Pelakon, Fasha Sandha mengalami keguguran dan berita ini di maklumkan olehnya menerusi akaun instagram pagi ini. Dia yang hamil pada bulan lalu redha dengan ketentuan Illahi walaupun masih bersedih.
Ibu mintak maaf suamiku tercinta , Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan,untuk banyakkan berehat, jangan terlalu lasak-lasak
Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju2 , buat kerja ,sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu. Ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tau ibu bukanlah ibu yang terbaik
To my dear followers, Thank you for all your well wishes on my pregnancy. I’m deeply saddened to tell you I’ve miscarried.
Doakan supaya kami kuat dalam melalui ujian ini. @itsaidilaziz kita teruskan berdoa dan usaha, semoga kita ada rezeki lagi dimasa akan datang. InsyaAllah kita akan lebih kuat #aidilfasha
Terima kasih Allah kerana telah menumpangkan ‘Anak Syurga’ ini dalam rahimku, walaupun hanya untuk seketika.
Fasha dan Aidil yang bernikah pada 30 Mac yang lalu sebelum ini mengumumkan berita tentang kehamilanya kepada peminat.
Berita Tentang Kehamilan
Ads
Syukur Alhamdulillah Kali ke dua nampak suami mengalirkan air mata semalam(kali pertama di hari pernikahan kami)
Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha, semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan.
Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil~ Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian.
Saya ingin kongsi pada semua, Jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle.
Selepas Pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya ~ belum lagi sayang. Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan2 di umur dia kebanyakan dan 2-3 anak. Oh.. dia nak mintak baby cepat?.Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.
Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya. Syukur Alhamdulillah , Allah maha mengetahui. Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah..Sy sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali ke dua sbb terlalu selesa menjadi ibu tunggal. Tiba2 je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama2 tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri.
Lagi satu, selalu kena ingat ‘ semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila2 masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah.Gambar ni diambil semalam di studio adikku @pinography .
Terima kasih adik! @arymuzamer juga.Tahu tak , semalam satu studio menangis, I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat .. kenangan manis. Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita), Insyaallah kalau ada rezeki dan dipermudahkan,due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur.
Ads
Ini perkahwinan pertama buat Aidil dan kali kedua bagi Fasha. Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai, empat tahun kemudian.
Bersama Rizal (Jejai), Fasha dikurniakan dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.
Rata-rata netizen turut bersedih atas berita kehilangan tersebut. Mereka turut menasihati Fasha agar tabah menghadapi ujian dan mungkin akan ada rezeki lain pada masa akan datang.
Ahli perniagaan, Hafiz Mahamad antara penyumbang untuk misi 9 juta kutipan derma kos rawatan baby Naail.
Dia yang membuat dua kali transaksi bernilai RM50K setiap satu pada 10 Mei 2023 jam 9.06 pagi merupakan penyumbang terakhir dana tersebut.
“MasyaAllah, Rakyat Malaysia hebat”
“5 hari yang lepas, sebak saya melihat update tentang Baby Naail. Isteri saya, dia sedih lihat keadaan anak yang comel tu. Alhamdulilah harini dia senyum”
“Tadi saya masuk office, staff staff Ainaa juga tersenyum & ucapkan terima kasih abang. Saya cakap “jangan”. Tak perlu terima kasih. Ada orang sedekah hanya dengan senyum. Apa yg jadi harini, adalah “kita bersama”. Saya & Kamu (staff) beri kudrat, mereka di luar juga menyokong & sebahagian hasil perniagaan itu kita “beri balik” pada mereka yang memerlukan”
“Lebih sebak lagi “bantuan” rakyat Malaysia sangat laju masyaAllah.”
Tambahnya lagi, dia ikhlas membantu dengan izin Allah.
“Hebat @misirakyat , kamu menghubungkan kami pada mereka yg susah. Saya faham perjuangan kamu. Terima Kasih Faiz, hampir 4 jam kita berborak tadi & masyaAllah perbualan itu semuanya tentang mengangkat darjat orang susah”
“Aku ikhlaskan sebahagian dari perniagaan & aku niatkan untuk keluarga, kamu yang mendoakan, pasukan & customer AINAA. Dengan izin Allah semuanya tentang”
RM9 juta diperlukan bagi membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1, Wan Muhammad Naail atau Naail.
Sejak kebelakangan ini banyak kita dengar kes penderaan terhadap bayi dan kanak-kanak berlaku di negara ini. Malah pelakunya bukan orang lain tetapi ahli keluarga sendiri. Kejadian seperti ini seakan berleluasa kini.
Pada 4 November lalu, Pangadu (doktor) telah membuat laporan kes penderaan yang berlaku pada bayi lelaki berusia 23 bulan yang telah meninggal dunia.
Susulan itu polis menahan suami isteri dan wanita untuk siasatan kematian bayi tersebut. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suami isteri itu yang juga bapa dan ibu bayi berkenaan berusia 42 serta 37 tahun ditahan di pekarangan Hospital Serdang pada 5 November lalu.
Manakala, wanita berusia 33 tahun yang juga kenalan ibu mangsa ditahan pada 8 November di Putrajaya.Katanya, suami isteri itu berasal dari Sungai Merab, Sepang dan ketiga-tiga suspek bekerja sebagai penjawat awam.
“Polis menerima laporan kejadian itu yang dibuat oleh doktor di Hospital Serdang pada 4 November, yang mana Jabatan Kecemasan hospital itu menerima pesakit bayi terbabit yang dibawa ibu bapanya dalam keadaan tiada tanda-tanda hidup.
“Pengadu (doktor) pada masa itu cuba memberikan bantuan kepada bayi, namun tiada tindak balas dan pada 7.20 pagi, mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, hari ini.
Abdul Aziz berkata, terdapat kesan luka pada bahagian dagu dan atas kening sebelah kanan mangsa, bengkak dan luka pada kemaluan serta ada kesan lebam pada bahagian badan dan kesan parut pada kedua tangan dan kaki.
“Hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di pinggul dan hati akibat hentakan objek tumpul dan keras.
“Terdapat 89 kesan lebam, lecur, calar baru dan lama di seluruh anggota badan mangsa,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, mangsa adalah anak bongsu daripada empat beradik dan pihaknya turut mengambil keterangan daripada adik-beradik mangsa. Menurutnya, siasatan awal mendapati ibu mangsa ada mengalami masalah kemurungan.
Susulan itu, suami isteri berkenaan mangsa direman sehingga 18 November manakala, kenalan wanita direman sehingga 15 November.
Tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak ditemui menangis seorang diri akibat kepanasan di dalam sebuah kereta yang terkunci.
Video tersebut dimaut naik di laman sosial dan tontonan mencecah 3 Juta. Difahamkan, kanak-kanak lelaki tersebut ditinggalkan oleh orang dewasa di dalam kereta tersebut dengan enjin kenderaan dimatikan dan cermin bahagian depan dibuka sedikit.
Apa yang membuatkan individu berkenaan kesal dan terkilan adalah kanak-kanak terbabit dibiarkan seorang diri di dalam keadaan cuaca panas.
“Tengok, aku jumpa tadi. Budak menangis dalam kereta, berpeluh sampai pucat. Enjin mati, kemudian dibiarkan tingkap depan sahaja dibuka sedikit. Gila apa la, tinggalkan anak dalam kereta dalam keadaan panas seperti ini,”ciapnya.
Tengok aku jumpa tadi budak menangis dalam kereta berpeluh sampai pucat. Engine mati pastu tingkap depan je bukak sikit. Giler apa la tinggal anak dalam kereta camni tengah panas pic.twitter.com/I3r64sSDzF
Dalam hantaran seterusnya, individu berkenaan mendedahkan hampir 40 minit dirinya menunggu pemilik kenderaan terbabit datang, namun hampa.
Susulan itu, dia terpaksa memohon bantuan orang ramai yang berada di lokasi kejadian dan terpaksa memecahkan cermin kereta bagi menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta.
“Dekat 40 min aku kat situ takde pon parents dia datang. So aku mintak tolong orang ramai. Latest update budak tu selamat. Kitorang pecahkan cermin and membawa budak itu tinggal di klinik,”jelasnya.
Dekat 40 min aku kat situ takde pon parents dia datang. So aku mintak tolong orang ramai. Latest update budak tu selamat. Kitorang pecahkan cermin and bawak budak tu stay dekat klinik pic.twitter.com/vgv2vvN2Um
— arif (@arifjat) August 24, 2023
Ramai meluahkan rasa berang dan marah dengan sikap ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut kerana tergamak meninggalkan seorang budak kecil seorang diri dalam kereta.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.