kita masukkan bacaan atau dengarkan Al-Mulk untuk anak-anak sebagai rutin tidur mereka?
Sambil tu, boleh cerita-cerita sikit betapa sayangnya Allah kepada kita, anugerahkan surah hebat dalam Al-Quran untuk lindungi kita dari azab kubur.
Boleh cerita sekali tentang hebatnya kalau rajin baca Al-Quran. Boleh cerita sekali tentang perjalanan manusia tidak berakhir di dunia.
Jadi, matlamat kita nak lahirkan anak yang soleh, bahagia di dunia dan akhirat itu lebih mudah dicapai. Insya-Allah, jom kita cuba. Mula malam ni ya?