Ads

Ibu Menyusu Wajib Cuba! Milk Booster Semulajadi Guna Buah Tinggi Vitamin C, Jus Avocado Antara Paling Power

Bila masuk fasa menyusu badan, antara perkara yang paling buat ibu rasa stress ialah bila susu makin berkurang atau tak cukup untuk bayi. Masa ni lah pelbagai cara dicuba  dari amalan tradisional sampailah ke minuman moden yang viral di media sosial.

Namun ramai tak sedar, selain minuman khas dan makanan tertentu, ada pilihan yang lebih semulajadi dan mudah untuk diamalkan setiap hari. Buah-buahan yang tinggi vitamin C sebenarnya boleh membantu menyokong penghasilan susu badan dengan lebih konsisten, malah lebih menyegarkan untuk ibu yang penat berulang-alik urus anak.

Perkongsian menarik ini turut dijelaskan oleh pempengaruh penyusuan, Cik Ara Syikin Susuibupro menerusi platform YouTube miliknya, yang sering berkongsi ilmu dan sokongan buat ibu menyusu di seluruh Malaysia.

Dengan kata lain ia sangat mudah dan tak memerlukan anda untuk memasak atau melalui proses penyediaan membuat milk booster yang kadang kala mengambil masa lama.

Ibu boleh terus makan buah-buahan tersebut atau kalau rajin boleh dibuat jus sama ada hendak digabungkan dengan pelbagai jenis buah atau dicampur dengan susu segar dan coklat.

Kalau rasa malas nak buat sendiri, pergi sahaja ke kedai makan dan order jus buah tersebut. Yang penting ia mesti dijadikan amalan dan rutin supaya penghasilan susu ibu terus terangsang. Namun elakkan penggunaan susu pekat atau gula semasa membuat jus.

Ini antara jus buah yang boleh banyakkan air susu ibu.

  1. Jus avocado
  2. Jus betik
  3. Jus oren
  4. Jus lobak merah + susu segar
  5. Jus lemon/limau
  6. Jus nenas
  7. Jus mangga
  8. Jus jagung
  9. Jus tembikai
  10. Jus tembikai susu
  11. Jus epal
  12. Jus tomato

Cara membuat jus avocado

Ibu Menyusu Wajib Cuba! Milk Booster Semulajadi Guna Buah Tinggi Vitamin C, Jus Avocado Antara Paling Power

 

Ads

Bahan-bahan

1 biji buah avocado yang ranum

1 cawan susu segar

Sedikit sirap coklat cair

Beberapa ketul kiub ais

Cara-caranya

Ads
  1. Potong buah avocado 2 bahagian, buang bijinya. Korek isi avocado dengan sudu dan masukkan dalam blender.
  2. Masukkan susu, ais kiub dan sedikit air masak.
  3. Kisar sehingga halus. Ia akan semakin memekat. Tambah air kalau suka cair sedikit.
  4. Tuang ke dalam gelas dan masukkan coklat cair mengikut citarasa anda.

Cara buat jus tomato

Ibu Menyusu Wajib Cuba! Milk Booster Semulajadi Guna Buah Tinggi Vitamin C, Jus Avocado Antara Paling Power

Selain boleh membantu menambahkan susu ibu, tomato juga terkenal bagus untuk penjagaan kulit muka selembut kulit bayi kalau diamalkan selalu.

Bahan-bahan

1 biji buah tomato

Ads

1 biji buah epal merah

1/2 batang lobak merah

1 cawan susu segar

Cara-caranya

  1. Potong kecil tomato, epal dan lobak merah dan masukkan dalam blender.
  2. Masukkan susu segar dan kisar sehingga halus.
  3. Tuang ke dalam geas dan boleh tambah sedikit madu jika tak suka rasa terlalu masam.

Semoga dengan mengamalkan pemakanan sihat dan rajin makan buah-buahan secara mentah atau dibuat jus, makin bertambah banyaklah penghasilan susu ibu anda semua.

Selamat mencuba!

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Ini Antara Perangai Pelik Isteri Hamil, No 6 Ini Suami Mesti...

Wanita hamil memang akan ada perangai pelik yang mesti difahami oleh para isteri untuk mengelakkan berlaku salah faham