Ibu Lepas Bersalin Boleh Ikut Cara Stacy Turunkan 20 Kg Berat Badannya Selepas Melahirkan Anak

Share

Lepas bersalin memang bukan mudah untuk menurunkan berat badan bagi sesetengah ibu. Mungkin ada yang bernasib baik sebaik sahaja lepas pantang boleh dapat kembali bentuk badan normal atau mungkin lebih langsing berbanding sebelum bersalin.

Penyanyi terkenal dengan lagu-lagu rancak, Stancy turut memberitahu yang dia mengambil masa setahun untuk menurunkan berat badannya selepas melahirkan anak pertama, Eshaal.

Semasa mengandung berat badannya mencecah sehingga 70 kilogram, selepas setahun melahirkan anak beratnya turun 50 kilogram.

Agaknya macam mana cara Stacy turunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa setahun ya?

Melihat di laman Instagram peribadi isteri kepada penyanyi Akim Ahmad ini ternyata komited berkunjung ke gimnasium bagi melakukan ‘work out’ untuk mendapatkan kembali bentuk badan ideal selain untuk mengembalikan staminanya semula.

Ternyata usahanya rajin bersenam di gimnasium berjaya membuahkan hasil apabila dapat mengurangkan 20 kilogram lebihan berat badan yang terkumpul semasa mengandung.

Disiplin Berpantang

Selain daripada itu, Stacy juga mengakui amalan berpantang mengikut cara orang Semenanjung selepas bersalin turut membantu dirinya dapat menurunkan berat badan.

Bagaimanapun Stacy mengakui tidak mengamalkan sebarang diet atau menahan diri daripada makan nasi. Dia makan apa sahaja yang diinginkan tanpa sebarang pantang kerana percaya yang penting adalah amalan bersenam.

Stacy mengakui stamina dirinya lebih baik dan bertenaga selepas mengamalkan rutin senaman di gimnasium jika dibandingkan sebelum mengandung. Penyanyi ini bagaimanapun memberitahu tujuan utama bersenam di gimnasium lebih kepada untuk mendapatkan stamina supaya mudah membuat persembahan nyanyian berbanding untuk kurus semata-mata.

Sumber: stacyanam & Mstar

IKLAN