Niat ibu yang mahu mengembirakan anaknya dengan membeli make up mainan bertukar episod sedih bila muka dan badan anak melecet.
Perkongsian dari Puan Fara mengenai penyesalannya sehingga anak jadi mangsa perlu dijadikan peringatan buat semua ibu bapa yang ada anak kecil.
Nak beli mainan tak salah tapi kena teliti dulu mainan itu sesuai atau tak pada anak kecil yang masih belum faham apa-apa.
Ads
Ya Allah tak tahu nak mulakan daripada mana. Terasa terlalu sedih, luluh hati ibu tengok kakak sakit. Sekarang umur kakak dah 3 tahun 5 bulan. Seingat ibu kakak baru demam tiga kali sejak dulu sampailah sekarang.
Ibu rasa ini lah sakit yang teruk buat kakak. Ibu minta maaf sangat-sangat kakak!
Ads
Ibu teringat setiap kali kakak tengok You Tube, mesti kakak minta ibu belikan make up mainan ni sebabnya nak pakaikan dekat anak patung kakak.
Sebab nak penuhi permintaan kakak, ibu belikan di pasar raya. Tak sangka pula lain yang jadinya. Kakak pula yang pakai dan kakak menderita sakit. Ibu minta maaf sayang!
Ads
Sekarang kakak sakit ibu tak sanggup tengok. Sedih tak boleh nak luahkan macam mana perasaan ini. Ya Allah sembuhkanlah sakit Anak ku Ya Allah amin amin amin.
Sekarang bila kakak panas habis melecet kulit muka. Lepas tu akan mengelupas. Badan pun turut melecet kerana bahan kimia tu dah masuk dalam salur darah kakak.
Siapa menyangka penantian dua tahun untuk memperoleh zuriat sendiri akhirnya membuahkan hasil selepas mencuba melakukan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) atau rawatan bayi tabung uji. Bukan seorang, tetapi kegembiraan berganda bila mana Allah hadirkan bayi kembar tiga melalui rawatan itu.
Pastinya satu kegembiraan berganda buat Pengurus Jabatan Pusat Kecemerlangan Hospital Pakar Regency, Dr Siti Nurul Aishah Jamaludin, 34 dan pasangannya, Mohamad Iqbal Idris, 45, yang mencuba kaedah rawatan IVF ini sejak tahun lalu.
Menerusi akhbar Berita Harian, Dr Nurul Aishah memberitahu usahanya untuk hamil selama tempoh dua tahun itu tidak membuahkan hasil bila mana dia mengalami keguguran.
Enggan menanti lebih lama dan menyedari tahap kesuburan wanita akan mula merosot pada usia 35 tahun, dia dan suami tekad mencuba rawatan ini.
“Segala-galanya berjalan dengan baik dan pada Januari lalu, saya dimaklumkan hamil kembar dua sekali gus menandakan ada perkembangan positif daripada rawatan dibuat.
“Namun, selepas imbasan kehamilan kedua, kami diberitahu yang saya sebenarnya hamil kembar tiga,” katanya berkongsi kegembiraan.
Kini bayi kembar tiga yang dilahirkan di Hospital Pakar Regency, Bandar Seri Alam, Johor, pada 6 Julai lalu sudah pun berusia empat bulan.
Malah katanya lagi, bayi mereka, Thoreeq Idris, Mateen Idris dan Hakeem Idris Mohamad Iqbal, seberat 1.9kg, 2.2kg dan 2.6kg dilahirkan pada usia kandungan 37 minggu.
Paling hebat, kelahiran ketiga-tiga bayi ini dilahirkan secara normal dan dikatakan yang pertama di Johor.
“Saya dimaklumkan apabila mengandung tiga anak ini ia biasanya akan dilahirkan secara pembedahan, tetapi saat akhir, keadaan sebaliknya dan doktor meyakinkan saya mampu bersalin normal.
Alhamdulillah ia berjalan lancar,” katanya.
Berkongsi cerita kehamilan kembarnya, kata Dr Siti Nurul Aishah dia melalui tempoh yang sukar namun cukup membahagiakan dirinya dan suami.
“Keadaan juga agak sukar kerana ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan kami berjauhan daripada keluarga. Dengan keadaan sarat mengandungkan tiga bayi, saya sukar bergerak dan perut agak besar.
“Saya terpaksa duduk di atas kerusi roda berbanding berdiri,” katanya lagi.
Malah katanya lagi, dia mengalami pertambahan berat badan daripada 63 kilogram (kg) kepada 93kg sepanjang kehamilan kembar tiganya itu.
Kini ketiga-tiga bayi comel ini dihantar ke TASKA ketika pasangan suami isteri ini keluar bekerja. Tanpa pembantu, pasangan ini sepakat untuk mengendalikan sendiri ketiga-tiga anak mereka.
“Syukur ia tidak terlalu susah biarpun kembar tiga dan membuatkan kami tidak cukup tangan menguruskan mereka serentak. Setakat ini kami melakukannya berdua tanpa menggajikan pembantu,” katanya lagi menerusi Berita Harian.
Tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga Thoreeq, Mateen dan Hakeem terus membesar dengan sihat serta membahagiakan ayah dan ibunya.
Pakaikan bayi dengan barut memang tidak salah. Asalkan ia tidak mengganggu tumbesaran dan perkembangan anak.Tapi macam-macam mitos yang timbul dengan pemakaian barut. Ikuti penerangan daripada jururawat ini.
Puan Bel Nawhen yang merupakan seorang jururawat telah berkongsi info tentang barut bayi terutamanya tentang mitos dan fakta sebenar pemakaian barut kepada bayi. Berikut ialah perkongsian beliau,
BARUT ooo BARUT
Pagi-pagi dapat screencap tulisan seseorang tentang barut, beginilah lebih kurang dia tulis.
“Barut ni kegunaannya untuk menyukat susu yang masuk ke perut baby, takut terlebih menyusu badan jadi banyak pula susu dia telan terkenyang, tersenak, dan lebih parah takut sakit perut, pecah pula perut baby.
Tu sebab baby diikat barut. Bila ibu tengok barut tu macam dah mengetat, cepat2 berhenti. Lepas sejam, barut tadi akan melonggar, kita tahu baby kita lapar. Bila dia nangis pon, kita tahu motif nangis dia nak menyusu lapar.
Selain dari tu, barut juga membantu baby kita tegak. Tidak merengkok. Membantu mendisiplin tulang belakang baby kita lurus”
Sebenarnya, barut ni apa?
Salah satu aksesori bayi selepas melahirkan adalah barut bayi. Hinggakan pelbagai kepercayaan tentang manfaat barut ini dibawa dari turun temurun.
Saya TIDAK melarang sesiapa untuk memakaikan barut kepada anak mereka tetapi anda perlu;
#1 PILIH MATERIAL SESUAI
perlu pandai memilih material yang sesuai untuknya selain tidak memakaikannya terlalu ketat pada bayi. Selain itu, pastikan anak tidak mempunyai alahan terhadap material barut tersebut.
#2 ELAK SAPU HERBA SEMASA BARUT BAYI
Elak juga dari menyapu pula pelbagai herba entah apa-apa semasa barutkan anak. Iritasi pula kulit si anak.
#3 JANGAN TUTUP PUSAT YANG BELUM TANGGAL
Memakaikan bayi dengan barut dan menutupi tali pusat yang belum tanggal BOLEH menyebabkan pengumpulan lembapan di tali pusat, melambatkan proses luruh tali pusat dan boleh menyebabkan pembiakan bakteria kerana kelembapan tadi.
#4 JANGAN PAKAI TERLALU KETAT
Memakai BARUT tidak membantu dalam mengelakkan tulang dada bayi dari menonjol. Malahan, jika pemakaian barut terlalu ketat, maka akan menganggu dalam proses pembesaran organ bayi.
BARUT BUKAN PENGHALANG KEMBUNG PERUT PADA BAYI
Barut bayi bukan pelindung kepada kejadian kembung perut bayi. Masalah kembung perut bayi sering terjadi terutama pada 6 bulan awal kelahiran.
Ia berlaku kerana ruang dalam abdomen bayi masih kecil kalau nak dibandingkan dengan organ di dalamnya.
Sebab kembung perut bayi terjadi:
Tetapi, bagi kes kembung perut disertai dengan rasa abdomen yang keras disertai dengan muntah, tidak kentut atau tidak membuang air dalam tempoh masa yang lama ataupun cirit-birit dan bayi sering kelihatan lemah atau tidak bermaya, bawa bayi anda berjumpa doktor.
Notakaki:
Nak berbarut tidak menjadi masalah asalkan ia tidak menganggu keselesaan bayi anda.
Apabila ibu menyusu kekurangan susu badan, biasanya orang-orang tua akan suruh pergi mengurut. Ye ini salah satu alternatif selain beberapa cara lagi yang boleh dilakukan.
Menerusi perkongsian daripada Puan Nurasyikin Ali, teknik Urutan Kasih ini boleh membantu pengeluaran susu.
Urutan ni mampu bantu ibu lebih relaks dan secara tak langsung terhasil hormon gembira atau yang dipanggil oxytocin.
INGAT TAU. Bila ibu happy, susu akan terhasil lebih banyak.
STEP 1:
-Minta suami atau rakan tolong.
-Posisi ibu duduk di kerusi dan menelungkup di tepi meja supaya badan sedikit membongkok.
-Ibu duduk dalam keadaan tenang sambil memikirkan yang indah-indah
STEP 2:
-Mulakan mengurut bahagian leher dan bahu si ibu selama beberapa minit. Ianya sebagai ‘warming up’ beri keselesaan dan legakan ketegangan.
STEP 3:
-Gunakan kedua-dua ibu jari tangan. Urut di dua bahagian tepi tulang belakang. Tekan sikit badan ibu dengan ibu jari dan lakukan urutan bulatan setempat beberapa saat.
-Buat urutan dari bahu hingga pinggul dan ulang step beberapa kali. Elakkan urut atas tulang belakang ya..
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.