Hati Ibu mana yang tidak tersentuh saat ditanya tentang keadaan diri anak yang merasakan dirinya tidak sesempurna kanak-kanak lain. Hanya jawapan mengatakan dirinya dilahirkan istimewa mampu dijawab oleh Siti Nur Aisyah Mdh Yusof tatkala anak bongsunya, Nur Ardhania Firha Mohd Fiqri yang menghidap Sindrom Apert mengajukan soalan tersebut.
Memandangkan Nur Ardhania, 3, masih kecil dan belum mengerti, Siti Nur Aisyah hanya menjawab pertanyaan itu dengan mengatakan dia dilahirkan sebegitu sebagai insan istimewa.
Pitam selepas doktor beritahu bayi bakal lahir mungkin tak normal
Menceritakan pengalamannya, Siti Nur Aisyah, 31, berkata, dia dimaklumkan doktor mengenai perkembangan bayi di perutnya yang kemungkinan tidak normal apabila dilahirkan sewaktu kandungan berusia 25 minggu.
Katanya, perkhabaran itu membuatkannya pitam kerana terkejut, namun dia tidak terus berduka sebaliknya menerima kenyataan dengan reda.
Baginya, Nur Ardhania adalah anugerah Allah dan amanah perlu dijaga dengan baik, sama seperti empat anak lain.
“Memang terkejut apabila doktor memberitahu saya mengenai keadaan Nur Ardhania sebelum melahirkannya kerana tiada ahli keluarga saya mempunyai masalah berkenaan.
Ads
“Bagaimanapun, rasa sedih itu cuma sementara kerana selepas melahirkannya dan hingga kini, saya dapat menerima serta mengakui dia anak mudah dijaga.
“Alhamdulillah, anak saya yang lain dan seluruh keluarga dapat menerima Nur Ardhania, tetapi ada segelintir individu memandangnya dengan pelik apabila saya membawa membawanya ke klinik,” kata Siti Nur Aisyah dalam laporan akbar Harian Metro.
Jari kaki & tangan bercantum
Siti Nur Aisyah yang menetap di Nilai,Negeri Sembilan berkata, penyakit itu menyebabkan jari kedua-dua belah kaki dan tangan Nur Ardhania bercantum, mempunyai tempurung kepala tidak normal dan saluran pernafasan sempit.
Ads
Beliau berkata, namun jari tangan Nur Ardhania kembali normal selepas menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 2018 dan tahun lalu manakala kakinya masih dalam keadaan sama.
Menurutnya, Nur Ardhania tiada masalah untuk makan dan minum atau menguruskan dirinya sendiri, tetapi perlu bersiap sedia kerana doktor memberitahu dia perlu menjalani beberapa pembedahan dari semasa ke semasa.
“Pada 20 Julai nanti, satu lagi pembedahan akan dijalankan di PPUM bagi membesarkan tempurung kepala supaya otaknya berkembang.
“Pembedahan itu membabitkan kos RM46,800 dan Alhamdulillah, ramai menyumbang hingga dana diperlukan mencukupi selepas salah seorang rakan memuat naik kisah anak saya di laman sosial.
Ads
“Terima kasih kepada semua yang membantu, hanya Allah saja dapat membalas kebaikan anda semua,” katanya.
Sokongan daripada keluarga dan kumpulan sokongan ibu bapa lain
Siti Aisyah berkata, selain suami, Mohd Fiqri Buang, 33, serta keluarga, dia turut mendapat sokongan daripada kumpulan sokongan terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak dengan penyakit sama.
Menurutnya, selain doktor, bahan bacaan dan carian di Internet, dia bertanya dengan rakan dalam kumpulan sokongan jika ada sebarang kemusykilan.
Katanya, mereka saling menyokong antara satu sama lain dan diharapkan ibu bapa mempunyai anak dengan penyakit sama tidak bersedih kerana mereka tidak berseorangan.
Mesti ramai ibu ayah biasa bagi anak ubat guna picagari yang sama tanpa dibasuh bila nak celup pada ubat lain kan? Oleh kerana kita mengejar masa dan untuk mengelakkan daripada si kecil menangis dan meragam semasa proses pemberian ubat maka kita tidak membasuh picagari tersebut.
Yang penting ubat tersebut selamat masuk ke dalam mulut anak! Tanpa sedar cara kita itu sebenarnya boleh menyebabkan kontaminasi atau pencemaran berlaku. Cuba kita baca penerangan dari Fahmi Hassan, seorang pegawai farmasi yang telah berkongsi mengenai cara betul beri ubat kepada anak serta berapa lama ubat tersebut boleh disimpan.
Bagi saya tiada masalah untuk beri anak ubat ikut cara yang beliau tulis. Ia lebih menjamin kebersihan ubat.
Cuma alasan yang diberi tidak begitu tepat serta ada beberapa isu penting yang perlu diberi perhatian
1. Tiada masalah untuk mencelup dan menarik keluar ubat terus dari botol menggunakan picagari yang BERSIH.
2. Sekiranya ada beberapa jenis ubat, bilas dan keringkan picagari sebelum digunakan untuk ubat yang lain.
3. Gunakan picagari yang sama tanpa dibasuh boleh sebabkan kontaminasi. Selain itu, mungkin berlaku tindakbalas di antara ubat.
4. Tidak perlu tuang dulu di dalam ‘cup’ plastik sebelum disedut menggunakan picagari terutamanya ubat antibiotik. Ini kerana biasanya ubat antibiotik diberi mengikut kiraan dos cukup untuk 5 hari hingga seminggu. Jika dituang di dalam ‘cup’ plastik sebelum disedut dan bakinya dibuang, dos tak akan cukup sehingga tamat rawtan.
5. Tarikh luput ubat berbeza untuk setiap ubat. Tidak semua ubat boleh disimpan didalam peti sejuk. Ini mungkin boleh merosakkan ubat.
6. Menyimpan ubat di dalam peti sejuk tidak memanjangkan tarikh luput. Untuk bacaan mengenai berapa lama boleh simpan ubat, baca di blog saya: Berapa Lama Boleh Simpan Ubat?
7. Rujuk gambar kedua yang saya sertakan. Ia perlu dibaca bersama penulisan di blog saya.
Anak kerap demam, batuk dan selsema terutama pada hujung tahun dimana cuaca tidak menentu. Hujan dan panas setiap hari boleh mempengaruhi kesihatan anak-anak. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa buntu apabila anak mula sakit.
Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan telah berkongsi pengalaman dimana anaknya telah jatuh sakit dan beliau telah berkongsi 10 tip penjagaan anak yang sedang sakit di laman facebook miliknya. Ikuti perkongsian beliau.
10 TIPS PENJAGAAN ANAK BATUK & SELESEMA
Anak saya sakit. Demam, batuk dan selesema. 2 hari di wad, kemudian semalam discaj. Perlu sambung rawatan di rumah.
Sekarang ni musim tengkujuh, dan ramai yang datang ke klinik saya bawa anak-anak demam, batuk selsema. Ada yang dah agak teruk.
Jadi, ada kemungkinan saya bawa balik kuman dari pesakit-pesakit pulang ke rumah, lalu ia menjangkiti anak saya. Ini kecuaian saya.
Apapun, ini saya beri beberapa tips penjagaan anak yang telah mendapat jangkitan pada salur pernafasan;
1. Perbanyakkan minum air kosong. Air diperlukan agar kahak tidak terlalu pekat. Ia juga boleh melegakan tekak yang kering.
2. Elakkan makanan atau minuman yang boleh sebabkan iritasi pada tekak seperti makanan pedas/berempah dan berminyak.
3. Boleh ambil buah-buahan yang kaya Vitamin C dan madu (setahun ke atas). Bayi bawah enam bulan, tak usah beri selain susu badan/formula.
4. Bawa jumpa doktor jika simptom berterusan lebih 3 hari. Makan ubat yang diberi mengikut ketetapan yang ditentukan oleh doktor/ahli farmasi.
5. Jika doktor saran kuarantin anak, maka tak usah bawa mereka ke tempat awam. Tak usah juga hantar ke sekolah. Khuatir janggkiti orang lain.
6. Jika terpaksa ke tempat awam, maka pakaikan anak topeng penutup mulut untuk kurangkan risiko menjangkiti orang lain.
7. Boleh ambil pelalian(vaksinasi) terhadap influenza. Ia memberi sedikit perlindungan daripada jangkitan virus influenza. Perlindungan bertahan setahun.
8. Jika anda petugas kesihatan, pastikan anda bersih diri sebaik sahaja pulang ke rumah. Tak usah terus bertandang pada anak-anak.
9. Jika anda seorang perokok, maka ini masa baik untuk mula usaha berhenti merokok. Demi kesihatan anak, isteri dan anda sendiri.
10. Selain ubat, anak yang sakit perlu diberi lebih perhatian dan kasih sayang. Suami pula jangan lupa manjakan si isteri yang jaga anak tu. Hehe.
Semoga bermanfaat! Saya doakan semua yang sakit akan dikurniakan semula kesembuhan secepat ya!
Proses kelahiran yang lancar menjadi idaman semua wanita. Keputusan yang tepat sebelum bersalin dengan mengambil kira nyawa ibu dan anak amat membantu mengelakkan kejadian tidak diingini.
Pengalaman ibu ini ketika bersalin menggunakan kaedah gentle birth bersama doula dengan pasukan doktor dan jururawat yang bersedia boleh dijadikan iktibar untuk semua.
Fall ini love dengan konsep Gentle Birth & Water Birth
Tidak mahu risikokan anak atau nyawa sendiri. Ada doktor pakar & doula tidak campur tangan sebarang keputusan
Doula bakal doktor, ada latarbelakang medical. Doktor & nurse standby
Prolonged labour 36 jam, bayi dan engage, turun naik balik. Nadi bayi tak stabil, doktor cadangkan untuk vakum
Detik cemas, 5 kali vakum bayi tidak dapat dikeluarkan. Doktor siap pacak kaki pada katil untuk vakum.
Proceed dengan episiotomy & forseps
Bayi 4.04kg! birthing canal kecil menyebabkan bayi turun naik
Doula boleh hadir sebagai peneman. Bukan satu-satunya yang mengganti doktor
Bayangkan kalau di rumah, mana nak tahu baby too big. Allahu nak fikir pun tak sanggup!
Demam adalah reaksi semula jadi tubuh dalam melawan jangkitan, sama ada disebabkan oleh virus atau bakteria. Walaupun ia sering dianggap perkara biasa, ramai ibu...