Perubahan hormon yang berlaku selepas bersalin membuatkan ibu merasa tidak keruan. Perubahan badan yang bermacam ragam ini kalanya mendatangkan kerunsingan buat ibu. Mulalah ibu fikir macam-macam.
Apa sebabnya? Umumnya, keadaan ini berlaku pada ibu yang menyusukan anak mereka. Faktor hormon dan beberapa punca lain boleh menyebabkan gejala muncul pada ibu yang baru melahirkan anak.
1. Perubahan hormon dalam tubuh
Keadaan badan ibu selepas bersalin berubah secara drastik menyebabkan rembesan peluh berlebihan pada waktu malam. Jangan risau, ini bukan petanda buruk. Keadaan seperti ini akan berubah mengikut peredaran masa.
Dalam badan wanita hamil, hormon progesteron dan estrogen dihasilkan secara besar-besaran untuk menyokong pertumbuhan janin. Selepas bersalin, paras kedua-dua hormon ini serta-merta menurun dengan ketara. Turun naik hormon seperti ini mengubah suhu badan ibu, menyebabkan peluh berlebihan pada waktu malam.
2. Menyingkirkan simpanan air dalam badan
Ads
Semasa mengandung, tubuh ibu menyimpan banyak cecair di dalam badan. Tujuannya adalah untuk menyokong perkembangan janin di dalam rahim.
Selepas bersalin, cecair berlebihan ini sudah tentu tidak diperlukan lagi. Jadi, cecair tersebut akan dikumuhkan melalui kelenjar peluh dan air kencing secara besar-besaran selepas bersalin.
3. Hamil bayi kembar atau lebih
Punca seterusnya berpeluh malam selepas bersalin ialah mengandung anak kembar. Ibu yang mengandung anak kembar atau lebih biasanya mengeluarkan lebih banyak darah, membuatkan mereka lebih mudah berpeluh selepas bersalin seperti ini.
4. Penyusuan menyebabkan peluh malam
Ads
Ibu yang menyusukan bayi berkemungkinan mengalami perkara yang sama kerana proses penyusuan akan menyekat pengeluaran hormon estrogen, seterusnya menyebabkan rembesan peluh yang berlebihan.
5. Kekurangan cecair semasa mengandung
Jika ibu mengalami pengekalan cecair atau edema semasa kehamilan, terdapat potensi untuk lebih banyak peluh keluar. Pengekalan air atau edema adalah keadaan di mana badan menyimpan terlalu banyak air.
Ibu yang mengalami peluh selepas bersalin biasanya berpeluh secara berlebihan pada waktu siang dan malam selepas bersalin. Ini adalah mekanisme semula jadi badan di mana cecair berlebihan yang menyokong badan ibu dan janin semasa mengandung dikeluarkan.
Beberapa simptom lain yang disertakan termasuk:
Ads
* Bau badan yang kuat
* Kerap terjaga malam
* Terasa basah kuyup
* Cepat marah-marah
* Keletihan
Pun begitu, jika ibu selepas bersalin berpeluh dan mengalami ciri-ciri lain seperti demam atau pendarahan, sakit ketika membuang ai kecil dan sebagainya, segeralah berjumpa doktor.
Pastikan anda menghubungi doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang gejala berikut:
* Demam atau suhu badan melebihi 38 darjah Celsius
* Keputihan yang luar biasa atau berbau busuk
* Pembekuan darah besar atau pendarahan berwarna merah terang lebih dari tiga hari selepas melahirkan
* Sakit atau terbakar ketika membuang air kecil
* Kesakitan, kemerahan atau pendarahan di tempat luka atau jahitan
* Kawasan merah di dada dan terasa hangat
* Kejang yang teruk
* Kesukaran bernafas, pening atau pengsan
* Berasa sangat tertekan atau cemas
Ibu yang peluh ketika malam hari selepas bersalin secara amnya akan berhenti dengan sendiri kerana keadaan fizikal anda semakin stabil. Walau bagaimanapun, jika peluh berlebihan disertai dengan gejala lain, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor!
Setiap benda yang kita kenalkan atau buatkan untuk anak-anak, kena step by step, untuk bagi biasakan anak kita dengan benda baru, termasuklah memberus gigi.
0-6 BULAN
Pada masa ini biasanya anak belum tumbuh gigi. Tetapi gusi anak juga perlu dibersihkan. Mudah sahaja. Ambil kain lampin, lembapkan, kemudian balut pada jari kelingking. Sapukan pada gusi atas dan bawah bayi kita. Bersihkan sisi susu. Mudah kan?
6-18 BULAN
Gigi sudah mula tumbuh. Ada yang seawal umur 6 bulan sudah ada 4 batang gigi susu di depan. Jangan abaikan. Ada beberapa cara:
1] Sebagai permulaan, gunakan kaedah lampin tadi. Pastikan semua permukaan gigi dibersihkan.
2] Gunakan ‘finger toothbrush’. Mudah untuk bersihkan gigi depan.
3] Kalau gigi sudah banyak, terutamanya gigi geraham dah tumbuh, boleh tukar kepada berus gigi kanak-kanak.
Pada masa ini, perlahan-lahan kenalkan ubat gigi. Terpulang nak guna ubat gigi yang mana. Yang ada flourida lagi bagus. Ibu bapa mesti buatkan. Tolong gosokkan. Kalau tak, ubat gigi hanya jadi mainan atau makanan.
18-36 BULAN (1 1/2- 3 TAHUN)
Pada masa ini, gigi susu sudah tumbuh keluar semua. 20 batang semuanya.
1] Sudah wajib gunakan berus gigi kanak-kanak dan sudah dibiasakan dengan ubat gigi.
2] Ibu bapa wajib gosokkan gigi anak. Tak boleh biarkan mereka gosok sendiri.
3] Wajib gosok semua permukaan gigi. Termasuk gigi geraham dan belakang gigi.
4] Hendak diikutkan, mesti gunakan ubat gigi berflourida. Sebab itu ibu bapa yang perlu gosokkan. Untuk elak anak tertelan. Dan wajib gunakan ubat gigi hanya satu lapisan nipis sahaja.
3-6 TAHUN
Pada masa ini, ibu bapa masih lagi perlu gosokkan gigi anak. Perlahan-lahan biarkan mereka buat sendiri tapi haruslah DIPANTAU. Bukan ditinggalkan mereka menggosok sendiri. Gosok gigi bersama.
Pada masa ini juga ajar anak meludah dan berkumur. Jangan lengahkan lagi untuk gunakan ubat gigi berflourida. Sebab itu peringkat umur begini sama ada mereka DIBANTU atau DIPANTAU cara-cara mereka menggosok gigi.
Baru bergelar ibu, seribu satu macam perasaan mula muncul dalam fikiran. Rasa bimbang, celaru, resah dan terlalu risaukan pada bermacam hal terutama pada bayi yang dilahirkan. Inilah yang dilalui oleh wanita yang baru beberapa bergelar ibu. Dan kecelaruan emosi dan bimbang terlampau inilah yang turut dilalui Erynne Erynna.
Pelakon berbakat ini selamat melahirkan bayi perempuannya, Medinah pada 9 Ogos lalu pada jam 2:31 pagi. Erynne Erynna atau nama sebenarnya, Syazlynne Erynne Abdullah yang terkenal dengan lakonan hebat sewaktu zaman ciliknya melahirkan Medinah secara normal.
Berkongsi perasaannya selepas hampir tiga minggu bergelar ibu, Erynne mengakui dia terlalu bimbangkan perihal anak sulungnya, Medinah. Inilah rasa hati seorang ibu.
Today i nak share apa perasaan i, first time being a mom. To be honest, its indescribable. Susah nak explain satu per satu but what i can say, now the one main thing is that all i want is the best for my dear Medinah dari segala segi, Insya’Allah.
And masa first week lepas bersalin i am so emotional, tersangat risau over Medinah, its like kalau jaundice dia tak turun ke, dia ada rashes ke, tersedak ke, hiccups ke apa ke mesti jantung tu laju je sebab risau and takut.
Then kadang tu doa sampai cry sebab ikhlas betul la hati ni pohon doa supaya semuanya baik baik untuk Medinah. Then i told my mama, what i felt then she said its normal lepas bersalin mesti rasa macam tu + kita punya hormones tukar and penat lagi semua, so bila dengar macam tu lega sikit sebab not only me who felt like that and go through that but ada orang lain yang rasa dan lalui benda sama juga.
Sebab tu husband and family kene banyak support and menolong as my mama said, sebab kita dah kerah sehabis tenaga masa bersalin so we need lots of rest for a time being.
And husband kene banyaklah bersabar, sebab emotion orang lepas bersalin kadang ada yang tak tentu kan and yes setiap orang tu berbeza. Mungkin i rasa macam ni, orang lain rasa macam tu pula.
Belajar setiap hari untuk jadi ibu terbaik
Hampir tiga minggu menjadi ibu, resah dan kebimbangan yang dialami pelakon hebat ini semakin berkurangan malah semakin yakin saat mempelajari banyak benda kala menjaga Medinah setiap hari.
Berkongsi cerita dan pengalaman pertama menjadi ibu, Erynne mengakui dia dan suami agak kelam kabut pada awalnya dalam menguruskan Medinah. Semuanya masih baru dan tidak terbiasa dengan jadual yang baru. Lama kelamaan barulah semuanya berjalan lancar dan makin yakin mengendalikan keperluan Medinah setiap hari.
So after awhile, dah masuk second week ni alhamdulillah my emotions and feelings are getting lot better, i somehow know how to control and calm myself down. And the best part is me and my husband we learn each and every single day on how to be a parents, how to manage our dearest Medinah, our time and everything.
Yes, mula mula tu memang macam kelam kabut i must admit that, like mana nak bagi susu, mana nak salin pampers lagi, nak mandi lagi, nak kemas lagi itu ini semua, so you can try to imagine but its okay cause everyday is a learning process, i learn that its okay to make mistake sebab dari situ kita akan lagi cepat belajar dan tahu.
And luckily ada my mama whom i am so grateful to have sebab mama la banyak sangat membantu us dari jaga Medinah sampailah jaga i dalam pantang ni. Thank you so much Mama for always being there no matter what
EPISOD 1 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA MALAM INI!
Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda. Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Saksikan episod pertama dengan topik Anak Legasi Masa Depan pada 26 Ogos 2020 ini, jam 9 malam.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.