Lepas bersalin memang bukan mudah untuk menurunkan berat badan bagi sesetengah ibu. Mungkin ada yang bernasib baik sebaik sahaja lepas pantang boleh dapat kembali bentuk badan normal atau mungkin lebih langsing berbanding sebelum bersalin.
Penyanyi terkenal dengan lagu-lagu rancak, Stancy turut memberitahu yang dia mengambil masa setahun untuk menurunkan berat badannya selepas melahirkan anak pertama, Eshaal.
Semasa mengandung berat badannya mencecah sehingga 70 kilogram, selepas setahun melahirkan anak beratnya turun 50 kilogram.
Agaknya macam mana cara Stacy turunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa setahun ya?
Ads
Melihat di laman Instagram peribadi isteri kepada penyanyi Akim Ahmad ini ternyata komited berkunjung ke gimnasium bagi melakukan ‘work out’ untuk mendapatkan kembali bentuk badan ideal selain untuk mengembalikan staminanya semula.
Ternyata usahanya rajin bersenam di gimnasium berjaya membuahkan hasil apabila dapat mengurangkan 20 kilogram lebihan berat badan yang terkumpul semasa mengandung.
Ads
Disiplin Berpantang
Selain daripada itu, Stacy juga mengakui amalan berpantang mengikut cara orang Semenanjung selepas bersalin turut membantu dirinya dapat menurunkan berat badan.
Ads
Bagaimanapun Stacy mengakui tidak mengamalkan sebarang diet atau menahan diri daripada makan nasi. Dia makan apa sahaja yang diinginkan tanpa sebarang pantang kerana percaya yang penting adalah amalan bersenam.
Stacy mengakui stamina dirinya lebih baik dan bertenaga selepas mengamalkan rutin senaman di gimnasium jika dibandingkan sebelum mengandung. Penyanyi ini bagaimanapun memberitahu tujuan utama bersenam di gimnasium lebih kepada untuk mendapatkan stamina supaya mudah membuat persembahan nyanyian berbanding untuk kurus semata-mata.
Sumber: stacyanam & Mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak demam, apa nak buat? Kita dah bagi ubat, nak tunggu lagi 6 jam untuk dos seterusnya, demam anak masih tinggi. Buntu dah kita nak buat apa.
Kadang, demam tu bagus, tanda body tengah lawan jangkitan kuman dalam badan anak. Dan kita pun kena bantu body anak, dengan tambah lagi makan minum yang boleh kuatkan imuniti.
Doktor ini berkongsi cara yang selalu dilakukan olehnya untuk merawat anak demam.
Korang boleh cuba apa yang saya selalu buat. Alhamdulillah, selalunya tak sampai 24 jam, suhu badan anak dah kembali normal, Allah izinkan. Paling lama pun, biasanya tak sampai 3 hari.
Korang boleh try k.
1. Air, air dan air. – Air kelapa dan air putih, mesti kena ambil. – Air kelapa boleh bagi setiap 1 – 3 jam. Sikit tetapi kerap. – Kalau makan ubat, jarakkan 1 – 2 jam dari air kelapa.
2. Pakaikan baju dan seluar longgar. Kadang saya tak pakaikan baju pada anak, hanya seluar pendek.
3. Basahkan kain dengan air suam dan letak di kepala dan bahagian pelipat, ketiak, leher, belakang telinga. – Kalau anak tak suka letak kain basah, ambil botol spray, dan spray air suam pada anak terutama bahagian pelipat.
4. Rendam magnesium atau epsom salt. – Anak akan segar dan cepat kebah. Sangat berkesan untuk anak saya, dengan izin Allah, alhamdulillah. – Buat 2 atau 3 kali sehari, dengan air suam.
5. Minyak zaitun, minyak kelapa, madu, air boabab. – Kalau hari biasa makan sekali sehari je, tapi bila anak demam boleh bagi 2 kali sehari. – Kalau hari biasa kita tak ambil, time anak demam bagi sekali sehari. – Boabab tinggi vitamin C untuk imuniti anak.
6. Skin to skin – Kalau anak masih baby, angkat anak letak atas badan ibu atau ayah, macam baru lepas bersalin. – Kalau anak dah besar, kita letak tapak tangan kita atas badan anak. – Emosi anak demam makin stabil bila kita kerap skin to skin.
7. Grounding – Waktu awal pagi atau lewat petang bila cuaca tak panas, bawak anak ke taman atau tempat berpasir. Pantai pun boleh.
8. Makanan bersup – Sup, singgang, tomyam, bubur. Anak tak lalu makan, dapat hirup kuah je pun jadi.
9. Tinggal makanan proses – Roti, biskut, susu, jajan, semua ni kena stop kejap kalau nak anak cepat sembuh.
10. Doa – Ini yang kena buat dulu. Doa dan solat hajat. Allah yang beri sakit pada anak, Allah jua yang beri penyembuhan pada anak.
Korang boleh cuba, mana yang serasi dengan korang. Tak semestinya kena buat semua k. Kadang saya hanya bagi air kelapa, rendam magnesium dan anak tak pakai baju. Kain basah semua tak buat pun. Eh anak dah sembuh esok pagi.
InsyaAllah kita cuba jaga usus anak supaya sihat selalu.
Selepas tujuh hari melahirkan bayi keduanya, selebriti media sosial, Aisyah Hijanah yang sering berkongsi ilmu keagamaan menerusi Instagramnya tampil berkongsi nama indah buat anaknya.
Sepakat memilih nama indah, Aisyah dan suaminya, Alif Teega tampil berkongsi pilihan nama buat putera sulung mereka.
Menerusi Instagramnya kata Aisyah, menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memberikan nama yang baik buat anak-anak.
“Alhamdulillah masuk hari ke 7 kelahiran, hari yang sunnah diberikan nama untuk putera sulung kami. Satu amanah untuk ibu bapa untuk diberikan nama yang baik untuk anak.
“Khususnya diambil dari nama Allah, nama Nabi & maksud yang baik. Bismillah…‘Mohd Hassan Syarif bin Mohd Hazalif’,” tulis Aisyah berkongsi.
Menerusi entri yang sama juga, ibu kepada Khadeejah Hijanah ini juga turut berkongsi makna disebalik nama pilihan mereka itu.
“Mohd adalah sempena nama Nabi Muhammad saw. Hassan pula sempena nama pahlawan Islam Turki yang teguh memegang panji Islam walau dipanah banyak kali & jasadnya kekal di atas tembok Konstantinopel (Hassan Ulubate).
“Dan juga, Hassan Ali diambil dari nama cucu sulung Nabi saw yang dalam riwayat, wajahnya paling mirip dengan Nabi saw.
“Syarif pula, bermaksud mulia yang kami mengharapkan putera kami ini diberikan kehidupan & kematian yang dimuliakan dr Allah, dijauhkan dari kezaliman manusia, jin & syaitan,” kongsinya lagi.
Tidak hanya berkongsi nama pada hari ketujuh kelahirannya, bahkan ibu cantik manis ini juga turut membingkiskan doa dan harapan buat anak lelakinya itu agar dipermudahkan perjalanan hidupnya dalam mencari reda Allah.
“Semoga Hassan menjadi anak yang soleh, lelaki yang berani & diberikan kebaikan di dunia & Akhirat. Diberikan jodoh yang terbaik di dunia Akhirat, diberi kekuatan dalam menimba ilmu & memanfaatkan ilmu.
“Dipilih menjadi lelaki yang syahid di Jalan Allah, anak yang taat & tegas. Diberikan qadar & qada’ yang terbaik buatnya. Doa yang baik-baik sentiasa buat Hassan Syarif & Khadeejah Hijanah,” katanya lagi.
Terdahulu, Aisyah selamat melahirkan anak keduanya pada 23 September lalu. Aisyah dan Alif turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Khadeejah Hijanah.
Bila anak dah tidur kita selalu dengar ada dengkuran dan nafas berbunyi. Kadang-kala kita rasa bunyi biasa. Tapi bila sudah terlalu kerap sesekali kita kena bawa anak kepada yang pakar. Ada sebabnya.
Menurut Dr Ezairy M.Sallih, doktor telinga, hidung dan tekak, nafas bayi yang berbunyi biasanya disebabkan oleh masalah ‘Laryngomalacia’. Malah ada beberapa perkara mama papa kena ambil tahu!
Nafas bayi berbunyi : Bahaya atau tidak?
“Anak saya ini semenjak lahir, kerap sangat berbunyi nafasnya. Bila menangis, masa tidur.. lagi kuat bunyinya. Kenapa, doktor?”
Ini info ringkas yang semua ibu bapa MESTI tahu.
1. ‘Laryngomalacia’ adalah masalah kongenital tisu larinks (kotak suara) di saluran pernafasan bahagian atas peti suara. Ini adalah masalah paling biasa ditemui di kalangan bayi yang mengalami masalah nafas berbunyi.
2. Struktur larinks yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan tisu sekitarnya jatuh dan menutupi di atas bukaan saluran pernafasan dan menghalang proses pernafasan!
3. Dalam kebanyakan kes, laryngomalacia pada bayi bukanlah keadaan yang terlalu serius. Maknanya, anak kita masih boleh bernafas, mereka juga dapat makan, minum dan mengalami tumbesaran seperti biasa. Bagi kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini, ia akan sembuh tanpa apa-apa spesifik pembedahan pada masa mereka berusia antara 18 hingga 20 bulan.
4. Walau bagaimanapun, ada peratusan kecil bayi yang mengalami laryngomalacia akan mempunyai masalah pernafasan, makan dan berat badan. Gejala-gejala ini memerlukan perhatian segera!
Sebab berlakunya masalah ini?
1. Penyebab sebenar laryngomalacia tidak diketahui. Relaksasi atau kekurangan kekuatan otot di saluran pernafasan kebiasaannya menjadi faktor. Ia biasa berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan.
2. Masalah ini biasanya berlaku semenjak lahir atau dalam bulan pertama usia. Reflux gastroesophageal (reflux GE) mungkin menyumbang kepada gejala masalah ini. Pernafasan berbunyi akan menjadi lebih teruk apabila bayi baring menelentang atau ketika menangis.
Apakah simptom dan gejala yang boleh dilihat pada anak-anak!
Sekiranya anak anda dilahirkan dengan laryngomalacia, gejala mungkin berlaku selepas lahir, dan boleh menjadi lebih jelas dalam beberapa minggu pertama kehidupan.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami laryngomalacia akan sembuh antara umur 18 hingga 20 bulan. Gejala termasuk:
1. Nafas yang berbunyi. Selalunya lebih teruk apabila bayi itu menangis atau tidur di belakangnya (menelentang)
2. Kesukaran ketika makan atau menyusu
3. Mengalami masalah berat badan
4. Kemungkinan tercekik semasa memberi makan
5. Apnea (penghentian pernafasan)
6. Menarik leher dan dada pada setiap kali nafas
7. Cyanosis (menjadikan biru)
8. Reflux gastroesophageal (meludah, muntah dan regurgitasi)
9. Jangkitan paru-paru (akibat penyedutan makanan ke dalam paru-paru)
Sembuh Tanpa Rawatan
1. Dalam 90 peratus kes, laryngomalacia akan sembuh tanpa rawatan pada masa kanak-kanak berusia 18 hingga 20 bulan.
2. Walau bagaimanapun, untuk sesetengah masalah yang teruk, anak anda mungkin memerlukan rawatan termasuk ubat atau pembedahan.
Perhatian!!!
Pergi ke hospital dengan segera jika bayi anda alami tanda-tanda seperti ini:
1. Berhenti pernafasan selama lebih daripada 10 saat
2. Kelihatan biru di sekeliling bibir
3. Anak kelihatan menarik-narik leher atau dada ketika bernafas walaupun selepas diubah posisi atau dibantu untuk melegakannya.
Masalah ini mungkin biasa-biasa, namun jika kita sebagai ibu bapa sekadar sambil lewa, tidak tahu langkah apa perlu dibuat.
Takut-takut menjadi punca kekesalan kita di kemudian hari. Jumpa doktor jika anda rasa anak anda mempunyai sebarang masalah. Semoga perkongsian kali ini berguna untuk kita semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!