Kajian membuktikan ibu yang menyusu anaknya dengan susu ibu sepenuhnya lebih cepat berjaya menurunkan berat badan berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi.
Seperti yang diketahui, sebagai ibu menyusu, anda memerlukan tenaga tambahan sebanyak 200 hingga 500 kalori untuk penghasilan susu berbanding dengan wanita normal.
Pada waktu ini, lemak berlebihan yang disimpan ketika hamil akan digunakan sebagai sumber tenaga bagi penghasilan susu ibu. Sebab itulah ibu menyusu lebih cepat kurus berbanding ibu yang tidak menyusu.
Namun, ia perlu lakukan dengan cara yang betul, barulah nampak kesannya. Bagi ibu menyusu yang ingin turunkan berat badan tanpa menjejaskan penghasilan susu.
Tangguh diet sehingga bayi berumur dua bulan
Anda dinasihatkan untuk menunggu sehingga bayi berumur dua bulan sebelum memulakan sebarang diet.
Hal ini memastikan tubuh diberi peluang untuk menghasilkan susu dengan stabil dan tidak mudah terjejas ketika anda cuba berdiet.
Susukan bayi secara kerap
Ads
Kajian menunjukkan penyusuan secara kerap dan tanpa had yang diteruskan selama enam bulan dapat mengurangkan badan dengan lebih mudah.
Ambil kalori 1500 – 1800 sehari
Pastikan anda mengambil kalori sekurang-kurangnya 1500 – 1800 sehari ketika dalam proses penyusuan susu ibu.
Anda perlu tahu, kajian menunjukkan jika jika ibu mengambil kurang daripada jumlah yang disyorkan, ia boleh menjejaskan penghasilan susu.
Ads
Pastikan berat hilang tidak lebih 0.7kg seminggu
Kehilangan berat badan sebanyak 0.7kg atau 2.7 kg sebulan selepas bayi berumur dua bulan tidak akan menjejaskan penghasilan susu atau memudaratkan bayi.
Kurangkan kalori beransur-ansur
Pastikan anda mengurangkan kalori perlahan-lahan secara beransur-ansur. Kehilangan kalori secara mendadak boleh menjejaskan penghasilan susu.
Jangan gunakan produk penurun berat badan
Anda sama sekali tidak digalakkan untuk mengambil sebarang jenis produk ya g dikatakan boleh membantu mengerangkan berat badan ketika masih menyusukan bayi.
Ads
Lebihkan protein
Hal ini dapat anda lakukan dengan mengurangkan pengambilan lemak tatepi gantikan kepada pengambilan lebih protein.
Pangambilan protein untuk ibu menyusu yang disarankan ialah sebanyak 65gm sehari untuk enam bulan pertama dan kemudiannya 62gm sehari daripada umur bayi enam bulan hingga setahun
Lakukan senaman ringan
Dengan melakukan senaman ringan, ia boleh membantu anda membakar lemak berlebihan di samping memastikan otot-otot kekal kuat.
Ambil snek sihat
Ubah snek yang berupa pengambilan biskut atau makanan berkalori tinggi kepada sayuran hijau atau makanan yang kaya protein seperti tauhu, tempe, kekacang, bijirin atau soya dan makanan rendah kalori serta tinggi serat yang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak lama lagi, aktres cantik Umi Nazeera bakal menyambut kelahiran anak sulungnya. Sebagai ibu pertama kali, dia ingin mengetahui lanjut mengenai pemakaian barut kepada bayi.
Baru-baru ini Umi turut berkongsi perkembangan kandungannya yang mengalami plasenta previa tahap dua. Para follower juga turut berkongsi tip dan pengalaman plasenta previa semasa hamil.
Umi Nazeera yang mendirikan rumah tangga dengan Dr. Mohd Izzar Anwari pada 2017 menyuarakan keinginan untuk mengetahui lanjut mengenai barut bayi di Instagram.
Anyway Ummi baru belajar apa tu Barut baby.. Persoalannyaaa… apa kegunaan barut baby ni ya ?
Bila dapat tahu diri hamil, setiap wanita pasti akan rasa bersyukur. Tambah lagi bila anak yang dikandung itu penghuni pertama rahim ibu. Dalam hati pasti mengharapkan fasa mengandung berjalan lancar dan anak yang bakal lahir nanti sihat.
Namun jika Allah berkehendakkan sesuatu melebihi daripada kita, tiada daya untuk kita menolak takdirNya. Sama juga situasi yang dikongsikan oleh ibu ini di Facebook Hayfa Amani apabila Allah ambil anaknya sejurus selepas lahir.
Menurutnya, percaya aturan Allah itu lebih indah. Rindu tetap rindu, kadang rasa tak tertanggung. Tapi ingatlah yang janji Allah itu pasti, Dia tak kan uji hambanya melebihi kemampuan. Ada hadiah yang Allah telah tetapkan untuk hambaNya yang sabar, reda dan ikhlas atas ujianNya. InsyaAllah.
Dapat tahu ketika bayi berusia 27 minggu
Kisahnya anak syurga saya Muhammad kurang gerak masa kandungan saya 27 minggu. Jadinya saya ke klinik swasta untuk check keadaan baby. Masa buat 2D scan tu doktor cakap anak saya alhamdulillah ok, jantung pun nampak berkelip kelip dekat screen tu.
Berbunga hati saya tiap kali nampak degupan jantung anak. Masa tu Dr pujuk saya untuk buat 5D scan sebab baby tengah pandang kamera katanya. Saya pun setuju untuk buat 5D scan sebab excited nak tengok muka anak, ye la anak sulung kan.
Masa buat 5D scan tu baru nampak yang baby ada cleft. MasyaAllah berdebar jantung saya masa tu, tak sangka yang anak ada masalah sedangkan saya dah buat detail Scan masa kandungan 20 minggu dan Dr bagitau yang baby sihat sempurna dan normal. Dr refer saya ke KK dan KK refer saya ke hospital untuk berjumpa dengan pakar untuk buat detail scan lagi sekali.
Dekat hospital pakar buat detail scan lagi sekali, masa tu kandungan dah 28 nak masuk 29 minggu dah. Ya lah nak dapatkan appoinment dengan pakar di hospital kerajaan kan memang ambil masa sikit. Lama Dr scan perut untuk tengok keadaan baby, muka Dr pun dah berkerut masa scan tu, saya dalam hati berdoa jangan la ada masalah yang serius dengan baby. Kalau setakat cleft tu saya terima sebab boleh dirawat.
Terdapat 8 hingga 9 masalah pada bayi
Tapi naluri ibu tak salah, Dr bagi saya khabar duka dimana terdapat banyak masalah dekat baby. Antara lebihan air dalam kepala, cleft, jantung berlubang, jantung kecil sebelah, usus tak terbentuk dan sebagainya. Terdapat 8-9 major problem dekat baby. Jadi Dr suggest untuk ambil sample air ketuban untuk tahu apa masalah baby.
Saya setuju untuk buat test tu. Walaupun takut, walaupun sakit saya tetap buat test tu dengan harapan masih ada peluang untuk selamatkan baby. Result sample ambil masa lebih kurang 2 minggu juga. Dalam hati ni terus berdoa supaya ada keajaiban untuk anak saya. 2 minggu tu terasa sangat lama untuk saya.
Lepas 2 minggu Dr call untuk ambil result. Betapa luluhnya hati saya bila Dr sahkan yang baby ada Edward Sydrome. Dimana ada masalah dengan kromosom baby. Dr explain yang baby tak dapat survive lepas lahir nanti sebab terlalu banyak masalah dekat baby.
Dr bagi pilihan induce atau tunggu sampai cukup bulan
Dr bagi 2 option sama ada nak induce untuk lahirkan baby awal ataupun tunggu turun tanda sendri. Dr bgtau yang mereka memang tak kan buat apa-apa untuk baby masa lahir nanti sebab peluang untuk baby survive cuma 1%.
Dr cakap nak terminate kandungan pun dah tak boleh sebab baby dah besar. So option dia sama ada induce untuk bersalin awal ataupun tunggu sampai full term. Kalau saya pilih nak carry pregnancy sampai full term pun baby boleh berisiko untuk meninggal dalam perut.
Gelapnya dunia saya masa tu hanya Allah je yang tahu. Betapa luluhnya hati saya bila Dr cakap anak saya tak ada harapan untuk hidup. Macam-macam persoalan terlintas dalam fikiran saya masa tu. Kenapa aku? Kenapa Allah bagi ujian macam ni dekat aku? Kenapa Allah selitkan ujian macam ni di saat aku dengan suami begitu excited untuk terima cahaya mata dalam keluarga kami? Aku dan suami tak ada masalah genetik tapi kenapa kami yang dipilih untuk terima ujian ni?
Lama saya ambil masa untuk terima apa yang berlaku. Seolah-olah semua ni macam mimpi bagi saya. Saya lupa yang Allah itu ada, Dia selalu ada. Alhamdulillah suami dengan keluarga bantu saya untuk bangun, selalu ingatkan saya yang anak tu hanya pinjaman dari Allah, Dia yang memberi, Dia juga lah yang ambil semula. Itu semua hak Dia, siapa lah saya nak mempertikai. Saya cuma hamba yang hina. Bila saya kembali pada Allah, perlahan lahan hati saya mula redha dengan ujian ni. Hati saya mula ikhlas menerima takdir yang Allah atur ni.
Bawa Muhammad sampai kandungan 41 minggu
Lepas bincang dengan suami, saya pilih untuk teruskan kandungan sampai full term. Sebab saya nak Muhammad ada dengan saya lama sikit. Demi Allah, saya tak ready untuk kehilangan Muhammad. Muhammad sangat kuat, tetap bertahan dengan saya walaupun Dr cakap bila-bila masa anak saya boleh meninggal dalam perut. Saya bawa Muhammad sampai kandungan 41 minggu. Sampai air ketuban saya pecah sendiri.
Masa dalam Labour Room pun Dr explain lagi sekali yang mereka tak akan buat apa-apa untuk baby. Saya redha, saya terima sebab kesian dekat anak saya kalau saya tetap berkeras suruh Dr selamatkan baby. Mungkin kalau saya paksa dia untuk survive, belum tentu itu yang terbaik untuk masa depan dia.
Biarlah anak saya pergi, cukup lah anak ibu sakit dalam perut ibu. Ibu tak sanggup tengok Muhammad sakit lagi kalau ibu berkeras suruh Dr buat apa-apa. Biarlah Muhammad pergi dengan tenang. Doa ibu kalau umur anak ibu tak panjang, ibu mohon supaya Allah ambil anak ibu dengan cara yang mudah, dengan cara yang tak menyakitkan anak ibu. Ibu dah redha, ibu ikhlas lepaskan Muhammad. Mungkin di sisi Allah adalah tempat terbaik untuk anak ibu.
Ibu reda, tiada tangisan masa lahir
Alhamdulillah tanggal 8 September 2022, tepat jam 3.34 AM, anak syurga saya selamat dilahirkan. Muhammad tinggalkan saya sejurus dilahirkan. Tiada tangisan yang didengari, saya tahu anak saya sudah pergi bertemu dengan Penciptanya. Alhamdulillah Muhammad pergi dengan sangat mudah. Pergi dengan cara yang ibu harapkan. Ibu redha sayang, ibu ikhlaskan. Ibu titipkan Muhammad dalam jagaan Allah. InsyaAllah satu saat nanti, ibu akan bertemu dengan Muhammad lagi.
Terima kasih sebab ada dengan ibu sampai habis waktu. Terima kasih sebab tetap kuat dalam rahim ibu sampai Muhammad dilahirkan. Terima kasih sebab teman ibu selama 9 bulan ni sayang. Urusan ibu mengandung dan melahirkan Muhammad sangat mudah dan lancar alhamdulillah.
Sekarang dah berakhir perjuangan anak ibu. Berehatlah sayang. Sesungguhnya ibu halalkan segalanya dekat dunia ni. Ibu dengan ayah doa dari jauh. Semoga kita bertemu kembali. Nanti tarik tangan ibu dengan ayah tau, kita masuk syurga sama-sama. Muhammad kesayangan ibu dengan ayah dunia akhirat…Al-Fatihah, Muhammad Bin Abdul Hadi ❤
Alhamdulillah, baby Merdeka! Empat tahun menunggu kehadiran cahaya mata, akhirnya pelakon Mona Allen yang juga isteri kepada Pekin Ibrahim selamat melahirkan bayi sulung mereka awal pagi 31 Ogos.
Mona Allen melahirkan bayi lelakinya di sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor pada pukul 2.39 pagi.
Berkongsi berita gembira itu, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, memberitahu dia dan bayinya dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan baby selamat. Baby merdeka lahir pada 2.39 pagi,” katanya.
Mona dan Pekin turut menerima ucapan tahniah daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat mereka sempena kelahiran anak sulung yang dinantikan selama ini.
Kebetulan pula lahir sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65.
Mona sebelum ini berkongsi berita kehamilannya ketika usia kandungan enam bulan selepas empat tahun melalui proses mendapatklan anak atau Trying To Conceive (TTC).
Jika diikutkan due date untuk bersalinnya pada September dan tak sangka baby nak keluar pada hari bersejarah Malaysia.
Dalam pada itu, Mona dan Pekin juga turut melakukan ikhtiar rawatan perubatan Islam dan dengan izin Allah berjaya hamil. Pasangan suami isteri ini mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.