Kena minum air gula waktu mengandung memang boleh buat ibu mengandung rasa nak termuntah. Sebenarnya ada tips yang ibu-ibu boleh buat supaya tak rasa loya dan termuntah bila minum air gula.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi berkongsikan tips berguna tersebut. Selamat mencuba

Seperti penulisan saya sebelum nih, panjang lebar dah saya bercerita kenapa kena minum air gula masa hamil. Bukan suka-suka untuk “mendera” ibu hamil, tapi ianya adalah ujian saringan untuk ‘check’ sama ada ibu ni ada tak kencing manis masa hamil.

Risiko dan komplikasi kencing manis kepada ibu hamil ini banyak, lebih awal dikenalpasti, rawatan segera dimulakan, paras gula terkawal dan sekaligus komplikasi tu dapat dikurangkan. InsyaAllah.

Banyak orang bertanya pada saya, mengenai tips yang boleh diamalkan untuk minum air gula. maka saya kongsikan dengan harapan dapat membantu ibu-ibu sekalian

Ibu Mengandung Yang Kena Minum Air Gula Boleh Cuba Tips Dikongsi Doktor Ini Untuk Elak Termuntah

  1. Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut kesenangan puan.
  2. Kena puasa bermula jam 10 malam. Dalam tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum. Ingat ya, AIR KOSONG sahaja.
  3. Sampai kat klinik kesihatan, tekan nombor giliran. Pergi awal sikit. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Hehe. takdeler menggeletar badan sebab berpuasa lama.
  4. Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Tak banyak pun. Masa nurse atau doktor tengah cucuk ambil darah tu, berbual-bual la pasal tupperwear ke, Lazada ke apa-apalah yang boleh distract. Tahu-tahu je da selesai amek darah.
  5. Selepas itu, nurse akan memberikan segelas air gula suam. Rasanya manis yang amat. Ada yang cakap biasa je rasanya. takdalah ngeri sangat pun. 
    ( saya pernah rasa larutan air gula ni masa jadi pelajar perubatan di Universiti Malaya dulu – kami ‘diwajibkan’ minum untuk experience apa yang pesakit rasa )
  6. Setelah habiskan segelas air gula tu, nurse minta kita rehat sahaja di klinik selama 2 jam. Duduk rehat sahaja. Jangan makan lagi time ni, sabarr.
  7. Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.
  8. Sampel darah akan dihantar ke makmal. Urusan selesai dan dah boleh makan macam biasa. Yay !

Ibu Mengandung Yang Kena Minum Air Gula Boleh Cuba Tips Dikongsi Doktor Ini Untuk Elak Termuntah

Tips minum air gula supaya tidak termuntah:

  1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di makan.
  2. Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah disarankan start puasa jam 10 malam.
  3. Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum slow-slow kerana ini akan buat kita rasa loya.
  4. Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.
  5. Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.

Lain orang lain caranya untuk mengelakkan muntah masa minum air gula. Kongsikan di sini agar ramai boleh memanfaatkannya.

Selamat minum air gula !

Sumber Muhammad Izzat Abdul Razak

Ibu Mengandung Yang Kena Minum Air Gula Boleh Cuba Tips Dikongsi Doktor Ini Untuk Elak Termuntah

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI