Ibu Kalau Perlu Menangis, Menangislah. Cara Ni Paling Cepat Tenangkan Diri

Share

Kadang kala menangis boleh buatkan emosi seorang itu tenang. Begitu juga bagi seorang wanita bergelar ibu. Memang secara luarannya nampak kita kuat tapi dalam hati siapa tahu kan.

Melalui perkongsian Puan Nadia Bakar, ibu adalah individu hebat. Cuma jika sampai pada tahap tertentu, kita juga kena mengalah. Mengalah tak semestinya kita lemah cuma ia adalah cara kita luahkan apa yang terbuku di hati.

Dulu, saya ingatkan orang yang suka menangis, si cengeng, si cembeng ni lemah dalam ujian hidup. Rupa-rupanya saya silap!

Ibu,
Kalau perlu menangis kerana penat dan lelah, emosi yang berat tak tertanggung, menangislah. Menangislah.

Kita hanya manusia biasa yang dikurniakan Tuhan dengan pelbagai emosi.

KITA BUKAN SUPERWOMAN.
NO SUCH THING AS SUPERWOMAN.

Nampak gagah di depan khalayak, nampak seperti “I’m always fine.”
Sedangkan hakikat yang sebenarnya, kita selalu menangis, memendam seorang diri. Kita takut dikatakan kita lemah, sedangkan Tuhan dah buat cukup cantik diri kita ni pakej sekali dengan emosi sedih tu.

Ambil masa untuk menangis, lepaskan segala yang terbuku di dada. Di depan anak-anak pun tak mengapa, langsung tak jadi dosa.

Supaya anak-anak kita belajar mengenal jenis-jenis emosi. Supaya mereka tahu ibu juga manusia yang sama seperti mereka.

Dari situ anak-anak juga belajar cara untuk meluahkan perasaan sebagai seorang yang namanya manusia dan mereka akan belajar jadi manusia yang lebih fleksibel. Mudah mengerti situasi orang lain.

Tidaklah bila anak dah besar nanti dia hilang simpati dan empati pada ibu sendiri. Melarat pula kepada orang lain kerana tersalah judgement.

Waktu tu juga jangan pula kita pelik kenapa anak-anak tak terfikir pun nak temankan kita yang sendirian di rumah menghabiskan sisa-sisa hidup.

Kerana yang dia tahu ibunya sentiasa okay, kuat, superwoman. Semuanya ibu boleh selesaikan sendiri tanpa bantuan orang lain.

Ini kisah benar yang saya nampak sendiri.

** Antara intipati yang saya dapat daripada talk Dr Siti Rohana hari tu.

Minta tolong sampaikan kepada wanita yang kita sayangi. Mungkin ramai yang belum tahu.

Wanita sentiasa memperkasakan wanita, bukan?

Sumber: Nadia Bakar

IKLAN