Ibu Kembar 4 Kongsi Tip Urus Anak Kembar. Mesti Bersedia Awal & Buat Jadual

Share

Dikurniakan kandungan/ anak kembar ialah kurniaan terindah dari yang Maha Esa. Persediaan awal dan perancangan amat penting  untuk memastikan penjagaan dan pengurusan bayi selepas dilahirkan berjalan dengan baik.

Ibu kembar 4 yang dinamakan Firas, Noah, Farouq dan Naaz ini Puan Sha.rissa berkongsi tentang persediaan dan pengurusan  yang dilakukan untuk memastikan si kecil mendapat penjagaan yang baik. Katanya situasi menjaga anak kembar lebih mencabar.

sha.rissa Raising multiple newborns (for any soon-to-be parent of multiples)

Everyone’s situation is different. But perhaps a couple of my tips can help someone that is going through the same.

#1: PERSEDIAAN AWAL

Kebanyakan bayi kembar lahir awal dan ibu yang hamil kembar disarankan untuk rehat (bed rest). Lebih baik beli barangan anak-anak lebih awal terutamanya secara atas talian.
Preparation. Most multiples arrive early and many women were advised to bed rest. So buy baby supplies ahead of time while you’re pregnant (online promotions).

#2: SUSUN KELENGKAPAN SECARA TERATUR DALAM BEG BERZIP

Susun setiap set pakaian pakaian bayi (baju, seluar, sarung tangan, topi & stoking) dalam keadaan teratur dan tersusun supaya mudah digunakan. Ibu ini mencadangkan untuk meletakkan di dalam beg plastik berzip dan sediakan pek tambahan di dalam beg berlainan.
Organize. Put entire outfit for each of them in a sealed bag. Stand by your spare in a separate bag.

#3: BUAT CATATAN

Mesti buat catatan penting hampir semua perkara. Pengurusan ini sangat mustahak seperti bayi yanng sudah menyusu dan siap yang telah ditukar lampin. Buat senarai dan wujudkan kalendar serta reminder di telefon.
Taking notes. Write down everything. From which baby just nursed to whose diaper was changed last. Make lists, have a calendar and set reminders.

#4: DAPATKAN BANTUAN AHLI KELUARGA

Dapatkan bantuan daripada ahli keluarga. Gunakan botol susu supaya ahli keluarga boleh membantu dalam. Biasanya apabila bayi kedua dan ketiga kenyang dan disendawakan, bayi pertama akan mula lapar. Pusingan penyusuan akan berterusan.
Enlist the help of family. Use milk bottles so that your family/partner can help. By the time the second or third baby has been fed and burped, the first one often hungry. And the cycle begins all over again.

#5: SENTIASA BERKOMUNIKASI DENGAN PASANGAN

Pastikan sentiasa berkomunikasi dengan pasangan. Buat giliran untuk menjaga anak. Misalnya di waktu malam siapa tidur lebih pada malam tersebut dan bergilir. Suaminya bagaimana pun memberikan peluang untuk dia tidur 4-5 jam dan mengambil alih tugas.
Constantly communicate with your partner. Take turns to give someone some continuous sleep. (He’s in charge of night duties and will let me sleep for 4-5 hours)

Sumber: sha.rissa

IKLAN