Selepas anak berumur dua tahun, ibu-ibu masih keliru sama ada untuk beri susu formula, atau susu segar dalam kotak. Ada juga yang menganggap tak apalah anak tak menyusu sebab dah besar.
Disebabkan ibu bapa masih ragu-ragu lagi dalam hal ini, kebanyakannya lebih selesa meneruskan penyusuan susu formula dengan memberi anak botol susu sehinggalah usia 6 tahun.
Tapi dalam hal ini, sebenarnya anak yang dua tahun ke atas digalakkan minum susu segar. Selain lebih kenyang dan banyak khasiatnya ia juga tak merosakkan gigi anak. Nak tahu lebih lanjut, perkongsian Dr Syahr Musafir ini boleh dijadikan panduan.
“Banyaknya beli susu?” tanya staf Mydin yang bantu saya angkatkan kotak susu ke dalam troli.
“Anak-anak minum susu ni… Beli banyak lebih jimat,” jawab saya sebelum mengucapkan terima kasih kepadanya.
Selepas ‘lepas susu’ pada usia 2 tahun, anak-anak kami dibiasakan minum susu segar UHT. Daripada 4 orang anak, hanya 1 orang sahaja yang minum susu formula.
Ads
Jadi saya terbiasa mencari/survey harga susu. Jika di Australia dulu, 1L susu Devondale dijual dengan harga AUD$1 ada masanya 90sen saja, di Malaysia ini harga RM6 dikira murah. Di Shopee pun biasa dijual dengan harga begini juga. Kedai runcit tak jual pula jenama ni.
Kebanyakan masa saya kena beli susu Dutch Lady yang paling mudah dijumpai di kedai atau pasaraya, biasa dijual pada harga lebih kurang RM5.80 sekotak jika beli sedozen. Kalau beli di kedai runcit atau mart, biasa lebih RM6.30 harganya.
Ya, sangat elok. Tiada gula tambahan sepertimana susu formula tu. Dan disebabkan anak-anak minum menerusi gelas, bukan dengan botol susu/puting, gigi jadi elok. Alhamdulillah.
Khasiat? Ya, berkhasiat. Semulajadi. Kenyang pun kenyang. Syaratnya beli penuh krim (full cream) ye.
Saja share. Saya kalau buat kopi, teh atau minuman coklat, saya guna susu segar UHT ni. Tak guna susu pekat manis. Cubalah.
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuih Lompang Labu, Warna Kuning Keemasan Pikat Selera Anak Nak Makan
Kuih lompang labu boleh dicuba sebagai menu kuih muih untuk dihidangkan pada anak-anak. Sama ada untuk sarapan pagi mahupun minum petang, kuih lompang labu ini antara alternatif menu yang sesuai dinikmati anak-anak yang cerewet perihal makanan.
Warna kuning pada kuih lompang mampu menarik perhatian anak-anak untuk makan. Buah labu banyak khasiatnya untuk anak-anak. Jadi mama boleh mula perkenalkan anak makan sajian berasaskan buah labu.
Biasanya labu kita jadikan cekodok, apam, kuih lapis atau dimasak bersama sayur. Rupanya boleh juga diadun dalam adunan lompang. Sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian Mak Frida @ fridajoincoffee ini. Pasti puas hati.
1. Kisar halus labu yang dikukus tadi hingga menjadi puri.
2. Satukan puri labu, tepung beras, tepung jagung dan gula pasir. Adun sebati sambil dimasukkan air. Pastikan sebati dan tidak berketul.
3. Ambil acuan lompang dan oleskan sedikit minyak. Panaskan juga periuk kukusan sehingga mendidih dan naik wap.
4. Tuang adunan lompang ke dalam acuan hingga penuh. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
5. Keluarkan kuih lompang dari acuan dan letakkan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam dengan secukupnya. Hidangkan.
Buah-buahan dan sayur-sayuran terdapat dalam pelbagai warna. Setiap warna mempunyai keunikan tersendiri dalam melindungi penyakit. Bahan ini dikenali sebagai fitokimia. Fitokimia inilah yang memberikan warna yang menyerlah pada buah-buahan dan sayur-sayuran
APAKAH FUNGSI FITOKIMIA?
Selain daripada membekalkan warna yang menarik pada buah dan sayur, fitokimia juga berfungsi sebagai antioksida semula jadi yang berupaya untuk mencegah penyakit tertentu seperti kanser dan penyakit jantung serta meningkatkan sistem pertahanan badan.
Fitokimia yang terdapat di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan adalah seperti:
*Lycopene
*Anthocyanins
*Beta-karotin
APA ADA DALAM WARNA?
Kuning/Jingga
Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning-jingga kaya dengan karotenoid yang dikenali sebagai beta-karotin. Beta-karotin akan ditukar menjadi vitamin A.
Beta-karotin yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna kuning-jingga seperti keledek, lobak merah dan labu membantu dalam peningkatan sistem pertahanan tubuh dan kesihatan mata.
Sikap tegas mak ayah bertukar garang sebenarnya kerana emosi. Jika diikutkan tegas dan garang sangatlah ketara bezanya. Dalam kamus, istilah tegas bererti jelas, terang dan lantang. Manakala garang pula bermakna menyerang dengan buasnya atau marah-marah dengan bengisnya.
Mak ayah tak ada ler sampai garang gitu sekali kan. Nak bertegas dengan anak demi kebaikan anak tak ada masalah. Tapi yang ramai silap hari ini adalah terlampau garang sehingga anak jadi perit. Jom kita tengok 4 perkara pencetus garang yang dikongsikan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.
1.Menjerit-jerit
Lupa nak perlahankan volume suara, maklum banyak tenaga yang datang dari emosi sebab rasa macam tidak dipercayai atau dikhianati. Apa pun perasaan kita, kawal sebaik mungkin volume suara. Guna nada profesional seperti pembaca berita. Suara diaorang serius namun mesra walau sedang membaca berita yang lucu.
Ingatkan diri sendiri bahawa Allah tegur kita dalam surah al-Hujurat:2 supaya tidak angkat suara melebihi suara nabi. Begitu juga ingatan Allah dalam surah Luqman:19 tentang suara keldai meringkik.
2. Lupa nak tarik nafas dan senyum
Bila rasa tercabar sikit mak ayah akan cepat tarik muka sepatutnya kena tarik nafas dulu. Fikir dulu kita yang kena kawal anak sebab anak tak faham, anak degil, anak terpengaruh dengan kawan dan sebagainya. Kita lupa bahawa satu-satunya insan yang kita boleh kawal adalah diri sendiri. Bila tak dapat kawal muka kita jadi bengis, masam kelat, kening berkerut, mata jadi bulat besar, hodoh jadi nya!.
Apa yang kita pamerkan itulah yang kita dapat. Anak tengok anak jadi takut terciptalah jurang antara mak ayah dan anak, Imam Ghazali pernah berpesan untuk kita lihat wajah kita sendiri di cermin sebagai kaedah kawal diri ketika rasa nak marah-marah.
3. Lupa niat; nak terang atau nak serang
Mak ayah sering lupa kita adalah pembimbing anak, kita bukan hakim yang kena menghukum anak sepanjang masa. Nabi pun ajar kita untuk bimbing anak selama 3 tahun supaya menguasai ibadah solat, nak jadikan solat sebagai budaya diri, 3 tahun adalah tempoh yang panjang dan dalam tempoh yang panjang itulah kita akan ulang, terang, jelaskan, tunjukkan berulang kali.
Lepas 3 tahun yang setiap hari 5 kali proses mengulang menerang berlaku pun tak jalan juga barulah dirotan anak itu. Bila kita lupa peranan kita pada anak, hati mudah jengkel dan bosan, mulalah kita rasa anak ni lembap ke, tak faham-faham ke, kita mula bandingkan dengan anak orang lain ataupun bandingkan diri kita dulu-dulu, masa kecik dulu kita cepat faham, cepat patuh dan cepat taat padahal kita perasan je tu, akhirnya dengan anak cepat je nak serang dan mudahnya jadi garang.
4. Lupa anak kita bukan milik kita
Kita sering lupa bahawa Allahlah yang merancang perjalanan hidup kita. Allah sentiasa melihat dan menilai respon kita pada perancangan-Nya yang kudus itu. Anak-anak kita adalah milik Allah. Allah pinjamkan pada kita untuk kita urus anak sebagaimana yang dikehendaki oleh pemiliknya. Anak kita bukan juga hamba kita, bukan pula sumber kebanggaan mutlak, tetapi dia adalah jambatan dan jalan untuk meraih reda Allah. Anak -anak merupakan asbab untuk capai keredaan dan kasih sayang Allah.
Sumber: Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membesarkan anak-anak kebanyakan difokuskan kepada cara didikan ibu sahaja. Sama ada anak itu jadi orang atau tuan. Namun dalam hal ini, peranan ayah juga sama pentingnya.
Sebab itu, didikan ibu bapa penting. Bapa tak boleh serahkan bulat-bulat pada ibu untuk urusan mendidik kerana beranggapan ayah dah keluar cari nafkah.
Mahu anak hebat, kerjasama dua pihak penting. Berikut disenaraikan ciri ayah yang hebat di mata anak dan isteri kita seperti yang dibincangkan oleh Taufiq Razif.
Siapakah Ayah Yang Hebat?
Ayah yang hebat adalah ayah yang tak terlalu keras tetapi tak juga terlalu lembut dengan anak anaknya
Ayah yang hebat adalah ayah yang tahu bila anaknya perlukan perhatian dan belaian walau hanya daripada mimik muka dan bahasa tubuh badan
Ayah yang hebat adalah ayah yang nak anak anaknya mencintai Allah melebihi cinta anak anak kepada dirinya
Ayah yang hebat adalah ayah yang selalu menyebut nama anak anaknya satu persatu di dalam doanya
Ayah yang hebat adalah ayah menjadi idola yang dirindukan anak anaknya walaupun ketika berpisah dan berjauhan
Ayah yang hebat adalah ayah yang mampu menyisihkan gajet dan smartphone di saat anak anak berada di depan matanya
Ayah yang hebat adalah ayah yang menjaga tutur kata di depan anak anaknya
Ayah yang baik adalah ayah yang selalu menunjukkan cara pergaulan yang terbaik dengan membantu ahli keluarganya
Ayah yang terbaik adalah ayah yang pandai berjenaka dan pandai mengambil hati anak anaknya
Ayah yang terbaik adalah ayah yang menunjukkan cara yang terbaik untuk menjadi ketua keluarga yang dicintai oleh seluruh ahli keluarganya.
Jom jadi ayah yang hebat dan terbaik untuk anak-anak kita!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.