Siapa menyangka ibu hamil bersama empat anaknya yang maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai semalam pernah berdepan kemalangan tragis pada Januari lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh ibu mangsa, Ruziha Osman, yang masih terkejut dan sedih dengan pemergian anak sulungnya bersama empat cucu kesayangannya yang berusia antara empat hingga 13 tahun.
Tambahnya, mereka sekeluarga sebenarnya masih dalam fasa pemulihan emosi selepas kemalangan jalan raya yang menimpa arwah sekeluarga pada 30 Januari lalu.
“Memang tak sangka, lagipun arwah kelihatan ceria dan bergurau dengan kami seperti biasa.
Ads
“Arwah sedang mengandung, malah sebelum ini mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan di Brisu Alor Gajah pada 30 Januari lalu, namun terselamat,” katanya.
Ads
Namun, siapa sangka, selepas terselamat dari nahas tersebut, mereka akhirnya dijemput Ilahi dalam tragedi yang lebih menyayat hati.
Sementara itu, ibu saudara kepada suami arwah, yang hanya dikenali sebagai Ina, menyifatkan pemergian Laila dan anak-anaknya sebagai satu takdir yang sukar diterima.
Ads
“ALLAH SWT telah menyelamatkan mereka dalam kemalangan sebelum ini, tetapi rupanya takdir menjemput mereka dengan cara lain,” luahnya sebak.
Kebakaran rumah yang mengorbankan lima beranak termasuk tiga kanak-kanak di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini pada awal pagi Khamis.
Selain meragut nyawa, tragedi memilukan ini turut memusnahkan kediaman yang hangus dijilat api. Mangsa yang terkorban ialah Laila Fathinah Mustapa, 37; Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13; Izz Daffa Hafizuddin, 7; Nur Dalilah Khadijah, 6; dan Izz Danish Fathi, 4.
Bagaimanapun, suami Laila, Muhammad Khairuddin Saari, 35, terselamat dalam kejadian itu, walaupun mengalami sesak nafas akibat menghidu asap tebal. Beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
Kredit: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam mempersiapkan kelengkapan untuk balik beraya di kampung, ubat-ubatan anak dan keluarga jangan dilupakan. Ini penting jika anak atau ahli keluarga yang tiba-tiba jatuh sakit sepanjang musim perayaan.
Namun selain ubat-ubatan lain, doktor yang cukup dikenali, Dr Malar Santhi Santherasegapan turut berpesan kepada ibu bapa untuk menyediakan beberapa jenis ubatan sepanjang bercuti.
“Boleh tak saya nak minta tolong, untuk raya tahun ini selain beli baju raya, kuih raya dan make up untuk raya boleh tak mak ayah beli plaster yang assorted macam ni.
“Maksudnya plaster yang saiz berbeza-beza. Ada kecik dan lebar, besar dan lebar sebab bila luka berlaku kita boleh gunakan untuk jenis luka.
“Baru-baru ini anak saya jatuh luka jatuh dekat situ, saya dah gelabah sebab takkan nak pergi hospital kan. Nasib baik benda ni ada saya boleh gunakan waktu tu.
“Saya terfikir nak beri peringatan sebab bila musim perayaan kadar kecederaan lebih tinggi dari biasa. Budak-budak biasa terjatuh, yang mak-mak pula masak kat dapur kadang cedera. Leceh nak pergi klinik semata-mata nak dapatkan rawatan luka.
“Simpan je dalam handbag mama senang. Paling penting cuci bersih dulu luka dan lap dengan tuala bersih, keringkan betul-betul baru letak plaster.
“Kalau luka tu besar, darah pula keluar tak berhenti-henti, barulah boleh ke hospital. Kalau luka kecil sahaja cuba rawat sendiri. Sebab apa, nak elakkan kesesakan di hospital, terutama masa musim perayaan.
“Kalau ada bajet lebih lagi, beli lah ubat kuning untuk cuci luka tapi kalau tak ada tak apa, air bersih dan memadai. Lepas tiga hari buka semula dan gantikan yang baru,” katanya berkongsi.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pil perancang lelaki pertama lulus ujian manusia, sperma ‘direhatkan’ tanpa ganggu hormon! Inilah harapan baharu dalam dunia perancangan keluarga yang lebih seimbang.
Selama ini, bila bercakap tentang perancang kehamilan, kaum wanitalah yang sering memikul tanggungjawab sepenuhnya. Dari pil hormon, suntikan, implan hinggalah kepada alat dalam rahim (IUD), semua pilihan terletak di tangan wanita. Namun kini, berita baik buat para ibu dan juga para bapa. Satu inovasi baharu mungkin bakal mengubah landskap perancangan keluarga.
Para saintis telah berjaya mencipta pil perancang untuk lelaki yang pertama seumpamanya dan lebih menarik, ia tidak melibatkan sebarang perubahan hormon atau prosedur kekal seperti vasektomi.
Pil ini dikenali sebagai YCT-529, ia merupakan ubat eksperimen yang dibangunkan oleh syarikat bioteknologi, YourChoice Therapeutics. Fungsinya adalah untuk menghentikan sementara pengeluaran sperma tanpa menjejaskan hormon lelaki seperti testosteron.
Ia bertindak dengan menyekat sejenis protein yang penting dalam proses penghasilan sperma, dikenali sebagai Retinoic Acid Receptor Alpha. Yang paling melegakan, kesan ini boleh dipulihkan sepenuhnya selepas pil dihentikan. Jadi ia tidak menjejaskan kesuburan jangka panjang.
Dalam ujian ke atas tikus jantan, penggunaan pil ini telah berjaya mengurangkan penghasilan sperma secara signifikan dan menyebabkan ketidaksuburan sementara. Apabila rawatan dihentikan, kesuburan pulih dalam masa empat minggu sahaja. Malah, kadar keberkesanan pencegahan kehamilan mencecah 99% apabila tikus jantan yang dirawat mengawan dengan betina.
Setakat ini, keputusan ujian klinikal manusia pertama sangat positif. Seramai 16 lelaki sihat berumur antara 32 hingga 59 tahun kesemuanya telah menjalani vasektomi telah menyertai kajian ini.
Menurut pengasas bersama YourChoice Therapeutics, Dr Nadja Mannowetz, mereka mengambil langkah berhati-hati kerana ini adalah kali pertama pil perancang lelaki tanpa hormon diuji ke atas manusia. Kajian ini bukan bertujuan untuk mengukur keberkesanan mencegah kehamilan, tetapi untuk memastikan ubat ini selamat digunakan dan berfungsi seperti yang dirancang dalam tubuh.
Kehadiran pil ini membuka harapan baharu dalam perancangan keluarga. Suami dan isteri kini boleh berkongsi tanggungjawab dengan lebih adil. Isteri tidak lagi perlu menanggung beban perubahan hormon yang kerap memberi kesan sampingan seperti peningkatan berat badan, emosi tidak stabil, atau masalah haid.
Pil ini juga boleh memberi kelegaan kepada pasangan yang belum bersedia menambah cahaya mata, namun masih mahu mengekalkan hubungan suami isteri yang sihat dan harmoni.
Walaupun pil ini memberikan sinar baru, ia masih dalam fasa kajian. Sekiranya diluluskan dalam masa beberapa tahun akan datang, ia bakal menjadi pilihan baharu dalam senarai perancang keluarga yang lebih mesra lelaki.
Namun, ibu dan ayah harus sentiasa mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mencuba apa-apa kaedah kontraseptif baharu. Ingat, matlamat utama perancangan keluarga adalah untuk memastikan kebajikan, kesihatan dan kestabilan hubungan suami isteri terus terpelihara.
Pa&Ma Nasihatkan: 🌸 Perancangan keluarga adalah tanggungjawab bersama. 🌸 Jangan takut berbincang dengan pasangan tentang pilihan terbaik. 🌸 Dapatkan maklumat daripada sumber yang sah dan profesional kesihatan. 🌸 Pil perancang lelaki bukan pengganti kondom – ia masih penting untuk elak jangkitan penyakit.
Jika semuanya berjalan lancar, dunia mungkin bakal menyaksikan perubahan besar dalam perancangan keluarga. Bukan lagi satu beban untuk wanita semata-mata, tetapi satu usaha bersama antara suami isteri demi masa depan keluarga yang lebih bahagia.
Bukan sekadar pelakon, tetapi seorang ibu tunggal yang selama ini berjuang dalam diam.
Ketabahan dan dedikasi Rita Rudaini Mokhtar, 49, akhirnya mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerahkan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dalam satu majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Arau, semalam.
Anugerah tersebut diberikan sebagai penghormatan kepada sumbangannya dalam dunia seni tanah air selama hampir 28 tahun, termasuk usaha murni beliau dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.
Namun, di sebalik kejayaan itu, tersimpan kisah ketabahan seorang wanita yang membesarkan dua anak lelaki sendirian, tanpa pernah menjadikan kesusahan sebagai alasan untuk mengundur diri dari terus berkarya dan mendidik anak-anak menjadi insan berguna.
“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis atas penganugerahan ini. Ia adalah satu penghormatan besar dan saya anggap sebagai rezeki bukan hanya untuk diri saya, tetapi juga buat anak-anak serta semua yang sentiasa menyokong perjalanan seni saya,” tulisnya penuh rasa rendah diri menerusi perkongsian di Instagram.
Rita juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada barisan Exco Kerajaan Negeri Perlis yang terbabit dalam pencalonan dan pengiktirafan itu.
“Insya-Allah, akan ada banyak aktiviti bersama mereka nanti. Tidak terkecuali kepada semua pihak seperti penerbit, pengarah dan penggiat seni yang sentiasa menghargai bakat saya. Tidak dilupakan kepada semua rakan media dan peminat yang tanpa henti memberi sokongan. Dari dulu sampai sekarang,” katanya lagi.
Lebih menyentuh hati, Rita menyifatkan pengiktirafan itu bukan hanya untuk dirinya, tetapi buat seluruh warga seni yang terus berjuang dalam industri kreatif tanah air, serta sebagai satu penghormatan kepada negeri kelahirannya, Perlis Indera Kayangan.
“Alhamdulillah… 28 tahun saya dalam industri seni kreatif sedikit sebanyak dapat mengharumkan negeri kelahiran saya, Perlis Indera Kayangan… dan diiktiraf oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail,” kongsinya.
Rita turut menjunjung kasih kepada Tuanku Permaisuri Raja Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid atas jemputan istimewa yang diberikan kepadanya dan rakan selebriti, Dr Ezani, untuk menjayakan persembahan khas ketika waktu santapan majlis berkenaan.
“Terima kasih Tuanku Permaisuri Raja Perlis Tuanku Tengku Fauziah yang menjemput Patik dan Dr Ezani berlakon di waktu santapan… Menjunjung kasih Tuanku untuk Pingat Jasa Baik (PJB) Perlis,” tambah Rita.
Dalam dunia seni yang sering kali menuntut kekuatan mental dan fizikal, perjalanan Rita sebagai seorang pelakon, ibu tunggal dan wanita berdikari bukanlah sesuatu yang mudah. Namun hari ini, segala usaha, air mata dan pengorbanan itu akhirnya diberi tempat yang selayaknya.
Pengiktirafan ini bukan sekadar sebutan pingat ia adalah simbol ketabahan seorang wanita bernama Rita Rudaini.